Anda di halaman 1dari 44

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN PKE3102

KESELAMATAN DIRI

DEFINISI KESELAMATAN:
• Merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindung daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik,perasaan, pekerjaan, psikologi pelajaran dan perkara-perakara yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini .

• Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu mala petaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi.

SAMBUNGAN

• Keselamatan diri merujuk kepada perlindungan individu agar sentiasa berada dalam keadaan selamat, memberi perlindungan agar hidup sejahtera dan melindunginya daripada sesuatu yang bahaya yang menimpa diri individu tersebut.

SAMBUNGAN
• Keselamatan adalah khusus dirujuk agar dapat membantu untuk hidup sihat sejahtera dalam keadaan persekitaran yang selamat. • Keselamatan juga merujuk kepada menghindar keadaan yang akan membawa kemalangan • Mengawal keselamatan di sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturanperaturan, latihan-latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya insideninsiden negatif dalam kalangan murid.

• Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula. bertanggungjawab. . keselamatan adalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin. amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran. asuhan dan amalan. berpengetahuan dan memiliki jati diri yang cemerlang.SAMBUNGAN • Manakala di rumah.

• ► Memastikan pihak pengurusan mematuhi tatacara yang betul dan selamat dalam menyediakan kemudahan prasarana. • ► Memastikan diri pelajar yang menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan mengikut tatacara yang betul dan selamat. semasa. • ► Memastikan aktiviti yang akan dijalankan mematuhi dasar dan tatacara yang terancang dan sistematik sesuai dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia .KEPENTINGAN PENGAWALAN KESELAMATAN • Supaya tidak berlakunya kemalangan sebelum. dan selepas menjalankan aktiviti. .

di mana apa yang sepatutnya boleh dikesan lebih awal tidak dilaksanakan sehingga menyebabkan berlaku kemalangan yang merumitkan semua pihak • Adalah untuk diikuti oleh individu apabila adanya pelbagai aktiviti yang dijalankan melibatkan mana-mana pihak seperti badan-badan NGO.SAMBUNGAN • Supaya tidak timbul sebarang masalah kesihatan. Oleh itu. perlu ada tata cara yang terancang yang boleh menjadikan panduan oleh semua pihak yang terlibat bagi menjaga keselamatan .

Garis panduan bagi akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994(Akta 514)Jabatan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan kementerian sumber manusia Malaysia2006 http://dosh. • Ia telah digubal berdasarkan konsep peraturan kendiri dengan tanggungjawab utama bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terhadap orang yang mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko. kesihatan dan kebajikan semua orang di tempat kerja.gov. .my/ • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 25 Februari 1994 dan bertujuan bagi memastikan keselamatan.mohr.

.SAMBUNGAN • Akta ini menyediakan proses perundingan pada peringkat dasar dengan penubuhan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. • Proses perundingan juga merangkumi program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan oleh majikan dan wakil pekerja sebagai ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan.

• Tiga bahagian yang pertama menyatakan tujuan Akta dan menyediakan infrastruktur untuk perlantikan para pegawai dan Majlis Negara.SAMBUNGAN • Akta ini mengandungi 67 seksyen yang dibahagikan kepada 15 bahagian dan dilampirkan dengan tiga jadual. .

SAMBUNGAN • Intipati Akta ini adalah peruntukan dalam bahagian IV hingga VI. pembekal dan lainlain dan mereka yang bekerja dengan risiko iaitu para pekerja.Bahagian ini menyediakan kewajipan am mereka yang mewujudkan risiko contohnya . perekabentuk. pengilang. . • Bagaimana Akta dilaksanakan dan dikuatkuasakan adalah dijelaskan di dalam bahagian lain. orang yang bekerja sendiri.majikan.

PERALATAN PERLINDUNGAN KESELAMATAN • • • • Perlindungan diri Di rumah Di tempat kerja Di sekolah .

PERLINDUNGAN DIRI • Ditaksir sebagai semua peralatan yang perlu dipakai atau digunakan semasa bekerja untuk melindungi pekerja daripada mengalami satu atau lebih risiko • Majikan perlu tahu tentang pengetahuan asas penggunaan peralatan • Peralatan mesti diselengara dengan betul mengikut prosedur(seperti yang dinyatakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994(Akta 514) .

PERALATAN PERLINDUNGAN KESELAMATAN • ALAT KESELAMATAN KERJA .

• BIDANG ALAT KESELAMATAN SAMBUNGAN .

SAMBUNGAN • ALAT KESELAMATAN .

SAMBUNGAN • BAJU KESELAMATAN .

SAMBUNGAN • ALAT KESELAMATAN JALANRAYA .

SAMBUNGAN .

. • Pada keseluruhannya masa kemalangan berlaku di antara jam 10 pagi hingga 5 petang iaitu semasa ibu-ibu keluar bekerja. walaupun peratusan di bandar adalah besar juga iaitu 37. . Dari segi keselamatan kanak-kanak.KEMALANGAN DI RUMAH • Kemalangan di rumah banyak melibatkan anak2.5%. kajian ke atas kemalangan di kalangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kemalangan lebih banyak berlaku di luar bandar iaitu 47%.

SAMBUNGAN • Dari jumlah kemalangan. • Mengikut tempat kemalangan berlaku. sebanyak 44% adalah di dalam rumah. . 51% adalah di kalangan kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah. • Kebakaran dan lecur merupakan jenis kemalangan yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan ini menunjukkan jagaan dan keselamatan yang kurang dalam kalangan kanak-kanak itu.

SAMBUNGAN • Kebakaran dan lecur merupakan jenis kemalangan yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak dan ini menunjukkan jagaan dan keselamatan yang kurang di kalangan kanakkanak itu. • Jenis kemalangan yang lain sering berlaku ialah:  Terjatuh  Terkena api  Terambil racun  Sesak nafas atau tercekik  Lemas .

luka besar yang perlu jahitan. . 25 peratus kemalangan di rumah membabitkan kemalangan kecil seperti luka. jatuh yang mencederakan kepala dan • satu peratus lagi cacat seumur hidup. • Sejumlah lima peratus mengalami kemalangan teruk yang memerlukan mereka dimasukkan ke hospital seperti terbakar.SAMBUNGAN • Mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia. disengat serangga berbisa dan melecur. terseliuh dan bengkak. • 10 peratus mengalami kemalangan perlu dirawat seperti patah.

• "Pada usia inilah mereka mula bergerak cergas tetapi tidak dapat membezakan antara bahaya dan selamat. 22 peratus di ruang legar. • Menurut Dr Zulkifli secara purata lebih kurang 36 peratus kemalangan berlaku di ruang tamu dan ruang makan. kanak-kanak berusia 2 ." katanya. 18 peratus di luar rumah. sembilan peratus di dapur dan empat peratus di bilik mandi.SAMBUNGAN • Menurut Pakar Pediatrik Universiti Kebangsaan Malaysia. yang juga Pakar Pediatrik di Hospital Kuala Lumpur. . Profesor Madya Dr Zulkifli Ismail.4 tahun lebih mudah mendapat kemalangan di rumah.

Ia membabitkan jatuh biasa atau serius. • Menurut Dr Zulkifli jangan sekali-kali membiarkan anak kecil sendirian di tingkat atas rumah. . • Rumah bertangga dan bahagian split-level patut dibuat sekatan atau palang supaya kanak-kanak.SAMBUNGAN • Ruang tamu.anjung dan tangga • Kemalangan bagi kanak-kanak banyak terjadi di sini. Jatuh dari tempat tinggi boleh menyebabkan kecederaan serius seperti patah dan pendarahan otak. di atas anjung atau tempat-tempat tinggi. tidak dapat turun dan naik sendiri. terutama yang berusia empat tahun ke bawah.

walaupun sekejap. Pastikan semua tempat simpanan air ditutup selepas digunakan kerana kanak-kanak boleh jatuh ke dalamnya dan lemas. . Mereka boleh lemas di dalam air yang sedikit di dalam baldi. Bawa bayi anda bersama jika anda terpaksa mengalih perhatian kepada sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa. walaupun ia hanya sedalam 15 . • Bayi kecil yang dimandikan tidak boleh ditinggalkan sendirian.SAMBUNGAN –BILIK MANDI • Lemas dan jatuh antara kemalangan kerap terjadi di rumah. Bilik mandi tempat berbahaya jika dibiarkan kanak-kanak bawah usia enam tahun bermain atau mandi sendirian kerana mereka boleh lemas atau jatuh kerana licin.30 cm. • Kejadian lemas di bilik mandi selaIunya terjadi kepala anakanak berusia 1~2 tahun. Mereka mungkin jatuh tertonggeng dan lemas.

Jatuh yang teruk dari tempat tinggi boleh menyebabkan patah teruk dan darahan. Bayi patut dimandikan di dalam besen di atas lantai.kang) sering terjadi pada kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas. Pastikan jubin bilik mandi jenis tidak . Banyak kecederaan patah tulang paha di karan warga tua disebabkan jatuh ketika berada di bilik mandi.SAMBUNGAN • Menurut Dr Zulkifli jangan sekali-kali mandikan anak kecil di dalam sinki kerana ini boleh menyebaban kepala mereka terhantuk pada tepi sinki dan akan berlaku retak tempurung kepala atau pendarahan otak. . tasik atau . • Kanak-kanak harus dimandikan di atas lantai supaya mereka tidak mudah jatuh. • Kejadian lemas di luar rumah (kolam.

Antara bahaya itu.SAMBUNGAN-BILIK TIDUR • Kanak-kanak tidak mengenal erti bahaya. kanak-kanak mungkin jatuh dari katil. Alat elektrik yang rosak atau terkoyak wayarnya tidak patut digunakan kerana kanak-kanak mungkin terkena kejutan elektrik jika memegangnya. terhempas barang-barang berat seperti seterika dan keracunan. Katil yang selalunya enak dan empuk dibuat tidur boleh juga mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. • Soket elektrik mesti ditutup dengan penutup keselamatan dan pastikan suis ditutup untuk mengelak kanak-kanak daripada bermain dengannya. . • Alat elektrik yang tidak digunakan patut disimpan di tempat selamat dan digulung wayarnya.

Jangan makan ubat di hadapan anak kerana mereka akan meniru perbuatan ini.SAMBUNGAN • Menurut Dr Zulkifli ramai ibu bapa tidak tahu yang barangan kosmetik pun boleh menyebabkan keracunan terutama pada anak kecil. Tarikan kepada warna-warna dan bau alat solek akan menyebabkan mereka terdorong memasukkannya ke dalam mulut dan ini boleh menyebabkan keracunan. Pilihan katil kanak-kanak perlu dibuat dengan bijak. • • • . Perlu dipastikan agar ia tidak dicat dengan cat bertoksid kerana kanakkanak kecil suka menggigit katil dan ini boleh menyebabkan keracunan. Ibu bapa seharusnya meletakkan alat solek mereka di tempat tinggi yang sukar dicapai oleh anak-anak. Jarak di antara palang-palang katil anak juga mesti kurang daripada 6 cm supaya badan dan kepala anak tidak boleh bolos di antara dua palang. Ubat-ubatan ibu bapa juga patut disimpan di tempat yang berkunci.

Menurut Dr Zulkifli kanak-kanak sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke dapur sama sekali. • Menurut Dr Zulkifli banyak perkara perlu diambil perhatian menjamin keselamatan di dapur termasuk jangan alas meja jika ada anak kecil. Mereka mungkin menarik alas meja dan menyebabkan barang-barang di atas meja terjatuh ke atas mereka.SAMBUNGAN-DAPUR • Boleh dikatakan dapur tempat paling berbahaya dibiarkan kanak-kanak berada di situ sesuka hati. Mereka boleh terjatuh. Masakan panas perlu diletak jauh di tengah meja supaya tidak tersimbah. . tersiram minyak atau air panas. • "Ramai ibu bapa tidak sedar dapur boleh mendatangkan bahaya kepada anak mereka. terkena api dapur dan keracunan bahan cucian.

. turpentin dan racun serangga. • Di dapur juga selalunya banyak bahan pencuci disimpan. Banyak kes melecur berlaku kerana tersimbah makanan dan minyak panas dari periuk dan kuali.SAMBUNGAN • Pemegang periuk dan kuali juga perlu diletakkan menghala ke bahagian dalam agar sukar bagi kanak-kanak mencapainya. • Elakkan mengguna botol minuman untuk menyimpan cecair beracun seperti minyak tanah. Ini dapat mengelakkan anak anda daripada terminum bahan beracun ini. Cecair beracun perlu disimpan di dalam botol asal dan bukan di dalam botol minuman. Pastikan anda menyimpannya di dalam almari bertutup dan berkunci atau di tempat tinggi yang sukar dicapai kanakkanak.

Kanak-kanak berusia lebih dua tahun juga perlu penjagaan rapi apabila mereka keluar rumah kerana mereka mungkin akan berlari keluar ke tepi jalan tanpa melihat kenderaan yang lalu lalang. Kemalangan yang sering berlaku ialah sengatan dan gigitan serangga berbisa seperti lebah. • • . Kanak-kanak lebih kecil patut diawasi supaya tidak makan daun-daun beracun di laman rumah. Ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. kanak-kanak mesti diawasi apabila bermain di taman kerana mereka tidak dapat membezakan antara binatang berbisa dan tidak.SAMBUNGAN • • Ini termasuk taman dan bahagian laman. Ibu bapa yang mengundur kereta perlu memastikan anak-anak mereka tidak berada di belakang kereta. Perlu diingatkan. tebuan dan lipan. kala jengking. Banyak kemalangan serius membawa maut membabitkan ibu bapa sendiri melanggar anak mereka tanpa disedari.

• Perlu dipastikan yang tempat-tempat ini selamat untuk mereka kerana warga tua lebih senang mengalami patah tulang apabila terjatuh. • Warga tua juga sering terbabit dalam kebakaran.SAMBUNGAN • Bagi warga tua pula. pastikan ada lampu menerangi tempat itu supaya mereka tidak terjatuh apabila bangun pada waktu malam. • Untuk rumah bertangga. kemalangan yang sering terjadi ialah jatuh di bilik mandi dan juga di tempat-tempat licin di rumah. Pintu rumah perlu senang orang keluar masuk kerana dalam kebanyakan kes kebakaran yang dilaporkan. . mangsa terkunci di dalam rumah.

• Pelan anda untuk menjadikan rumah anda selamat boleh dijadikan proses pengajaran yang mengambil kira penglibatan anak-anak anda ini adalah kerana ia dapat diperbaiki dari masa ke semasa melalui bantuan dan pandangan anak-anak anda.SAMBUNGAN • Perkara yang terbaik untuk diamalkan ialah untuk mendidik anak anda untuk menjaga keselamatan diri sendiri. • .

• Polisi KD memberikan perlindungan insurans 24 jam di seluruh dunia. .LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KETIKA BERLAKU KEMALANGAN • Insurans Kemalangan Diri (KD) ialah polisi insurans tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan. • Ianya merupakan polisi yang berbeza daripada insurans hayat dan insurans perubatan dan kesihatan. tidak sengaja. Anda boleh membeli insurans KD untuk diri anda sendiri atau polisi berkumpulan untuk keluarga anda. hilang upaya atau kematian yang hanya berlaku disebabkan oleh kejadian yang bersifat ganas. luaran dan jelas kelihatan.

SAMBUNGAN Jenis-jenis perlindungan yang biasanya diberikan di bawah polisi KD ialah: • • • • • • Mati akibat kemalangan Hilang upaya kekal Hilang upaya sementara menyeluruh atau separa Belanja perubatan Pembedahan pembetulan Manfaat masuk hospital Belanja pengebumian .

SAMBUNGAN Di dalam memilih insurans KD. iaitu jumlah pampasan yang akan dibayar oleh syarikat insurans sekiranya belaku kecederaan atau hilang anggota badan. seperti tahap kesihatan anda. sentiasalah: • Sedar akan pengecualian di dalam polisi yang tidak membenarkan anda menuntut daripada syarikat insurans. • Mendedahkan semua fakta penting yang diperlukan di dalam permohonan anda. • Mengetahui skala manfaat. . pendengaran atau penglihatan. pekerjaan dan jumlah polisi insurans KD yang anda punyai.

• Kenderaan anda boleh diubah jika ianya mengganggu perjalanan lalulintas. Sek.APA YANG HARUS ANDA BUAT BILA BERLAKU KEMALANGAN ? • Hendaklah memberhentikan kenderaan anda dengan serta merta ditempat kejadian. Sek. 52(1) RTA 1987 • Memberi bantuan kepada si mangsa untuk menghantarnya ke Hospital. 52(2) RTA . • Hendaklah dengan segera membuat laporan dibalai polis yang berhampiran. Laporan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan kecuali anda dirawat di Hospital atau lain-lain sebab yang munasabah.

perakuan Insuran. anda hendaklah memberi bantuan tersebut. • Bila anda diminta oleh pihak Polis untuk memberi apa-apa bantuan yang munasabah kepada mangsa kemalangan. Sek. 52 (3) RTA. 52(4)(a). Sek. anda hendaklah mencatitkan nombor-nombor kenderaan yang terlibat dan memberi maklumat kepada pihak polis. .SAMBUNGAN • Hendaklah menunjukkan untuk diperiksa dokumendokumen seperti lesen pemandu. (b) & (c) RTA • Jika anda melihat sesuatu kemalangan berlaku. cukai jalan dan lain-lain kepada Pegawai Polis.

.KEBAKARAN • Pastikan tidak ada yang menghampiri kawasan bekas kebakaran bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini • Hendaklah memastikan seseorang itu tidak cemas sekiranya tanda-tanda kebakaran dilaporkan • Pastikan semua meninggalkan kawasan • Menghubungi bomba bagi bantuan mengawal kebakaran • Sekiranya terdapat kecederaan awal bantuan kecemasan awal hendaklah diberikan atau segera dengan menghantar mangsa ke klinik /hospital yang berhampiran.

PROSEDUR • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) • Akta Kilang dan Jentera 1967 (akta 139) • Akta Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) • Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) • Akta racun 1952 (Akta 366) • Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) • Lain-lain .PERATURAN.AKTA.

.SAMBUNGAN • Di bawah akta terdapat peraturanperaturan cth:Peraturan-peraturan di bawah akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 • Peraturan ini telah diwartakan pada tahun 2004 di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (akta 514) • Melalui peraturan-peraturan ini perlu ada prosedur melapor jika berlaku sebarang kemalangan.

SAMBUNGAN • Cth :berlaku di IPG sama ada mengalami kemalangan cedera atau tidak hendaklah dilaporkan kepada Ketua Jabatan/Ketu Bahagian/Ketua Unit Dan • Setiap Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Ketua Unit perlu melaporkan kepada Unit Persekitaran.Keselamatan &Kesihatan Pekerjaan(OSHA) dan • laporan seterusnya dihantar kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja(DOSH) .

SEKIAN TERIMA KASIH .