Anda di halaman 1dari 16

KEM

PEMANTAPAN PELAJAR

LAPORAN PROGRAM

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

TEMPAT:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAKA,

06350 ALOR STAR,

KEDAH DARUL AMAN.

TARIKH:

26-28 JUN 2008

ANJURAN:

ELECTRICAL & ELECTRONICS ENGINEERING SOCIETY(EEES)

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DENGAN KERJASAMA:

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK(FKEE), UMP

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI(JHEPA), UMP

1

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

ISI KANDUNGAN M/s

1 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

1.2 Bentuk Program

1.3 Matlamat

1.4 Objektif

1.5 Tema/ Konsep Program

2 Perjalanan Program

2.1 Sebelum

2.1.1 Pemilihan AJK dan Fasilitator

2.1.2 Perancangan Gerak Kerja

2.1.3 Wang Kometmen

2.2 Semasa

2.2.1 Hari Pertama 26 JUN 2008

2.2.2 Hri Kedua 27 JUN 2008

2.26 Hari Ketiga 28 JUN 2008

2.3 Selepas
2.3.1 Post-Mortem

2

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

3 Penutup
3.0 Masalah & Langkah Penyelesaian
3.1 Cadangan
3.2 Kesimpulan

4 Lampiran
Kertas Kerja Program

Belanjawan Program & Resit Perbelanjaan

Tentatif Keseluruhan Program

Struktur Organisasi

Contoh Surat

Gambar Program

Lain-lain

3

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

1 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Pembinaan sebuah Negara bergantung kepada keberkesanan institusi


ilmu mendidik dan melahirkan generasi berkualiti. Namun dengan kepesatan dunia
berteknologi masa kini telah mewujudkan jurang pencapaian diantara masyarakat
bandar dan masyarakat luar bandar. Masyarakat luar bandar kebanyakan jauh
ketinggalan kebelakang dalam hal ilmu pengetahuan.

Melihat fenomena pembangunan generasi berintelektual yang tidak


seimbang diantara kawasan bandar dan luar bandar telah mencetus kesedaran kepada
Electrical & Electronic Engineering Society (EEES) bagi menjalankan satu program
kesedaran berkenaan kepentingan ilmu di kawasan luar bandar. Program tersebut ialah
Kem Pemantapan Pelajar (KPP).

Kem Pemantapan Pelajar merupakan satu program yang dianjurkan oleh


Electrical & Electronic Engineering Society (EEES) pada sesi 2007/2008. Program ini
telah diadakan pada 26 – 28 JUN 2008 yang lalu. Program ini mendedahkan mahasiswa
Universiti Malaysia Pahang dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik kepada
komuniti masyarakat luar bandar yang terdiri dari pelbagai kaum. Program Kem
Pemantapan Pelajar ini telah akan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka
yang terletak di Naka iaitu satu kawasan luar bandar di Negeri Kedah.

Program Kem Pemantapan Pelajar mendedahkan mahasiswa kepada


budaya masyarakat luar bandar yang terdiri dari kaum melayu, siam (bumiputera), dan
cina. Selain memberi peluang kepada mahasiswa menyumbang khidmat dan bakti
kepada masyarakat, mahasiswa juga berpeluang menimba dan mengilap kemahiran
insaniah (soft skill) masing-masing.

Disamping itu, program ini juga menjunjung nama baik Universiti


Malaysia Pahang ke luar Negeri Pahang. Seperti kita sedia maklum, dengan usia
setahun jagung Universiti Malaysia Pahang dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam, kita
terpaksa menerima hakikat bahawa nama kita masih belum dikenali di seluruh Malaysia.
Atas dasar inilah, program seperti ini wajar diluaskan ke seluruh Malaysia.

4

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

1.2 Bentuk Program

Program Kem Pemantapan Pelajar berkonsepkan motivasi,


pembangunan jati diri, pengukuhan rohani dan pembangunan akademik.

1.3 Matlamat

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar


mengenai dunia luar dan halangan yang bakal ditempuhi mereka pada masa akan
datang disamping memberi input berguna seperti kaedah merancang pembelajaran dan
mencetuskan semangat belajar dalam diri pelajar agar mampu bersaing dengan
masyarakat bandar. Selain itu KPP juga berharap mampu memurnikan sahsiah dan
menerangkan peranan ibadah dalam konsep kejayaan sebenar. Program ini
menyandang niat murni untuk membentuk mahasiswa sebagai modal insan yang
cemerlang.

1.4 Objektif

Antara objektif dan matlamat yang ingin EEES capai menerusi program
ini ialah:

1. Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki PMR.


Motivasi bermatlamat mencetus semangat juang pelajar untuk terus
berusaha mengejar cita-cita dan berjaya dalam PMR.
2. Mendedahkan pelajar dengan cara belajar dan perancangan jadual belajar
yang berkesan bagi memudahkan pelajar mengurus jadual belajar.
3. Memperkenalkan dan mempromosikan UMP di luar negeri Pahang menerusi
program yang memberi impak yang besar kepada masyarakat.
4. Menerapkan sahsiah murni dan penekanan ibadah kepada mahasiswa dan
pelajar-pelajar SMK Naka. Pemurnian sahsiah mampu menjana keharmonian
masyarakat.
5. Memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar mengenai dunia luar.

1.5 Tema/ Konsep Program

“ Kecemerlangan spiritual faktor pendorong kegemilangan insan.”

5

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

2 Perjalanan Program

Bahagian ini menceritakan tentang perjalanan program secara


keseluruhan.

2.1 Sebelum

2.1.1 Pemilihan AJK dan Fasilitator

Setiap Majlis tertinggi program dan Ahli Jawatankuasa program dipanggil


oleh pengarah program untuk ditemubual sebelum dilantik sebagai Majlis
tertinggi dan AJK program. Pemilihan berdasarkan kesanggupan memikul
tanggungjawab dan member komitmen 100%. Fasilitator dipilih melalui sesi
temuduga yang diadakan dua bulan sebelum program (April).

2.1.2 Perancangan Gerak Kerja

Semua MT dan AJK program berkumpul dan merancang cara


perlaksanaan. Pengarah program membahagikan tugas kepada setiap MT dan
AJK. Gerak kerja ditunjuk kepada Penasihat program, Cik Rohana Bt Abdul
Karim. Kemudian satu perjumpaan telah diadakan bersama fasilitator bagi
menerangkan matlamat, konsep dan gerak kerja program. Disamping itu, sesi
percambahan idea juga diadakan bagi memastikan modul dapat dijalankan
dengan berkesan.

2.1.3 Wang Komeitmen

Semua MT, AJK dan Fasilitator bersetuju member wang komitmen


RM10.00.

2.2 Semasa

2.2.1 Hari Pertama 25 JUN 2008 (RABU)

9.45p.m Bertolak dari UMP menaiki bas UMP dipandu oleh En. Kmil.

6

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

2.2.2 Hari Kedua 26 JUN 2008 (KHAMIS)

MENDENGAR KATA ALU-ALUAN DARI PENGETUA DAN MELAWAT KAWASAN


SEKOLAH

Kami tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka (SMKN) kira-kira jam


10.00a.m. Kami disediakan sarapan pagi nasi lemak. Setelah selesai menjamu selera,
kami ke bilik mesyuarat sekolah untuk mendengar alu-aluan dari Tuan Pengetua.
Memandangkan kami tiba awal dan sekolah masih dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P), jadi kami dibenarkan melawat kawasan sekolah. Apa yang
menariknya di SMKN ini adalah lukisan dinding dan galeri seninya. Lukisan dan hasil
seni seperti ukiran kayu dan batik adalah hasil tangan guru seni dan pelajar-pelajar
SMKN sendiri.

PENDAFTARAN DAN MODUL PERTAMA “ICE BREAKING”

3.00p.m sesi pendaftaran diadakan di cafeteria sekolah. Seramai 160

orang pelajar mendaftar program.

5.00p.m Modul pertama “ice breaking” diadakan. Pelajar diarahkan

berkumpul di dalam dewan terbuka sekolah dalam kumpulan berasingan lelaki


perempuan. Pelajar diminta berada didalam barisan mengikut kelas. Kemudian pelajar-
pelajar tersebut dibahagikan kepada 20 kumpulan. Satu kumpulan mempunyai anggota
seramai enam atau tujuh orang peserta. setiap kumpulan diberi seorang fasilitator
sebangai pemudah cara dan pembimbing kumpulan. Setelah selesai pembahagian
kumpulan, aktiviti modul diteruskan dengan setiap fasilitator mengambil peranan
terhadap kumpulan masing-masing. Matlamat ice breaking adalah mewujudkan ikatan
kemesraan dan silaturrahim antara fasilitator dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar
supaya modul yang berikutnya akan mudah dilaksanakan.

7

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

BENGKEL TAA’RRUF (modul kedua)

10.00p.m Bengkel Taa’ruf telah dilaksanakan sebagai modul ganti untuk


kegagalan mengadakan sesi ceramah motivasi yang sepatutnya disampaikan oleh
Ustaz Yunan bin Samad, Kaunselor universiti Malaysia Pahang. Kegagalan Ustaz Yunan
menyertai program ini adalah kerana penundaan tarikh MINDS yang dikeluarkan oleh
pihak universiti.

2.26 Hari Ketiga 27 JUN 2008

QIAMULLAIL

4.00a.m Pelajar-pelajar Muslim dan fasilitator-fasilitator berkumpul di surau


sekolah, Surau Al-Hidayah. Qiamullail diketuai oleh Ustaz Jaafar (Pak Su) yang
diundang khas daripada Pusat Inabah No.1 Malaysia yang bertempat di Kuala Nerang
Kedah. Setelah selesai melaksanakan solat sunat Tahajjud, solat sunat Hajat, solat
sunat Taubat, kami semua solat subuh berjemaah dan seterusnya majlis santapan
rohani diadakan. Ustaz Jaafar menyampaikan kuliah yang bertajuk, zikrullah
pembersihan hati. Setelah selesai sesi santapan rohani pengarah menyampaikan
centerahati kepada penceramah.

MODUL WHAT I WANT

9.30a.m. Modul ini dilaksanakan di dalam kumpulan fasilitator yang telah di


bahagikan semasa hari pertama di SMKN. Fasilitator berperanan memudah cara para
pelajar membuat satu graf kehidupan yang mengandungi kenangan masa lalu, keadaan
masa sekarang dan impian masa hadapan. Melalui modul ini fasilitator dapat mengenali
latar belakang pelajar di dalam kumpulan masing-masing disamping cuba
menyesuaicarakan kaedah berkomunikasi dengan pelajar tersebut. Selain itu, modul ini
boleh dijadikan perangsang motivasi diri pelajar melalui pencapaian pelajar sebelum ini.
Melalui impian masa hadapan pula, fasilitator ditugaskan untuk membuka minda pelajar
berkenaan halangan yang bakal ditempuhi pelajar dalam hidupnya dan mendedahkan
pelajar dengan peluang-peluang untuk meneruskan pembelajaran masing-masing pada
masa akan dating.

8

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

SEPANTAS KILAT KU BERFIKIR (EXPLORACE ILMU)

3.00p.m. Modul ini berkonsepkan explorace. Pelajar di beri tugasan untuk


mencari harta tersembunyi, tetapi dalam proses mencari harta tersebut, pelajar perlu
menyelesaikan beberapa soalan-soalan yang telah disediakan oleh fasilitator. Soalan-
soalan tersebut adalah soalan yang berkaitan soalan PMR. Modul ini dilihat sebagai
satu cara pembelajaran yang menyeronokkan.

SLOT MUHASABAH DIRI

9.30p.m. Slot muhasabah diri dilaksanakan bagi menimbulkan kesedaran dalaman


para pelajar. Dalam slot ini, pelajar ditayangkan dengan tayangan vedio. Antara vedio
dan tujuan ditayangkan ialah:-

1. Vedio Kelahiran – Vedio yang memaparkan ibu yang sengsara melahirkan


seorang bayi. Tujuan ditayangkan adalah untuk mewujudkan rasa menghargai
pengorbanan ibu bapa.

2. Vedio kemalangan jalan raya – bertujuan mendedahkan pelajar dengan akibat


tabiat mat rempit.

3. Vedio lagu ketuhanan dan keinsafan – supaya pelajar menghayati maksud lagu.

4. Vedio kematian – menyedarkan pelajar bahawa dunia merupakan bekal untuk


akhirat.

Setelah tayangan vedio selesai, pelajar diarahkan menulis nama orang yang
disayangi di dalam keluarga masing-masing dan menyimpannya dengan baik. Pada
masa yang sama fasilitator merancang mengumpulkan kertas tersebut. Pelajar yang
menyerahkan kertas tersebut dianggap telah memasuki perangkap dan fasilitator
meneruskan slot muhasabah yang berbentuk ‘clean and clear’ kepada pelajar. Kaedah
ini bertujuan mencetus kesedaran dalam diri pelajar secara paksa ketika pelajar
dimarahi, pelajar akan mula memikirkan pengorbanan ibu bapa dan insyaAllah mampu
member kesan kepada hati pelajar-pelajar. Ketika sesi ini berlangsung, terdapat pelajar
yang tampil kehadapan melaungkan janji dan azam mereka sempena PMR yang bakal
ditempuhi. Pelajar seterusnya diminta masuk ke dewan terbuka dan diberi kertas yang
baru untuk menulis nama orang yang disayangi dan menulis azam masing-masing.

9

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

2.27 Hari Keempat 28 JUN 2008

REKACIPTA

8.30a.m. Modul rekacipta mendedahkan pelajar dengan kerja berkumpulan,


percambahan idea, pemikiran kritis, pemikiran kreatif, dan mengawal tahap kesabaran.
Ketika modul ini dijalankan pelajar bertukus lumus menyiapkan sebuah bagunan straw.
Straw yang dibekalkan hanya seratus batang. Pelajar ditugaskan membina bagunan
yang paling tinggi dan kukuh. Setelah hasil ciptaan yang dihasilkan oleh pelajar siap,
sesi penilaian dan pengadilan dilakukan dihadapan semua pelajar. Setelah mendapat
keputusan pemenang, sesi perbincangan ringkas dilakukan. Pelajar ditanya kenapa
kumpulan itu menang dan kenapa kumpulan ini kalah? Pengarah program memberikan
sebabnya kepada pelajar. Sebab-sebab yang diberikan dikaitkan dengan proses
pembelajaran. Dimana ketika belajar, seseorang itu perlu menggunakan kemampuan
kreativiti, percambahan idea, kumpulan belajar dan ketabahan dan kesabaran yang
tinggi demi mencapai matlamat yang dicita-citakan.

AKTIVITI MASYARAKAT (Gotong-royong)

11.30a.m. Membersihkan kawasan sekolah.

MAJLIS PENUTUP

3.00p.m. ADUN Pedu, Dato’ Mahadzir bin Khalid tidak dapat hadir merasmikan
Majlis Perasmian Penutupan Program Kem Pemantapan Pelajar kerana mengikuti satu
majlis Di Raja yang di adakan di Langkawi. Atas sebab yang demikian, majlis perasmian
penutup telah dirasmikan oleh En. Jamal Rizal Bin Razali, pengarah bahagian
Perkhidmatan Akademik Unversiti Malaysia Pahang. Setelah selesai ucapan perasmian
oleh En. Jamal Rizal bin Razali, cenderahati sebagai kenang-kenangan daripada UMP
kepada pihak sekolah telah diserahkan kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Naka.

2.3 Selepas

3.3.1 Final Post-Mortem

10

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

4.0 Penutup
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UMP amnya,
EEES khasnya kerana sudi membuat program Kem Pemantapan Pelajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Naka. Dengan terlaksananya program
seumpama ini, pihak EEES amat berharap peserta program yang terdiri daripada
pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) ini akan
mendapat kesedaran dan bersemangat untuk menyiapkan diri bagi menempuhi
peperiksaan yang bakal ditempuhi tidak lama lagi. Program seperti ini
sememangnya wajar diteruskan pada masa akan datang bagi menjana
pembentukan generasi yang mampu merancang arah tuju kehidupan masing-
masing.
4.1 Masalah & Langkah Penyelesaian
Dalam proses perancangan dan perlaksanaan program ini, ada beberapa
masalah yang telah timbul antaranya ialah:
i) Kertas kerja lambat diluluskan oleh JHEPA
-Melaksanakan hal yang penting terlebih dahulu seperti sponsor,
jemputan penceramah dan jemputan perasmi program.
ii) Kekurangan tenaga kerja
-Sesi temuduga terbuka dibuat.
iii) Duit pendahuluan lambat dimasukkan
-Mengunakan duit peribadi dan mengumpul duit komitmen fasilitator.
iv) Kekurangan kewangan
-Memohon sponsor daripada syarikat dan orang perseorangan. Semua
AJK diberi tugas mencari seponsor.
v) Kelemahan pengurusan organisasi
-Memandangkan ahli jawatankuasa organisasi program terdiri daripada
individu yang belum pernah menguruskan sesuatu program masalah ini
sememangnya tidak dapat dielakkan. Jadi anisiatif yang diambil ialah AJK
mengurus sambil belajar dengan banyak bertanya kepada individu lain
cara menguruskan sesuatu urusan.

11

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

4.2 Cadangan
Berikut beberapa cadangan pembaikan yang dirasakan patut diambil perhatian
daripada mana-mana organisasi yang merancang ingin melaksanakan program
yang menyerupai program Kem Pemantapan Pelajar pada masa akan datang:
i) Kertas kerja sewajarnya dihantar lebih awal ke JHEPA sekurang-
kurangnya empat bulan sebelum program dilaksanakan supaya
perancangan dan pelaksanaan program lebih efektif.
ii) Menyediakan senarai tugas yang detail kepada ahli Jawatankuasa
program supaya AJK jelas dengan tugas masing-masing dan boleh
merancang jadual pelaksanaan tugasan mereka.
iii) Mencari sponsor lebih awal. Ini kerana banyak syarikat dan badan yang
menyediakan sponsor memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga bulan
bagi meluluskan sesuatu surat permohonan sponsor.
iv) Mengambil duit pendahuluan sebelum program dijalankan. Hal ini sangat
penting kerana tanpa duit, perancangan program akan tergendala.
v) Menyediakan dateline untuk setiap tugasan supaya perancangan berjalan
lancar.

4.3 Kesimpulan
Program seperti ini patut diteruskan dengan perancangan yang lebih teliti. Skop
sasaran juga boleh diperkembangkan supaya ianya lebih efektif. Perancangan
jangka panjang juga boleh dirangka supaya matlamat kita lebih jelas.
Kesimpulannya, semua pihak wajar member sokongan dalam usaha membentuk
generasi yang berkualiti.

12

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

LAMPIRAN
GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG

Sesi mengembangan modul

Ucapan aluan daripada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Naka

Berjalan sekitar SMKN

13

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

Sesi pendaftaran peserta

Ice breaking

Qiamullail dan santapan rohani

14

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

Senaman pagi

Mari meneka jawapan (aktiviti masa lapang)

Explorace ilmu

Malam muhasabah diri

15

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM
PEMANTAPAN PELAJAR

Rekacipta

Perasmian penutup

16

Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Anda mungkin juga menyukai