Anda di halaman 1dari 49

1.

7 CAHAYA & PENGLIHATAN


Cahaya adalah suatu bentuk tenaga Cahaya merambat di dalam garisan yang lurus Kerana sifat ini, maka terbentuklah gerhana Cahaya tidak dapat merambat melalui permukaan yang legap (opaque). Ini menyebabkan terbentuknya bayang-bayang

CAHAYA BOLEH DIPANTULKAN


Apabila cahaya mengenai permukaan, ianya akan dibalikkan/dipantulkan Cermin mempunyai permukaan yang berkilat dan direka khas bagi memantulkan hampir kesemua cahaya yang mengenai mereka.
Apabila anda melihat cermin rata, anda akan pantulan diri anda sendiri

PANTULAN CAHAYA
Normal
Sudut tuju Sudut Pantulan

Sinar tuju

Sinar pantulan

Cermin Satah

SUDUT TUJU = SUDUT PANTULAN

Pantulan Cahaya

Pantulan cahaya pada permukaan yang rata

Pantulan cahaya pada permukaan yang tidak rata

PEMBIASAN CAHAYA

Cahaya Boleh Dibiaskan


Apabila cahaya bergerak dari medium yang berbeza ketumpatannya, kelajuannya berubah Ini menyebabkan sinar cahaya dibengkokkan. Pembengkokan cahaya ini dikenali sebagai PEMBIASAN

PEMBIASAN CAHAYA
Sinar tuju

Kaca (lebih tumpat)

Sudut tuju Sudut biasan

Sinar biasan

Kesan Pembiasan
Kolam renang kelihatan lebih cetek berbanding kedalaman sebenar Penyedut minuman kelihatan bengkok di dalam gelas

CUBA LIHAT GAMBAR-GAMBAR BERIKUT

MENGUJI ASTIGMATISMA

Kecacatan Penglihatan
Terdapat tiga kecacatan mata: Rabun Jauh (Myopia/short-sightedness)
Tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas

Rabun Dekat (Hypermetropia/long-sightedness)


Tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas

Astigmatisma (Rabun silau)


Kedua-dua objek jauh dan dekat adalah kabur

MYOPIA (RABUN JAUH)


Keadaan di mana, seseorang dapat melihat jarak dekat demgan jelas, tetapi bukan jarak jauh.
Imej terbentuk di hadapan retina

Kanta mata terlalu tebal

Bola mata terlalu panjang

HYPERMETOPIA (RABUN DEKAT)


Keadaan di mana, seseorang dapat melihat jarak jauh dengan jelas, tetapi bukan jarak dekat

Kanta mata terlalu nipis

Imej terbentuk di belakang retina Bola mata terlalu pendek

ASTIGMATISMA (RABUN SILAU)


Keadaan di mana penglihatan seseorang adalah kabur, samada jarak dekat atau jauh.

Kornea yang tidak rata/tercalar

Imej terbentuk di beberapa titik fokus yang berbeza

Model Mata Normal

Objek jauh

Objek dekat

Cahaya daripada jarak dekat dan jauh boleh difokus dengan tepat di atas retina

Model Mata - Rabun Jauh

Objek jarak jauh


X

Cahaya bagi objek jarak jauh terbentuk di hadapan retina

Model Mata Rabun Dekat

Objek jarak dekat

Cahaya bagi objek jarak dekat terbentuk di belakang retina

RABUN JAUH (MYIOPIA) Boleh melihat objek dekat dengan jelas Imej objek yang jauh terbentuk di hadapan retina

RABUN DEKAT (HYPERMETROPIA)


Boleh melihat objek jauh dengan jelas

ASTIGMATISMA
Kedua-dua objek jauh dan dekat adalah kabur

Imej objek yang dekat terbentuk di belakang retina

Disebabkan permukaan kornea yang tidak rata

Menggunakan kanta cekung (kanta capah)

Menggunakan kanta cembung (kanta tumpu)

Menggunakan kanta silinder

Kadang kala, otak manusia tidak mentafsir apa yang kita lihat dengat tepat. Ini dikatakan sebagai ILUSI OPTIK

TITIK BUTA

Tutup mata kiri anda, dan lihat budak lelaki ini dengan menggunakan mata kanan. Gerakkan kepala anda mendekati atau menjauhi skrin, sehingga.. rama-rama itu hilang! Anda tidak dapat melihat rama-rama itu kerana ianya terletak pada bintik buta, di mana saraf-saraf optik masuk ke dalam mata

Apabila imej terbentuk dititik buta, ianya tidak dapat dilihat

Penglihatan Stereoskopik/Binokular
Penglihatan stereoskopik melibatkan keduadua belah mata Manusia dan kebanyakan pemangsa mempunyai penglihatan stereoskopik

Penglihatan Stereoskopik/Binokular
Kebanyakan haiwan dengan penglihatan stereoskopik mempunyai kedua-dua mata di bahagian depan kepala

Medan penglihatan mata kanan

Pertindihan medan penglihatan

Medan penglihatan mata kiri

Haiwan dengan penglihatan stereoskopik, medan penglihatan kedua-dua mata bertindih

Ini membantu haiwan untuk menganggar jarak dengan tepat

Penglihatan Monokular
Haiwan dengan penglihatan monokular mempunyai satu mata pada bahagian sisi kepala

Medan penglihatan mata kanan

Medan penglihatan mata kiri

Haiwan dengan penglihatan monokular mempunyai sedikit atau tiada pertindihan medan penglihatan

ini membantu haiwan untuk mengesan musuh-musuh mereka dari pelbagai arah

Haiwan dengan penglihatan Monokular biasanya adalah mangsa

Haiwan dengan penglihatan stereoskopik/binokular biasanya adalah pemangsa/pemburu

Pelbagai peralatan dicipta bagi mengatasi had penglihatan manusia, termasuklah Mikroskop Kanta pembesar Teleskop Binokular Alat pengimbas ultra-sound X-ray Periskop

1.8 Bunyi & Pendengaran


Bunyi terhasil bila objek bergetar. Anda boleh merasakan getaran di tekak anda dengan menyentuh tekak semasa anda bercakap Getaran pita suara dalam kotak suara anda menimbulkan bunyi. Tali alat muzik yang diregangkan menghasilkan bunyi apabila ia bergetar.

Bunyi memerlukan medium untuk bergerak Oleh itu, bunyi tidak dapat bergerak di dalam ruang yang vakum (ruang sepenuhnya tanpa apa-apa jirim) Bunyi boleh melalui pepejal, cecair dan gas. Bunyi dari sumber yang jauh sampai telinga kita melalui udara
Kelajuan pergerakan bunyi di dalam medium yang berbeza

Eksperimen menunjukkan bahawa bunyi tidak dapat bergerak melalui ruangan yang vakum

PANTULAN BUNYI
Bunyi boleh dipantulkan oleh permukaan yang licin dan keras. Jika bunyi yang dipantulkan didengari selepas selang senyap, ia dipanggil sebagai gema (an echo)

Echo (gema) adalah bunyi yang dipantulkan. Echo boleh digunakan bagi:
Menganggar kedalaman lautan Mengesan kumpulan ikan di laut Mengesan kehadiran kapal selam

Gema boleh menjadi suatu gangguan Dalam bilik kosong, pawagam dan dewan konsert, pantulan bunyi boleh mengambil masa yang lama untuk mati dan ianya kadangkala sukar untuk mendengar apa-apa dengan jelas.

PENYERAPAN BUNYI
Bunyi boleh diserap oleh permukaan yang lembut dan kasar

Kecacatan Pendengaran
Ada 2 jenis kecacatan utama (a) melibatkan telinga tengah & luar, contohnya boleh menghalang gelombang bunyi & menyebabkan kehilangan pendengaran sementara

(b) kecacatan telinga yang melibatkan bahagian dalam telinga. Contohnya, toksin yang terhasil akibat diptheria ataupun demam campak, toksin ini menyebabkan kerosakan pada koklea dan menyebabkan kehilangan pendengaran yg kekal

LINDUNGI TELINGA ANDA

Jangan lakukan seperti ini

Jangan jadikan tabiat mendengar menggunakan earphone

Jangan mendengar muzik terlalu kuat

Kaedah membantu masalah pendengaran

Had Pendengaran Manusia


Telinga manusia hanya boleh mengesan bunyi di antara 20 Hz hingga 20,000 Hz Bunyi dengan frekuensi 20,000Hz dan ke atas adalah bunyi ultrasonik Bunyi ini hanya boleh dikesan oleh haiwan seperti kelawar, kucing dan ikan lumba-lumba Kita juga tidak boleh mendengar bunyi yang terlalu perlahan seperti degupan jantung kita.

Peralatan yang menguatkan bunyi


Stetoskop mambantu mendengar degupan jantung yang sangat perlahan

Mikrofon dan pembesar suara membantu memperkuatkan bunyi yang perlahan

PENDENGARAN STEREOFONIK
Pendengaran stereofonik adalah mendengar dengan menggunakan kedua-dua belah telinga Pendengaran stereofonik membantu kita untuk mengesan arah bunyi Agak sukar untuk menentukan arah bunyi jika kita mendengar dengan hanya satu telinga

1.9 Rangsangan & Gerakbalas Tumbuhan


Tumbuhan bergerakbalas terhadap rangsangan
Cahaya Air Graviti Sentuhan
Pucuk bergerakbalas terhadap cahaya

Bahagian tumbuhan yang berbeza bergerakbalas terhadap rangsangan yang berbeza

Akar bergerakbalas terhadap air dan graviti

Terdapat 2 jenis gerakbalas


Tropisma pertumbuhan arah pergerakan sebahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap rangsangan luar Pergerakan Nastik Arah gerakbalas tidak bergantung kepada arah rangsangan

Jenis-jenis Tropisma

a) Fototropisma Gerakbalas terhadap cahaya

b) Geotropisma Gerakbalas terhadap graviti

c) hidrotropisma Gerakbalas terhadap air

d) Tigmotropisma Gerakbalas terhadap sentuhan

Apabila bahagian tumbuhan bergerak ke arah rangsangan, ianya dipanggil sebagai positif tropisma

Pucuk adalah geotropisma negatif

Apabila bahagian tumbuhan bergerak menjauhi rangsangan, ianya dipanggil sebagai negatif tropisma

Akar adalah geotropisma positif