Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA MALAM GALA LESTARI ALAM SEKITAR IPG KAMPUS ILMU KHAS 2012
TARIKH: 6 SEPTEMBER 2012

Disediakan oleh :

Biro Kesenian, Kesusteraan dan Kebudayaan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

1. TUJUAN 1.1. Tujuan kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan pengesahan dari Pengarah IPG KIK (Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas), untuk mengadakan Malam Gala Lestari Alam Sekitar 2012. 1.2. Memohon Sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran untuk menampung kos bagi menjayakan Malam Gala Lestari Alam Sekitar 2012.

2. PENDAHULUAN 2.1. Biro Kesenian, Kesusteraan dan Kebudayaan bercadang untuk mengadakan Malam Gala Lestari Alam Sekitar yang bertemakan Lestarikan Alam Sekitar bagi menyokong usaha institut dalam melestarikan IPG KIK. 2.2. Oleh itu, dua pertandingan akan dianjurkan pada malam tersebut yang akan menerapkan unsur unsur kesenian, kesusteraan dan kebudayaan sebagai salah satu alternatif untuk menghayati nilai nilai memelihara dan memulihara alam sekitar berbentuk hiburan. Dua pertandingan tersebut adalah Pertandingan Pementasan Drama dan Pertandingan Puisi dan Lagu. 2.3. Menariknya program ini kerana ia akan diadakan di Lembah Bestari IPG KIK iaitu itu taman yang bertema alam sekitar dan membawakan konsep persembahan terbuka (Openair performances). Penggunaan elektrik juga akan dihadkan dalam program bagi mewujudkan suasana mesra alam dan nilai estetik yang tinggi pada malam tersebut. 2.4. Selain itu, sebuah perarakan akan diadakan yang melibatkan pelajar pelajar kolej kediaman Aman, Damai dan Sentosa khususnya bermula daripada kolej kediaman masing masing dengan membawa medium cahaya tradisional daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia contohnya pelita, tanglung, agal vilakku dan sebagainya sebagai simbolik penghargaan dan sokongan untuk melestarikan alam sekitar.

3. OBJEKTIF 3.1. Meningkatkan tahap kesedaran guru guru pelatih disamping memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga IPG KIK mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar 3.2. Mewujudkan suasana IPG KIK yang kondusif mempraktikkan amalan hidup lestari. 3.3. Menghidupkan penggunaan Lembah Bestari sebagai salah satu platform dalam merealisasikan matlamat melestarikan IPG KIK 3.4. Membuka peluang seluasnya kepada guru guru pelatih untuk mempelajari aspek penulisan dan pementasan. 3.5. Mencungkil bakat-bakat guru guru pelatih IPG KIK untuk diketengahkan sebagai usaha menghidupkan aktiviti-aktiviti kesenian, kesuteraan dan kebudayaan secara terus. bagi melahirkan guru yang

4. MATLAMAT 4.1. Membudayakan semangat melestarikan alam sekitar dengan cara menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek kesenian, kesuteraan dan kebudayaan dalam kalangan guru guru pelatih IPG KIK.

5. BUTIRAN PROGRAM 5.1. Antara butiran program Malam Gala Lestari Alam Sekitar adalah seperti berikut: 5.2. Tarikh Program 5.3. Cadangan Tempat 5.4. Kumpulan Sasaran 5.5. Aturcara Program : : : : 6 September 2012 (KHAMIS) Lembah Bestari IPG KIK Semua pelajar kolej kediaman dan warga IPG KIK Sila lihat LAMPIRAN 1

6. URUSETIA 6.1. Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik adalah seperti LAMPIRAN 2.

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1. Hadiah pertandingan 7.1.1. Pertandingan Pementasan Drama 7.1.2. Tempat Pertama 7.1.3. Tempat Kedua 7.1.4. Tempat Ketiga 7.1.5. Saguhati : Hamper bernilai RM30.00 : Hamper bernilai RM25.00 : Hamper bernilai RM20.00 : Hamper bernilai RM 15.00

7.1.6. Pertandingan Puisi dan Lagu 7.1.7. Tempat Pertama 7.1.8. Tempat Kedua 7.1.9. Tempat Ketiga 7.1.10. Saguhati : Hadiah bernilai RM5.00 : Hadiah bernilai RM5.00 : Hadiah bernilai RM5.00 : Cenderamata bernilai RM3.00

Sumber kewangan akan menggunakan peruntukan IPG KIK. Pecahan keseluruhan sumber kewangan seperti di LAMPIRAN 3.

8. IMPLIKASI KOS: 8.1. Adalah dicadangkan untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada sponsor atau sumbangan ikhlas. 8.2. Mengutip Yuran Penyertaan bagi setiap peserta/kumpulan RM 20 untuk Pertandingan Pementasan Drama dan RM 7 untuk Pertandingan Puisi dan Lagu. 8.3. Tapak jualan juga akan disediakan bagi mana mana individu atau organisasi yang ingin berniaga pada malam tersebut dan bayaran sewa akan dikenakan sebanyak RM 10.

9. PENUTUP Semoga program ini akan dapat meningkatkan dan mengukuhkan semangat melestarikan alam sekitar dalam kalangan guru guru pelatih dan secara tidak langsung dalam kalangan warga IPG KIK. Segala kerjasama dari semua pensyarah dan guru guru pelatih amat dialu-alukan dalam menjayakan program ini. Diharap juga program ini akan memberi kesan yang mendalam kepada peserta kerana unsur kesenian, kesusteraan dan kebudayan yang diterapkan dalam setiap pertandingan dan persembahan mampu mempertahankan konsep seni budaya yang memelihara kekayaan kepelbagaian budaya yang diraihkan di Malaysia agar tidak ditelan zaman. Sekian.

Disediakan oleh:

. (JACKSON NICHOLOS) Setiausaha Kehormat, Biro Kesenian, Kesusteraan dan Kebudayaan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Disokong oleh:

. (NAJWA BINTI ZULKIFLI) Pengerusi, Biro Kesenian, Kesusteraan dan Kebudayaan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Disahkan oleh:

. (ASRUL BIN SAMAD) Yang Dipertua, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

LAMPIRAN 1

ATURCARA

7.45 mlm :

Perarakan Simbolik ke Lembah Bestari

8.00 mlm :

Bacaan Doa

8.05 mlm :

Ucapan oleh Yang Dipertua Pelajar

8.15 mlm :

Ucapan Perasmian oleh Pengarah IPG KIK

8.30 mlm :

Pertandingan Pementasan Drama dan Puisi dan Lagu

10.00 mlm :

Persembahan Selingan

10.20 mlm :

Penyampaian Hadiah

10.50 mlm :

Bersurai

LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA PROGRAM Pengerusi : Siti Najwa Zulkifli Bavani A/P Sagathevan Jackson Nicholos Shalini Nyanasegaran

N. Pengerusi : Setiausaha Bendahari : :

Ahli Jawatankuasa Buku Program : Siti Zaleefa Azreen Binti Yunus

Penyediaan Tempat & PA system : Mohamad Emir Hafif B. Jalil Penyelaras Pertandingan : 1. Jamie Lim Siew Hoon (Pertandingan Pementasan Drama) 2. (Pertandingan Puisi dan Lagu) Keselamatan & Disiplin Pengacara Majlis Hadiah & Cenderamata Hakim pertandingan : : : : Furughi Vacre Lex Pertandingan Pementasan Drama 1. (Jabatan Pengajian Melayu) Pertandingan Puisi dan Lagu 1. (Jabatan Pendidikan Muzik)

LAMPIRAN 3

BELANJAWAN PROGRAM MALAM GALA LESTARI ALAM SEKITAR 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

BIL 1.

PERKARA HADIAH PERTANDINGAN 1. Pementasan Drama 2. Puisi dan Lagu

JUMLAH

RM 90.00 RM 18.00

2.

LAIN-LAIN PERBELANJAAN 1. Cenderamata RM8.00 x 2 orang hakim 2. Cenderamata RM8.00 x 3 VIP 3. Keperluan lain RM50.00 Jumlah Keseluruhan RM 198.00 RM90.00

Anda mungkin juga menyukai