PERKONGSIAN
TEKNOLOGI
PENAKSIRAN
PEMBELAJARAN
PERKONGSIAN / EQUITY
Suasana perkongsian adalah bergantung kepada usaha untuk melibatkan diri antara murid, guru, keluarga dan masyarakat.
Semua keperluan bahan untuk pengajaran yang optimum dan perkembangan individu murid dan guru adalah diperlengkapkan.
Murid murid perlu didedahkan dengan suasana yang mencabar dan pengalaman pembelajaran matematik yang lebih bermakna.
Semua perkara dalam elemen ini hendaklah dilaksanakan secara berterusan dalam pengajaran Matematik bagi memaksimumkan pemerolehan pembelajaran murid.
KURIKULUM / CURRICULUM
Kurikulum yang digubal mestilah berkaitan,berfokuskan kepentingan matematik dan mengikut perkembangan tahap murid.
Kurikulum perlu mempunyai perkaitan antara satu topik dan topik.
Murid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik. Maka, murid akan lebih memahami dengan lebih mendalam dan berkembang. Murid perlu diberi peluang untuk meneroka dunia Matematik yang akan meningkat mengikut tahap perkembangan mereka.
PENGAJARAN / TEACHING
Guru perlu memahami pengetahuan sedia ada murid dan apa yang mereka perlu belajar.
menguasai bidang Matematik dan bersikap komited kepada murid. mencipta suasana pembelajaran yang menggalakkan budaya pemikiran matematik.
Gunakan teknik penyampaian arahan yang sesuai. Menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam diri guru tersebut. Menentukan topik yang hendak difokuskan pada hari itu. Mengetahui bagaimana menguruskan murid untuk melakukan aktiviti. Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras kesukaran. Menyediakan banyak aktiviti bermain sambil belajar Matematik.
PEMBELAJARAN / LEARNING
Murid perlu belajar secara aktif melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
memahami konsep Matematik terlebih dahulu dan kemudian mampu menggunakannya dalam pelbagai keadaan. Cara terbaik dalam penguasaan Matematik ialah dengan cara penggabungan pemahaman fakta, konsep dan prosedur. Apabila murid mula menguasai sesuatu topik, maka dia boleh menyelesaikan masalah yang berkaitan atau yang lebih sukar.
Murid murid perlu menjalankan banyak aktiviti hands on. Kanak-kanak perlu aktif dalam pembelajaran. bahan yang mencukupi. Pembahagian kumpulan yang pelbagai. Persekitaran yang selesa dan selamat.
- Guru perlu melalukan pelbagai jenis penaksiran agar memperoleh keputusan yanglebih tepat. - Guru perlu memastikan semua murid diberi peluang untuk mendemonstrasikan apa yang telah mereka pelajari.
Contoh penaksiran: Soalan Temu bual Ujian bertulis Perbualan informal Pemerhatian Laporan
Pemerhatian
- Digunakan untuk menenalpasti bagaimana kanak kanak menggunakan sesuatu konsep dalam kehidupan harian mereka. - Guru sepatutnya sudah tahu jenis konsep yang digunakan oleh kanak kanak dan dicatatkan dalam rekod mereka. - Ini akan membantu guru merancang P&P yang seterusnya sesuai dengan perkembangan kanak kanak.
Temu bual
boleh guna untuk tahu maklumat secara terperinci tentang pelajar terbabit. Betul atau salah bukan objektif utama tapi bagaimana murid tersebut menjawab soalan tersebut. Adalah sebagai satu cara untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar dalam mengetengahkan idea dan penguasaan bahasa.
TEKNOLOGI / TECHNOLOGY
Tekonolgi merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik, ia juga mempengaruhi pengajaran dan memperkukuh pengetahuan murid.
Penggunaan komputer, perisian komputer, kalkulator dan interaktif web membenarkan murid memperlajari Matematik
Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah yang sukar dengan kemudahan-kemudahan fungsi istimewa. Teknologi hanya membantu memudahkan pembelajaran murid bukan sebagai guru sebenar. Murid perlu memahami sesuatu konsept lebih dahulu sebelum boleh menggunakan teknologi. Guru pula perlu menentukan bila masa yang sesuai murid boleh menggunakan teknologi.