Anda di halaman 1dari 3

CARA MENERIMA BOLA Kemahiran menerima bola adalah kecekapan menangkap bola yang dihantar oleh rakan sepasukan.

Pemain yang menerima bola perlu mengekalkan kawalan bola. Dalam kemahiran menerima bola, penerima bola perlu sentiasa memandang kea rah pemain yang akan melakukan hantaran. Penguasaan kemahiran menerima bola bergantung pada adaptasi penerima dalam situasi permainan. Penerima bola perlu pantas membuat keputusan sama ada untuk menggelecek atau menjaringkan bola tersebut. Terdapat dua fasa dalam kemahiran bola dalam permainan bola keranjang. Fasa pertama adalah fasa persediaan. Dalam fasa persediaan, penerima bola harus menerima bola dan mesti memandang ke arah bola. Tangan pula perlu dihulurkan ke arah bola. Fasa kedua ialah fasa pelaksanaan. Dalam fasa ini, tangan penerima bola harus lurus menghala ke arah bola manakala jari-jari perlu dibuka. Seterusnya, penerima bola perlu menangkap boladan menyerap daya dengan membawa bola ke dada. Pemain yang menerima bola perlu mengawal imbangan badan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku ketika perlawanan. Terdapat beberapa cara untuk menerima bola. Yang pertama adalah tangkapan statik. Tangkapan statik boleh dilakukan untuk bola hantaran rendah dan tinggi. Tangkapan statik merupakan cara menerima bola yang mana pemain berada dalam kedudukan statik. Antara contoh tangkapan statik untuk bola rendah dan bola tinggi terdapat dalam rajah di bawah.

Cara menerima bola yang kedua ialah tangkapan lompat untuk bola rendah dan tinggi. Teknik menerima bola ini memerlukan pemain untuk melompat bagi menerima bola dari pemain yang melontar bola. Pemain perlu menggunakan daya yang banyak bagi melompat untuk menerima bola. Teknik menerima bola dengan cara melompat boleh dilihat dalam rajah di bawah.

Teknik menerima bola yang terakhir adalah tangkapan berlari. Teknik ini memerlukan pemain berlari untuk menyambut bola yang telah dilontar oleh pemain yang lain. Pemain harus tangkas dan cekap untuk menerima bola ketika berlari. Pemain juga mesti membuat keputusan yang tepat sama ada memilih untuk menggelecek bola, menghantar bola kepada pemain lain atau menjaringkan bola tersebut. Teknik menerima bola dengan cara berlari boleh dirujuk dalam rajah di bawah.