Anda di halaman 1dari 1

Jurnal Praktikum Minggu ke 1

1. Masalah Saya menjalani praktikum bagi fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, Wakaf Mesira, Kuala Terengganu selama 12 minggu atau 3 bulan. Pada praktikum kali ini, saya akan mengajar subjek major iaitu bahasa Melayu dan juga subjek Muzik bagi elektif. Pada minggu pertama ini saya belum diselia oleh pensyarah dan juga guru pembimbing. Sepanjang minggu pertama ini saya hanya masuk ke kelas untuk mengawas murid tahun 5 Bistari menduduki peperiksaan TOV. Melalui pemerhatian saya sepanjang mengawas murid tahun 5 ini, saya dapati terdapat beberapa masalah yang berlaku dalam bilik darjah. Antara masalah yang saya kenal pasti ialah terdapat murid yang tidak menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh dan mereka tidak memberikan tumpuan sewaku menjawab soalan TOV.

2. Analisis Masalah Murid tahun 5 Bistari ini terdiri daripada 12 org lelaki dan 7 orang perempuan. Melalui pemerhatian saya terdapat beberapa orang murid yang selalu memandang ke luar tingkap dan tidak memeberi perhatian sepenuhnya kepada soalan TOV yang diambil. Mungkin murid ini tidak dapat menjawab soalan dan kemudian berasa bosan dengan soalan yang mungkin sukar bagi mereka.

3. Cadangan Bagi mengatasi masalah ini saya akan berkenalan dengan lebih mendalam dan kenal pasti setiap aras murid supaya saya tahu setiap masalah pembelajaran dan tahap pembelajaran murid kelas ini. Saya juga akan mendapatkan maklumat murid dari guru kelas tahun 5 Bistari ini. 4. Tempoh Penyelesaian Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat yang mungkin . saya akan cuba membantu murid bagi memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran saya di masa akan dating berlaku dengan lebih baik dan lancar.

Anda mungkin juga menyukai