Anda di halaman 1dari 8

ASFIKSIA

Disediakan oleh: Tuan Harun Tuan Yahya Pengarah BSM Kelantan

DEFINISI
Suatu keadaan di mana sekatan atau halangan pernafasan berlaku hingga menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen pada sel-sel badan.

SEBAB-SEBAB
1. Benda asing tersekat seperti lidah, makanan, muntah atau tisu bengkak. 2. Tersekat saluran pernafasan seperti terjerut atau tertindih. 3. Tekanan pada dada. 4. Kecederaan pada paru-paru 5. Sawan 6. Keracunan

TANDA DAN GEJALA


1. 2. 3. 4. Sesak nafas. Kadar pernafasan meningkat. Pernafasan berbunyi (berdengkur) Kebiruan pada muka, bibir, cuping telinga dan kuku 5. Mulut berbuih.

6. Resah/gelisah 7. Tak sedar diri 8. Terhenti pernafasan

PENGURUSAN PERTOLONGAN CEMAS


1. Beri bantuan sewajarnya. 2. Buka saluran pernafasan pesakit. 3. Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pernafasan. 4. Apabila pernafasan dan nadi pulih semula, letakkan mangsa dalam keadaan baringan pemulihan.

5. Periksa kadar pernafasan, nadi dan tahap kesedaran pesakit setiap 10 minit. 6. Dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera. 7. Bersedia untuk bantuan CPR.

TAJUK SELEPAS INI.

RENJATAN

Anda mungkin juga menyukai