Anda di halaman 1dari 1

NAMA: WAN SHARIPUDIN BIN WAN SABRI NO. KP : 800204-03-5367 NO.

MATRIK: DB100213 TAJUK: OUTCOME BASED EDUCATION (OBE) Outcome Based Education atau Pembelajaran Berasaskan Hasil adalah pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Ianya memfokuskan pemerhatian terhadap pencapaian pelajar terhadap hasil pembelajaran. Manakala kaedah pelajar untuk mencapai hasil itu pula adalah berasaskan aktiviti hands on yang akan diukur secara eksplisit. Pelaksanaan OBE kebiasaanya melibatkan hubungan antara kepelbagaian model pedagogi dan idea yang progresif. Namun begitu OBE tidak menetapkan ciri-ciri yang khusus sama ada dalam teknik pengajaran atau pembelajarannya tetapi ianya mengkehendaki pelajar memperlihatkan penguasaan mereka terhadap isi pembelajaran dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Secara umumnya, pelaksanaan OBE mengutamakan kurikulum dan penilaian yang konstruktif. Penetapan hasil yang hendak dicapai melalui OBE ini pula mestilah sesuatu yang boleh dinilai atau diukur dengan tepat dan bukan melalui andaian-andaian sahaja. Sistem penggredan dalam OBE juga tidak ditetapkan secara khusus, guru-guru masih boleh menggunakan sistem pengredan yang biasa seperti menggunakan abjad seperti kebiasaan namun bagi tujuan pembahagian tahap yang lebih spesifik, sistem OBE tidak hanya memberikan gred menyeluruh kepada pelajar tetapi akan dipecahkan mengikut tahap atau kemahiran yang telah dikuasai. Langkah ini penting bagi Ini juga akan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid secara lebih spesifik. tahun ke tahun. Perbezaan antara OBE dan sistem pembelajaran tradisional ialah ianya bukan lagi tentang perbandingan penguasaan murid terhadap maklumat yang disampaikan tetapi peningkatan penguasaan kemahiran murid itu sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran.

memberikan peluang kepada ibu bapa untuk melihat perkembangan anak mereka dari