Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN KEMAHIRAN MENGANGGAR (LITERASI NOMBOR/LITERACY NUMERICAL

)
Written By I'M SARAWAKIAN on Jumaat, 5 Ogos 2011 | 8/05/2011 04:57:00 PG Kemahiran menganggar merupakan satu kemahiran yang perlu ada dalam setiap diri individu. Saya menggunakan kemahiran menganggar dalam kehidupan seharian. Antara contoh kegunaan kemahiran menganggar dalam kehidupan saya ialah ketika saya memasukkan garam ke dalam masakan. Saya mengganggar berapa sudu yang saya perlukan untuk memastikan rasa masakan saya sesuai dengan kehendak selera. Dalam kemahiran ini saya melihat kuantiti masakan. Semakin banyak kuantiti masakan, semakin banyaklah jumlah garam yang saya perlukan. Saya sering bermain bola pada waktu petang. Saya menggunakan kemahiran menganggar iaitu dalam menganggar jarak bola hantaran kepada rakan sepasukan. Begitu juga ketika saya menjaringkan bola ke dalam gawang, saya akan mengganggar jarak antara bola dan gawang. Menganggar dapat membantu dalam memastikan bola yang dihantar tepat kepada sasaran yang hendak tujukan. Dalam keluasan padang yang sudah ditandakan dengan garisan-garisan seperti garisan kotak penalti, garisan tepi, garisan bulat tengah dan lain-lain juga membantu saya dalam menganggar dimana jarak saya perlu berlari pantas dan berlari perlahan. Menganggar juga saya gunakan dalam pengiraan bajet bulanan saya. Sebagai contoh, saya menganggar bajet makanan saya dalam sebulan ialah RM400. Walaupun kadang kala ianya tidak tepat tetapi dapat memastikan bajet makanan saya tidak lari daripada RM400.

Ketika perjalanan saya pergi balik ke kampung, saya sering menganggar masa perjalanan saya dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) ke Gedong, Simunjan. Saya menggangarkan perjalanan saya dari IPGKTAR ke Kota Sentosa selama 20 minit, Kota Sentosa ke Serian 60 minit, dan Serian ke Gedong 30 minit. Jadi jumlah perjalanan pergi ke Gedong ialah satu jam lima puluh minit. Saya kemahiran ini bagi memastikan saya tidak lewat tiba ke destinasi yang saya tuju. Oleh itu, kemahiran menganggar amat berguna dalam kehidupan seharian saya. Saya akan meningkatkan lagi kemahiran ini untuk kebaikan saya dan orang lain.