Anda di halaman 1dari 2

Pada hari Sabtu minggu lepas,sekolah aku telah menggadakan temasya sukan tahunan.

Temasya sukan ini diadakan untuk mencungkil bakat dan memilih pelajar-pelajar untuk mewakili sekolah dan di samping itu dapat mengeratkan silaturahim antara ibubapa dan pihak sekolah. Temasya sukan ini diadakan di Staduim Makmur di bandar Kuantan,Phanng.Hal ini kerana padang sekolah aku sangat kecil.Pagi-pagi lagi aku sudah bangun dan bersiap sedia untuk pergi ke staduim bersama-sama ibu bapa aku.Aku telah dipilih untuk memasuki acara larian 100m,lompat tinggi dan perbarisan lintas hormat. Kami sekeluarga sampai di sana pada pukul 8.00 pagi.Pada masa itu ibu bapa dan murid-murid mulai membanjiri staduim.Acara dimulakan dengan ucapan dan perasmian daripada Tuan Guru Beasr.Aku dan rakan-rakanku memulakan pembarisan lintas hormat.Selepas itu acara sukan bermula.Pelbagai acara telah dipertandingkan.Semasa mengambil bahagian dalam acara larian 100m dan lompat tinggi ibu bapa aku bersorak dan bertepuk tangan untuk aku. Aku menjadi johan dalam acara larian 100m manakala aku mendapat naib johan dalam acara lompat tinggi.Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada aku.Bapa juga sempat merakamkan gambar aku.Ibu bapaku berasa sungguh bangga akan kejayaanku.

Sebelum pulang,pihak sekolah telah mengadakan jamuan ringan untuk semua orang.Pelbagai makanan dihidangkan.Antaranya adalah nasi lemak,mi goreng,karipap dan sebagainya.Aku makan dengan gelojoh kerana kelaparan. Aku bersyukur kerana dapat memasuki acara sukan sekolah aku.Aku berharap agar dapat memasuki acara sukan ini lagi pada tahun hadapan.

Anda mungkin juga menyukai