Anda di halaman 1dari 10

Pemerhatian

perihal memerhatikan, usaha, dsb memerhatikan atau mengamati sesuatu
Pemerhatian adalah suatu kaedah penyelidikan yang penting. Kaedah itu memerlukan pengkaji mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang luas untuk membuat pemerhatian situasi yang sebenar. Lazimnya, pemerhatian melibatkan bukan sahaja aktiviti meneliti situasi atau kejadian tetapi juga aktiviti berfikir secara original dan kritikal. Ia memerlukan pengkaji yang mempunyai kecekapan mengesani peristiwa yang signifikan. Maka, ia adalah satu aktiviti di mana kemahiran tinggi pengkaji sangat diperlukan. Kebaikan Menjalankan Pemerhatian (a) Aspek-aspek sahsiah yang penting biasanya dapat ditentukan dengan lebih berkesan melalui pemerhatian setiap tingkah laku seseorang secara langsung dibandingkan kajian melalui soal selidik atau temu bual. (b) Aspek-aspek fizikal sesebuah bangunan, seseorang pelajar, atau seseorang guru biasanya dapat dikaji dengan membuat pemeriksaan, ukuran, taksiran, dan bandingan dengan satu-satu piawai melalui pemerhatian langsung. (c) Pemerhatian secara langsung diperlukan bagi mengkaji aktiviti-aktiviti fizikal seperti permainan, sukan, dan kerja amali. (d) Pemerhatian bilik darjah boleh digunakan oleh penyelidik untuk membuat analisis terhadap keberkesanan sesuatu pengajaran dan cara memperbaikinya. — Pemerhatian secara langsung (direct observation) — boleh dilakukan tanpa atau dengan bantuan alatan teknikal. — Misalnya; — mencatatkan nota tentang pergerakan guru dan pelajar; ataupun merakamkan pemerhatian dengan menggunakan alat instrumen seperti borang pemerhatian; alatan electronik seperti perakam video, kamera atau pita rakaman audio. — Bahan sokongan atau bantuan pemerhatian itu boleh digunakan sebagai sumber yang berguna untuk menganalisis data selepas pemerhatian. — aspek-aspek yang perlu sebelum melakukan pemerhatian — Tumpuan pemerhatian ◦ ◦ Siapakah yang akan membuat pemerhatian? Siapa atau apa yang akan diperhatikan?

◦ Di tempat-tempat manakah pemerhatian akan dilaksanakan? (elok adakan pemerhatian di beberapa tempat dan situasi untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat

Diari juga harus mengandungi tarikh dan masa yang tepat. — Semak nota-nota yang dibuat selepas pemerhatian untuk membetulkan kesilapan yang dibuat atau untuk membuat komen. guru dapat membandingkan pengalaman sedia ada dengan apa yang di catatkan dalam diari tersebut. pengkaji boleh menghasilkan profil pengajaran. 2) Profil Profil menyediakan pandangan satu situasi atau seseorang dari semasa ke semasa. — Tambahan nota mungkin tentang perasaan akan sesuatu peristiwa atau sesuatu idea baru. Diari harus mengandungi catatan peribadi berdasarkan pemerhatian. tafsiran.Masa pemerhatian — Bilakah pemerhatian akan dijalankan? (elok adakan pemerhatian pada masa-masa yang berlainan untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat) Cara Pemerhatian — Bagaimanakah pemerhatian itu akan dicatatkan atau dirakamkan? — Apakah prosedur yang patut diikut untuk memastikan pemerhatian itu boleh dipercayai (reliable) dan ada keesahan (valid)? — Apakah teknik pemerhatian yang paling sesuai untuk keadaan bilik darjah yang dikaji? (Eloklah datadata penting yang dikutip semasa pemerhatian mesti dicatat dengan serta merta sekurang-kurangnya dalam bentuk nota) — Panduan Untuk Melaksanakan Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas. reaksi. pantulan dan penjelasan. Dalam situasi pengajaran individu (kelas). Seorang guru seharusnya mempunyai diari. PENGUMPULAN / PENGANALISISAN DATA (METODOLOGI) 1) Diari Diari yang baik adalah diari yang digunakan secara berterusan. Melalui catatan diari ini. . G untuk guru). — Terangkan dengan tepat perkara-perkara berikut: ◦ ◦ ◦ Apa yang dikatakan oleh guru atau pelajar? Apa yang dilakukan oleh guru atau pelajar? Apakah tugas-tugas yang diberikan kepada pelajar-pelajar dan muka surat buku teks yang diguna? — Gunakan singkatan untuk perkataan yang sentiasa digunakan (contohnya: P untuk pelajar. hipotesis. perasaan. atau prestasi pelajar tertentu.

ia boleh menerangkan sesuatu situasi. Cari posisi duduk yang terbaik. jangan duduk dihadapan murid. dalam konteks kajian tindakan kelas. Namun pun begitu. 4) Bukti gambar/fotografi Melalui foto gambar. dokumen yang relevan meliputi: a) Silibus dan skim kerja b) Laporan 'Kurikulum' pihak sekolah dan jawatankuasa kerja. Pemerhati luar boleh mengambil gambar. 5) Kaset/perakam video dan transkrip Dalam konteks kajian tindakan kelas. Seseorang guru mungkin akan mendapat lebih banyak pengetahuan dan kemudian boleh mengalihkannya dalam bentuk transkrip. pengkaji tidak dibenarkan mengganggu dalam tugasan yang diberikan kepada murid-murid yang terlibat. Bukti-bukti ini boleh dibawa dalam perbincangan dengan ahli lain dari pasukan kajian tindakan lain atau dengan peserta lain yang sedang melakukan kajian tindakan. Selain itu. Pemerhati luar boleh terdiri daripada ahli pengkaji lain. Ini akan member peluang kepada pengkaji untuk melakukan ulasan berterusan. berkemungkinan ia boleh mengganggu sesi tersebut. Cuba untuk menulis secar ringkas dan kukuh mengenai apa yang dikatakan dan dilakukan. membuat rakaman video ketika guru sedang melakukan pengamatan atau menemu bual dengan menggunakan pita perakam atau perakam video. Penggunaan kamera juga boleh digunakan tetapi ia mempunyai batas kerana tidak dapat memuatkan halhal tertentu yang relevan dan penting. Sepanjang tempoh ulasan dijalankan.3) Analisis dokumen Dokumen boleh memberikan maklumat yang relevan dengan isu-isu dan masalah yang sedang dikaji. Soalan-soalan sudah dirangka awal tetapi semasa menemu bual responden. misalnya. Pengkaji akan menyoal mengikut soalan-soalan yang telah dirancang itu. peserta diam untuk mematuhi apa yang sedang berlaku. postur dan kedudukan guru ketika mengajar. rakan sekerja atau pelawat luar (konsultan). d) Minit mesyuarat jabatan e) Kertas kerja dan lembaran tugas f) Bahagian dalam buku g) Contoh karya tulis kanak-kanak. pola organisasi sosial di dalam kelas seperti susunan kedudukan antara pelajar dengan guru. Contohnya. Jangan membuatkan murid berasa mereka diawasi. gambar ini boleh diambil dengan bantuan seorang pemerhati. Perhatikan nada. pelajar sedang melakukan tugasan kelas. . 7) Temu bual Temu bual merupakan cara terbaik untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. penggunaan kaset atau perakam video boleh digunakan untuk merakamkan sesi pengajaran. 6) Menggunakan pemerhati luar Guru juga boleh menggunakan khidmat pemerhati luar semasa mengajar atau sewaktu menjalankan kajian tindakan tetapi mereka perlu diberikan penerangan yang lengkap terlebih dahulu bagaimana untuk menyusun maklumat. c) Temu bual semi-struktur Meliputi temu bual berstruktur dan tidak berstruktur. namun guru sendiri sudah mencukupi untuk mengumpulkan bukti. c) Pemeriksaan kertas dan ujian. kerangka fizikal dalam kelas. Temu bual terbahagi kepada tiga jenis iaitu: a) Temu bual berstruktur Soalan-soalan yang dikemukan adalah soalan yang telah dirangka terlebih dahulu. apa yang berlaku di belakang guru. gerakan dan lain-lain. soalan yang diberikan adalah on the spot. pengkaji terfikirkan soalan lain untuk disoal. 8) Ulasan berterusan Dalam satu tempoh masa. b) Temu bual tidak berstruktur Temu bual boleh jadi di mana-mana sahaja.

peserta-peserta yang penting ditemubual adalah 1. soal selidik dan inventori Senarai semak ialah satu rangkaian jawapan kepada soalan. berbual-bual ataupun berbincang. Memo ini mencatatkan perkara-perkara seperti: a) Cara baru dalam penyiasatan konseptualisasi situasi. pihak pentabir sekolah (contohnya: guru besar. murid-murid sekolah. 12) Memo analitik Memo analitik mengandungi pemikiran atau pandangan sistematik seseorang mengenai buktibukti(dapatan kajian) yang telah dikumpul dan dihasilkan secara berkala dalam tempoh pemantauan atau pemerhatian. ia adalah lebih kepada kaedah umum untuk mendapatkan bukti yang boleh dibandingkan dan dirujuk. Antara kategori yang terdapat di dalamnya ialah seperti : sangat setuju . pemerhati yang turut serta dalam kajian. Pemerhati boleh jadi adalah dari ahli kimpulan kajian tindakan. Prinsip asas kitaran ialah pengumpulan data daripada pemerhatian suatu situasi dari pelbagai sudut atau perspektif dan kemudiannya akan membandingbezakannya. Setiap ahli akan mengambil bahagian masing-masing untuk membuat gambaran mengenai subjek. Soal selidik pula adalah satu set soalan yang diberikan kepada orang lain dan meminta mereka menjawabnya. 3. dokumentasi ataupun catatan dairi seseorang. 2. Manakala inventori ialah senarai pernyataan tentang situasi yang mungkin bersetuju atau tidak.tidak setuju sangat tidak bersetuju. apabila pengkaji ingin mengetahui perasaan pelajar-pelajar secara mendalam atau meneroka idea mereka.setuju . maka adalah penting pengkaji itu berhubung dengan peserta untuk tujuan soal jawab. ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian. Mereka perlu ditemubual untuk mengetahui perasaan dan pendapat serta sikap mereka terhadap kajian dan tindakan yang diambil. Temubual Temubual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana is membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. rakan sejawat yang sesekolah. d) Pernyataan tentang masalah atau isu yang wujud dalam suatu bidang tindakan. Senarai semak yang sesuai digunakan harus bersifat terbuka dan kurang berstruktur. Seringkala dalam kajian. 4. — Kebaikan Menjalankan Temu bual . pemerhati akan membuat gambaran pembelajaran dan menjadi perunding luaran. 11) Kitaran Kitaran tidak tertumpu kepada teknik pemantauan. 10) Senarai semak.tidak yakin . Kitaran merupakan bukti awal yang sangat baik untuk pengeluaran memo analitik. penolong kanan) dan 5. Pengkaji perlu berhubung melakukan hubungan "face-toface" Dalam Kajian Tindakan.9) Gambaran pembelajaran Dalam situasi kelas. b) Hipotesis c) Kutipan data dari pelbagai jenis bukti yang dikumpulkan untuk dimasukkan dalam rangka. Dalam soal selidik tersebut terdapat beberapa soalan dan pilihan jawapan atau pertanyaan. Kedua-dua kumpulan kajian tindakan boleh berkumpul dan membincangkan hasil dapatan mereka bersama. Misalnya. guru-guru yang mengajar matapelajaran yang sama.

(b) Catatan jawapan boleh dibuat secara serentak atau selepas temubual dilakukan. (d) Keikhlasan seseorang responden memberi jawapan dapat dilihat daripada perbincangan berdepan. terdapat dua teknik temubual iaitu temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur. Oleh itu penyelidik perlu memupuk hubungan baik dengan responden. (e) Responden tidak dapat membetulkan semula jawapan yang telah diberikan terdahulu jika soalan yang berikutnya boleh mendorong responden mengubahsuai jawapan yang telah diberikan. CARA MENCATAT ATAU MERAKAM JAWAPAN (a) Menggunakan alat rakaman yang boleh mengekalkan keaslian jawapan responden seperti memperdengarkan nada suara seseorang samada beremosi atau tidak. Perkara yang Dititikberatkan Semasa membuat Temubual (a) Mendapatkan kerjasama daripada kumpulan atau orang perseorangan yang ditemubual. Walau apa cara pun. (b) Seseorang itu biasanya lebih suka bercakap daripada menulis.(a) Sesuai bagi responden yang tidak boleh membaca atau yang mempunyai kecerdasan yang terhad. — Jenis-jenis Teknik Temubual Lazimnya. Cara pertama boleh member catatan yang lengkap tetapi boleh mengganggu responder sementara cara kedua boleh memberi kesan sebaliknya. — Teknik Temubual Berstruktur — Teknik Temubual Tidak Berstruktur . Kedua-dua cara mempunyai kebaikan dan kelemahan. adalah baik jika penilaian dibuat selepas temubual dijalankan atau seIepas mendengar semula rakaman yang dibuat. (b) Sediakan rangka soalan dengan teratur dan komen-komen yang boleh meransang responden mengeluarkan maklumat (c) Tentukan cara mencatat jawapan yang diberikan. (b) Mengemukakan soalan-soalan yang menarik dan yang boleh meransang responden member komen dan penerangan (c) Alat yang digunakan merakam jawapan sepatutnya tidak mengalih perhatian responden. (c) Mudah bagi penyelidik menerangkan tujuan sesuatu soalan untuk mendapat jawapan yang tepat daripada responden. Dalam hal ini. — Perancangan untuk Menemu Bual (a) Tentukan tujuan dan maklumat yang hendak diperolehi daripada responden. penyelidik harus membuat berapa latihan. Ini memerlukan kemahiran dan kesenian seseorang. (c) Penemu bual mungkin tidak perlu mencatat jawapan-jawapan yang diberikan oleh responden tetapi membuat penilaian terhadap pendapat mereka.

pengkaji boleh juga melakukan pemerhatian tentang tingkahlaku peserta dan memberi komen serta menyoal secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah disediakan terlebih dahulu. Adakalanya. Contohnya: — adakah anda membetulkan semua kesilapan ejan pelajar — adakah anda pernah mendenda pelajar yang membuat kesilapan ejaan ? — jika ada.Teknik Temubual Berstruktur — Temubual berstruktur adalah aktiviti perbualan dan soaljawab di mana bentuk dan kandungan soalansoalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu sahaja. berbual-bual dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri. . apakah denda yang anda gunakan ? — siapakah pelajar yang selalu didenda ? Teknik Temubual Tidak Berstruktur Temubual tidak berstruktur merupakan aktiviti perbualan dan soaljawab yang mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapatkan fakta-fakta tertentu. Misalnya. — Pengkaji boleh juga mengambil masa membuat catatan rengkas kata-kata atau jawapan peserta dan jika perlu transkrip temubual boleh diperolehi kemudian sebagai bahan sokongan kajian temubual yang lebih teliti. — Pengkaji boleh menggunakan rakaman audio kalau pita rakaman itu tidak mengganggu aktiviti atau situasi temubual. Soalan-soalan terbuka (open-ended questions) dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperolehi dan peserta atau respondan. Contohnya: — adakafi apa-apa yang anda hendak beritahu kepada kami — apakah perasaan anda pada masa itu ? — mengapa anda rasa begitu ? — apakah pandangan atau pendapat anda ? Kelebihan teknik temubual tidak berstruktur ini adalah is memberi peluang pengkaji meneroka secara mendalam dan memberi kesempatan kepada peserta mengambil masa berfikir. peserta boleh meminta penjelasan dan pengkaji ataupun menyoal pengkaji. satu sin soalan yang bertujuan mendapatkan maklumat tentang cara guru membetulkan kesilapan ejaan pelajar dibentuk atau gubah terlebih dahulu agar pengkaji dapat menyoal peserta atau respondan secara sistematik. Cara Merekod Temubual — Semasa mengadakan temubual adalah penting pengkaji mengambil tindakan merekod dialog atau perbualan melalui cara-cara tertentu. Pada masa temubual itu. Temubual tidak berstruktur itu lazimnya diadakan dalam situasi yang tidak formal.

Maklumat yang diterima mungkin tidak cukup untuk membolehkan penyelidik membuat satu-satu perumusan. — Soal selidik mengandungi soalan berbentuk objektif iaitu responden tidak diminta memberi cadangancadangan. Kaedah ini sering digunakan untuk mengutip data dalam Kajian Tindakan secara formal dan sistematik. — Menyediakan satu soal selidik yang baik memerlukan masa dan pemikiran yang mendalam. Soal selidik yang dibuat tanpa penelitian akan mendapat sambutan yang kurang memuaskan. — Soal selidik merupakan satu cara yang paling mudah untuk memperoleh maklumat. Sebaiknya alat-alat itu dapat memenuhi ciri-ciri berikut: — Memenuhi objektif dan persoalan kajian. Surat pendahuluan disediakan untuk menerang pentingnya soal selidik itu. Ciri-ciri penting bagi sesuatu soal selidik yang baik ialah: — Soal selidik tersebut mempersoalkan isu yang penting. — Butiran disusun mengikut kategori yang boleh mendapat sambutan dengan mudah dan tepat. iaitu kertas soalselidik dan ujian. . — Soal selidik mengandungi butiran yang ditulis dengan ringkas dan jelas. Soal selidik mempunyai beberapa kebaikan dibandingkan dengan cara-cara lain dalam usaha penyelidik mendapatkan maklumat-maklumat kualitatif dan kuantitatif. Kesilapan yang biasa berlaku dalam membina suatu soal selidik ialah: — Soal selidik terlalu panjang — Isi yang disoal tidak penting — Butiran tidak dinyatakan dengan jelas — Bentuknya tidak teratur atau tidak menarik.Kaedah Soal Selidik Dan Ujian Kedua-dua kaedah di atas memerlukan alat. — Mempunyai keesahan alat ukur (validity) — Mermpunyai kebolehpercayaan (reliability) — Praktikal (boleh dilaksanakan). — Soal selidik mengandungi arahan yang lengkap dan jelas. — Soal selidik cuba mendapatkan maklumat yang tidak boleh diperoleh daripada sumber-sumber lain seperti daripada laporan sekolah dan sebagainya. — Satu soalan menyoal satu idea sahaja. — Soal selidik mempunyai bentuk dan susunan yang menarik dan ditaip dengan baik.

— Hasil jawapan boleh ditafsirkan dengan mudah.— Soalan disusun daripada bentuk umum kepada bentuk khusus. Dua jenis soal selidik yang biasa digunakan ialah: — Butiran bentuk tertutup: — Butiran bentuk terbuka. — Kebolehpercayaan alat ukur mesti juga diberi perhatian. ◦ Alat ukur juga perlu. — Alat ukuran yang telah dibina mestilah mengukur fakta-fakta yang diperlukan supaya maklumat yang diperolehi memenuhi kehendak kajian. guru pengkaji seharusnya mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam hal-hal yang dibincangkan di atas. Ini bermakna ◦ alat ukur perlu benar-benar dapat menggambarkan pendirian atau pandangan sebenar responden. Butiran bentuk tertutup: Butiran bentuk tertutup ialah butiran yang berkehendakkan jawapan pendek seperti `Ya' atau `tidak'. atau memilih pilihan-pilihan yang disediakan. . daripada yang mudah kepada lebih kompleks dan daripada yang bersifat `memihak' kepada yang lebih 'teliti' dan 'mendalam'. kesahan muka (face validity) terhadap alat ukur harus dilakukan. Kebaikan menggunakan butiran bentuk tertutup ialah: — Boleh dijawab dengan mudah — Mengambil masa yang pendek — Tidak mengalih pandangan responden daripada tajuk yang disoalkan — Berbentuk objektif — Mudah disusun dan dianalisis. mudah difahami dan tidak mengelirukan responden atau mempunyai maksud yang pelbagai. — Untuk memastikan alat ukur dapat memenuhi kehendak kajian. Butiran jenis ini biasanya sesuai untuk memperoleh maklumat tertentu sahaja. — Soal selidik atau instrumen alat ukur mestilah memenuhi objektif atau persoalan kajian yang telah dikenal pasti. — Tidak mengandungi soalan yang menyinggung peribadi atau yang memalukan. Oleh sebab kaedah ini memerlukan kepakaran yang tertentu dalarn bidang penilaian dan pengukuran pendidikan. — Soalan-soalan soal selidik boleh dinilai secara kritikal (critically examined) oleh rakan sejawat atau oleh pakar-pakar dalam pembinaan soal selidik.

Walau bagaimanapun jawapan ini mempunyai kebaikan sendiri bergantung pada jenis maklumat yang diperlukan. Responden harus diberitahu dengan siapa guru A harus dibandingkan. — Elakkan soalan yang mempunyai dua maksud. sederhana.. tidak. tidak kepada soalan "Adakah anda berkahwin?" Tidak lengkap sebab mungkin ada penjawab yang berstatus "duda" atau "janda". Soalan seperti. Panduan membina butiran soal selidik — Beri takrifan kepada sebutan-sebutan yang boleh disalah ertikan. lemah . — Jawapan-jawapan seperti ini agak sukar sedikit untuk ditafsirkan. — Untuk memastikan soal selidik dijawab dan dikembalikan kepada penyelidik. — Butiran ini yang bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang lebih mendalam termasuk motif-motif yang tersembunyi di belakang sikap. beri soal selidik melalui ketua jabatan responden.Butiran bentuk terbuka. — Jika responden diperlukan memberi “pemeringkatan” atau bandingan satu poin rujukan harus diberikan . — Uji soal selidik kepada responden daripada sampel yang hendak dikaji. " dan sebagainya boleh digunakan. Frasa seperti "berapa kali dalam sehari . — Elakkan soalan yang menidakkan perkara yang tidak benar. “ Apakah pendapat anda tentang pengajaran guru A?” – Baik. beri penerangan tentang tujuan penyelidikan dengan jelas dan menjanjikan satu salinan dan sebagai laporan akan dihantar kepada jabatan penjawab. disusun dan dijadualkan dalam laporan. — Bariskan perkataan yang hendak ditekankan. 'kadang-kadang'. adakah dengan guru pelatih . Soalan seperti. — Elakkan penggunaan adjektif dan adverb yang mengelirukan. . `jarang-jarang' memberi pengertian yang berbeza antara seorang dengan seorang lain. — Pilihan-pilihan yang diberi mestilah lengkap. "Adakah anda bersetuju supaya pelajar yang cerdas diletakkan dalam satu kumpulan dan dihantar ke sekolah yang khas?” sepatutnya dipecahkan kepada dua bahagian.. — Untuk mendapatkan kerjasama daripada responden. — Butiran bentuk terbuka berkehendakkan jawapan bebas daripada responden. Pilihan Ya. Baiki butiran yang didapati kurang jelas supaya butiran tersebut benar-benar dapat memperoleh maklumat yang dihajatkan. "Adakah anda tidak bersetuju supaya pelajar tidak disebat di khalayak ramai?" Ya. Tidak ada `petunjuk' dibekalkan. Perkataan-perkataan seperti `biasanya'. Misalnya. guru berpengalaman atau guru yang dianggap unggul? — Soalan mestilah sesuai denga "Berapa harikah dalam semingggu pihak kolej menghantar guru pelatih ke sekolah?" dianggap tidak sebab kebanyakan kolej mengendalikan latihan mengajajar secara berterusan Cara Mengendalikan Soal Selidik — Pilih responden daripada mereka yang benar-benar berminat untuk menjawab dan yang mempunyai ciri-ciri responden yang dihajati. minat.dianggap tidak jelas. `kecenderungan' dan cadangan-cadangan responden.

amalan dan sebagainya. kumpulan. Laporan penyelidikan harus dinyatakan dalam peratusan. jantina. beberapa nilai statistik harus dihitung diberikan. . — Semasa membuat perumusan. pertimbangan harus diberikan kepada peratus responden yang kecil. data tersebut harus diringkaskan dan dikategorikan dalam jadual tertentu.Menganalisis Jawapan Soal Selidik — Kira pekali korelasi untuk mendapatkan pertalian antara data — Sediakan jadual kekerapan untuk mengumpul jawapan pendek seperti masa. — Bagi data kualitatif atau naratif. Perbandingan antara satu data kuantitatif dengan data kuantitatif yang lain harus dilakukan. — Bagi data kuantitatif. Peratus yang kecil membawa kepada kebolehpercayaan yang kecil. umur.