Anda di halaman 1dari 4

Kelebihan Berwudu` Adakah Khusus Kepada Ummat Ini

Muhammad Hanief bin Awang Yahaya www.darulkautsar.net

, " , . - . ,
Daripada Abu Hurairah katanya: Saya mendengar1[1] Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya umatku akan datang pada hari Kiamat nanti dengan keadaan wajah berseri-seri dan bersinar anggota-anggotanya kerana kesan wudu`. Sesiapa di antara kamu mampu memanjangkan serinya itu, maka hendaklah dia melakukannya. (al-Bukhari, 136, Muslim, 246, Ibn Majah, 4282) Perkataan umat menunjukkan kepada satu kumpulan orang. Yang dimaksudkan di sini ialah umat ijabah iaitu umat yang menerima seruan dakwa Rasulullah s.a.w. dan beriman dengan baginda dengan mengikuti ajaran Islam yang suci murni. Mengikut pembahagian ulama, umat manusia yang sempat dengan Rasulullah s.a.w. atau dilahirkan sesudah baginda disebutkan sebagai umat dawah, iaitu mereka yang sampai kepada mereka seruan Islam. Jika mereka beriman maka disebutkan sebagai umat ijabah. Ringkasnya, semua umat manusia adalah umat

1[1] Hadis ini diceritakan oleh Abu Hurayrah kepada Nuaym al-Mujmir, sebaik sahaja berwudu` dan
pada ketika itu mereka berdua di atas bumbung masjid.

dawah dan hanya yang menyahut seruan baginda dan beriman dikatakan sebagai umat ijabah. Ini berdasarkan kepada riwayat Abu Hurayrah dalam Sahih Muslim:


Demi yang diri Muhammad di Tangan-Nya, tidak seorangpun di kalangan umat ini sama ada Yahudi mahupun Kristian kemudian meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman dengan ajaran yang aku bawakan melainkan menjadi sebahagian ahli neraka. Mereka akan datang pada hari Kiamat... Dalam riwayat al-Bukhari dengan lafaz, dipanggil pada hari Kiamat. Maksudnya mereka diseru pada hari Kiamat dengan penuh kemuliaan dan penghormatan dan akan pergi ke padang Mahshar atau kolam Kawthar dalam keadaan berseriseri wajah dan bersinar pula tangan dan kaki mereka. Balasan sesuai dengan jenis amalan Perkataan Ghurr pada asalnya cahaya putih pada dahi kuda. Kemudiannya pula digunakan untuk menyatakan cantik, terkenal, sebutan baik. Maksud perkataan ini dalam hadis ini ialah seri yang terdapat pada muka setiap orang yang beriman yang di dunia dahulu mereka sentiasa mengambil wudu`. Perkataan Muhajjalun pula bermaksud putih yang ada pada kaki kuda. Dengan adanya sifat ini pada kuda harganya menjadi mahal dan menjadi pilihan dan rebutan pencarinya. Kedua-dua sifat ini diperolehi oleh orang yang berwudu` sesuai dengan perbuatan mereka di dunia dahulu. Ini disebutkan sebagai balasan dari jenis amalan. Iaitu perkataan wudu` daripada perkataan wada`ah yang bermaksud cantik, bersih dan bercahaya dengan hilangnya kesan dosa-dosa. Ini bererti orang yang sentiasa berwudu` bererti dia menjadikan wajah dan anggotanya bersih dan nanti di akhirat akan memperolehi wajah dan anggota yang berseri-seri. Adakah wudu` menjadi ciri istimewa umat ini atau kelebihan ini hanya diperolehi umat ini? Dengan berdalilkan hadis ini, Abu Abdillah Husayn bin al-Hasan al-Halimi mengatakan wudu` merupakan ciri istimewa umat ini. Pendapat beliau ini seolah-olah menunjukkan wudu` hanya dishariatkan dalam shariat Muhammad dan tidak ada dalam shariat sebelumnya.

Tetapi pendapat ini disangkal oleh sebahagian ulama yang lain. Mereka menyatakan bahawa sememangnya umat terdahulu diperintah supaya berwudu` namun kelebihan mendapat sinar di wajah dan anggota adalah ciri istimewa umat ini. (Fath al-Bari, jil. 1, hal, 318) Dalil dishariatkan wudu` bagi umat terdahulu ialah hadis al-Bukhari tentang Sarah yang berwudu` lalu bersembahyang (no: 2217 ) dan kisah Jurayj, seorang ahli ibadat yang difitnah seorang perempuan, dan dalam hadis disebutkan beliau berwudu` dan mengerjakan sembahyang. (al-Bukhari: 2482 ) Khilaf fiqhi melebihkan dari kadar yang wajib Sebahagian besar ulama berdalil dengan hadis ini sunnat melebihkan basuhan pada muka, siku dan kaki ketika berwudu` untuk memperolehi kelebihan seri dan cahaya kerana berwudu`. Bagaimanapun mereka tidak sependapat dalam menentukan kadar tersebut. Ada yang mengatakan separuh lengan atas dan separuh betis. Tetapi menurut Mazhab Malik dan satu riwayat daripada Ahmad bahawa tidak disunnatkan berbuat demikian. Pendapat ini ditarjihkan oleh Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim dan disokong Shaykh Abdul Rahman al-Sadi. Mereka mengemukakan hujah berikut: 1. Melebihkan dari kadar yang fardu seperti yang tersebut dalam al-Qur`an perlu kepada hujah yang kuat dan ini berkaitan dengan ibadat dan ia memerlukan dalil. 2. Hadis ini tidak menunjukkan kepada perlu melebihkan wudu` dari tempat yang difardukan untuk basuhnya ketika berwudu`. Bahkan hadis ini hanya menyatakan anggota wudu` menjadi bercahaya pada hari Kiamat kesan dari wudu`. 3. Hadis ini tidak boleh difahami dengan mana yang menafikan kadar yang disebutkan dalam al-Qur`an. Lafaz sesiapa yang mahu memanjangkan kadar serinya itu, adalah lafaz Abu Hurayrah yang tersisip masuk dalam lafaz hadis yang asal. Sisipan ini diistilahkan sebagai mudraj. Iaitu hadis yang diubah siyaq sanadnya atau dimasukkan ke dalam matan sesuatu yang lain tanpa pemisah. 4. Ghurrah adalah seri di wajah dan ia tidak dipanjangkan atau dilebihkan kerana Abu Hurayrah tidak membasuh lebih sehingga membasuh kepala. Sebenarnya beliau melebihkan pada basuhan tangan dan kaki dan ini bukan ghurrah tetapi tahjil. Oleh itu berlaku percanggahan dalam maksudnya. 5. Dalam riwayat Muslim yang lain disebutkan bahawa Abu Hurayrah membasuh wajahnya, tangannya sehingga hampir dengan bahunya dan kemudian membasuh kedua kakinya

hingga sampai ke betis yani tahjil. Ini menunjukkan apa yang diamalkan oleh Abu Hurayrah tidak selaras dengan apa yang disebutkannya iaitu ghurrah. 6. Selain itu, jika dibasuhkan juga kepala sehingga kepada bahagian yang mempunyai rambut ini akan menafikan maksud menyempurnakan wudu` dan bercanggah dengan sifat wajib kepala iaitu hendaklah disapu sedangkan perintah basuh itu ditujukan kepada muka. 7. Para sahabat yang meriwayatkan hadis wudu` tidak menyebut lebih dari membasuh tangan hingga ke siku dan kaki ke buku lali. 8. Imam Ahmad meriwayatkan hadis dengan menukilkan kata-kata Nuaym al-Mujmir yang meriwayatkan hadis: Saya tidak tahu kata-kata Sesiapa yang mahu memanjangkan ghurrah..... itu adakah ucapan Rasulullah s.a.w. atau ucapan Abu Hurayrah? (Musnad Ahmad no: 8413)

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4769