Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM BAKTI KASIH 2 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS JALAN SLIM 35900 TANJONG MALIM PERAK

____________________________________________________________________________________

Kepada : Bahagian Perancangan Korporat dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan.

Tarikh : 18 FEBRUARI 2011

Tuan/Puan, MEMOHON CENDERAHATI UNTUK MENJALANKAN PROGRAM BAKTI KASIH 2 Izinkan saya merujuk perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar jurusan Pengajian Malaysia dengan Pendidikan akan mengadakan satu program motivasi yang akan berlangsung pada 11, 12 dan 13 Mac 2011. Maklumat program adalah seperti berikut: 2.1 2.2 2.3 2.4 Nama Program Tarikh Pelaksanaan Tempat Perasmian oleh : : : : Program Bakti Kasih 2 11-13 MAC 2011 SMK Sungai Bayor, Selama, Perak YB Datuk Hamzah Zainudin

3. Untuk makluman tuan/puan, program ini merupakan satu program motivasi yang akan dilaksanakan sebagai salah satu usaha kesedaran kepada pelajar tingkatan lima dalam mencapai kecemerlangan dalam SPM nanti. Oleh yang demikian, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan sedikit sumbangan dari segi cenderahati supaya dapat meringankan beban yang dipikul oleh pihak kami.

4. Bersama-sama ini disertakan laporan kertas cadangan yang telah kami sediakan untuk rujukan pihak tuan/puan. Kerjasama pihak tuan memberikan sedikit sumbangan dalam menyempurnakan program ini amatlah kami dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

....................................................................... (MUSTAFA BIN ALIYAS) Pengarah, Program Bakti Kasih 2. s.k Penasihat Fail

Dream high My princess

Anda mungkin juga menyukai