Anda di halaman 1dari 5

SOALAN Terangkan prinsip dan ciri-ciri utama Sistem Torrens didalam Pentadbiran Tanah Malaysia.

Jawapan: SISTEM TORRENS Pendahuluan - Sistem Torrens ( ST ) bagi pendaftaran hakmilik tanah diperkenalkan pada 1857 oleh Robert Richard Torrens di Australia Selatan. - Dilaksanakan di New South Wales pada 1 Januari 1863 di bawah Real Property Act. - Diperkenalkan di Semenanjung Malaysia pada abad ke 9 oleh Maxwell. - Diperkenalkan secara berperingkat -General Land Regulation (FMS) -Registration of Titles Regulations (FMS) o Pengenalan kepada Kanun Tanah 1926 di FMS. Dua Prinsip Kembar Sistem Torrens 1. Prinsip pertama ST ialah daftar yang mencerminkan segala fakta material berkenaan hak milik seseorang ke atas tanahnya. Fakta material itu merangkumi nama pemilik, butir-butir mengenai tanah yang telah diberi milik, luas kawasan dan lokasinya, pelan ukur, dan had sempadannya. Dengan lain perkataan ST telah menjadi daftar hak milik seperti satu cermin yang berkemampuan menunjukkan segala maklumat yang penting mengenai tanah yang mungkin dikehendaki oleh seorang bakal pembeli atau yang perlu diketahui oleh seorang bakal pemegang gadaian. 2. Prinsip kedua ST ialah daftar yang mempunyai sifat sebagai satu tabir. Dalam setiap transaksi antara pemilik berdaftar dengan bakal pembeli, bakal pembeli hanya dikehendaki memberi perhatian kepada daftar dan tidak lebih dari itu. Memadailah bagi pembeli hanya bergantung pada maklumat yang ada dalam daftar dan tidak perlu
1

malahan tidak boleh melihat lebih jauh di sebalik itu.Dengan lain perkataan tidaklah perlu membuat semakan sejarah pemilikan tanah tersebut. Kesan daripada dua prinsip kembar ST ialah wujudnya hak milik yang tidak boleh disangkal bagi pemilik berdaftar yang merupakan tonggak utama ST Ciri-Ciri ST 1. Pendudukan haram tidak dibenarkan KTN 1965 mengekalkan prinsip undang-undang yang terkandung dalam Kanun Tanah 1926 yang terdahulu bahawa pendudukan haram keatas tanah milik orang lain atau ringkasnya pemilikan bertentangan adalah dilarang sama ada tanah tersebut tanah Kerajaan atau milik perseorangan. 2. Tiada hak menerusi pemegangan tanah walau selama mana Tanah Kerajaan mestilah dipohon melalui proses pelupusan tanah dan kuasa meluluskannya terletak pada Pihak Berkuasa Negeri. . 3. Pengembalian kepada Pihak Berkuasa Negeri Tanah diberi milik boleh menjadi milik semula Pihak Berkuasa Negeri dalam beberapa keadaan tertentu. Misalnya tanah-tanah yang dipegang dalam bentuk pajakan yang telah habis tempohnya akan menjadi milikan negeri melainkan pajakan tersebut diperbaharui atau disambung lagi. - Tanah beri milik boleh juga dirampas oleh PBN apabila berlaku pelanggaran syarat oleh pemiliknya umpamanya kegagalan mengerjakannya, kegagalan membayar cukai, pelanggaran syarat-syarat nyata atau syarat lain yang terkandung dalam KTN, atau pelanggaran sekatan-sekatan tertentu yang dikenakan pada tanah berkenaan. Selain itu, tanah boleh juga kembali menjadi milikan pPBN jika pemiliknya meninggal dunia tanpa meninggalkan waris atau jika pemiliknya meninggalkan langsung tanah miliknya ataupun dengan sukarela menyerahkannya balik kepada negeri 4. Hak milik dijamin tetapi tidak mutlak. Hak milik yang tidak boleh disangkal dijamin oleh KTN mengikut
2

kehendak S.89 dan S. 340 tetapi ia tidak mutlak. Ianya boleh disangkal jika keadaan-keadaan tertentu yang mencurigakan. 5. Empat Jenis Kaveat KTN 1965 mewujudkan empat jenis kaveat yang berbeza antara satu sama lain iaitu kaveat persendirian, kaveat pendaftar, kaveat pemegang lien, dan kaveat amanah. Sistem kaveat ini berupa satu sistem untuk melindungi kepentingan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan yang tidak berdaftar terhadap hak milik tanah kepunyaan pemilik yang berdaftar.

Di antara kebaikan-kebaikan Sistem Torrens adalah seperti berikut 1 tiap-tiap orang yang memiliki tanah akan memegang suatu dokumen hakmi!ik yang jelas, dijamin o[eh Kerajaan, membentangkan bukan sahaja untuk pengetahuannya tetapi juga pengetahuan semua orang berkenaan mengenai segala syarat -syarat dan kepentingan-kepentingan lain yang melibatkan tanah itu. Ketepatan fakta mengenai tanah dan pelan diutamakan. Disini jaminan tentang keesahan hakmilik dan urusniaga diberi oleh PBN

2 Tiap-tiap orang boleh berurusniaga tanah secara mendaftarkan Suratcara dengan mudah dan pantas tanpa memerlukan carian yang rumit dan mahal menerusi dokumen-dokumen yang dahulu.

3 Hak milik bagi tanah itu dan kepentingan mendapat taraf tidak boleh disangkal.

4 Sesuai dan lengkap dengan keadaan semasa. Setiap pemberimilikan baru a urusniaga baru akan didaftarkan termasuklah segala urusan mengenai tanah Seperti kaveat,pusaka kecil, pengambilan dsb. Semuanya dipaparkan didalam Hakmilik yang berkaitan.

Secara ringkas, kebaikan ST ialah: Security Simplicity Accuracy Speed Cheapness Suitability to circumstances Completeness Sekian.