Anda di halaman 1dari 6

ANALISIS LENGKAP NOVEL TINGKATAN 2 - WIRA PERSONA AVATARI

Wira Persona Avatari (Ahmad Zaki Abu Bakar) Sinopsis Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakannya, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Tujuan mereka menyertai pertandingan ini adalah untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas, Profesor Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu. Sebelum pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat, latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah. Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan yang menggunakan rangkaian Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia ini. Untuk peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan dipilih. Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir. Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermatimatian untuk melepasi halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan. Di samping itu, mereka juga terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendiri kerana salah seorang ahli pasukan mereka, iaitu

Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari. Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir. Namun begitu, semua halangan dan masalah dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai pertandingan tersebut. Tema Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan tersebut. Persoalan 1. Persoalan persiapan untuk menghadapi sesuatu pertandingan. Anas dan ahli-ahli kumpulannya berlatih bersungguh-sungguh untuk menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. 2. Persoalan kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup. Keluarga Anas masih sabar dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ayahnya, Profesor Fitri masih hilang semasa mengikuti ekspedisi rahsia di Lautan Andaman. 3. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat. Anas amat mengambil berat akan adiknya, Aina. 4. Persoalan sokongan moral ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak. Puan Maizan, Pak Cik Ho dan Mak Cik Angie sentiasa berada di tempat pertandingan Avatari untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.
1

5. Persoalan golongan remaja yang suka menghabiskan masa dengan permainan video. Anjali dan Sudin bermain permainan Robot War di Pusat Permainan Video Game Star yang penuh sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja. 6. Persoalan hubungan erat antara kaum. Ahli-ahli Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani dapat bekerjasama tanpa mengira perbezaan kaum. 7. Persoalan perjuangan mempertahankan maruah agama Anas dan ahli-ahli Pasukan Zamrud II menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad secara maya dalam pertandingan Avatari. Watak dan Perwatakan Watak Utama Aina Adik kepada Anas Bertubuh kecil - berumur 12 tahun Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II Pintar - digelar rakan sedarjah si cili padi Rajin beribadat berpuasa sunat bulan Rejab Gigih berusaha bersama abangnya untuk menubuhkan Pasukan Zamrud II Keras hati tetap menyertai pertandingan Avatari walaupun dilarang oleh ibunya Watak Sampingan Anas Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian

Berumur 17 tahun Ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh Penyayang amat menyayangi adiknya, Aina Berani sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada memenangi pertandingan Bijak bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh Zuriani Gadis kacukan Melayu - Inggeris Sahabat karib Aina - berumur 12 tahun Peserta simpanan Pasukan Zamrud II Rendah diri kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan tempat Aina di peringkat akhir pertandingan Amanah tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar avatari setelah dipesan oleh Pak Cik Tan 4 Kumar Anak bongsu Pak Cik Kuppusamy, jutawan barang kemas Panas baran lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games Star Angkuh tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan komputer Avatari Pak Cik Ho Menginsafi kesilapan diri berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II Adeen Anak Profesor Zakri Berumur 18 tahun
2

Pengendali komputer Avatari Pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia Sangat pintar mempunyai I.Q yang tinggi/ penggodam komputer yang cekap Sabar tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan biadap Kumar Pauline Anak tunggal Pak Cik Ho Berumur 17 tahun Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II Menaruh hati terhadap Anas Manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho Berani sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan Kumar Anjali Adik kepada Muthu, iaitu seorang ketua kongsi gelap Anak yatim - tinggal dengan abangnya setelah ibunya meninggal dunia dan bapanya meninggalkan mereka Kasar dipengaruhi oleh didikan abangnya Pembelot sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat demikian oleh abangnya Pandai bermain permainan video mengalahkan Sudin dalam permainan Robot War Plot Tidak mengikut kronologi Bab pertama (Poster Misteri) didahului dengan puncak (klimaks) cerita. Binaan Plot

Permulaan Aina mengajak abangnya, Anas untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Mereka menubuhkan Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakan mereka, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani. Perkembangan Pasukan Zamrud II menjalani latihan sebagai persediaan untuk pertandingan. Berkat kegigihan dan kerjasama berpasukan, mereka berjaya melepasi halangan dan cabaran dalam pusingan pertama, pusingan kedua, dan pusingan ketiga. Anjali telah mensabotaj Pasukan Zamrud II dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari. Puncak Semasa Pasukan Zamrud II bersedia ke peringkat keempat, iaitu pusingan akhir pertandingan, Aina cedera ditembak di bahu oleh penjahat yang cuba mencuri baju-baju khas pertandingan Avatari di bilik persalinan. Aina dibawa ke hospital dan tempatnya digantikan oleh Zuriani. Peleraian Pasukan Zamrud II menjuarai menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dan memenangi hadiah sebanyak hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia. Aina yang masih dirawat di hospital mendapat berita gembira bahawa ayahnya, iaitu Profesor Muhammad Fitri dan kumpulan penyelidik yang hilang di Lautan Andaman telah dijumpai.
3

Teknik Plot 1. Dialog Contoh: Kenapa Abang Adeen lambat? tanya Aina lagi. Maaf, terlepas komuter tadi, jawab Adeen. 2. Suspens Contoh: Pak Cik Tan bersembunyi di dalam bilik persalinan untuk mengetahui orang yang mencuri cip pemecut mesin Avatari. 3. Kejutan Contoh: Adeen ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan. 4. Imbas kembali Contoh: Anas teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu Anas dan Aina menjadi juara pertandingan Avatari seperti yang pernah dicapai oleh ayahnya dan Pasukan Zamrud sepuluh tahun lalu. 5. Monolog Contoh: Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi, kata Anas sendirian.

kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Pembinaan Ayat Bahasa mudah dan menarik Ada ayat pendek Contoh: Samy semakin nekad Ada ayat panjang Contoh: Pengalamannya sebagai banduan cukup mengajarnya supaya menghargai kebebasan Personifikasi Contoh: Petang semakin tua Simile Contoh: seperti semut merah menghurung lipas mati seperti halilintar membelah bumi Hiperbola Contoh: mata yang tajam ...berjalan di atas kepulan awan Latar Latar Masa Zaman sekarang golongan remaja bermain permainan komputer dan menggunakan Internet Zaman prasejarah setiap pasukan dikehendaki ke zaman prasejarah secara maya dalam peringkat pertama pertandingan Avatari _ Zaman Mesir kuno pasukan yang layak ke peringkat kedua pertandingan Avatari mengembara secara maya ke zaman Mesir kuno untuk mencari pelbagai
4

Gaya Bahasa Diksi Istilah Komputer Contoh: browser, CPU, kayu ria, kamar bicara, papan litar Slanga Contoh: amoi cantik, hei tambi Peribahasa Contoh: nasi sudah menjadi bubur;

objek harta karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang diselesaikan oleh peserta. Zaman Kesultanan Melayu Melaka Pasukan Zamrud II memilih untuk ke zaman Kesultanan Melayu Melaka secara maya untuk menghalang Portugis daripada menawan Melaka. Latar Tempat Kompleks Beli-belah Anggun tempat pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dilangsungkan Rumah Profesor Fitri tempat tinggal Anas dan Aina Pusat Permainan Game Star Anjali dan Sudin bertanding dalam permainan Robot War Pangsapuri Pak Cik Ho Anas dan Aina berkunjung ke pangsapuri Pak Cik Ho untuk berbincang tentang penubuhan Pasukan Zamrud II. Kawasan bukit di Batu Layar tempat Cikgu Pasukan Zamrud II menjalani latihan kembara Latar Masyarakat Masyarakat bandar yang celik komputer Contoh: Anas dan Aina melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pertandingan Avatari Masyarakat remaja yang meminati permainan komputer Contoh: Pusat Permainan Video Game Star sentiasa sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja. Masyarakat elit Contoh: Anas, Aina, Pauline, Adeen, dan Kumar datang daripada keluarga elit kerana ayah mereka merupakan jutawan, ahli perniagaan, dan profesor.

Masyarakat bandar yang miskin Contoh: Anjali ialah anak yatim yang dibesarkan dalam keadaan yang amat daif lagi mencabar. Masyarakat yang gemar melakukan jenayah Contoh: Abang Anjali, iaitu Muthu merupakan ketua samseng yang diarahkan untuk menimbulkan huru-hara di Pusat Permainan Video Game Star. NILAI 1. Nilai bertanggungjawab Anas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di rumah selepas ayahnya hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman. 2. Nilai kasih sayang Anas sangat menyayangi adiknya, Aina. 3. Nilai keberanian Anas membahayakan dirinya dalam usaha untuk memastikan kejayaan Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari. 4. Nilai kesabaran Adeen sabar dengan karenah Kumar yang angkuh. 5. Nilai keinsafan Kumar menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II. 6. Nilai kegigihan Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Pengajaran 1. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamat
5

Contoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. 2. Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam pasukan Contoh: Cikgu Nisah menasihati Pauline supaya mengubah sikapnya yang cemburu terhadap Anjali. 3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamat Contoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. 4. Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agama Contoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan dibantu oleh ahli Pasukan. 5. Kita tidak harus mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita Contoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam pertandingan Avatari. 6. Kita mesti bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menjamin kejayaan sesuatu pasukan dalam pertandingan Contoh: Semua ahli Pasukan Zamrud II mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

Anda mungkin juga menyukai