Anda di halaman 1dari 6

LAYANG-LAYANG SERIBULAN

HELANG

Bahan-bahan: Untuk permainan laying-layan, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: a) Rangka I. II. III. IV. Bilah-bilah buluh tau rotan Kertas putih nipis dan ringan serta tidak mudah koyak. Benang pengikat dan benang teraju. Perekat daripada sagu ubi.

b) Tali I. Tali benang buku nombor 8 atau benang lilit serban atau benang garmen. II. III. Perekat sagu ubi. Kaca yang ditumbuk.

c) Dengung?Kumbang-kumbang I. II. Bilah buluh Mengkuang/buluh raut yang nipis/kulit lintah

Cara Membuatnya. 1) Untuk menentukan saiz dan bentuk laying-layang yang hendak dbuat, maka tulang tengahnya memainkan peranan yang penting. Jika panjang tulang tengahnya maka besarlah saiz laying-layang itu. Tulang tengah diraut dan dikerat mengikut saiz yang dikehendaki. 2) Dua bilah buluh yang lain diikat kepada tulang tengah untuk dijadikan kepak. Bilah-bilah kepak ini diraut supaya menjadi sama berat. Keseimbangan ketika mengikat bilah-bilah kpak ini adalah sangat penting untuk menentukan kejayaan penerbangannya nanti. 3) Pembentukan bahagian ekor laying-layang ini adalah terpulang kepada jenisnya. Jika laying-layang helang hendak dibentuk, maka ekornya akan dibuat dalam bentuk ekor helang. Demikian juga dengan jenis seribulan dan lain-lain. Bagi laying-layang bawal pula sungguhpun ekornya perlu, tetapi ianya merupakan lanjutan dari rangka kepak di bhagian bawah yang tersilang

4) Apabila ragka telah siap dibuat, maka kertas putih yang nipis akan dilekatkan ke atas rangka-rangka tersebut dengan perekat sagu ubi. 5) Seterusnya laying-layang ini akan dilekatkan dengan kertas-kertas warna yang telah dipotong dalam berbagai-bagai bentuk hiasan seperti bentuk bunga, tumbuh-tumbuhan menjalar menjalar dan awan larat.

6) Benang teraju juga akan dipasang dari tiga penjuru. Iaitu dua dari bahagian tulang atas kepak dan satu dari bahagian bawah tulang tengah. Benangbenang teraju tersebut ditemukan untuk menjadi seimbang. 7) Dengung/kumbang-kumbang adalah disediakan secara berasingan. Ia akan dipasangkan di bahagian atas layang-layang hanya ketika layang-layang itu

hendak diterbangkan. Dengung/kumbang-kumbang ini diperbuat dari buluh yang sangat nipis, dari jenis buluh menuang atau mengkuang atau kulit lintah, yang diregangkan kepada sebilah buluh yang telah diraut. Setelah diregang ia akan berbentuk seperti panah. 8) Setelah layang-layang siap dibuat, maka segulung benang pun diikat kepada terajunya. Benang yang diikat kepada teraju layang-layang adalah terdiri dari dua jenis. Satu jenis yang tidak dibubuh kaca. Jenis ini hanya digunakan untuk melihat lenggang-lenggok layang-layang ketika terbang di angkasa. Bagi benang yang dibubuh serbuk kaca pula, adalah bertujuan untuk memutuskan tali layang-layang lawan.

Jenis-Jenis Pertandingan Kerapkali pertandingan layang-layang ini dilakukan secara tidak formal, ia hanya dilakukan dengan cara pendapat orang ramai. 1. Layang-layang yang tegak dan cantik lenggang-lenggoknya akan mendapat pujian. 2. Layang-layang yang merdu dengungnya atau kumbang-kumbangnya akan mendapat pujian. 3. Layang-layang yang cantik hiasan dan buatannya akan menerima sanjungan. 4. Layang-layang akan Berjaya memutuskan tali layang-layang lain akan dikira jaguh. Pemain-Pemain Pada kebiasaannya pemain-pemain layang-layang adalah terdiri daripada kaum lelaki: a. Lelaki dewasa yang biasanya bermain layang-layang yang besar seperti jenis seribulan dan helang. b. Kanak-kanak lelaki pula biasanya bermain layang-layang jenis bawal. Angin Ada ketikanya pemain layang-layang mengalami keputusan angina. Apabila berlaku keadaan ini maka terdapat sebilangan pemain menyeru angina datang dengan serangkap kata: Lo-o-o-wang, Puyuh ladang, Angin datang, Layang-layang nak terbang. Cerita-cerita yang berkaitan Dalam permainan layang-layang pada zaman dahulu, beberapa cerita yang menarik sering dikaitkan.

a. Kisah seorangteruna yang berhasrat untuk memikat hati seorang dara dengan menggunakan layang-layangnya sebagai media perhubungan. Si dara terpesonan apabila terdengar alunan dengung layang-layang Si teruna. Maka terjalinlah hubungan mesra antara kedua teruna dan dara. b. Kisah wau ajaib mengenai pertemuan Puteri Maharaja Jui dan Desa Muda dalam cerita Mak Yong yang terkenal. c. Kisah nasib seorang pemuda miskin yang telah beruntung dapat memikat hati seorang puteri raja. Secara kebetulan, layang-layang yang dinaikkan oleh pemuda itu telah terputus dan jatuh ke dalam istana. Puteri raja yang kebetulan berada di perkarangan istana telah menyambut kejatuhan layanglayang itu. Apabila puteri raja cuba memulangkan kembali layang-layang tersebut, maka terjalinlah cinta pandang pertama. d. Kisah bagaimana seorang putera dan seorang puteri berutus-utus surat melalui layang-layang. Putera menyelitkan surat kepada layang-layang yang diterbangkan ke arah mahligai yang dikawal ketat. Pandangan Dari Pakarujuk Suatu pesta permainan rakyat harus diadakan pada tiap-tiap tahun dimana layanglayang menjadi salah satu acaranya. Dalam permainan layang-layang penilaian boleh dibuat berdasarkan perkara-perkara berikut: 1. Kepakaran pembuatan dan bentuk 2. Hiasan layang-layang 3. Lenggang-lenggok di angkasa 4. Irama dengung/kumbang-kumbang 5. Kejuaraan memutuskan tali Dengan adanya pesta tersebut, maka warisan budaya bangsa akan terpelihara. Ia juga akan memberi ilham kepada pelajar-pelajar dan mereka yang berminat untuk mengembangkan kreativiti mereka.

Anda mungkin juga menyukai