Anda di halaman 1dari 2

Kamu telah bercuti di kampung datuk kamu selama lima hari.

Tulis catatan harian tentang aktiviti kamu ketika berada di sana. Isnin, 20 Jun 2011 Pada pagi ini kami sekeluarga telah bertolak ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek.Tepat pada pukul 9:00 pagi, kami sudah berada di dalam perut kereta Ferrari, milik ayah.Ayah memandu kereta dengan cermat.Pada pukul 6:00 petang, kami sampai di rumah datuk dan nenek.Aku berlari memeluk datuk dan nenek kerana aku sangat rindu akan mereka.Kami makan makanan yang disediakan oleh nenek untuk kami. Selasa, 21 Jun 2011 Aku pergi ke dusun buah-buahan datuk.Aku bernasib baik kerana musim buah-buahan sudah bermula.Aku membantu datuk mengutip buah durian dan mengait buah rambutan manakala bapa mengopek buah durian.Kami makan buahbuahan itu di atas dangau.Aku makan sepuas-puas hati. Rabu, 22 Jun 2011 Kami pergi ke sebatang sungaai yang tidak jauh dari rumah nenek. Air sungai sangat sejuk dan jernih.Datuk mengajar aku berenang.Adik menggunakan pelampung kerana dia tidak tahu berenang.Ayah pula memancing.Beliau dapat menangkap beberapa ekor ikan.Selepas puas berenang,kami menikmati bekalan yang dibawa dibawa di bawah sepohon pokok yang rendang. Khamis 23 Jun 2011 Kami menghadiri majlis perkhawinan sepupu aku.Majlis perkhawinan sungguh meriah.Rumah sepupuku dihias dengan renda-renda yang berwarna biru dan putih.Pelbagai juadah telah dihidangkan untuk tetamu.Ketibaan rombongan pengantin diiringi oleh paluan kompang dan bunga

manggar.Pasangan pengantin bersanding di pelamin.Mereka bagai piang dibelah dua. Jumaat 24 Jun 2011 Aku ke kebun sayur-sayuran datuk.Aku menolong datuk memetik sayur-sayuran dan meletakkan ke dalam bakul.Datuk membawa bakul itu ke rumah nenek.Di rumah nenek sudah menyediakan juadah untuk makan tengahhari.Kami menikmati ikan patin gulai tempoya, sambal belacan dan ulam-ulaman dan kami minum air kelapa yang segar. Sabtu 25 Jun 2011 Kami pun berkemas untuk pulang ke rumah. Kami membawa pulang sedikit buah-buahan untuk jiran.Aku berat hati hendak meninggalkan datuk dan nenek.Ayah berjanji akan pulang ke kampung lagi.