Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebagai mukadimahnya, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana majalah dwitahunan SETARA dapat diterbitkan. Sekalung penghargaan diberikan kepada warga Sidang Redaksi Sekolah yang berusaha dengan penuh keringat bagi merealisasikan penerbitan ini justeru penghargaan juga diucapkan kepada warga Sidang Redaksi Sekolah sekali lagi kerana sudi menyediakan sebuah kolum khas untuk saya mengisinya. Para pembaca yang dihormati sekalian, Setiap perkara atau peristiwa yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas akan sentiasa menggamit kenangan. Bersesuaian dengan fungsi sebuah majalah sekolah, SETARA akan membuat kita mengimbas kembali setiap detik dan kronologi yang dilalui sepanjang berada di sekolah yang dikasihi ini agar segala kenangan tersebut akan terus kekal segar dalam ingatan setiap daripada kita. Guru- guru dan rakan-rakan, Sekolah merupakan tempat untuk belajar dan mengajar. Sekolah juga tempat menerima dan memberi pelajaran. Sudah menjadi satu kemestian bagi kita semua untuk menikmati hak kebebasan individu ini. Segala ruang dan peluang ini haruslah kita manfaatkan sepenuhnya. Institusi ini bakal melahirkan seseorang yang lengkap dari segi akademik, ko-kurikulum, rohani dan jasmani. Oleh hal yang demikian, para pelajar pada hari ini haruslah seimbang dari segala aspek dan bukannya pasif semata-mata. Sebagai penutup bicara, Pada kesempatan yang terluang ini, saya Muhammad Syazlan bin Mohd Aris menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin sekiranya berlaku kekurangan,kesalahan dan kesilapan sepanjang tempoh saya berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman terutamanya dalam badan pengawas. Ucapan terima kasih juga tidak dilupakan kepada barisan guru, rakan-rakan dan mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di sekolah ini.

:)

__________________________________ (MUHAMMAD SYAZLAN BIN MOHD ARIS) Ketua Pengawas Tahun 2012 Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman

Anda mungkin juga menyukai