Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5 CERDIK

Tarikh Hari Jam Masa Tahun/ Kelas Bilangan Bidang Tajuk/ Tema

: 24 April 2013 : Rabu : 12.00 1.00 p.m : 60 minit : Tahun 5 : 29 orang : Membuat Corak dan Rekaan : Tengkolok

Hasil Pembelajaran: Aras 1 i. Mencorak dengan menggunakan elemen Asas Seni Reka seperti garisan, rupa, bentuk, warna, jalinan dan ruang melalui penerokaan.

Aras 2 i. Menyusun motif mengikut grid untuk menghasilkan corak.

Aras 3 i. Menghasilkan corak untuk dijadikan satu rekaan berfungsi seperti penanda buku, pembalut hadiah, kad ucapan, dan bekas.

Objektif Pelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menghasilkan satu rekaan corak menggunakan pelbagai jenis bahan.

2. Memperkembangkan daya kreativiti membuat corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan. 3. Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan.

Pengetahuan Sedia Ada Murid : Penerapan nilai murni : BBM :

Murid sudah mengetahui pengenalan tentang corak terancang. Kerjasama, bertanggungjawab, kebersihan, menghargai karya orang lain. Slaid, kad bergambar contoh lipatan dan guntingan, kad bergambar contoh duit kertas Malaysia, hasil kerja guru yang telah siap.

KBKK :

Mereka cipta, menghubungkaitkan.

Alat dan Bahan: Persediaan murid Kertas warna Gunting Gam Jumlah 2 keping 1 1 Persediaan guru Kertas warna Gunting Gam Jumlah 1 paket 20 5

Langkah-langkah P&P: Perkara Set Induksi (5 minit) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru bertanyakan soalan kepada muridmurid sama ada membawa duit kertas atau tidak pada hari tersebut. Sekiranya ada, guru meminta murid mengeluarkan dan membuat pemerhatian pada muka hadapan duit itu. BBM: Kad bergambar contoh duit kertas Strategi P&P: Mendengar dengan aktif Catatan

Guru menayangkan contoh-contoh duit kertas Malaysia kepada murid.

Guru bertanyakan soalan kepada murid. Contoh: 1. Apakah yang kamu dapat lihat pada muka hadapan duit kertas ini? Jangkaan jawapan: Wajah Agong, bunga raya, perkataan Bank Negara Malaysia, angka nilai duit. Perkembangan Langkah 1: Pengenalan (45 minit) Guru mengaitkan soalan dengan isi pelajaran pada hari tersebut. Langkah 2: Demonstrasi/ Tunjuk cara 1) Sediakan kertas warna, gam dan gunting. BBM: Hasil kerja guru yang telah siap, Slaid langkahlangkah penghasilan tengkolok Nilai murni: Kerjasama, bertanggungjawab, kebersihan, menghargai karya orang lain KBKK: Mereka cipta, 2) Sediakan dua potongan kertas menghubungkaitkan

warna berbentuk segi tiga yang sama saiz. Alat dan bahan: Kertas warna, gunting, gam Strategi P&P: Melihat dengan aktif

3) Lapisan hadapan dibuat corak menggunakan kaedah lipat dan gunting.

4) Kemudian lekatkan pada lapisan kedua.

5) Selepas itu, lipat sedikit di bahagian depan dan lengkungkan tengkolok mini tersebut dan lekatkan di bahagian hujung.

6) Tengkolok mini ini sebaik-baiknya menggunakan kertas pelbagai warna. Hasilnya, sungguh menarik dijadikan hiasan.

Langkah 3: Murid-murid menghasilkan aktiviti Murid-murid menghasilkan tengkolok mini. Bimbingan guru terutamanya berfokus kepada murid yang tidak berkeyakinan.

Langkah 4: Kekemasan dan persembahan/ Sesi Apresiasi Guru memberi arahan untuk

membersihkan kawasan tempat kerja. Guru mempamerkan hasil kerja murid di hadapan kelas dan membuat apresiasi. Penutup (10 minit) Rumusan isi pelajaran. Nilai: Kebersihan, kerjasama