Anda di halaman 1dari 5

Esei reflektif pelaksanaan P & P

Untuk menyatakan atau merealisasikan teori pembelajaran konstruktivisme dalam P & P, saya telah mengajar murid tahun 2 mengenai tajuk tumbuhan (keperluan asas tumbuhan untuk hidup). Masa yang diambil adalah selama 1jam (60 mini/2 waktu). Dalam fasa pertama iaitu Persedian, saya menggunakan orientasi berasaskan pengetahuan sedia ada. Saya telah menunjukkan 2 keping gambar anak pokok. Gambar pertama menunjukkan anak pokok yang subur dan gambar kedua menunjukkan anak pokok yang layu. Apabila melihat kedua-dua keping gambar murid akan berfikir dan akan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membuat analisis mengenai keadaan anak pokok tersebut. Unsur

konstruktivisme akan berlaku apabila murid akan membina pengetahuan secara aktif dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahaman yang sedia ada. Murid akan diajukan beberapa soalan mengenai perbandingan 2 keping gambar anak pokok tersebut. Contoh soalan: a) Apakah yang dapat diperhatikan daripada gambar 1 & 2? b) Apakah perbezaan yang dapat kamu lihat tentang gambar 1 dan dan gambar 2

Daripada soalan tersebut murid akan membina pengetahuan dan pengalaman mengenai kedua-dua gambar anak pokok itu. Murid akan menggunakan deria penglihatan dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan dengan betul. Disini guru akan mengimbau imiginasi murid tentang keperluan asas tumbuhan untuk hidup. Seperti air,udara dan cahaya matahari. Dalam konteks penddidikan murid akan berusaha untuk berfikir dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah dialami, kemudian menganalisis dan

meneliti untuk membuat keputusan mengenai keperluan asas tumbuhan yang dinyatakan oleh guru.

Disini juga guru akan mengemukakan beberapa soalan mengenai keperluan asas tumbuhan kepada murid-murid. Contoh soalan: a) Pernahkah kamu melihat tumbuhan yang layu? b) Apakah punca menyebabkan tumbuhan layu? c) Bagaimanakah tumbuhan di dalam gambar 1 hidup subur? Dalam fasa perkembangan pula guru memberikan penjelasan yang lebih lanjut mengenai keperluan asas tumbuhan. Guru menyediakan contoh maujud iaitu 4 pasu tumbuhan yang berbeza daripada P & P yang lepas. Pasu A Pasu B Pasu C Pasu D anak pokok yang tidak disiram dengan air anak pokok ditutup dengan beg plastic anak pokok diletakkan di dalam kotak anak pokok disiram dan diletakkan di luar makmal

Guru pula akan mengemukakan beberapa soalan lagi mengenai keadaan anak pokok dalam pasu A hingga pasu D. Ini adalah untuk lebih menyumbang dan mencetuskan idea dan pengetahuan murid-murid. Apabila murid berfikif begini guru tidak boleh memaksa murid untuk mempercayai sesuatu melainkan murid sendiri membina pemahaman tentang pekara itu. Oleh itu, murid perlu digalakan untuk membina semula pemahamannya sediri yang mungkin bercanggah dengan pandangan saintifik. Pendekatan ini mengambil masa yang lebih tetapi berkesan, ingatan yang lebih lama, pemahaman ynag lebih mendalam dan keytakinan kendiri yang lebih kuat.

Contoh soalan: subur?

a) Bolehkah anak benih di pasu A,B,C dan D hidup dengan

b) Anak pokok yang manakah akan hidup dengan subur?

Untuk lebih memahami dan mencetus idea murid, guru akan memberi satu lembaran kerja supaya murid dapat melakar satu ramalan keadaan anak pokok dalam pasu A hingga pasu D. Murid diminta melakar keadaan anak pokok mengikut pemahaman mereka. Guru meminta setiap kumpulan membuat penambahan dan pengurangan pada lakaran yang dibuat oleh murid. Tindakan seterusnya setiap kumpulan diminta mempamerkan lakaran masingmasing.Disinilah guru boleh menyiasat dan menilai sejauh mana kefahaman dan ingatan murid mengenai keperluan asas tumbuhan dengan mengemukakan beberapa soalan. Contoh soalan: a) Apakah persamaan lakaran anak pokok kumpulan kumpulan lain? b) Apakah yang akan berlaku sekiranya semua tumbuhan di muka bumi ini akan mati? c) Apakah yang perlu kamu lakukan agar semua tumbuhan di muka bumi ini kekal subur? anda dengan

Pada peringkat terakhir guru akan membuat pentaksiran dan penilaian mengenai kefahaman murid.Murid diminta menyiapkan lembaran kerja. Dengan kata yang lain murid hanya perlu menjalankan penemuan dengan membentuk perkaitan mental sedangkan guru berperanan sebagai pemudah cara pembelajaran sahaja.