Anda di halaman 1dari 2

TAJUK HUBUNGAN EKSPORT TERHADAP PENINGKATAN PRODUKTIVITI SEKTOR

PEMBUATAN DI MALAYSIA : SATU KAJIAN GRANGER CAUSALITY. PENGENALAN Dalam usaha memastikan pertumbuhan ekonomi yang pesat kerajaan sentiasa memberi penekanan yang besar terhadap perkembangan sektor perdagangan antarabangsa. Sehubungan dengan itu pelbagai dasar telah dirangka bagi memastikan pertumbuhan sektor tersebut terus berperanan sebagai pemangkin utama pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu usaha-usaha dijalankan bagi menarik kemasukan pelabur luar untuk menjana pertumbuhan sektor berkenaan. Pelbagai insentif telah ditawarkan kepada usahawan domestik dan pelabur asing untuk meningkatkan penawaran produk yang berorientasikan eksport. Kemampuan sektor tersebut mewujudkan daya saing yang tinggi dalam pasaran global bukan saja dapat memastikan kelangsungan sektor pembuatan negara tetapi juga menjana pendapatan negara menerusi perolehan cukai, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, memastikan lebihan dalam imbangan pembayaran dan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya. PENYATAAN MASALAH Dalam usaha memastikan pertumbuhan ekonomi yang pesat kerajaan memberi tumpuan yang serius kepada pembangunan sektor perindustrian. Sehubungan dengan itu pelbagai galakan dan insentif sama ada dalam bentuk cukai atau kemudahan prasarana telah disediakan bagi menyediakan iklim pelaburan yang baik khusus untuk menggalakkan pertumbuhan sektor tersebut terutama sekali bagi industri pembuatan yang berorientasikan eksport. Dengan dasar kerajaan tersebut diharapkan dapat memacu perkembangan sektor pembuatan menerusi peningkatan eksport bersamasama pertambahan produktiviti yang tinggi. Namun yang menjadi persoalan adalah kemampuan kemudahan tersebut mempengaruhi bentuk hubungan di antara perkembangan eksport dengan produktiviti sektor berkenaan. Hubungan kedua-dua ini penting kerana ia melibatkan kos daya saing bagi sesebuah firma. Hubungan di antara kedua-dua aspek tersebut merupakan fokus utama kepada penyelidikan ini dan ianya dapat dijelaskan seperti berikut: 1. Wujud keraguan sama ada perkembangan eksport dapat meningkatkan produktiviti sektor pembuatan Malaysia secara berterusan ataupun sebaliknya.

Adakah firma meningkatkan tahap produktiviti sebelum memasuki pasaran eksport atau tahap produktiviti dijadikan penekanan utama dalam proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan.2. . TEORI Menggunakan teori produktiviti dan teori asas eksport.