Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI PERSEPSI

5.4 : KEMAHIRAN MEMBERI TINDAK BALAS
Persepsi adalah merupakan satu tanggapan, set andaian serta imaginasi di dalam hati & fikiran terhadap sesuatu.

5.4.4 - Menyemak Persepsi

Persepsi manusia dipengaruhi oleh pengetahuan, pengalaman, latar belakang hidupnya, pergaulan emosi dsbnya.

Kemahiran menyemak persepsi ialah mengesahkan persepsi kaunselor tentang apa yang klien katakan. (Sapora & Hapsah, 2008)
• •

TUJUAN MENYEMAK PERSEPSI
Membantu klien merasa dirinya lebih difahami. Bukannya sekadar untuk membantu kaunselor mengesahkan persepsinya tetapi juga memberi peluang kepada klien untuk meneroka dirinya. Dalam situasi tertentu yang kita mudah salah faham & salah interpretasi terutama dalam situasi konflik. Jadi, pengujian persepsi mestilah dilakukan. Mengelakkan kaunselor membuat andaian tanpa pengesahan
 

Cadangan Garis Panduan :
Membuat parafasa apa yang kaunselor fikir dan dengar.

Meminta klien membuat pengesahan secara berterus terang tentang ketepatan persepsi kaunselor terhadap apa yang telah diperkatakan klien.

Kaunselor boleh membenarkan klien membetulkan persepsinya jika ianya tidak tepat.

Apabila perlu mengesahkan kebenaran/ketepatan antara 2 maklumat/fakta/isu dan sebagainya

Cadangan Garis Panduan :
Menurut Weaver (1986), kaunselor perlu menyemak persepsi apabila merasakan tingkah laku bukan verbal seseorang itu mempengaruhi reaksi kaunselor terhadapnya. Contoh: Seseorang yang memejam mata rapat ketika kuliah tidak semestinya tidur sebaliknya dia benar-benar khusyuk mendengar.

Contoh:
“Yang saya faham ialah awak tidak senang dengan menerimanya sebagai rakan sebilik awak kerana dia tidur berdengkur. Begitu?” “Jadi sebenarnya awak tidak puas hati dengan rakan-rakan kumpulan awak, terutamanya Bani?” “Maksudnya dia yang mula mengejek awak terlebih dahulu?”

1

Pengujian persepsi tidak semestinya untuk memastikan kpd klien bahawa anggapan kita adalah benar dan meminta mereka hanya melihat seperti mana kita melihatnya. Paling penting ialah kepekaan dan kesesuaian menggunakan kemahiran menyemak persepsi akan mengurangkan salah faham dan konflik serta mengalakkan seseorang untuk terus berkomunikasi. •Membantu kaunselor mengendalikan sesi kaunseling dengan lancar semasa menghadapi kekeliruan maklumat yang terlalu banyak dan meleret-leret. Menunjukkan kaunselor itu benar-benar memahaminya dan mengambil berat serta menaruh sepenuh kepercayaan kepadanya jika tidak sebaliknya akan berlaku. •Memastikan isu perbincangan tidak terpesong. KESIMPULAN Perlu berhati-hati apabila membuat persepsi terhadap klien supaya apa yang diperkatakan semula kepada klien adalah tepat.  2 . Kelemahan Klien berasa bosan dan meragui kebolehan kaunselor kerana ia juga hampir sama dengan teknik meminta penjelasan.KEKUATAN& KELEMAHAN Kebaikan •Membantu kaunselor memberikan fokus terhadap isu atau perasaan ahli.