Anda di halaman 1dari 3

BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR

SET 1 Bahagian A [ Masa dicadangkan :15 minit ] [ 10 markah ] Gambar di bawah menunjukkan sebuah keluarga sedang bekerjasama membersihkan rumah mereka. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

1. 2. 3.

BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR

4. .. 5. Bahagian B [Masa dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Ibu kamu telah dimasukkan ke wad bersalin. Kamu sedang menanti kelahiran adik kamu yang ketiga. Ceritakan suasana keluarga kamu sebelum dan selepas menerima orang baru.

ATAU

2. Kamu menemu ramah kawan sekolah kamu yang telah dipilih sebagai murid cemerlang UPSR. Kamu telah bertanyakan tentang rahsia kejayaannya itu. Tulis hasil temu ramah kamu selengkapnya.

ATAU 3. Rakan kamu kehilangan wang untuk membayar yuran Kelab Komputer. Tuliskan tindakan kamu untuk membantu rakan kamu itu.

BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR

BAHAGIAN C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Mak Cik Saleha merupakan seorang ibu tunggal. Pak Hamid, suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lima tahun lalu. Mak Cik Saleha menjaga enam orang anaknya yang masih bersekolah. Mak Cik Saleha menjual kuih-muih dan nasi lemak bagi menyara keluarganya. Anak-anak Mak Cik Saleha amat memahami akan kesusahan ibu mereka. Mujurlah anak-anak Mak Cik Saleha pandai menguruskan diri masing-masing. Mereka tidak mahu menyusahkan ibu mereka. Mereka berenam hanya berjalan kaki dan membawa bekalan makanan yang dimasak di rumah ke sekolah bagi mengurangkan perbelanjaan ibu mereka. Mak Cik Saleha selalu menasihati anak-anaknya supaya tekun belajar dan memberi tumpuan dalam pelajaran. Jika mereka berilmu dan berjaya nasib keluarga dapat diubah. Mak Cik Saleha bersyukur dan sangat bertuah kerana mempunyai anak-anak yang selalu mendengar dan menurut kata-katanya.

Anda mungkin juga menyukai