Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Sebelum terjadinya revolusi dalam pemahaman manusia tentang hak asasi manusia, banyak definisi dan fahaman yang berbeza tentang hak seseorang itu dalam masyarakat di seluruh dunia. Pandangan ini datang daripada para pemerintah sehinggalah kepada ahli falsafah dan orang ramai dalam mentafsir tentang erti sebenar hak asasi manusia. Kini, seluruh dunia menggunakan hak asasi manusia yang dipersetujui bersama berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah menekankan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu kebebasan daripada ketakutan, kebebasan daripada kemahuan, kebebasan bersuara dan kebebasan beragama. Melalui pengisytiharan inilah semua rakyat menikmati kebebasan yang sekata dan adil. Namun begitu hak asasi merupakan sesuatu yang universal dan selalu berubah mengikut zaman. Banyak perbahasan dan tafsiran yang dibuat sepanjang zaman oleh tokoh-tokoh tertentu tentang nilai sebenar hak asasi itu dan skop yang di dalam lingkungnya.

The Republic (Plato)

Pada asalnya karya The republic ini merupakan Socratic dialogue yang ditulis oleh Plato pada sekitar tahun 380 BC tentang definisi keadilan, aturan, ciri-ciri pusat bandar serta individu. The Republik boleh dikatakan sebagai buku tulisan Plato yang paling popular dibaca dan dikaji oleh orang ramai seperti ahli falsafah dan pengkaji- pengkaji ilmuwan lain . Walaupun ia mengandungi penulisan yang dramatik dan menggunakan bahasa-bahasa sastera tertentu, tetapi buku ini bukan suatu bahan sastera seperti novel atau cerita. Ia merupakan sejenis perdebatan yang merangkumi hujah utama dan hujah-hujah ini dilanjutkan lagi oleh Socrates bagi menyokong pendapat beliau tentang fahamannya itu. Republik boleh dilihat sebagai sejenis perbahasan atau penerangan yang dilakukan dalam bentuk dialog. Tujuan utama perdebatan di yang terdapat dalam buku The Republik ini adalah untuk menentukan definisi yang setepatnya tentang elemen yang menjadikan keadilan itu wujud di sesebuah negeri. Perbuatan yang betul atau salah yang menjadi konsep keadilan di sesebuah tempat ditentukan oleh rakyat itu sendiri yang boleh memilih sama ada ingin menerimanya atau tidak. Plato menulis dalam bukunya ini tentang cara keadilan itu boleh dicapai di sesebuah tempat dan pengaplikasian undang-undang tersebut untuk membela rakyat di mahkamah keadilan. Bermulanya di situlah perdebatan tantang persoalan fakta seperti apakan undangundang yang adil bagi menentukan tindakan yang menggambarkan keadilan atau hanya untuk individu tertentu?. Sehinggalah ke persoalan polisi tentang kesan keadilan terhadap undangundang yang telah wujud. Menurutnya lagi jika semua keadaan ini telah berjaya dicapai, barulah sebuah negara yang ideal akan berjaya dibentuk. Namun begitu Plato merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal dengan fahaman idealistik nya. Hujah yang diajukan dalam dialog ini, adalah satu percubaan untuk menggariskan dasar kemungkinan dan realistik untuk mendapatkan kesejahteraan dan gembira bersama atau kehidupan yang baik untuk rakyat negara ini.

Sumbangan terhadap hak asasi

Melalui buku ini kita dapat melihat pemikiran penulis tentang erti keadilan yang sebenar. Dengan wujudnya buku ini idea tersebut telah diguna pakai oleh banyak tamadun di seluruh dunia dan akhirnya mewujudkan suatu mekanisme yang diguna pakai dalam sistem pemerintahan. Golongan rakyat menjadi lebih sedar tentang hak mereka daripada ditindas dan memberi autonomi kepada mereka untuk menentukan hala tuju negara. Ini mewujudkan hubungan yang harmoni antara pemerintah dan rakyat jelata.

The social contract

Rousseau menegaskan bahawa negara moden menindas kebebasan luaran seperti hak kelahiran. menurutnya kita boleh melakukan apa sahaja untuk menjamin kebebasan sejagatdalam semua aspek kehidupan. Dengan adanya kuasa politik yang sah dan diperoleh daripada, kontrak sosial ia boleh digunakan bagi mengatur masyarakat. Rousseau mengelarkkan kumpulan kolektif sebagai semua rakyat yang "berdaulat," dan mendakwa bahawa ia perlu dipertimbangkan dalam banyak cara untuk menjadi seperti orang individuitu bebas. Menurutnya setiap individu harus diberikan hak untuk menentukan kemahuan dan kehendaknya sendiri kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri. Kerajaan hanya mempunyai kuasa ke atas perkara-perkara yang menjadi kebimbangan awam, tetapi dalam keadaan ini kuasa mutlak terletak pada kerajaan. Rousseau mencadangkan hukuman mati bagi mereka yang melanggar kontrak sosial ini. Secara umumnya kontrak sosial ini lebih menekankan tentang peranan seseorang individu itu dalam masyarakatnya dan setiap undang -undang yang wujud itu haruslah menekankan kebebasan dan keadilan yang saksama antara rakyat.

Sumbangan Dalam kontrak sosial ini penekanan lebih diberikan kepada kebebasan yang maksimum terhadap rakyat patut diberikan. Kebebasan ini mencakupi skop yang lebih meluas dan merangkumi pelbagai aspek. Dalam zaman sekarang kebebasan inilah yang diperjuangkan iaitu lebih daripada keperluan untuk mendapatkan keadilan tetapi juga untuk mendapatkan hak mengutarakan pendapat.

Two treaties of government

Idea-idea yang dinyatakan dalam karya timbul di tengah-tengah drama politik yang melibatkan Putera England, Charles II. Locke berharap dapat memberikan kritikan yang boleh meyakinkan kerajaan England yang ketika itu dalam pembentukan untuk meletakkan pemimpin yang lebih baik. Pada masa itu, kawan baik Locke, Earl of Shaftesbury, melobi dari dalam golongan bangsawan untuk menggulingkan Charles II. Shaftesbury sedikit sebanyak mahu menghalang beliau daripada membenarkan James II, abang Katolik, untuk naik ke takhta. Locke bekerja di kedua-dua karya beberapa tahun, akhirnya menerbitkan mereka apabila William of Orange menyerang dan merampas takhta pada peristiwa yang dipanggil Revolusi Gemilang. Locke berharap model baru kerajaan akan menyokong revolusi William sebagai penyelesaian yang diperlukan untuk raja yang telah menyalahgunakan keistimewaan itu.

Locke menggambarkan kerajaan sebagai ciptaan manusia yang diwujudkan terutamanya untuk melanjutkan dan melindungi hak harta peribadi. Manusia mempunyai tanggungjawab mengikut undang-undang semula jadi untuk menmiliki, iman, dan moral untuk menjaga antara satu sama lain dan menyokong seluruh umat manusia. Penjelasan Locke ini adalah disebabkan tanggungjawab masyarakat dasarnya bertumpu kepada Peraturan Emas: iaitu "lakukanlah pekara yang kamu ingin orang lain lakukan kepada kamu " Beberapa bab-bab pertama Treatise Kedua

mendedahkan beberapa kepercayaan yang paling asas Locke tentang sifat manusia. Masalah tertentu semestinya timbul dalam keadaan alam semula jadi, seperti hakikat bahawa sesetengah orang akan sentiasa berperang atau terlibat dalam konflik antara satu sama lain, mencuri daripada satu sama lain, bertindak secara agresif ke arah satu sama lain, dan sebagainya. Tetapi Locke percaya bahawa semua orang mempunyai keupayaan untuk menggunakan alasan untuk mencari jalan moral yang betul.. Bagi Locke, mengekalkan kebebasan peribadi adalah kunci kepada kerajaan yang sejahtera.

Sumbangan Dalam pendapat ini kita boleh simpulkan bahawa sumbangan utama two treaties of government ini adalah menggambarkan hak asasi itu tentang hak untuk memilih pemerintah. Dalam sesebuah institusi pemerintahan mandat rakyat adalah perkara yang paling penting dalam menjalankan pemerintahan. Tidak mengira latar belakang atau keturunan, hak rakyat untuk memilih ketua mereka adalah sesuatu yang mutlak. Ini menggambarkan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi pemerintah asalkan dipercayai oleh rakyat.

Anda mungkin juga menyukai