Anda di halaman 1dari 15

Pelaksanaan Tugasan: 1. Setelah dua hari,keluarkan telur dari cuka dan rekod lilitan telur.

a) (i) Apakah perubahan saiz dan bentuk yang dapat diperhatikan pada akhir hari kedua? Lilitan telur telah bertambah dan di tunjukkan dalam jadual di bawah:

Hari 1 2

Ukur lilit (cm) 15 17.5

Ukur panjang (cm) 17.3 19.7

Berat (gram) 84 103

Bentuk bujur biasa bujur dan besar

(ii) Bagaimanakah anda menentukan perubahan tersebut?

Dalam eksperimen ini saya menggunakan tape pengukur ,benang, pembaris dan penimbang berat.

Langkah langkah eksperimen:

Telur sebelum direndam dalam cuka

telur diukur dengan tape

telur ditimbang berat

telur di masukkan dalam cuka

pada permukaan telur akan keluar gelembung-gelembung udara kecil (co2) hasil tindakbalas dengan cuka

telur dkeluarkan daripada larutan cuka setelah dibiarkan selama 24 jam


3

Keadaan telur selepas dikeluarkan dalam cuka

saiz telur semakin besar dan menjadi translucent serta lembut seperti telur penyu.

keadaan telur setelah dipecahkan

b) (i) Adakah kandungan telur telah diresapi? Ya, kandungan telur telah diresapi oleh cuka dan terasa masam.

(ii) Bagaimanakah anda dapat menjelaskan pemerhatian anda? Pemerhatian: Keadaan telur puteh cair seperti dimasak dan telur kuning agak keras Rasa telur masam apabila dirasa dengan lidah.
5

2. Cabaran: Sediakan satu senarai contoh-contoh difusi dan osmosis dalam kehidupan seharian.

Contoh-contoh penyebaran dalam kehidupan seharian 1. Pertukaran gas melalui stomata daun semasa photosintesis. 2. Penyejatan air dari sel-sel melalui stomata semasa pengangkutan. 3. Pertukaran gas dalam organism unicellular seperti amoeba. 4. Pertukaran gas antara alveolus dan kapilari darah semasa respirasi. 5. Merebak minyak wangi.

Contoh-contoh osmosis dalam kehidupan seharian Fenomena layu dalam tumbuhan 1. Jika baja berlebihan diberi kepada tumbuhan, kelayuan berlaku 2. Apabila baja ini melarut dalam air tanah, ia menjadikan air tanah lebih pekat dan hipertonik kepada sap sel akar. 3. Maka, air meresap keluar dari sel-sel tumbuhan ke dalam tanah secara osmosis. 4. Sel-sel mengalami plasmolisis dan menjadi flasid. 5. Ini menyebabkan tumbuhan layu dan akhirnya mati.

Pengawetan makanan 1. Makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan boleh diawet dengan menggunakan bahan-bahan awet seperti garam dan gula. 2. Garam atau gula akan menjadikan larutan di luar makanan hipertonik kepada sel-sel makanan. 3. Air meresap keluar dari makanan secara osmosis.

3. Menyiasat: sayuran disimpan dalam peti sejuk di bahadian khas.Adakah sayuran itu masih segar,rangup dan segah untuk tempoh masa yang lebih panjang? Pemerhatian: -Tidak, Sayur-sayuran tidak akan segar, rangup dan segas apabila ia di biarkan di dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama. - Ini kerana sayur-sayuran telah mengalami kehilangan air kesan persekitaran kering di dalam peti sejuk. -Ini bermakna bahawa sel sayur-sayuran akan menjadi lembik kerana telah kehilangan air yang berterusan apabila mengekalkan tempoh yang lama di dalam peti sejuk -.Keadaan ini dapat dilihat berdasarkan perubahan gambar di muka surat sebelah.

Sayur kelihatan masih segar,ragup dan segah semasa mula-mula dimasukkan dalam peti sejuk.

sayur kelihatan layu dan lembik setelah beberapa hari berada dalan peti sejuk.

4. Kumpulkan maklumat yang berkaitan dengan bahan pergerakan bahan merentasi membran-pengangkutan pasif,pengangkutan aktif,endositosis dan eksositosis

PENGANGKUTAN PASIF 1. Ia adalah pergerakan bahan-bahan merentasi membran plasma yang tidak memerlukan tenaga. 2. Ia terdiri daripada a) Resapan ringkas i) Ditakrifkan sebagai pergerakan molekul-molekul dan ion-ion dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah sehingga suatu keseimbangan dicapai. ii) Molekul-molekul kecil seperti oksigen, karbon dioksida dan molekulmolekul larut-lemak boleh bergerak merentasi membrane plasma melalui resapan ringkas. iii) Proses ini tidak memerlukan sel menggunakan sebarang tenaga. iv) Contoh dalam organisma-organisma hidup b) Osmosis
9

Pertukaran gas di dalam alveoli dan kapilari-kapilari darah. Pertukaran gas melalui stomata daun semasa fotosintesis. Pertukaran gas dalam organism unisel seperti Amoeba sp.

i) Ditakrifkan sebagai pergerakan air atau molekul-molekul pelarut dari suatu kawasan yang berkepekatan zat terlarut rendah (kepekatan air tinggi) ke suatu kawasan yang berkepekatan zat terlarut tinggi (kepekatan air rendah) melalui membran separa telap. ii) Membran separa telap adalah telap kepada air tetapi tidak telap kepada molekul-molekul zat terlarut tertentu. iii) Proses ini tidak memerlukan tenaga. Iv) Contoh dalam organism hidup Pengangkutan air dalam konteks batang tumbuhan. Pengambilan air oleh akar tumbuhan.

c) Resapan berbantu i) Proses ini merujuk kepada pergerakan molekul-molekul seperti glukosa, asid nukleik, asid amino, protein dan ion merentasi membrane plasma dan dibantu oleh protein pembawa khusus dan liang. ii) Molekul-molekul dan ion-ion ini tidak boleh bergerak dengan senang melalui dwilapisan fosfolipid. iii) Proses ini tidak memerlukan tenaga kerana ia adalah pergerakan pasif molekul-molekul menurun kecerunan kepekatan..

PENGANGKUTAN AKTIF

10

1. Ia ditakrifkan sebagai pergerakan molekul-molekul dan ion-ion menentang kecerunan kepekatan ( dari kepekatan rendah ke kepekatan tinggi) merentasi membran plasma. 2. Ia melibatkan penggunaan tenaga. 3. Tenaganbagi pengangkutan aktif biasanya dating dari ATP yang dibekalkan oleh respirasi dalam mitokondria. 4. Ia memerlukan protein pembawa. 5. Contoh-contoh dalam organism hidup. i) ii) Penyebaran garam mineral oleh rambut akar. Pam natrium-kalium (dalam saraf dan sel haiwan) yang mengepam ion-ion natrium keluar dari sel dan ion-ion kalium masuk ke dalam sel. iv) Pengumpulan ion-ion iodine oleh alga, Nitella sp.walaupun kepekatan iodine dalam sel adalah lebih tinggi daripada yang dalam laut. v) Pengambilan ion-ion natrium dan glukosa daripada lumen tubul nefron ginjal.

ENDOSITOSIS 1. Istilah umum untuk sekumpulan proses yang membawa macromolrcules, zarah besar, molekul kecil dan sel walaupun kecil ke dalam sel yang eukariotik.

2. Terdapat 3 jenis endosiosis iaitu:


11

a. Phagocytosis b. Pinositosis c. Penerima di antara endositosis 3. Kegunaan endositosis a. Pembebasan enzim, hormone, protein dan glukos yang akan digunakan di bahagian-bahagian badan yang lain. b. Neurotransmitter c. Menyampaikan langkah-langkah pertahanan terhadap penyakit d. Mengusir sisa selular

EKSOSITOSIS 1. Proses yang bahan-bahan yang dibungkus dalam vesikel dirembeskan dari sel apabila membrane fius vesicle dengan membrane plasma. 2. Kegunaan eksositosis ialah: a.menerima nutrient b.kemasukan pathogen c.penghijrahan sel dan adhesi d.penerima isyarat

12

Rekod Kolaborasi: Bil Nama Rakan & aktiviti Tarikh T.Tangan

1.

Mohd Hanif bin Che Jid -bincang mengenai cara menjawab soalan kertas kerja.

21 Ogos 2011

2.

Surhayati bt Mohamad (guru sains th 6) -bincang mengenai eksperimen telur

25 Ogos 2011

3.

Wan Abdullah bin Wan Ismail -bincang mengenai format penulisan jawapan

04 Sep 2011

4.

13

Rujukan:

Modul Sains Pebdidikan Rendah SCE3101 (2011). Hidupan Dan Proses Kehidupan Cyberjaya.Institud Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lee Ching BSc (Hons), Dip Ed(2008) SPM Bilingual Biology Form 4, Shah Alam, Arah Pendidikan SDN BHD.

Dr Hamdan Mohd Nor (2008) SPM Biology Focus Super, Bandar Baru Bangi, Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.

14

15