Anda di halaman 1dari 1

Sahabat yang baik umpama memori yang indah.

Memori yang indah sentiasa menceriakan, menenangkan dan dan memberikan semangat. ~Osman Affan~

Anda boleh berjaya dengan cemerlang jika anda bekerja sendirian. Namun anda akan berjaya dengan lebih cemerlang dengan lebih mudah jika anda mendapat pertolongan sahabat-sahabat anda. Seingat-ingat saya, saya ada ramai sahabat baik yang telah membantu saya untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan juga universiti. Hargai sahabat baik anda kerana mereka akan memainkan peranan yang penting dalam hidup anda. Jadilah seorang sahabat yang baik agar anda juga dapat menyumbang ke arah kejayaan sahabat-sahabat anda.

Anda mungkin juga menyukai