Anda di halaman 1dari 7

Soalan SPM 2012: Kesusasteraan Melayu

Bahagian Satu [ 40 markah ] Jawab semua soalan. 1. GURINDAM SEUNTAI KASIH SECEBIS HARAPAN Seuntai kasih secebis harapan, berhati bersih berbudi bersopan. Kepada para pemimpin yang berkuasa, pastikan penghuni alam aman sentosa. (Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan) Berikan dua ciri gurindam yang terdapat dalam petikan gurindam di atas. [4 markah] 2. Maka Tuan Puteri Sa'dung pun bersahut saksi serta bercita kesaktian minta ghaiblah dari gua Bukit Marak ini daripada mata orang ramai-ramai sebab kerunsingan sangat. "Aku tolak beri kepada orang menjadi raja memerintah negeri pun tiada lepas aku juga." Maka Tuan Puteri Sa'dung pun ghaiblah selalu daripada mata orang itu. (Dipetik daripada Hikayat Seri Kelantan) Berdasarkan petikan di atas: (a) Berikan satu unsur sejarah berserta contoh. [ 2 markah ] (b) Berikan satu peristiwa luar biasa. [ 2 markah ]

3. "Betapalah rupa nakhoda itu engkau lihat." Maka sembah suruhan itu, "Ampun Tuanku Syah Alam, terlalu sekali baik parasnya nakhoda itu seperti anak raja-raja barang lakunya. Lemah lembut dan tiada jemu mata memandang dia. Pada fikiran patik anak raja juga gerangan nakhoda itu tuanku." (Dipetik daripada Hikayat Nakhoda Muda)

aku tidak akan benarkan sesiapa pun buat suka hati dalam kawasan tanah aku.Nyatakan dua perwatakan Nakhoda Muda yang terdapat dalam petikan di atas. HAJI PAHLAWAN: Kau nak ubah apa? Ini tanah aku! Tanah nenek moyang aku! Suka hati aku nak buat apa dengannya. (Dipetik daripada sajak Keberangkatan oleh Ratna Laila Shahidin) Ayah Berdasarkan petikan sajak di atas. beratur di sana! (Kepada seorang anak kapal) Kau! Pergi ambil air laut dan kalau ada yang berdarah dan pengsan kena tali cemetiku ini. Meski ayah telah berangkat pulang dia tetap hidup di hati kami dingin dahi ayah waktu kukucup mudah-mudahan sesejuk itulah pusara ayah penuh lapang dan bercahaya indah. [ 4 markah ] 5. Aku peduli apa orang lain. [4 markah] . simbur dengan air laut itu! (Mereka direntap secara kasar oleh anak-anak kapal dan dipaksa beratur). tak ada gunanya dihidupkan lagi budak-budak dajal ini! Atur semua di sana dan bawa ke mari tali cemetiku. rumah simen berpuluh tingkat. aku nak duduk rumah macam mana. [ 4 markah ] 4. orang lain nak buat rumah batu. suka hati dialah! (Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru oleh Hatta Azad Khan) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas. Lekas. rumah besi. berikan satu gaya bahasa berserta contoh. [ 4 markah ] 6. jangan sentuh ayam itik aku! Aku tak akan pindah. Biar kukuliti tiap-tiap orang hidup-hidup. JURAGAN KILAT BERSIUNG: Cis. (Dipetik daripada drama Lima Perwira oleh Kala Dewata ) Berikan dua perwatakan Juragan Kilat Bersiung berdasarkan petikan di atas. Aku nak mati di sini.

Itulah hasil perjuangannya.7. (Dipetik daripada cerpen Anak-Anak Pejuang oleh Ghazali Lateh) Berdasarkan petikan cerpen di atas... isteri Pak Denan menghembuskan nafas terakhir.. Keperitan hidup sebagai anak orang susah di kampung itu mendorongnya menjadi hiba. Ayahnya hanya mampu membayar yuran persekolahan dan buku-buku tulis sahaja. abang amat menyanjunginya. Tambahan pula. Terima kasih atas semua kenangan. nyatakan dua latar masyarakat. iaitu simile. Dan yang terakhir juga. [ 4 markah ] 10. "Terima kasih. Berpendidikan dan berjawatan tinggi. Pada abang Pahlah orang yang pertama bertakhta di hati. Alat-alat tulis hanya dibeli jika benar-benar habis. Bagaimanapun. berikan dua nilai kemanusiaan. Bulan di dada langit berlindung di balik mega.!" . (Dipetik daripada cerpen Bagai Hembusan Bayu Senja oleh Juri Durabi) Dalam petikan di atas terdapat gaya bahasa perbandingan. Lima tahun usia Abdul Razak. Pilih dua daripada gaya bahasa perbandingan tersebut dan nyatakan contohnya. Dan. anak-anaknya masih kecil. semacam ketawa mengiringi keretakan cinta antara Hardi dengan Juliani.[4 markah] 8. Ruhaiza mengesat matanya yang mula berair. anak-anak kecil itu kini telah berjaya dibesarkan. [ 4 markah ] 9. semua pertolongan. Rashid) Berdasarkan petikan di atas. metafora dan personifikasi. luluh juga atas pemergian isterinya. kini Hardi merasakan bahawa bayu tidak berpuput lagi. semua sokongan moral yang Pah berikan kepada abang. Laut kematian irama. Kalau begitu kesetiaan Pah terhadap abang. Hardi juga merasakan bahawa cinta Juliani terhadapnya hanya bagai hembusan bayu senja. Pah. (Dipetik daripada novel Jeriji Kasih oleh Ramlah Abd. Sekuat-kuat semangat perjuangan Pak Denan. berkat kesungguhan dan cintanya. Pakaian sekolah hanya ditukar dua atau tiga tahun sekali.

Ada nasi dicurahkan. Ayamnya menang kampung tergadai. Nyaris mati oleh tak makan. [ 4 markah ] (b) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka di atas. kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. [ 8 markah ] . (a) Huraikan tema seloka di atas. Baca seloka di bawah dengan teliti. Ada isteri dibunuh. Ada rumah bertandang duduk. Mudik menongkah surut. Seloka Pak Kaduk Aduhai malang Pak Kaduk. Sauh dilabuh bayu berpuput. berikan dua nilai murni. Masa belayar kematian angin.(Dipetik daripada novel Dari Lembah ke Puncak oleh Ghazali Lateh) Berdasarkan petikan di atas. Hilir menongkah pasang. [ 8 markah ] (c) Nyatakan empat peristiwa malang yang menimpa Pak Kaduk. 1. Rumah runtuh awak menumpang. [ 4 markah ] Bahagian Dua [ 60 markah ] Bahagian A ( Puisi Tradisional dan Prosa Klasik ) Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2. Awak pulang kebuluran.

2. (b) Huraikan dua latar masyarakat dalam hikayat ini. 3. MERDEKALAH BAHASAKU Merdeka merdeka merdekalah bahasaku daripada retak-retak petamu merdeka merdekalah bahasaku daripada warnamu hampir kelabu merdeka merdekalah bahasaku daripada penjara anak-anakmu ambil kembali tanjak buka silat tegak bergerak kembali ke tempat asal di puncak kumpul semula sakti suara dan martabat diri di sana menanti pentas dunia dengan penuh cahaya merdeka merdekalah bahasaku agar kembali tumbuh segar . [ 12 markah ] . Baca sajak di bawah dengan teliti. Berdasarkan Hikayat Putera Jayapati: (a) Jelaskan tiga bukti bahawa hikayat ini merupakan genre prosa tradisional. [ 8 markah ] Bahagian B ( Puisi Moden dan Drama ) Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4. kemudian jawab soalan-soalan yang berikutya.

[ 4 markah ] (b) Berikan empat ciri bentuk sajak di atas.. (SULTAN AHMAD dan RAJA SULAIMAN segera berundur keluar. [ 8 markah ] (c) Berdasarkan petikan drama di bawah.. tapi bagaimana pula untung nasib Datuk Bendahara yang terlalu tua. Berdasarkan drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain: (a) Jelaskan pemikiran drama tersebut. : 4.) HANG KADIM : Bagaimana kita.. baginda-baginda itu dah berlepas meninggalkan istana. [ 8 markah ] (c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan semangat perpaduan. [8 markah ] RAJA SULAIMAN : Dengarkah khabar Baginda Tuanku Sultan dan Tuanku Permaisuri? SULTAN AHMAD : Ya.kan malang tak berbau? Betul kata kau. SERI NARA : SERI NARA dan HANG KADIM terdiam sambil berjalan-jalan memandang-mandang keluar dengan cemas dan bimbang . [ 8 markah ] Panjangnya sajak tersebut antara 12-15 baris.. Kadim. (Dipetik daripada drama Bendahara Tepok oleh Shaharom Husain) . uzur dan tepok itu? Kita juga patut mencarinya .dalam setiap hati anak-anak negara ini. berundur dan berkota di Pagoh. berikan dua teknik penceritaan berserta contoh. SITI ZALEHA M.. HASHIM (a) Huraikan maksud rangkap keempat sajak di atas. Seri Nara? Tidakkah kita mencari baginda-baginda itu? Jangan-jangan geruh . [ 4 markah ] (b) Nyatakan dua unsur sejarah berserta contoh dalam drama ini..

(Dipetik daripada cerpen Bah Urei oleh Baharuddin Kahar) 6. malah terpuing-puing menghiris-hiris relung hati. [ 12 markah ] (b) Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah. menyerap jauh ke dalam pembuluh darah.Bahagian C ( Cerpen dan Novel ) Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6. Rashid: (a) Huraikan tiga perwatakan Solehah. [ 8 markah ] Apabila merasakan tiupan angin yang mengacah-acah dan mendengar deru pohonan yang kian nyaring. [ 12 markah ] (b) Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam novel ini. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. 5. [ 8 markah ] . Berdasarkan cerpen Bah Urei karya Baharuddin Kahar: (a) Terangkan tiga nilai murni yang terdapat dalam cerpen. Segala-galanya seolah-olah menikamkan kesakitan. dia didatangi rasa pilu dan kesal lagi.