Anda di halaman 1dari 5

Belalang yang Sombong

Di dalam sebuah taman bunga yang indah, tinggal seekor belalang. Belalang sentiasa hidup dalam keadaan gembira dan ceria. Dia bersifat begitu kerana dia tinggal di dalam taman yang begitu harmoni dan aman tanpa sebarang gangguan daripada manusia. Setiap hari dia akan menyanyi, menari dan bermain di taman bunga itu. Taman yang indah itu diserikan lagi dengan pelbagai jenis bungabungaan yang cantik dan berbau harum seperti bunga raya, bunga mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Di taman itu juga, tinggal kawan-kawan belalang. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka sering bernyanyi, menari dan bermain bersama sama. Mereka akan bernyanyi, menari dan bermain dari satu pokok bunga ke pokok bunga yang lain. Pada suatu pagi, belalang pergi ke rumah lebah. Dia pergi ke rumah lebah untuk mengajak lebah bermain bersama-samanya. Tetapi lebah enggan. Marilah kita bermain, lebah, pujuk belalang. Tidak mahulah, belalang, balas lebah. Mengapa kamu tidak mahu bermain bersamaku?, belalang menyoal lebah.

Bukan aku tidak mahu bermain, belalang, tetapi aku mahu mencari makanan,jawab lebah. Bukankah kita boleh mencari makanan semasa kita bermain? Tapi kali ini lain belalang, aku ingin mencari makanan yang lebih, buat persiapan musim hujan nanti. Musim hujan? belalang terkejut. Ya, musim hujan, ketua kita sudah beritahu yang musim hujan kan tiba tidak lama lagi. Kita kena buat persiapan. Kita kena mencari makanan. Takut-takut bila hujan, kita tidak akan dapat mencari makanan. Hahahaha! belalang ketawa. Mengapa kamu ketawa, belalang? lebah kehairanan. Bagaimana aku tidak ketawa, lebah. Kamu hendak mencari makanan bagaikan hujan tidak berhenti berhari-hari, belalang terus ketawa. Tak apalah belalang, biar aku mencari makanan dahulu, selepas itu barulah aku bermain dengan kamu, balas lebah dengan suara yang lemah. Aku rasa, lebih baik kamu terus mencari makanan, lebah. Bolehlah aku meminjam makanan kamu bila musim hujan tiba nanti, perli belalang dan dia terus ketawa. Belalang terus beredar meninggalkan lebah keseorangan. Belalang tidak percaya musim hujan akan tiba dua tiga hari lagi. Tahun sudah pun musim hujan melanda taman bunga itu. Tapi, hujan turun seperti biasa. Hanya dua tiga jam sahaja. Selepas hujan berhenti, barulah dia mencari makanan. Pada petang itu, dia bernyanyi, menari dan bermain seorang diri di taman itu. Belalang tidak mempedulikan kawan-kawannya yang sibuk mencari makanan dan menyiapkan tempat tinggal mereka untuk menghadapi musim hujan. Belalang hanya ketawa sahaja apabila terserempak rama-rama, kumbang dan semut yang sedang sibuk membuat persiapan menghadapi musim hujan.

Setelah lama seorang diri bernyanyi, menari dan bermain seorang diri di taman itu, belalang pun pulang ke rumahnya. Dia terus mencari makanan di dapur rumahnya. Makanannya hanya tidak sedikit. Tidak apalah, besok pagi aku akan mencari makanan. Selesai sahaja makan malam, belalang terus ke bilik tidurnya. Sebelum tidur dia teringat akan perbuatan kawan-kawannya. Belalang tertawa bila mengenangkan kebodohan kawan-kawannya itu. Kebesokkan paginya, belalang rasa kesejukan. Dia melihat ke luar rumahnya, hujan turun dengan lebat. Seperti biasa belalang bangun dan membersihkan dirinya. Selepas membersihkan dirinya, belalang terus ke dapur untuk mencari makanan. Namun, tiada makanan di rumahnya. Baru dia teringat makan malam semalam adalah makanan yang terakhir. Tidak mengapalah, sebentar lagi hujan akan berhenti, dan aku bolehlah keluar mencari makanan,kata belalang dalam hatinya. Belalang terus berbaring di katilnya. Perutnya sudah mula berbunyi kerana lapar. Namun dia hanya mampu bersabar. Lama kelamaan belalang pun tertidur. Malam pun menjelma. Namun hujan masih turun tidak berhentihenti dari pagi tadi. Belalang hanya duduk termanggu di biliknya. Dari petang tadi, setelah terjaga dari tidur, belalang hanya mampu minum air sahaja. Sebarang makanan tidak lagi dijamahnya. Badan belalang mula terasa panas dan lesu. Akhirnya belalang jatuh sakit. Matahari mula menunjukkan wajahnya. Hujan pun sudah berhenti turun. Penghuni-penghuni di taman bunga mula keluar menjalankan aktiviti masing-masing. Mereka kelihatan gembira dan ceria kerana hujan sudah berhenti. Rama-rama, kumbang, lebah dan semut keluar untuk bermain bersama-sama. Mengapa belalang tidak keluar bermain? soal rama-rama. Ianyalah, kalau pasal bermain pasti dia yang dahulu mencari kita, balas kumbang.

Betul juga, pasti ada yang tidak kena, kata semut bersungguh sungguh. Kalau begitu, biar aku sahaja ke rumahnya,cadang lebah. Lebah pun pergi ke rumah belalang meninggalkan teman-temannya yang terus bermain. Sampai di rumah belalang, lebah mengetuk pintu rumah belalang dan memanggil-manggil belalang. Namun belalang tidak menjawab. Lebah cuba membuka pintu rumah belalang. Nasib baiklah ia tidak berkunci. Lebah terus memanggil manggil nama belalang. Dia mencari belalang di setiap sudut rumah belalang. Apabila membuka pintu bilik tidur belalang lebah terlihat belalang sedang terbaring. Lebah menghampiri belalang dan cuba mengejutkannya dari tidur. Ketika menyentuh tubuh belalang, lebah mendapati tubuh belalang panas. Barulah lebah tahu, belalang sudah demam. Belalang terjaga dan melihat lebah dengan wajah yang sayu dan sedih. Lebah memahami keadaan belalang. Lebah memberitahu belalang dia akan memanggil rakan-rakan yang lain untuk membantu belalang. Tidak lama kemudian, lebah, semut, ramarama dan kumbang tiba di rumah belalang. Mereka membawa ubat dan sedikit makanan. Mereka turut membantu belalang dengan menyuapkan makanan ke mulut belalang dan memberinya makan ubat. Belalang amat terharu apabila dilayan sebegitu oleh kawankawannya. Setelah sehari masa berlalu, belalang mula berasa segar dan semakin pulih dari demamnya. Ia berasa amat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang baik hati dan mengambil berat akan dirinya. Terima kasih, lebah, kumbang, semut, rama-rama kerana membantu saya, kata lebah dengan penuh keikhlasan. Itulah gunanya kawan, jawab lebah bersungguh-sungguh. Saya juga ingin memohon maaf kepada kawan-kawan, kerana saya telah mentertawakan kawan-kawan tempoh hari, sesal belalang. Tidak mengapalah belalang, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Apa yang penting kamu sudah menyesal diatas perbuatan kamu, nasihat rama-rama.

Betul kawan-kawan. Saya sudah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan saya itu,janji belalang. Mulai hari itu, belalang tidak lagi sombong dan akan mendengar nasihat daripada kawan-kawannya. Dia sudah pun insaf di atas perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. Belalang, lebah, rama-rama, kumbang dan semut kembali bernyanyi, menari dan bermain bersama sama. Mereka kembali gembira hidup di taman bunga yang indah itu.