Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENGENALAN Setiap hari kita didedahkan dengan pelbagai isu berkaitan dengan kerakusan manusia memusnahkan khazanah alam sekitar. Tahukah anda akibat dari sikap yang tidak bertanggungjawab ini berbagi masalah berlaku yang melibatkan kehilangan harta benda dan lebih dasyat ialah kehilangan nyawa. Setiap kali isu besar berkaitan alam sekitar seperti keruntuhan bangunan, banjir lumpur, banjir kilat dan lain-lain, berbagai cadangan dikemukakan namun cadangan tinggal cadangan. Kita terpaksa menerima hakikat yang paling penting dalam kesemua isu alam sekitar ialah menyedarkan masyarakat, kesedaran lahir daripada pendidikan yang sempurna. Kita selalu tersalah anggap dengan mengatakan pendidikan konservasi menghalang penggunaan alam sekitar dan kemajuan. Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada menggunakan sumber alam sekitar untuk kemajuan. Justeru itu konsep konseverasi bukan menghalang penggunaan sumber alam sekitar sehingga menghalang proses kemajuan. Pendidikan konservasi berkaitan dengan cara memelihara dan menguruskan alam sekitar dengan bijak. Kita harus sedar hakikat alam semula jadi ini bukan hak milik kita sahaja, kita hanya meminjamnya daripada generasi lalu dan perlu kembalikannya kepada generasi yang akan datang. Dalam ucapan pada persidangan Ahli-Ahli Parlimen Asia mengenai Kemusnahan Alam Sekitar dan Pengurusan Bencana anjuran Forum Anggota Parlimen Asia mengenai Pembangunan Penduduk (AFPPD) pada 10 Ogos 2006, Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Najib Tun Abdul Razak menyatakan sebagai pemegang amanah kita perlu memberi penekanan untuk melindungi alam sekitar kerana jika gagal, kita sebagai pemegang amankan menjaga bumi ini mengecewakan anak-anak dan generasi akan datang, Jika kita sendiri tidak prihatin terhadap penjagaan alam sekitar, siapa lagi yang harud dipertanggungjawabkan? Berbagai cara diusahakan oleh pemimpin dan pendidik di negara kita untuk membentuk dan menyemai sikap dan tanggungjawab
di kalangan masyarakat mengenai pentingnya usaha pemeliharaan alam sekitar dan menyelamatkan bumi daripada pencemaran. Usaha yang dilihat paling berkesan dalam membentuk dan menyemai sikap positif terhadap alam sekitar ialah melalui pendidikan konservasi. KONSEP PENDIDIKAN KONSERVASI Menurut Kamus Dewan, Konservasi didefinisikan sebagai menjaga, memelihara sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. Pendidikan ditakrifkan sebagai kaedah mendidik untuk membentuk perubahan dalam pemikiran dan cara hidup. Kita juga perlu memahami apa yang dkenali sebagai alam semula jadi dan apa pendidikan alam semula jadi? Alam Semula Jadi boleh diertikan sebagai alam ciptaan yang wujud secara semula jadi di mana semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan. Oleh itu, pendidikan konservasi dilihat sebagi usaha bagi memberikan kesedaran kepada pelajar untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau di musnahkan. Pendidikan konservasi yang disebatikan dalam pendidikan luar lebih menekan kepada nilai murni yang berperanan menjaga dan memelihara alam semula jadi. Dengan kata lain, pendidikan konservatif dalam pendidikan luar banyak lebih tertumpu kepada nilai-nilai yang perlu dalam menjaga alam semula jadi. Pendidikan konservasi merupakan salah satu strategi yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap pentingnya pendidikan alam sekitar. Dengan melaksanakan pendidikan konservasi di sekolah kita akan dapat membentuk warganegara yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan mempunyai komitmen terhadap usaha memelihara penghidupan yang seimbang.
Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar Isu alam sekitar merupakan isu yang sentiasa hangat dan mendapat perhatian bukan sahaja oleh badan bukan kerajaan, media malah oleh kerajaan. Memandangkan keperluan dan kepentingan sejagat pendidikan konservasi amat perlu diserapkan dalam pendidikan bagi membentuk kesedaran yang berterusan di
dalam jiwa masyarakat dunia ini. Berdasarkan faktor ini, pendidikan konservasi telah menjadi elemen yang amat penting dalam pendidikan luar dewasa ini. Pendidikan konservasi membolehkan peserta pendidikan luar menghayati
kepentingan alam sekitar. Pendidikan ini juga dilihat akan dapat menyemai kesedaran untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar bertujuan mengelakkan malapetaka alam sekitar. Kejadian seperti tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat dan lain-lain bencana alam sekitar dapat dielak sekiranya alam sekitar dapat di jaga dengan sempurna. Anda mampu mengubahnya!
Objektif Pendidikan Konservasi Objektif pendidikan konservasi dibahagikan kepada enam perkara iaitu : i. Kesedaran Pendidikan konservasi akan membentuk kesedaran kepada individu dan masyarakat terhadap alam semula jadi ii. Pengetahuan Pendidikan konservasi akan memberikan pengetahuan asas tentang kepentingan serta masalah dan krisis alam semulajadi. Kesemua ini di harap akan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab. iii. Sikap Pendidikan konservasi akan melahirkan individu yang mempunyai sikap sayangkan alam semulajadi serta bertindak dengan proaktif untuk memelihara alam semula jadi. iv. Kemahiran Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk memlihara alam semula jadi. Kemahiran amat perlu dalam menyelesaikan masalah alam sekitar.
v. Kebolehan menilai Pendidikan konservasi akan membantu individu dan masyarakat supaya dapat menilai dan mengambil kira faktor sekitaran dalam semua tindakan. vi. Bekerjasama Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang sentiasa
bekerjasama dan bertanggungjawab dalam mengahadpi isu dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar. (UNESCO,1976)
Impak Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kita terpaksa menerima hakikat keseimbangan ekosistem dewasa ini telah terganggu akaibat degradasi alam. Menyedari hakikat pelbagai isu alam sekitar seperti pemusnahan hutan, pencemaran kesan rumah kaca, hakisan kepupusan sepsis dan lain telah dibahaskan secara hangat di mana-manai saja tidak kira sama ada di warung kopi, media mahupun di parlimen. Keadaan ini telah mendorong pihak yang bertanggungjawab untuk bertindak bersungguh bagi memperbaiki kualiti alam sekitar. Namun, perbahasan dan penguatkuasaan tanpa menekankan kepada pendidikan kesedaran dalam masyarakat hanya tindakan yang takkan meninggalkan kesan sementara sahaja atau dalam jangka pendek. Perancangan dan pelaksanaan yang akan meninggalkan kesan jangka panjang dan kekal ialah mendidik masyarakat terutama pelajar supaya peka dan bertanggungjawab terhadap isu-isu alam sekitar. Melalui program ini, pelajar dapat mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta tanggungjawab terhadap alam semula jadi secara pro-aktif dan berperanan. Perancangan serta perlaksanaan satu program pendidikan yang teliti akan memberi kesan yang positif bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Dalam mereka bentuk pendidikan kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar perkara-perkara berikut perlu di pertimbangkan.
a) Mencederakan individ dan masyarakat tentang kaitan malapetaka yang berlaku dan mengancam kehidupan adalah hasil daripada proses pemusnahan alam sekitar yang berleluasa b) Menyedarkan manusia bahawa alam sekitar yang perlu diwarisi. Kehidupan manusia pada masa hadapan bergantung kepada keupayaan masyarakat di zaman ini mengekalkan alam sekitar. c) Menyedarkan manusia bertapa pentingnya alam sekitar selain daripada usaha mengejar kemajuan dan perubahan. Kesedaran perlu di pertingkatkan supaya manusia mempunyai tanggungjawab dalam pemeliharaan alam sekitar. Di antara aktivit-aktiviti yang boleh kita lakukan untuk memberi kesedaran kepada pelajar untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar ialah : a) Malaksanakan aktiviti pendidikan luar yang menyerap pendidikan alam sekitar dalam perancangan tahunan untuk unit berpakaian seragam/ persatuan. b) Menganjurkan aktiviti pendidikan luar yang bertemakan alam sekitar seperti Larian Hijau, Enviro-Hunt, Enviro-Walk, Enviro-Bike, dan lain-lain. c) Menjadikan aktiviti mengutip sampah di kawasan perkhemahan atau trek laluan sebagai aktiviti wajib atau dendaan, d) Program penanaman dan pemeliharaan pokok-pokok daripada sepsis yang sesuai. Pendekatan serta matlamat penyebatian pendidikan konservasi dalam pendidikan luar adalah untuk membantu para pelajar supaya lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar. Secara tidak langsung dengan menyerapkan pendidikan konservasi dalam pendidikan luar, para pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan boleh memupuk nilai-nilai murni dan tanggungjawab untuk berusaha serta boleh bertindak secara individu atau berkumpulan bagi menyelesaikan isu-isu alam sekitar. Terdapat dua komponen penting tentang alam semula jadi yang dikaji dalam pendidikan luar iaitu hutan dan air. kelab/
a) Hutan Hutan ditakrifkan sebagi satu komuniti pokok-pokok besar serta haiwan dan seranggan yang saling bersimbiosis dengan meliputi kawasan yang sangat luas. Hutan memerlukan cahaya matahari, udara, air dan tanah untuk membentuk pertumbuhan, kematangan dan seterusnya membiak dengan baik. Hutan amat penting dalam dunia, terutamanya untuk manusia dan haiwan. Hutan telah memberikan manusia banyak faedah. Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun di negara kita menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis tumbuhan hingga membentuk kawasan hutan yang luas. Malaysia amat beruntung kerana masih mempunyai kawasan hutan asli yang agak luas. Namun, kita tidak seharusnya berpuas hati dan mengabaikan masalah-masalah yang sedang mengancam kawasan hutan kita. Tiada jaminan yang konkrit bahawa sumber alam semula jadi dan warisan ini akan terus kekal pada masa hadapan. Kita boleh lihat jelas kelihatan dewasa ini terdapat tandatanda bahawa kawasan hutan sudah mula berkurangan dengan cepat berdasarkan kadar penebusgunaan hutan masa kini. Sebenarnya, pemeliharaan dan pengurusan sumber-sumber alam semula jadi memerlukan tindakan wajar dan segera. Terutamanya sikap prihatin dan tanggungjawab masyarakat adalah amat diperlukan. Kita sebagi masyarakat perlu bertindak dengan segera sebelum terlambat, menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kepentingan hutan Terdapat pelbagai kepentingan hutan antaranya ialah : i. Habitat bagi haiwan, seranggan dan tumbuhan. Hutan menyediakan habitat yang semula jadi bagi beribu-ribu haiwan, serangga dan tumbuhan kesemua ini mempunyai peranan tersendiri dan hidup saling bergantung dalam mengekalkan ekosistem. Mengikut kajian yang dijalankan, Hutan Hujan Tropika Mlaysia mengandungi 1200 spesies burung, 100 spesies rama-rama dan kupu-kupu, 147 spesies ambifia, 2599 spesies ikan air tawar dan 675 spesies mamalia. Lebih daripada 800 spesies tumbuhan berbunga di mana antaranya ada 2500 spesies adalah spesies pokok.
Berdasarkan rantai makanan kesemua haiwan dan tumbuhan dalam hutan ini saling perlu memerlukan untuk hidup,begitu juga keadaan serangga dan tumbuhan, diman tumbuhan menyediakan makanak untuk serangga sementara serangga pula memainkan peranan dalam proses pendebungaan. Hutan penting sebagai habitat haiwan, serangga dan tumbuhan tetapi dengan masalah pemusnahan yang semakin serius ini terdapat haiwan yang semakin pupus atau sudah pupus dari hutan Malaysia. Dekat ini sebilangan besar haiwan sedang mengalami masalah kepupusan saam ada di sebabkan oleh kemusnahan alam sekitar atau aktiviti memburu secara haram. ii. Mengawal alir air dan kualiti air Apabila hujan turun, air hujan akan menitis ke bawah menuju ke lantai tanah hutan dengan pantas. Pergerakan titisan air hujan dapat diperlahankan dengan adanya kanopi hutan dan lapisan tumbuhan di bawahnya. Struktur Hutan Hujan Tropika yang berkanopi adalah penghalang hujan sampai ke tanah. Dengan kata lain, sebahagian saja hutan yang turun dapat sampai ke lantai tanah hutan sebahagiannya lagi di pintas oleh kanopi lapisan tumbuhan. Kuantiti hujan yang sampai ke lantai tanah hutan bergantung kepada bentuk, susunan daun dan ranting pokok dalam hutan. Selain daripada itu, kuantiti air dapat sampai ke lantai tanah hutan jugan bergantung kepada jenis hujan (Hutan hutan dilindungi oleh beberapa lapisan kanopi) dan tempoh hujan turun. Sebahagian besar air hujan yang di pintas tidak sampai ke tanah, air ini akan tersejat ke atmosphere. Dari keterangan di atas ini, boleh kita lihat liputan hutan dapat mengurangkan kejadina banjir pada musim hujan lemabt dengan memerangkap kebanyakan air hujan dan mengembalikan kepada atmosphere. Sistem saliran yang ada sekarang initidak dapat menampung kesemua air hujan yang turun pada musim hujan dan ini mengakibatkan berlakunya banjir. Banjir berlaku amibat daripada air yang berlebihan dalam sungai dan rangkaian sungai. Penebangan hutan bukan sahaja mempengaruhi aliran sungai tetapi juga boleh menimbulkna perubahankeadaan kimia air sungai. Apabila pokok-
pokok ditebang, bekalan nutrient yang tersimpan dalam tumbuhan akan hilang. Sebahagian daripada nutrient digunakan oleh tumbuhan yang ditanam oleh petani pindah tetapi kebanyakkannya akan terlarut resap dan mengalir ke sungai. Perubahan nutrient yang banyak menimbulkan kesan yang tidak diingini sperti pencemaran tasik dan kolam dengan ini, kemerosotan kualiti air berlaku. iii. Mengawal hakisan tahan Apabila hujan turun, percikan titisan hujan akan mempercepatkan proses hakisan. Hujan yang sampai ke muka bumi akan membebaskan tenaga yang akan mengakibatkan serakan kumin tanih. Daun dan ranting melindungi permukaan tanah daripada hentaman titisan air hujan sementara akar tumbuhan akan mencengkam pada tanah, proses ini akan menghalang hentaman titisan air dan seterusnya menghalang hakisan. Pokok-pokok menjalar berfungsi sebagai pengikat tanah-tanih dengan akarnya mencengkam tanah dengan ini pokok ini dapat mengelakkan butir-butir tanah daripada dipecahakan dan dihakis oleh air. Dari fakta ini bolehlah kita katakan tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai agen [enghalang hakisan secara semula jadi yang amat penting. Masalah hakisan tanah sering berlaku kebelakangan ini akibat daripada aktiviti manusia sendiri. Disebabkan jumlah penduduk meningkat, permintaan untuk tanah juga meningkat. Penebangan kawasan hutan untuk dijadikan penempatan, perindustrian dan lebuh raya berlaku bagi memenuhi keperluan pembangunan. Namun harus kita ingat penebangan hutan yang melampau akan menguntungkan manusia pada jangka masa yang pendek. Proses hakisan tanah yang berlaku boleh mengakibatkan kita kehilangan nyawa dan harta. iv. Kestabilan cuaca Pengurangan kawasan hutan hujan tropika sejak kebelakangan ini telah memberi kesan terhadap cuaca di bumi. Semasa proses fotosintesis terjadi pada tumbuhan, tumbuh-tumbuhan akan menyerap karbon dioksida dengan mengeluarkan oksigen. Keadaan ini telah menjadikan suhu udara di sekitar
kawasan hutan lebih rendah dan selesa daripada kawasan yang terbuak tanpa tumbuhan. Akibat penebangan hutan yang berleluasa pemekatan karbon dioksida di udara telah bertambah. Keadaan ini telah menjadi semkin serius sejah 10 tahun kebelakangan ini sehingga suhu dunia menjadi semakin panas. Kehadiran gas-gas sperti kerbon dioksida, kloroflorokarbon (CFC), nitric oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinara daripada permukaan bumi. Situasi ininjuga menggalakkan penembusan tenaga haba dari matahari ke atmosfera. Ini telah menyebabkan suhu meningkat, fenomena ini dikenali sebagai kesan rumah hijau. v. Rekreasi Hutan merupakan sesuatu tempat yang yang cantik dan selesa untuk merehatkan minda dan jiwa kita dari kekalutan di Bandar. Hutan telah digunakan untuk berehat dan bersukan, penggunaan hutan untuk rekreasi kian berkembang sejak kebelakangan ini. Hutan merupaka kawasan terbaik untuk mendapat udara yang segar dan bersih. Menyedari hakikat pentingnya hutan sebagai rekreasi bermula dari awal tahun 70 an Jabatan Hutan telah membina hutan lipur dan kemudianyan dikenali sebagai hutan rekreasi dengan tujuan menyediakan kawasan-kawasan yang mempunyai ciri-ciri hutan alam semulajadi bagi aktiviti-aktiviti istirehat kepada masyarakat. Dengan ini masyarakat berkesempatan menghayati suasana persekitaran hutan di samping mengenali pelbagai fungsi flora dan fauna. Aktiviti rekreasi yang baik membolehkan masyarakat menjadi lebih prihatin dan peka terhadap kepentingan hutan dalam menyumbangkan peranannya untuk kesejahteraan kehidupan. Justeru, aktiviti ini diharap dapat merangsang masyarakat untuk lebih mencintai alam semula jadi sejajar dengan kehendak negara bagi memlihara dan mengekalkan kualitidan keindahan alam sekitar. Kini, pengurusan dala industry berorientasikan pelancongan alam semula jadi berpotensi meningkatkan hasil ekonomi negara. Hutan Hujan Tropika didapati menepati keperluan berekreasi, di samping menghirup udara segar di bawah teduhan tumbuhan dan aliran sungai, kita juga turut disediakan pelbagai
kemudahan riadah seperti kawasan perkhemahan, persiaran denai alam, kolam mandi dan pelbagai kemudahan rekreasi lain.
b) Air Bila kita merujuk Kamus Dewan,air boleh didefinisikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua unsure higrogen dan satu unsure oksigen. Kawasan tadahan air di definisikan satu kawasan tanah tinggi yang merupakan punca aliran sungai kesemua kawsan lembah. Aliran air di bumi kita ini sebenarnya berasal daripada air hujan, ketika air hujan turun air hujan akan bertakung dan memenuhi kawasan puncak tanah tinggi di mana tempat ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Daripada kawasan tadahan air, air mengalir memenuhi kawasan muka bumi sehingga wujudnya air terjun, sungai, tasik, laut dan sebagainya. Tiga perempat daripada muka bumi diliputi air. Air adalah anugerah Tuhan yang sangat bernilai kepada seluruh hidupan di muka bumi ini. Air merupakan satu sumber keperluan asas yang sangat penting kepada kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa air pincanglah kehidupan kita dan kehidupan lain. Di dalam aktiviti seharian, air menjadi sumber minuman yang uatama bagi membekalkan tenaga. Air yang bersih perlu bagi meningkatkan sistempertahanan badan. Selain itu, air penting untuk kehidupan seharian sperti membasuh, mandi, menyiram tumbuhan dan lain-lain. Oleh itu, kita perlu mendapat bekalan air yang bersih dan secukupnya. Namun demikian, di dalam usaha kita untuk mendapatkan belakan air yang bersih, terdapat banyak faktor yang mengekangnya. Menurut kajian, hanya 25% sahaja daripada sungai-sungai di Malysia yang boleh dikategorikan sebagai sungai yang benar-benar bersih. Ancaman utama bekalan air kita ialah bahan buangan dari kawasan perumah dan perindustrian. Bahan buanagn perumah terdiri daripada smapah sarap, kumbahan manusia, dan bahan pencuci. Manakala dari kawasan perindustrian pula terdiri daripada bahan kimia berbahaya seperti fosfst, sianida dan asid sulpurik. Pengaliran air yang
bercampur dnegan tanah, baja, racun serangga serta minyak ini menyumbang kepada pemcemaran air. Walaubagaimanapun kita haurd sentiasa bersyukur kerana kita masih dapat minum air yang bersih, namun apa akan jadi pada anak-anak cucu kita?justeru itu, kita sebagai penghuni bumi perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan masalah percemaran air. Di antaranya ialah mewujudkan kesedaran terhadap masyarakat. Satu sikap yang perlu kita tanamkan di dalam jiwa kita dan pelajarpelajar kita ialah dengan tidak membuang sampah di kawasan sungai, laut dan sebagainya. Sebaliknya tanamkan sikap memungut sampah agar pencemaran tidak menjadi serius. Malaui cara ini, air bukan sahaja tidak tercemar malahan hidupan di dasar laut juga tidak terancam.
PRINSIP KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR Prinsip konservasi dalam pendidikan luar adalah untuk memberi kesedaran pendidikan alam sekitar dalam semua aspek serta memupuk nilai berikut : 1. Prinsip rendah diri Kita perlu tanamkan perasaan rendah diri tentang kebesaran pencipta di dalam jiwa. Perasaan rendah diri akan mewujudkan perasan bersyukur atas kurnia Nya. Menyedari kelemahan diri kita sebagi manusia, kita tidak mampu mencipta alam semula jadi. Oleh itu, sebagi khalifah kita perlu memelihara alam sekitar. 2. Prinsip bekerjasama Sebagai pendidik kita perlu memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah alam semula jadi dan alam sekitar dengan jayanya.
Kita juga perlu merangsang sikap bekerjasama di dalam diri pelajar agar mereka bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja memelihara dan memulihkan alam sekitar. Contohnya aktiviti gotong royong di kawasan di akhir program.
3. Prinsip menghormati alam sekitar Menghaormati alam semula jadi yang terdapat di bumi kita sebagi benda hidup dengan memelihara alam sekitar 4. Prinsip kehidupan seimbang Sentiasa mengimbang antara keperluan ekonomi dengan alam sekitar Membentuk kehidupan dan cara hidup yang seimbang terhadap alam sekitar 5. Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem Mementingkan kemampanan ekosistem dengan tidak mengganggu sistem ekosistem semula jadi Sensitif terdapat kemusnahan ekosistem serta mencegah gangguan ekosistem daripada pelbagai pihak. 6. Prinsip mengekalkan kehidupan liar dan kepelbagaian hidup Kita seharusnya mengekalkan kehidupan flora dan fauna di habitatnya tanpa mengalih ke tempat lain. Kita mesti memegang teguh prinsip melihat tanpa mengganggu dalam aktiviti yang dijalankan dan kehidupan seharian 7. Prinsip kerosakan minima Sentiasa cuba mengurangkan kerosakan alam sekitar dengan
menggunakan ketika perlu sahaja Sentiasa memikirkan cara atau corak hidup alternative lain sebelum menggunakan atau mengganggu alam sekitar.
8. Prinsip perubahan berterusan Kita seharusnya bersedia dan sentiasa memikirkan perubahan yang kearah menjaga alam sekitar Kita seharusnya dapat membentuk perubahan yang berterusan kearah memulihkan alam sekitar 9. Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya Menanamkan kesedaran dalam diri kita bahawa sekiranya kita
memusnahkan alam sekitar, kita akan dapati keuntungan hari ini ialah kerugian besar pada hari esok Kita seharusnya ingat bahawa alam semula jadi tidak boleh dibina atau di beli dengan wang ringgit 10. Prinsip mengikut hak mereka yang belum lahir atau hak generasi akan datang Kita patut menyedari alam semula jadi adalah pusaka yang amat berharga tinggalan nenek moyang kita Kita diberi amanah untuk memelihara alam sekitar Tanamkan kesedaran pada diri kita generasi akan datang berhak merasakan nikmat alam semula jadi 11. Prinsip tanggungjawab setiap individu Kita perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama di dalam penjagaan alam semula jadi Kita perlu memupuk diri kita agar sentiasa prihatin dan bertanggungjawab di dalam pengurusan hutan dan menjaga alam sekitar dengan baik Jangan sekali-kali kita merosakkan papan kenyataan di dalam hutan, taman dan sebagainya.
12. Prinsip kesederhanaan Kita perlu bersederhana dalam menggunkan hasil alam semula jadi tanpa membazir Kita bersederhana dalam mengendalikan pembangunan yang
membabitkan alam sekitar 13. Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem Kita perlu sentiasa bersedia untuk melindungi ekosistem daripada penjenayah alam sekitar Kita perlu sentiasa berusaha untuk memulihkan ekosistem daripada kemusnahan alam sekitar 14. Prinsip etika melebihi hukum Sebagai pendidik kita perlu menyelesaikan masalah alam sekitar secara etika dan berdisiplin (etika dan disiplin adalah lebih bermakna berbanding dengan hukuman) Pendidikan konservasi perlu bertujuan membina bangsa yang beretika dan berdisiplin 15. Prinsip mengalami dan menghayati Kita perlu menghayati alam sekitar dengan cara menyertai aktiviti-aktiviti berlandaskan alam sekitar Kita perlu menyertai dan mengalami sendiri usaha dalam memulihkan dan menjaga alam sekitar
16. Prinsip mencintai persekitaran Kita perlu mencintai hutan dengan tidak memusnahkannya dengan sewenang-wenangnya Kita amat perlu melindungi alam semula jadi Menyayangi binatang dan tumbuhan Memelihara hutan dan persekitaran untuk kesejahteraan hidup
17. Sikap menghargai Memupuk sikap menghargai hutan hasil dengan menganggap sebagai khazanah yang paling berharga Menikmati keindahan alam sekitar dan seterusnya menyedari akan kepantingan alam semula jadi Menghargai pemberian Tuhan yang memberikan kita peluang menikmati keindahan hutan yang hijau yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit Menghargai kihidupan di persekitaran kita
18. Berani Kita perlu bersedia dan sanggup dan bersedia pada bila-bila masa untuk melakukan sebarang aktiviti pencegahan Kita perlu tabah menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang terhadap pemeliharaan alam sekitar