Anda di halaman 1dari 4

Laporan Program Lawatan sambil Belajar dan Kursus Ternakan dan Pengeluaran Ikan Hiasan di Pusat Ikan Hiasan

Enggor, Perak

Pada 1 Mei 2013 yang lalu seramai 33 orang guru pelatih dari opsyen Reka Bentuk dan Teknologi IPG Kampus Sultan Mizan telah mengadakan lawatan ke Pusat Ikan Hiasan Enggor yang bertempat di Kuala Kangsar, Perak. Lawatan tersebut diiringi oleh tiga orang pensyarah subjek iaitu Hazmin Bin Mat Yusof, Suzana Binti Mohamed dan Zulkifly Bin Yusuf. Lawatan ini bertujuan untuk memenuhi sukatan matapelajaran RBT3109 iaitu Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan semester ini. Selain itu juga, kursus ini di buat bagi memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang cara pemeliharaan ikan hiasan dengan betul, teknik bagi pembiakan ikan serta makanan rumusan yang sesuai bagi ikan hiasan mengikut jenisnya. Selain itu kesempatan ini juga mampu memberikan satu lagi peluang kepada guru pelatih untuk memperoleh pengalaman sebenar mengenai ikan hiasan di Pusat Pemeliharaan Ikan Hiasan Enggor, Perak. Kami telah bertolak ke sana dengan menaiki bas persiaran pada pukul 8.00 pagi 1 Mei 2013. Perjalanan ke Kuala Kangsar telah mengambil masa selama 6 jam untuk sampai ke tempat kursus. Sampai sahaja kami di sana, kami telah di sambut oleh penyambut tetamu. Selepas itu, kami dikehendaki membuat pendaftaran bagi menanda kehadiran kami ke kursus ini. Semasa sesi pendaftaran juga, kami telah di agihkan cadar, selimut dan sarung bantal untuk digunakan di bilik yang disediakan. Bagi guru pelatih perempuan, mereka telah menyediakan 2 buah rumah di mana setiap rumah mengandungi 7 buah katil. Bagi guru pelatih lelaki pula, mereka disediakan bilik asrama yang juga dimuatkan dengan 7 buah katil. Bilik yang disediakan amat selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti almari, tempat penyidai baju, sterika dan sebagainya. Selesai aktiviti pendaftaran, kami semua menyiapkan diri untuk solat dan makan malam. Pada pukul 8.30 malam, kami semua bersedia di bilik kuliah bagi menonton

tayangan video industri perikanan. Antara video yang ditunjukkan adalah mengenai cara untuk menyediakan akuarium yang lengkap, jenis ikan hiasan dan sebagainya. Tayangan tersebut telah dikendalikan oleh Pn Marry di mana beliau adalah salah seorang pegawai di pusat ikan hiasan ini. Aktiviti tayangan video telah berakhir pada pukul 10.30 malam. Keesokan harinya iaitu 2 Mei 2013, kami memulakan aktiviti dengan bersarapan pagi. Sarapan yang disediakan ialah bee hoon goreng dan air kopi suam. Selesai sarapan pagi iaitu pada pukul 8.30 pagi, kami dikehendaki untuk berada di bilik kuliah untuk mendengar ceramah daripada ketua pusat perikanan ini iaitu Pn. Nor Mastura Hasan mengenai status dan pengenalan ikan hiasan. Antara isi kandungan ceramah tersebut ialah mengenai kategori ikan hiasan mengikut spesis di mana antara spesis yang ditunjukkan ialah CYPRINIDAE, ANBANTIDE, POICILIDE dan sebagainya lagi. Slot pertama ini berlangsung selama 2 jam. Selepas slot pertama habis, kami di beri rehat selama 30 minit bagi menyambung slot yang seterusnya. Slot seterusnya bermula pada pukul 11.00 pagi. Slot pada kali ini ialah ceramah mengenai teknik pembiakan ikan CYPRINDS DAN ANABATIDS. Jenis ikan di bawah spesis ANABATIDS ialah ikan Pelaga. Di mana ianya beranak. Manakala, ikan dari spesis CYPRINIDS adalah ikan Koi. Ceramah telah diberikan oleh En. Abd Halim Zaki. Slot ini juga telah berlangsung selama 2 jam. Selesai slot kedua, kami diberi masa untuk berehat bagi menyiapkan diri untuk solat zohor dan makan tengah hari. Slot seterusnya telah di sambung pada pukul 2.30 petang. Slot ini juga membincangkan mengenai teknik bagi pembiakan ikan, tetapi teknik pembiakan adalah dari spesis yang berbeza. Spesis yang dipilih pada kali ini ialah CICHLID dan PEOCILID. Jenis ikan CICHLID ialah ikan Diskus, Anggel Dan Oscar. Manakala, jenis ikan bagi spesis PEOCILID terdiri daripada ikan guppy. Kami juga diberitahu sedikit maklumat bagi mebezakan ikan jantan dan betina. Bagi mengenalpasti jantina ikan jantan , warna yang lebih menaik berbanding ikan betina, sirip dorsal dan anal lebih panjang dan ikan jantan agak garang berbanding ikan betina. Manakala, bagi ikan betina pula, warnanya kurang menarik dan sirip dorsal lebih pendek berbanding ikan jantan. Kelas ini juga berlangsung selama 2 jam.

Pada pukul 8.30 malam, kami telah deberi ceramah mengenai makanan rumusan bagi ikan hiasan. Ceramah ini telah diberikan oleh En. Nazri Yaacob. Menurut En. Nazri, bagi memilih makanan yang sesuai untuk ikan yang dibela, kita mesti mengetahui jenis pemakan ikan tersebut terlebih dahulu. Ia bagi mengelakkan pemberian makan yang tidak sesuai kepada ikan. Kelas ini diadakan sehingga jam 10.30 malam. Pada hari ketiga iaitu hari terakhir, 3 Mei 2013 aktiviti pertama adalah sama seperti hari sebelumnya iaitu sarapan pagi. Selesai sarapan pagi, kami semua dikehendaki berkumpul di pusat pengeluaran ikan dihadapan pusat kuliah kami. pada hari ini, kami hanya ditunjuk simulasi dan melakukan beberapa amali yang telah dipelajari pada hari sebelum. Simulasi pertama ialah mengenai pengurusan tangki dan kolam. Kami di ajar mengenai langkah-langkah menguruskan kolam dengan betul. Beberapa orang guru pelatih lelaki juga telah dipilih untuk melakukan simulasi tersebut. seterusnya, selesai sahaja simulasi pengurusan tangki dan kolam, kami ditunjukkan pula simulasi mengenai pembiakan ikan SYPRINID dan ANABATID. Kami telah ditunjukkan oleh EN. Halim Zaki cara untuk mencucuk hormon pada ikan. Ikan yang digubakan untuk dibuat pembiakan ialah ikan koi. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memengsankan ikan tersebut dahulu. Ia adalah bagi memudahkan untuk menyuntik hormon pada ikan tersebut. Bahan yang digunakan untuk memengsankan ikan ialah minyak cengkih. Apabila ikan tersebut mulai lali dengan ubat yang diberikan, ikan tersebut ditimbang untuk mendapatkan berat ikan tersebut. Ikan perlu ditimbag bagi menentukan sebanyak mana dos yang sesuai digunakan mengikut berat ikan tersebut. selepas itu, proses suntikan hormon dilakukan dan kemudian ikan segera diletakkan di dalam tangki khas supaya ia kembali pulih. Selesai simulasi yang kedua, kami ditnjukkan pula simulasi mengenai pembiakan ikan CICHLID dan PEOCILID. Apa yang perlu dibuat bagi membiakkan ikan spesis ini ialah mengenalpasti yang manakah ikan jantan dan yang mana ikan betina. Apabila dikenalpasti, ikan-ikan tersebut diletakkan di satu tangki. Oleh itu, amat mudah bagi membiakkan ikan jenis ini.

Akhir sekali, program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam pengetahuan kehidupan alam sekitar seperti kehidupan akuatik. Segala ilmu yang ditimba sepanjang program ini boleh diaplikasikan pada masa akan datang khususnya apabila berada di sekolah kelak.