Anda di halaman 1dari 22

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional pada umumnya adalah merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional pada zaman dahulu iaitu merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional ini menjadi kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasi kepada generasi berikutnya. Permainan tradisional ini tidak terbatas usia pemainnya ia juga turut dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan tradisional kebanyakannya dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat masyarakat dahulu yang suka hidup berkelompok dan juga senantiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam

masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional ini yang boleh dimainkan secara perseorangan. Masyarakat tradisional pada pada zaman dahulu menjalankan aktiviti permainan ini sebagai suatu pengisian pada masa lapang, pada perayaan-perayaan atau majlis-majlis tertentu atau selepas tamat sesuatu musim, misalnya musim menuai padi. Umumnya juga masyarakat tradisional menjalankan permainan ini pada zaman dahulu adalah untuk hiburan, peraduan tenaga dan sebagai perlambangan adat resam suku kaum yang diwakili oleh masyarakat tertentu pada ketika itu. Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat, malah ia sudah menjadi sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu. Tambahan pula, terdapat juga permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya menggunakan strategi-strategi yang bijak untuk memenangi permainan itu! Namun pada zaman teknologi ini, permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh golongan generasi muda kerana mereka lebih cenderung dengan aktiviti sukan lasak yang dianggap lebih mencabar kerana memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi selain daripada ketertarikan mereka terhadap fenomena sukan yang digarapkan oleh dunia antarabangsa. Pertembungan generasi muda dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer juga merupakan ancaman kepada permainan tradisional dimana melahirkan tanggapan bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan arus zaman. Perkara ini menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat dan kian melupakan cara atau kaedah sesuatu permainan tradisional dimainkan.

Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersama-sama bertanggungjawab dan berganding bahu untuk mempopularkan kembali permainan tradisional ini agar terus popular seperti kata peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

PERMAINAN TRADISIONAL DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA


Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan atau suku kaum. Kebudayaan ini telah dipersatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan atau suku kaum mempunyai adat resam tersendiri sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang diperkenal dan pertandingkan.

TEROMPAH GERGASI Permainan ini tergolong dalam permainan tradisional yang dimainkan oleh

masyarakat setempat di Negeri Sabah semasa perayaan perayaan atau pesta. Aktiviti permainan ini pada zaman dahulu sering dipermainkan oleh kalangan kanakkanak sebagai mengisi masa terluang dan hiburan mereka ketika ibu-bapa bekerja di ladang. Alatan yang biasa digunakan oleh kanakkanak pada zaman dahulu ialah batang dahan kelapa kering atau belahan bambu sebagai selipar gergasi yang diikatkan tali sebagai penyangkut tapak kaki. Penggunaan alatan zaman dahulu kini ditukar dengan menggunakan papan berukuran tiga (3) meter yang mempunyai empat atau lima penyangkut kaki. Permainan ini dilakukan secara berkumpulan 4 orang atau hingga 5 orang dalam satu pasukan. Permainan ini dilakukan dengan cara setiap gerakan kaki peserta mestilah sama semasa berjalan. Pada asasnya gerakan setara mesti dibuat oleh peserta dengan rentak dan laju yang sama semasa berjalan. Jika seseorang peserta tidak mengikut rentak maka pasukan tersebut akan tersekat perjalanannya dan akan terjatuh. Dari segi moral, sukan ini

menggambarkan bahawa sesuatu perjalanan yang jauh atau masalah tidak dapat di capai atau di selesaikan tanpa koordinasi dan sokongan dari semua ahli. Sukan ini memerlukan kawasan yang luas.

RAMPANAU ( BERJALAN MENGGUNAKAN CANGKUNGAN ) Permainan Rampanau atau pun adalah berjalan sejenis

menggunakan

cangkungan

permainan tradisional yang sering dijalankan oleh kanak-kanak di zaman dahulu sebagai permainan santai bagi mengisi masa terluang mereka bersama rakan-rakan sepermainan

sementara ibu bapa mereka sibuk di ladang. Permainan ini terbatas kepada permainan individu atau berombongan sahaja maksudnya permainan ini hanya dapat dimainkan secara individu bagi sepasang rampanau tersebut atau beberapa orang secara berombongan dengan rampanau milik masing-masing. Rampanau ini diperbuat daripada dahan sagu (kumba), kayu keras dan dua (2) batang bambu. Bambu berkenaan berukuran kira - kira 3 hingga 10 kaki. Dahan sagu dan kayu keras digunakan sebagai tempat meletakkan kaki semasa aktiviti dalam lubang yang ditebuk pada bambu yang berukuran kira kira 8cm dan 5cm. Di sesetengah tempat pula hanya menggunakan sebatang dahan bambu tersebut sebagai anjal kaki atau tempat untuk berpijak. Bagi kanak-kanak biasanya akan merasa bangga bila dapat bermain rampanau, karena selain dapat melakukan keseimbangan badan, dia juga akan merasa lebih tinggi dengan berpijak di atas pijakan rampanau tersebut. Pada awal zamannya, permainan rampanau biasanya digunakan oleh kanak-kanak zaman dahulu untuk bermain . Namun tidak lama kemudian permainan ini telah dipekembangkan dan telah mulai sering dipertandingkan, biasanya selepas kerja kerja menjual padi dijalankan atau semasa sambutan sesuatu keramaian, majlis atau pesta. Permainan tradisional ini dimainkan dengan cara dan peraturan yang mudah. Pemain yang bermain rampanau perlu menginjakkan kakinya pada alat pijakan yang tingginya sekitar 50 cm dari tanah. Kedua kaki dipijakkan pada kedua pijakan dan mencuba berjalan menggunakan rampanau tersebut. Dalam permainan ini, pemain haruslah dapat menjaga

keseimbangan badan. Jika gagal menjaga keseimbangan badan akan sering terjatuh. Namun jika sudah terlatih, maka dia akan mahir menggunakan permainan rampanau tersebut. Pemain yang terjatuh dari rampanaunya boleh kembali meneruskan permainan dengan rampanaunya. Pemain permainan ini akan dikira menang jika pemain itu berjaya lebih dahulu menamatkan larian rampanaunya ke garisan penamat. LARI DALAM GUNI Sukan ini tergolong dalam sukan tradisi yang dimainkan oleh masyarakat setempat di Negeri Sabah terutama semasa

menyambut hari perayaan seperti Hari Kaamataan dan Karnival sukan Rakyat. Menurut cerita dahulu kala, sukan ini wujud daripada idea sekumpulan muda mudi yang sedang membantu keluarga mereka berkerja semasa menuai padi. Sementara menunggu padi yang mereka jemur kering, muda mudi itu secara sengaja atau tidak sengaja telah mengambil beberapa helai karung guni tersebut dan terus berlari berlumba lumba sesama mereka untuk menghilangkan rasa jemu atau hanya untuk bersukaria sahaja. Tanpa mereka sedari perlakuan mereka itu mendapat perhatian daripada keluarga dan saudara mara mereka yang mana turut serta bermain dalam permainan tersebut. Semanjak daripada peristiwa tersebut permainan ini telah mendapat tempat dikalangan masyarakat setempat di Negeri Sabah. permainan ini telah dijadikan sukan tradisi yang dimainkan turun menurun dari generasi sehingga kini. Permainan ini dimainkan secara individu yang mana setiap individu tersebut akan memasukkan kaki mereka dalam karung guni tersebut. Seorang pelepas akan melepaskan mereka di tempat mula. Pemain pula akan berlari dengan kaki dalam karung guni tersebut apabila dilepaskan oleh pelepas. Pemain yang lebih dahulu sampai ke garis penamat akan dikira sebagai pemenang nombor satu bagi pemenang pertama, nombor dua dan nombor tiga bagi pemenang berikutnya sementara pemain nombor empat dan seterusnya dikira kalah.

SEPAK RAGA Permainan sepak raga mulai di dipermainkan oleh kaum Melayu sejak sekitar 600 tahun yang lalu. Dalam lipatan sejarah Melayu

menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Pada zaman itu, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, permainan sepak raga juga turut digemari oleh rakyat jelata. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Sepak takraw adalah permainan sepak raga yang telah dimodenkan sesuai dengan keperluan dunia sukan, malahan sukan sepak takraw ini telah dikenali di seluruh dunia. Bola sepak raga adalah diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

BATU SEREMBAN Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Di Sabah permainan ini dikenali sebagai Main Batu. Sering dimainkan di waktu lapang. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia

menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Bilangan objek yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Cara bermain Batu Seremban: 1. Buah Satu: Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip, 2. Buah Dua: Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama. Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja. 3. Buah Tiga: Buah tiga ada sedikit perbezaan. Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip. Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak. 4. Buah Empat: Buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak. 5. Buah Lima: Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.

Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut. 6. Buah Enam: Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai. 7. Buah Tujuh: Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam. Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak. Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan. Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

CONGKAK Permainan congkak ialah sejenis permainan

tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Permainan tradisional ini selalunya digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Alatan yang digunakan dalam permainan ini

adalah papan congkak dan buah congkak yang disebut cakak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara buah congkak atau cakak pula menggunakan biji-biji guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil kampung. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampungkampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak. Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil rumah.

Cara-cara bermain Congkak 1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. 2. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. 3. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. 4. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. 5. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. 6. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. 7. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. 8. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. 9. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. GASING Gasing adalah permainan yang boleh berputar pada bahagian bawahnya ia dimainkan oleh orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Ia selalunya dimain selepas musim menuai. Pemenang adalah yang paling lama gasingnya berputar. Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu itu dibentuk sehingga menjadi bentuk gasing. Talinya selalunya 1 meter panjang.

Cara permainan dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Di Malaysia permainannya berlainan antara satu daerah dengan daerah lain. Walau bagaimanapun pemain harus mempunyai kemahiran memusing, memangkah, membela uri gasing. Jika mengikut cara yang betul ia akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Langkah yang disusun akan menentukan hasilnya, jika tidak betul, gasing itu jatuh, mengiring, meleret atau borot. Ada dua jenis pusingan iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Pusingan tarik, gasing harus dipegang mengiring dan dihayun ke belakang, harus juga tertumpuh kepada arah sasaran di hadapan. Bagi pusingan sentap , ia mengahasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut. KONDA-KONDI Merupakan salah satu permainan tradisional dikalangan masyarakat Melayu pada zaman dahulu sebagai salah satu cara untuk menghibur dan bergembira setelah penat bekerja. Kondakondi adalah sejenis permainan memukul kayu kecil dengan kayu panjang. Kawasan permainan ini ialah kawaasan yang terbuka dan lapang. Di beberapa tempat permainan ini juga dikenali sebagai Perik Mata, ia dinamakan sedemikian kerana permainan ini memerlukan fikiran yang

tajam dan kekuatan pemain bagi menguis kayu ke arah yang selamat dan mengejar kayu yang dikuis tersebut untuk mematikan pihak lawan. Ia merupakan permainan yang ringkas dan menyeronokkan. Permainan ini selain sebagai hiburan ia juga bertujuan untuk menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelak daripada disambut oleh pemain lawan. Peralatan yang diperlukan untuk permainan ini adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil yang masing-masing berukuran 15cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dab berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek di panggil anak dan kayu yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikurang bagi tujuan meletakkan kayu panjang. Cara bermain Konda-kondi

Menggunakan dua batang kayu iaitu, satu kayu pendek berukuran kaki dan satu kayu panjang berukuran 1 kaki.

Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan sama banyak bilangannya. Undian dibuat untuk menentukan giliran sebagai pemain kumpulan mana yang main dahulu.

Lubang dikorek di atas permukaan tanah. Pemain utama meletak kayu anak melintangi lubang. Lalu menguis kayu anak menggunakan kayu ibu.

Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat bermain. Pasukan lawan pula akan berdiri di serata tempat.

Pemain kumpulan kedua berusaha menangkap kayu anak yang melambung di udara. Jika pemain lawan gagal menangkap kayu anak. Ukur jarak kayu anak itu dari lubang dengan kayu ibu. Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat.

Jika kayu anak berjaya disambut, maka kumpulan utama dikira mati. Giliran permainan bertukar. Kumpulan kedua akan mengambil peranan sebagai kumpulan utama pula.

Meneruskan permainan pada tahap dua. Pemain utama memukul kayu anak. Pemain utama berusaha menghalang kayu anak yang dibaling oleh pemain kedua. Mata dikumpul oleh pemain-pemain dalam pasukan itu dicampur bagi mendapatkan jumlah keseluruhan. Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak dikira akan memenangi pertandingan itu..

MAHJONG Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang. Permainan ini berasal dari China yang lahir dari China pada 3000-4000 tahun yang lalu. Dalam sejarahnya permainan Mahjong ini dimainkan oleh raja dan golongan-golongan bangsawan. Mahjong

membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Padahal dari asal usulnya Mahjong ini hanyalah sebuah permainan sehat yang diperuntukan untuk kesenangan semata. Permainan yang menghibur para pemain-pemainnya. Permainan mahjong menggunakan keping kad atau balok tebal yang terbuat dari tulang dan buluh. Seiring dengan perkembangan zaman, saat ini keping kad Mahjong dibuat dari bahan plastik. Satu set Mahjong terdiri atas 108 buah keping kad ditambah 36 yang dijadikan cadangan jika diperlukan atau untuk tambahan. Ada tiga jenis Mahjong yang ada dalam setiap setnya. Jenis tersebut yaitu Bing, Tiao dan Wan. Setiap jenisnya terdiri atas bunga serupa yang diberi nomor satu sampai sembilan. Cara bermainnya adalah dengan membentuk suatu kombinasi biji Mahjong sebanyak 14 biji. Pemenangnya iaitu peserta yang paling cepat mengumpulkan 14 biji buah Mahjong. Kombinasi inilah yang berbeza-beza di setiap kawasan dalam memainkannya. Ini menyebabkan beberapa orang menganggap bahawa permainan Mahjong ini menjadi rumit. Oleh karena itu, untuk memainkannya memerlukan kemahiran, kecekapan dalam mengatur strategi dan prediksi, serta hal lainnya, iaitu keberuntungan nasib. GO Go ialah satu permainan tradisional masyarakat Cina, ia adalah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang pemain. Go juga dikenali sebagai wiq di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan bijibiji batu berwarna hitam dan putih.

Go dimainkan dengan cara kedua-dua pemain akan berganti-ganti meletakkan batu masingmasing di atas persilangan grid garis. Tujuannya adalah untuk menguasai kawasan papan yang lebih besar daripada lawan. Oleh itu setiap pemain akan berusaha untuk meletakkan biji-biji batu mereka dalam cara-cara tertentu agar tidak ditangkap oleh pihak lawan, disamping itu merancang pemetaan kawasan-kawasan yang pihak lawan tidak akan dapat duduki tanpa ditangkap. Sebiji batu atau sekumpulan batu akan ditangkap dan dialihkan jika sekiranya ianya tidak mempunyai persilangan bersebelahan yang kosong, akibat daripada dikelilingi sepenuhnya oleh batu-batu dari pihak lawan. XIANG QI Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk masa kini adalah berasal dari China, oleh itu permainan ini juga digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti raja dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta sungai dan istana yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur. Peraturan dan cara permainan Xiang Qi: 1. Raja bergerak hanya satu ruang pada satu masa, sama ada secara melintang atau menegak. Tambahan pula, Raja perlu sentiasa berada dalam lingkungan istana, yang merupakan persegi ditanda dengan X. 2. Pengawal (Advisor) bergerak hanya satu ruang pada satu masa menyerong. Sama seperti Raja, pengawal mesti berada dalam lingkungan istana. 3. Menteri-menteri (Gajah) bergerak dua ruang pada satu masa menyerong (iaitu 2 ruang kiri / kanan dan 2 tempat dalam pergerakan ke atas / bawah). Mereka mesti kekal dalam bahagian masing-masing sungai. Jika terdapat sekeping antara pertengahan kedudukan asal dan akhir yang dicadangkan bagi menteri, menteri disekat dan pergerakannya adalah tidak dibenarkan.

4. Kereta kebal (Kereta) bergerak satu atau lebih ruang secara melintang atau menegak dengan syarat bahawa semua kedudukan di antara kedudukan asal dan akhir adalah kosong. 5. Kuda (Horses) bergerak dua ruang mendatar dan satu ruang menegak (atau masingmasing 2 ruang menegak dan satu ruang mendatar). Jika terdapat sekeping di sebelah kuda (menegak) arah melintang, kuda itu disekat dan langkah itu adalah tidak dibenarkan. 6. Meriam bergerak satu atau lebih ruang mendatar atau menegak seperti Rook a. Walau bagaimanapun, dalam usaha menangkap, mesti ada betul-betul satu ruang yang tidak kosong di antara kedudukan asal dan akhir. Dalam keadaan bukan menangkap, semua ruang di antaranya mestilah kosong. 7. Bidak (atau Askar) bergerak satu ruang pada satu masa. Jika bidak tidak melintasi sungai lagi, ia hanya boleh bergerak ke hadapan secara menegak. Setelah menyeberangi sungai, bidak juga boleh bergerak secara mendatar. 8. Tangkap: Apabila sekeping bergerak ke kedudukan yang kini dipegang oleh sekeping lawan, ia menangkap sekeping bahawa lawan. Sekeping ditangkap dikeluarkan dari papan. 9. Garis penglihatan Raja: Dua Raja-raja dalam lembaga tidak boleh berada di fail yang sama (garisan menegak) tanpa sebarang keping di antara mereka. Satu langkah yang meletakkan kedua-dua Raja-raja dalam apa-apa suasana yang menyalahi undangundang. 10. Keselamatan Raja: Satu tidak boleh meninggalkan Raja hendak ditawan oleh pembangkang dalam langkah seterusnya. Sebarang langkah yang meletakkan Raja dalam apa-apa suasana yang menyalahi undang-undang. Syarat Penamatan permainan: permainan ini berakhir apabila salah satu daripada situasi berikut berlaku: Checkmate: Jika seseorang mengancam untuk menangkap Raja lawan dan lawan tidak mempunyai cara untuk menyelesaikan ancaman, satu kemenangan. kebuntuan: Jika seseorang itu tidak mempunyai apa-apa langkah yang sah, satu kehilangan. Salah satu atau kedua-dua pihak melanggar Peraturan Advanced.

KHO-KHO Kho-kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan Lari dan kejar di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain. Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan khokho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan foul, pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata Kho Kho. Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan Kho-Kho ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m. CHATURANGA Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih. Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.

Dalam terminologi sanskrit, Chaturanga berarti memiliki empat bagian dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti tentara. Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu. Ashtpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9. Ilmuwan Arab Abu al-Hasan Al al-Masd memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi ketenteraan, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Masd juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah pengeluar alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan. Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk. KABADI Permainan Kabaddi merupakan permainan

tradisional yang berasal dari negara India. Menurut bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut. Turut dikenali dengan nama Hadududi kalangan sangat popular berkembang di orang di Asia

Bangladesh.Permainan ini selatan Asia dan mula

Tenggara, jepun dan Iran. Kabaddi turut merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia. Permainan ini dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain; iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Bagi setiap sesi

permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak lawan. Permainan ini dimainkan di kawasan gelanggang permainan yang meliputi luas 12.5 x 10 meter persegi yang dibahagi pula kepada dua kawasan yang sama luas.

Durasi permainan adalah selama 40 minit untuk dua sesi dengan tambahan 5 minit untuk pertukaran dua sesi tersebut. Permainan ini dimainkan dengan cara Pasukan penyerang akan menghantar seorang penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan (sebahagiannya seperti yang dijelaskan diatas). Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain dari pasukan pihak lawan. Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan menarik nafas yang lain, beliau dikehendaki menyebut kabaddi secara berterusan. Jika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain semasa beliau masih lagi menahan nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut kemudiannya akan kembali semula ke gelanggangnya. Namun, apabila penyerang sudah berjaya mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan

pasukan pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali semula ke gelanggang pasukan penyerang. Jika penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum berjaya kembali, beliau juga turut terkeluar. Kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang dan pihak lawan secara bergilir-gilir sehingga sesi permainan tamat. Peraturan am permainan ini ialah, tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan iaitu seorang pengadil, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga masa dan seorang pencatat markah. Mata akan dikira berdasarkan percubaan yang berjaya untuk menyentuh/menjatuhkan dan kembali semula ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas. Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian badannya menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan berlangsung,

pemain

tersebut

secara

automatiknya

akan

dikira

terkeluar

dari

permainan

kecuali jika tindakan itu berlaku atas struggle. Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya dalam masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus lona. Bagi peringkat yang tinggi, permainan Kabaddi dijalankan mengikut asas ketinggian dan berat untuk memastikan keadilan dalam permainan. KELEBIHAN DAN MANFAAT PENGANJURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat malaysia. Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing. Permainan tradisional ini merupakan satu bentuk hiburan masyarakat zaman dahulu. Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Namun dewasa ini, aktiviti permainan tradisional smakin mendapat penyisihan oleh bukan sahaja golongan kanak-kanak malahan golongan dewasa juga turut menyisihkan permainan tradisi ini. Oleh itu, kepenganjuran sesuatu pertandingan yang melibatkan permainan tradisional dilihat sangat bermanfaat untuk memertabatkan kembali tradisi kesukanan tradisional ini. Melalui permainan tradisional juga kita dapat mengenali budaya kaum lain kerana permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat tersebut. Penganjuran permainan tradisional bukan sahaja dapat mendatangkan rasa keseronokan tetapi juga dapat memberikan pendedahan tentang kepelbagaian permainan tradisional masyarakat pelbagai kaum di Malaysia kepada bukan sahaja peserta tetapi juga kepada penonton yang hadir dalam majlis permainan tradisional tersebut. Pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.

Penganjuran pertandingan permainan tradisional ini juga turut dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni masyarakat setempat dan Malaysia amnya. Melalui permainan tradisional kita dapat memupuk semangat perpaduan, rasa muhibah, dan mesra dalam kelompok masyarakat. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama. Oleh yang demikian, tersimpul dengan nyata permainan tradisional ini dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni kerana nilai tradisi yang tinggi di dalamnya terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya. Permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan sekaligus membantu menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia. Pertandingan permainan tradisional seumpama ini juga dapat membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan tahap kecergasan yang ada pada setiap peserta. Selain itu, penganjuran ini juga dapat menguji kemahiran kognitif peserta pertandingan untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya untuk mengesan dan menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dengan tepat. Penganjuran ini juga mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap peserta mahu ahli penganjur itu sendiri. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat. Pertandingan permainan tradisional ini juga sangat berfaedah dan bermanfaat khususnya untuk meningkat dan mengeratkan hubungan sosial dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Menerusi pertandingan permainan tradisional ini nilai-nilai murni seperti bekerjasama, semangat kesukanan sama ada individu mahupun berpasukan dapat di pupuk, selain dari itu pertandingan ini juga dapat mengeratkan silahtulrahim dikalangan peserta mahupun pihak penganjur dan masyarakat keseluruhannya. Jelas di sini bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dikalangan rakyat supaya terus menyuburkan semangat bersatu teguh. Kesimpulannya, permainan tradisional ini sangatlah penting dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Usaha seumpama ini sangatlah mustahak supaya permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah dikekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional akan dapat

mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia.

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL Permainan tradisional yang merupakan warisan bangsa kini berhadapan dengan ancaman arus pembangunan dan pemodenan khususnya kemajuan teknologi menyebabkan popularitinya semakin berkurangan. Generasi muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu pesat. Pelbagai pihak telah berusaha untuk mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita. Namun begitu, usaha untuk mengembalikan kegemilangan permainan tradisional ini berhadapan dengan cabaran yang besar. Salah satu dari cabaran dalam usaha untuk mempopularkan semula permainan ini ialah golongan remaja zaman sekarang yang beranggapan bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi dimainkan. Sikap segelintir generasi pada masa kini yang menganggap permainan tradisional adalah ketinggalan zaman dan hanya wujud pada zaman puntung asap sahaja haruslah dikikis. Persaingan dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer juga merupakan ancaman kepada permainan tradisional. Permainan tradisional merupakan

sumber hiburan utama masyarakat silam tetapi kini perkembangan teknologi moden telah merubah segala-galanya. Kecanggihan permainan moden melekakan generasi pada masa kini yang telah menjadi kera sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar sahaja. Remaja hari ini juga lebih cenderung kepada sukan lasak yang dianggap lebih mencabar dan memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi. Iklan-iklan sukan dunia disamping galakan pihak berkuasa khususnya penyertaan golongan remaja dalam aktiviti permainan moden dan antarabangsa bukan sahaja menjadi salah satu sebab mengapa permainan tradisional ini semakin tersisih menyebabkan mempopularkan semula permainan tradisional ini semakin mencabar. Sikap acuh tak acuh sesetengah pihak dalam mengembalikan kegemilangan permainan tradisional ini menyebabkan permainan ini semakin terus dilupakan. Kecenderungan masyarakat moden untuk hidup seperti enaun dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing menyebabkan permainan tradisional ini hanya tinggal dalam buku-buku dan majalah-majalah sahaja. Sepatutnya generasi pada masa kini tampil sebagai pewaris pusaka tradisi nenek moyang yang terbilang.

Kesimpulannya semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempopularkan warisan ini kerana permainan tradisional ini merupakan satu daripada warisan silam yang perlu dipertahankan. Pihak kerajaan dan swasta seharusnya bersama-sama menggembling tanggungjawab untuk mengembalikan semula kegemilangan permainan tradisional ini agar terus popular dikalangan remaja. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL. Tidak dapat disangkali hakikatnya pada hari ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal ini disebabkan adanya halangan dan kekangan yang disebabkan oleh arus kemodenan, pengaruh-pengaruh kuat dari aktiviti-aktiviti permainan yang bersifat antarabangsa yang mendapat suntikan bukan sahaja oleh media-media massa tetapi juga oleh badan-badan bukan Kerajaan dan Kerajaan malahan turut mendapat dukungan oleh sebahagian besar kalangan masyarakat kita. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil bagi mempopularkan semula permainan tradisional ini. Salah satu usaha bagi mempopularkan permainan tradisional adalah melalui pendedahan dan galakan serius dari peringkat sekolah. Sangat bertepatan sekali pendedahan pada peringkat sekolah yang mana sewajarnya pihak sekolah melalui sokongan penuh Kementerian Pelajaran agar mewujudkan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional. Malahan, kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan dengan permainan tradisional kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Salah satunya adalah dengan menubuhkan Kelab Permainan Tradisional di peringkat sekolah. Usaha ini bertujuan untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar-pelajar. Tambahan pula, pertandingan permainan tradisional antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid untuk memahirkan diri dengan permainan-permainan tradisional tertentu. Langkah ini sudah tentu dapat menghidupkan kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda di negara kita. Usaha ini tidak akan sia-sia jika ianya berterusan sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Pihak kerajaan juga perlu main peranan dalam usaha ini. Kerajaan wajar menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat sosial. Pertandingan ini wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Setiap negeri mestilah digalakkan untuk mengambil

bahagian sebagai langkah memeriahkan pesta tersebut. Langkah ini bertujuan untuk menarik

minat masyarakat untuk bergiat cergas dalam bidang permainan (sukan) tradisional yang semakin dilupakan. Penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti permainan tradisional bangsa kita.Tegasnya, pihak kerajaan haruslah memainkan peranan dan memastikan permainan tradisional kekal diminati oleh rakyat. Melalui Kementerian Pelancongan juga perlu menjadikan permainan tradisional ini sebagai satu bentuk kerjaya yang mana bukan sahaja memberi keuntungan kepada negara tetapi juga sebagai suatu punca pendapatan masyarakat kita. Kerana permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat yang majmuk kerana nilai tradisi yang tinggi di dalamnya terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya dan ini menjadikan amalan membudayakan permainan tradisional satu daya tarikan kepada pelancong luar dan dalam negara. Usaha ini bukan sahaja dapat mempopularkan semula permainan tradisi masyakat kita tetapi juga dapat membantu mengharumkan nama negara kita sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya tradisional yang terpelihara di persada dunia. Peranan pihak media massa juga sangat penting. Pihak media seharusnya berpenanan sebagai medium yang dapat menghebahkan kelebihan permainan tradisional kepada masyarakat. Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen, majalah dan internet. Anjuran mahu pun bantuan pihak media dalam menghebahkan aktiviti pertandingan permainan tradisional sangat-sangat membantu kerana rata-rata masyarakat zaman sekarang banyak bergantung kepada media-media massa ini untuk mendapatkan malumats Sesungguhnya, peranan pihak media massa sangat penting dalam membantu memperkenalkan dan mempopularkan permainan tradisioanl ini kepada masyarakat khususnya generasi muda. Peranan ibu bapa juga penting untuk mempopularkan semula permainan tradisional ini dikalangan anak-anak mereka. Ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anak-anak mereka perlu memperkenalkan permainan tradisional ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa sewajarnya dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak dengan bermain permainan tradisional seperti bermain congkak dan sebagainya, sebagai satu aktiviti riadah yang bukan sahaja sebagai mengisi masa lapang dan hiburan tetapi juga sebenarnya dapat membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Ibu bapa dapat membantu mengembalikan kepopularan permainan tradisional ini seperti membelikan permainan tradisional seperti gasing, congkak dan layang-layang khusus untuk anak-anak mereka.

Peranan individu juga sangat penting dalam usaha mempopularkan permainan tradisional ini. Kesedaran adalah sangat penting ditanam dalam diri setiap individu itu. Mereka hendaklah menanamkan sikap suka dan ingin tahu tentang permainan tradisional. Dengan mempelajari dan mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional setiap individu dapat mengurangkan diri mereka daripada terlibat dengan permainan moden seperti permainan elektronik. Penyertaan pelajar dalam pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah dan masyarakat juga dapat membantu pelajar mencintai dan meminati permainan tradisional. Oleh yang demikian, peranan setiap individu itu amat penting dalam mempopularkan permainan tradisional. Peranan masyarakat. Masyarakat boleh memberikan sokongan dengan menubuhkan persatuan atau kelab permainan tradisional di tempat tinggal mereka. Mereka boleh bermain pada masa lapang. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan di peringkat kampung atau antara kampung. Sebagai contoh permainan gasing, layang-layang dan sepak raga. Pertandingan ini dapat memperkenalkan dan menonjolkan bakat seseorang dalam permainan tradisional. Oleh itu, peranan masyarakat amat penting dalam usaha mempopularkan permainan tradisional. Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tidak permainan tradisional warisan berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam semua pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila.