Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaan rahmat-Nya dapat saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan oleh tenaga pengajar En Ahmad Subki Bin Miskon. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaan saya kepada pensyarah atas bimbingan beliau terhadap saya untuk menyiapkan kerja kursus ini supaya dapat dihantar tepat pada masanya. Beliau juga turut memberi sumbangan dari segi pandangan dan komen yang dapat membantu saya untuk membaiki kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada pihak perpustakaan IPG kampus Ilmu Khas dan pihak Perpustakaan Negara Malaysia serta senior-senior yang memberi tunjuk ajar dan akhir sekali ialah semua ahli kumpulan kami yang bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus ini. Sekali lagi terima kasih kepada semua. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang turut memberikan sumbangan dalam memberikan idea dan pendapat yang bernas. Tanpa kerjasama anda semua tidak dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Atas usaha dan sumbangan setiap individu inilah tercapai matlamat yang dihasratkan.
PENGENALAN Pada masa kini, suasana pembelajaran di Malaysia sudah jauh berbeza. Masyarakat kini telah terdedah kepada pelbagai perkembangan yang berjaya mengangkat martabat pendidikan negara ke persada dunia. Jauh bezanya dengan corak pendidikan pada zaman kolonialisme yang dilihat pada tiga perkara. Perkara pertama, pendidikan British yang hanya dihadiri oleh golongan bangsawan. Perkara kedua pula, pendidikan rendah untuk orang Melayu yang bermatlamat untuk menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Seterusnya, perkara terakhir ialah mewujudkan sekolah agama dan mengaji al-Quran serta sekolah vernakular. Secara kasarnya, setiap pendidikan daripada kumpulan etnik mempunyai acuan dan budaya berbeza yang dirancang mengikut agenda penjajah ketika itu. Oleh yang demikian, aspek pembelajaran di sesebuah sekolah atau institut berkait rapat dengan budaya sekeliling yang merangkumi keseluruhan cara hidup kelompok manusia iaitu cara bertindak, tingkah laku dan berfikir. Menurut Kamus Dewan (2005), mentakrifkan bahawa budaya adalah kemajuan fikiran, akal budi dan kelakuan. E.B. Taylor pula menjelaskan bahawa budaya adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan. Tambahan lagi, proses sosialisasi membantu dalam memperkembang budaya dalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada latar belakang bangsa dan agama. Definisi budaya daripada L.A. White mengatakan budaya ialah satu organisasi fenomena tindakan iaitu pola tingkah laku, idea dan sentimen yang bergantung kepada simbol. Sebagai kesimpulannya, dari segi bahasa, budaya ialah cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat. Manakala, dari segi istilah, mendefinisikan budaya sebagai cara hidup seseorang yang merangkumi pemikiran, nilai kepercayaan atau pandangan dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi. Namun begitu, dari aspek pendidikan, budaya di sekolah adalah berkait rapat dengan peranan guru. Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai material serta bukan material yang terdapat di Malaysia kerana, kepelbagaian kelompok murid di Malaysia dari segi status ekonomi, keturunan, bangsa, bahasa dan lain-lain lagi. Hal ini sedemikian agar murid mampu memberikan sumbangan
3
kepada pembangunan masyarakat yang tidak menyalahi budaya selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat 1 Malaysia. Justeru, dapat disimpulkan bermula waktu itu pendidikan di negara kita terbentuk dan berterusan hingga ke hari ini dengan membawa matlamat perpaduan yang melibatkan budaya etnik yang berbeza. Sehubungan itu, pendidikan awal yang bermula di peringkat bilik darjah dan peranan guru untuk membentuk iklim mesra budaya adalah suatu elemen yang sangat penting yang bersesuaian dengan konteks kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Setiap murid harus diterapkan dengan nilai dan budaya kaum lain agar mereka dapat menerima setiap aspek perbezaan yang terdapat dalam masyarakat. Guru berperanan memberi kesedaran perbezaan etnik melalui pelbagai pendekatan sama ada dari perspektif makro atau mikro. Secara tidak langsung maka perasaan kekitaan akan diserap dalam diri setiap individu.
KONSEP BUDAYA
PEMBINAAN
PERSEKITARAN
BILIK
DARJAH
YANG
MESRA
Setelah memahami konsep budaya secara umum dan juga dari aspek pendidikan, dapat disimpulkan bahawa kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia mempertanggungjawabkan seorang guru agar membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam sesebuah kelas. Apa yang dimaksudkan dengan konsep bilik darjah mesra budaya? Sebagai seorang guru, sudah menjadi kemestian bagi kita untuk mengkaji terlebih dahulu latar belakang murid-murid. Di dalam sebuah bilik darjah mengandungi murid yang pelbagai latar belakang atau budaya dan melalui perbezaan ini akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Setiap murid bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing.
5
Terdapatnya
pengalaman
pembelajaran
mesra
budaya
akan
mengembangkan nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat seperti hormatmenghormati, toleransi, kasih sayang terhadap alam sekitar, patuh pada undangundang dan semangat cinta akan negara. Tuntasnya, penggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid sama ada dalam dan luar bilik darjah oleh guru akan mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra budaya. Selain daripada itu, pengurusan bilik darjah mesra budaya menjadikan suasana pembelajaran kondusif untuk murid-murid. Dalam membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan oleh seorang guru. Aspek yang pertama ialah aspek pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campur tangan ahli dalam untuk mencapai objektif organisasi dalam sesuatu gerak kerja. Proses ini merangkumi perancangan, pengelolaan, kepimpinan, arahan dan pengawalan bilik darjah oleh seorang guru.
Fred Steele (1973) merumuskan bahawa kesan pengurusan persekitaran bilik darjah akan meningkatkan interaksi sosial, pertumbuhan dan keseronokan pada murid-murid. Kenyataan ini disokong oleh Lambert yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk, dapat membantu dalam interaksi antara murid dari segi latar belakang linguistik dan kebudayaan yang berbeza. Susun atur bilik darjah seperti cara susun tempat duduk pelajar harus sama rata dari segi kumpulan etnik. Bahagian sudut pembelajaran dan sudut bacaan perlulah mengambil kira bahan-bahan bacaan daripada pelbagai etnik dan moral yang sesuai dengan semua bangsa dalam kelas. Hal sedemikian menjadi tanggungjawab seorang guru dalam melakarkan pelan bilik darjah agar seiring dengan latar belakang pelajar dan kepelbagaian perbezaan individu.
Seterusnya
ialah
aspek
pengurusan
persekitaran
sosio-emosi
yang
ditakrifkan sebagai sati proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Pengurusan yang berkesan dari segi sosio-emosi ini akan menjadi perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid kea rah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Guru berperanan sangat penting dalam pengurusan sosio-emosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas yang mempunyai pelbagai budaya. Belajar melalui bermain adalah antara strategi yang boleh mengawal emosi murid secara semula jadi. Ia amat bermakna dalam membantu mengeratkan hubungan antara murid pelbagai latar belakang. Pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan tekanan mental akan dihadapi pelajar jika sosio-emosi tidak diurus dengan baik oleh guru. Hubungan antara kelompok etnik adalah salah satu aspek pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Menurut Ralp Linton, kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulang dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat. Hubungan ini akan terjalin apabila suasana persekitaran yang wujud memberangsang minat murid. Sebagai seorang guru, pemahaman tentang pentingnya hubungan etnik ini sangat perlu. Hal ini demikian kerana, untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah dan dalam
7
jangka waktu masa panjang adalah untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia dalam bilik darjah. Orientasi sosial di dalam bilik darjah menentukan perkara-perkara yang patut diamalkan dan perkara yang tidak sepatutnya diamalkan dalam bilik darjah. Setiap program atau aktiviti yang dilakukan haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitive yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak. Selain itu, dalam bilik darjah tersebut haruslah memberikan peluang kepada setiap etnik untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Selain daripada itu, aspek seterusnya ialah pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikkan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latar belakang pelajar dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi, dan fizikal pelajar. Seorang guru yang berjaya mengurus pengajaran dan pembelajaran haruslah mempunyai ciri-ciri seperti prihatin, peka dengan situasi sekeliling, merancang dan menilai dengan sistematik, sabar dengan kerenah murid yang mempunyai pelbagai latar belakang serta bijak dalam mengurus masa. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjayakan proses penyampaian ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap. Oleh itu, pemilihan objektif pembelajaran perlulah terdiri daripada pelbagai budaya dan sesuai dengan latar belakang murid. Bukan itu sahaja, malah set induksi yang dirancang, langkah-langkah pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlulah sesuatu yang boleh menggalakkan murid saling bergantung antara satu sama lain secara positif walaupun daripada pelbagai budaya. Dengan perancangan yang sebegini akan membangunkan potensi insan secara integrasi dan melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbangkan segala kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara. Secara tidak langsung, seseorang murid akan berubah tingkah lakunya.
PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK Sebelum menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai tajuk ini, penerangan daripada setiap ciri tersebut perlu difahami terlebih dahulu. Apa yang dimaksudkan dengan pedagogi yang releven adalah penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada muridmurid. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai murni bagi perkembangan yang menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan murid. Sebagai seorang guru berkesan dalam abad ke 21 ini, adalah penting kita sebagai pendidik untuk memahami konsep kepelbagaian pelajar. Kesedaran dan kefahaman konsep kepelbagaian pelajar ini harus melewati bukan hanya mengenal dan mentafsir konsep sahaja tetap boleh mencerakin serta mengambil kira keunikan persektif budaya dan sosial. Gay (2000) mengutarakan bahawa guru-guru perlu mengambil perhatian penuh semasa menghadapi murid-murid berlatarkan pelbagai budaya supaya suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih optima dan berkesan bagi semua murid. Konsep kebudayaan dalam konteks sosialisasi adalah cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan pandangan ahli perspektif fungsionalisme, sekolah merupakan salah satu tempat yang berfungsi sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat. Jadi, menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk memenuhi keperluan murid tanpa sikap prejudis atau pilih kasih terhadap budaya murid yang berbeza tersebut. Kepelbagaian kelompok murid di Malaysia adalah berkaitan dengan lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, daripada kajian Pierre Bourdieu yang merupakan ahli sosiologi pendidikan dari Perancis mengatakan bahawa pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya. Salah satunya adalah tahap pendidikan ibu bapa yang tinggi
mempengaruhi pencapaian persekolahan anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.
Aspek ini juga berkaitan dengan pendidikan yang berbilang budaya iaitu pendidikan yang memberi penekanan dalam kurikulum pelbagai budaya masyarakat sama ada kepada majoriti atau minoriti dengan tujuan memupuk persefahaman dan perpaduan negara. Proses mencorak sistem pendidikan ini telah lama dilakukan semenjak sebelum merdeka lagi melalui dua laporan iaitu Penyata Razak pada tahun 1965 dan Penyata Rahman Talib tahun 1960 dimana ia bertujuan untuk penyatuan kanak-kanak berbilang etnik di bawah satu bumbung pendidikan kebangsaan melalui penggunaan satu bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu. Dalam pedagogi pendidikan, terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang boleh dipraktikkan oleh seorang guru sesuai dengan keadaan kelas dan kerelevanan budaya. Pengajaran releven budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduan perolehan ilmu dicapai. Kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Gambar di bawah menunjukkan beberapa kaedah yang digunakan untuk membentuk bilik darjah yang mesra budaya.
Kaedah direktif ialah murid belajar melalui penerangan dan diikuti ujian kefahaman serta latihan. Murid akan belajar secara langsung mengenai
kepelbagaian budaya dalam kelompok mereka. Fokus guru dalam kaedah ini adalah memberi latih tubi dan latihan yang berkaitan dengan pelbagai budaya yang terdapat dalam bilik darjah tersebut. Untuk menggunakan kaedah ini, strateginya adalah
10
memberikan demonstrasi atau kuliah. Prinsip demonstrasi penting untuk dikuasai oleh bakal guru untuk melakukan demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya, tanpa menguasai prinsip demonstrasi ini, guru tidak dapat melaksanakan demonstrasi yang berkesan terhadap murid-muridnya. Malah, akan menyebabkan salah faham murid terhadap pelajaran yang dipelajarinya dan akan merumitkan guru untuk mengajar murid-murid memahami semula. Dalam kaedah mediatif pula, guru menggunakan bahan media dalam pembelajaran. Terdapat pelbagai bahan media yang boleh disediakan oleh seorang guru seperti media cetak, media visual dan media elektronik. Media visual ini, guru boleh menunjukkan gambar-gambar kebudayaan yang pelbagai di Malaysia seperti perayaan yang disambut oleh kaum-kaum di Malaysia. Secara tidak langsung, murid-murid dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai budaya seperti murid berbangsa Melayu akan memahami budaya orang Cina dalam perayaan mereka iaitu Tahun Baru Cina. Seterusnya adalah kaedah generatif iaitu guru menggalakkan murid menjana idea-idea kreatif dan kritis yang sesuai dengan budaya yang diketengahkan. Ia juga boleh digunakan untuk disesuaikan dengan budaya murid yang pelbagai. Kelebihan kaedah ini adalah membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kreatif dan dapat membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang relevan dengan kehidupan masa kini. Di samping itu, guru boleh mengaplikasikan kaedah kontekstual iaitu murid mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi sebenar. Kaedah ini dapat memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu
pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada budaya kehidupan mereka. Ia menggalakkan pendidik memilih atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal dan psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Kaedah metakognitif pula guru memberikan tugasan yang berkaitan dengan budaya masyarakat yang masih relevan untuk dibahaskan. Hal ini, memberi peluang kepada murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan
diberikan oleh guru kepada murid-muridnya dalam strategi metakognitif ialah apakah yang saya telah belajar? Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Oleh yang demikian, murid-murid dapat mempraktikkan strategi metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau membuat journal refleksi. Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan oleh murid-murid. Seterusnya adalah, kaedah konteks luar iaitu aktiviti pengajaran dan pemelajaran yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Dalam kaedah ini, peranan guru adalah sebagai fasilitator. Guru memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikannya. Pada peringkat akhir, murid akan menyediakan laporan terhadap aspek yang dibincangan dalam sesi pembelajaran mereka. Selain daripada itu, pedagogi relevan budaya ini ialah kajian masa depan yang mana murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa depan adalah amat penting untuk golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merupakan ruang di mana kita mempunyai kuasa atau pilihan untuk bertindak atau melakuka sesuatu, terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa depan perlu dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab oleh guru. Kaedah seterusnya adalah kaedah koperatif yang diaplikasikan dalam kelas yang mengandungi murid-murid dari pelbagai budaya supaya mereka dapat belajar secara berkumpulan dalam keadaan harmonis. Murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli. Dalam kaedah ini, kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dalam diri murid itu sendiri secara tidak langsung. Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah seperti guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran, guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti
12
bimbingan guru, murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Kaedah yang terakhir adalah kaedah kolaboratif. Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Mengikut konteks pendidikan, murid akan berusaha bersama untuk mencapai matlamat pembelajaran. Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat meningkatkan nilai sosial dan seterusnya kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Antara mata pelajaran yang boleh dipraktikkan oleh seorang guru dalam pembinaan bilik darjah yang mesra budaya adalah subjek sains iaitu dalam topik pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan basou dengan cara menjeruk nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau dengan cara pengukusan. Selain itu, dalam subjek pendidikan Islam pula guru boleh mengaitkan adab terhadap orang yang lebih tua dengan budaya Melayu seperti adab melintas di hadapan orang tua dan bersalaman dengan orang tua. Jika dalam subjek Pendidikan Moral pula, guru boleh mengaitkan adab menghormati orang tua itu dalam budaya India dan Cina. Satu lagi subjek yang boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya pelbagai kaum ialah subjek sejarah. Dalam subjek ini, guru boleh mengaitkan pelbagai kebudayaan. Contohnya budaya Cina dan Melayu yang digabungkan lalu mewujudkan budaya Baba dan Nyonya di Melaka. Pedagogi relevan budaya ini, apabila dipraktikkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran akan memberikan impak yang besar iaitu guru mudah memahami budaya dan bahasa yang wujud di sekolah mereka, guru akan lebih memahami tingkah laku murid yang terdiri daripada pelbagai kelompok, proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan budaya mudak disampaikan dan lebih bermakna, pengurangan kumpulan berdasarkan kumpulan kaum di sekolah, masyarakat memahami trend sekolah dalam masyarakat pelbagai budaya serta yang terakhir ialah murid dari pelbagai kelompok etnik lebih mudah berinteraksi dan menerima perbezaan budaya dalam kalangan mereka.
13
SOSIOLINGUISTIK Dari aspek istilah masyarakat, ilmu sosiolinguistik mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok atau kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sector-sektor sosial serta hubungan dan perbezaan dari segi bahasanya. Manakala, sosiolinguistik dari segi istilah bahasa pula ialah gagasan perbezaan kod bahasa seperti bahasa Melayu, Indonesia atau Arab. Keadaan ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik. Guru menggunakan bahasa untuk menyampaikan pengajarannya. Guru juga menggunakan bahasa untuk membimbing dan menasihati murid-muridnya. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik, sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami latar belakang murid yang diajar terutama faktor budaya yang mempengaruhi perlakuan muridnya sama ada perlakuan berbahasa atau perlakuan bukan bahasa. Penggunaan bahasa sangat berkait rapat dengan latar belakang murid terutama budaya di mana murid itu dibesarkan dan menjalani kehidupannya. Bahasa menyampaikan makna dalam kehidupan sosial dan apabila digunakan dalam konteks komunikasi, bahasa dikaitkan dengan budaya yang pelbagai dan kompleks. Manusia mengungkap kata-kata berdasarkan
pengalamannya yang menyampaikan fakta, idea dan peristiwa yang merujuk kepada pengetahuan mereka tentang dunia yang dikongsi bersama. Kata-kata yang diungkapkan menggambarkan sikap, kepercayaan, fahaman dan pandangan, sekali gus bahasa sebenarnya suatu realiti budaya. Manusia menggunakan bahasa bukan sekadar untuk membuktikan pengalaman yang dilalui, sebaliknya bahasa yang dipertutur mencipta pengalaman yang baharu apabila bahasa mampu menjadi medium perhubungan antara manusia. Penerangan di atas telah menjelaskan kepada anda peranan bahasa dalam kehidupan masyarakat. Jadi, apakah yang anda faham tentang sosiolinguistik? Kebanyakan tokoh bahasa di dalam dan di luar Negara bersetuju bahawa ilmu sosiolinguistik ialah bidang pengkajian hubungan manusia dengan bahasa. Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia, namun begitu, Malaysia
14
mempunyai pelbagai jenis bahasa etnik yang masing-masing membawa identiti budaya yang tersendiri. Walau pun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang menjadi bahasa pengantar rakyat pelbagai kaum di Malaysia, namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan bertutur dalam bahasa masing-masing tanpa sebarang sekatan. Untuk membentuk bilik darjah yang mesra budaya, murid perlu mempunyai kebolehan dalam berinteraksai dengan menggunakan pelbagai bahasa. Perkara ini perlu dititikberatkan oleh seorang guru. Mereka yang berkebolehan mungkin boleh digunakan untuk membantu rakan sebaya yang menghadapai masalah dalam berinteraksi dan berkomunikasi dalam pembelajaran. Oleh kerana di Malaysia, orang Melayu sahaja mempunyai pelbagai slanga seperti negeri Kelantan, Kedah dan Sarawak, maka jika murid-murid dalam satu kelas terdapat yang sedemikian, maka kemahiran sosiolinguistik ini penting. Kemungkinan murid yang dari Sarawak tidak memahami bahasa murid daripada Kelantan, dan murid daripada Kedah tahu akan semua bahasa, maka murid tersebut berperanan untuk memberi kefahaman. Dengan cara ini, salah faham dalam penafsiran bahasa tidak akan berlaku. Guru juga boleh membentuk kumpulan murid-murid yang berbilang kaum dengan cara menggabungkan murid- murid Cina, India, dan Melayu dalam satu kumpulan tempat duduk ataupun apabila beraktiviti. Dengan mencampuradukkan murid- murid yang berbilang kaum ini, murid- murid ini akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Hal ini boleh mewujudkan suasana mesra antara mereka. Apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi, pasti mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara murid- murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu. Secara tidak langsung jati diri sebagai anak Malaysia akan dapat diterapkan dalam kalangan murid kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Dengan itu, wujudlah satu budaya berbahasa Melayu yang akan menjadi budaya Satu Malaysia. Selain itu, guru boleh mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas dengan menggunakan pelbagai laras bahasa supaya semua info tersebut dapat diterima dan difahami oleh murid. Contohnya, menggunakan cerita rakyat etnik Iban dalam pengajaran Bahasa Melayu, menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam
15
pengajaran dan pembelajaran muzik, menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani. Malahan pelbagai permainan tradisional milik etnik-etnik ini dapat digunakan sebagai pendekatan Games based learning dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh menerapkan nilai kerjasama antara budaya. Di samping itu, guru boleh menggunakan pelbagai bahasa semasa interaksi dalam bilik darjah. Penggunaan sumber P&P dengan menggunakan kepelbagaian unsur budaya bukan sahaja memupuk kesefahaman kalangan murid yang tediri daripada pelbagai etnik, malahan ruang tersebut akan mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka. Sekiranya guru mampu meneruskan dan mentadbirkan hal ini dengan berkesan, setiap etnik tidak berasa tersisih, sebaliknya menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya. PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA
Penilaian Berasaskan Budaya merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya. Dalam perkataan lain, penilaian adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan bagi tindakan yang akan diambil kelak. Manakala mengikut Hall (1959), budaya merupakan satu set pola yang dialami oleh individu-individu sebagai cara bertindak, merasa, dan melakukan sesuatu. Amat jelas adalah pandangan Erickson (1997) di mana atribut penting budaya berkait
16
dengan pendidikan merupakan suatu yang eksplisit iaitu tabiat manusia dan implisit iaitu nilai, andaian dan kepercayaan. Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan. Seorang guru seharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau memilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh dipercayai. Penilaian berasaskan budaya kian memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Pengumpulan data tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan menggunakan alat dan teknik penilaian yang sesuai amat mustahak. Kesahan dalam keputusan penilaian merupakan isu utama kerana keputusan-keputusan ini digunakan untuk memaklumkan keputusan terhadap pembelajaran pelajar. Maka keputusan yang sah dipengaruhi oleh pemilihan alat penilaian yang telah disahkan berasaskan sampel dan populasi tertentu. Juga, jika suatu alat diterjemahkan, kepastian perlu dibuat terhadap kesahan dan integriti dalam proses terjemahan. Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu mengambil kira faktor pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan, status sosio-ekonomi dan latar belakang pelajar. Aspek-aspek ini akan membantu dalam membekalkan maklumat kepada guru apabila memilih alat-alat penilaian yang sesuai untuk proses peinilaian. Untuk guru yang menyediakan penilaian, pentaksiran berasaskan budaya memerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap, pengetahuan, kemahiran menyoal atau menemubual, strategi-strategi intervensi dan amalanamalan penilaian. Tujuan penilaian berasaskan budaya adalah untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai untuk memperoleh data mengenai pelajar. Fokus mengenai penilaian yang tidak mendiskriminasikan sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentang kemajuan pelajar selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar. Di samping itu, penilaian ini bertujuan untuk memberi maklum balas tentang kelemahan dan kekuatan pengajaranpembelajaran dan seterusnya pembangunan program pendidikan.
17
Dalam penilaian berasaskan budaya ini, ia termasuklah orientasi sosial bilik darjah iaitu penentuan yang patut diamalkan dan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Orientasi ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi penggunaan masa dan orientasi penyesuaian dan pergaulan mereka. Dengan orientasi ini akan mempengaruhi iklim bilik darjah dan seterusnya mempengaruhi pembelajaran murid. Oleh yang demikian, guru perlu mengambilkira perbezaan budaya dalam kalangan murid ketika menentukan kewajaran sesuatu perkara yang boleh atau tidak dilaksanakan di dalam sesebuah kelas. Dengan cara ini maka pembinaan bilik darjah mesra budaya akan dapat diwujudkan. Secara kesimpulannya, ketika membuat penilaian kepada murid, seorang guru perlu menitikberatkan aspek perbezaan antara budaya dalam kalangan muridmurid. Hal ini kerana, agar guru dapat membuat penambahbaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Selain itu, penilaian ini adalah untuk mengelakkan adanya murid yang tercicir dari arus pendidikan yang akhirnya akan memberi impak kepada pembangunan negara. Secara tidak langsung, hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial tidak akan tercapai. Murid yang bermasalah perlu dibantu dengan segera walau dengan apa cara sekalipun untuk memberikan peluan pendidikan yang adil kepada semua rakyat.
18
PENUTUP Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian budaya dalam masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid. Di samping itu, guru berperanan memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap manamana kaum. Ini membolehkan murid dapat dibentuk untuk mencintai ilmu melalui budaya belajar ke arah pencapaian prestasi budaya cemerlang. Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat. Nilai-nilai murni harus diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani. Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidikan layak dan patut menjadi guru Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Konsep kebudayaan dalam sosiologi pula, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru
bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis. Konsep modal budaya merujuk kepada inidividu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya. Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu
19
bapanya dan tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat. Dalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan penilaian berterusan dan sistematik untuk menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran sosial murid. Maklumat yang dikumpul akan menyediakan asas untuk membuat keputusan pengajaran dan memberi pengertian kepada apa yang perlu diajar dan bagaimana hendak mengajar. Tambahan pula, terdapat tekanan terhadap penglibatan murid dalam proses penilaian. Apabila murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penilaian, mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan mereka dan memberi pemahaman baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa.
20
RUJUKAN Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa, (2012). Budaya Dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Ainin Sofiyyah (2011). Lima Cara Membina Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Mesra Budaya. Dilayari pada 11 Mac 2013 di URL http://kopidangula.blogspot.com/2011/02/lima-cara-membinapersekitaran.html Ani Salwiah Binti Zakaria, (2012). Seni Dalam Pengajaran. Kompilasi Artikel Pendidik 2012, 54-58. Bruce, A. M & Marilyn, L. P (2005). Creating And Sustaining The Constructive Classroom. California: Corwin Press. Hafidah Mohamed, (1997). Budaya Penyelidikan Untuk Meningkatkan Kualiti Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Akad, 4, 42-50. Noorizan Binti Seman, (2003). Kajian Masa Depan (Future Studies) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Di Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Guru, Bil 16, 78-83. Pembinaan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya. Dilayari pada 10 Mac 2013 di URL http://Kheru2006.I8.com/EDU3106/5_Pembinaan_Persekitaran_Bilik_Darjah Ruzanna Binti Abas. (2011). Budaya Dan Pembelajaran. Dilayari pada 10 Mac 2013 di URL http://www.slideshare.net/sifatpgsr/topik-5-36091425pembinaanpersekitaranbilikdarjahyangmesrabudaya Shelley, B. W & Dee, H (2011). Collaborative Leadership In Action. United States Of America: Teachers College Press. Tiada Nama Penulis. (1997, April). Persekolahan Satu Sesi. Akademik, 33-35.
21
22
23