Anda di halaman 1dari 64

PENTADBIRAN AGENSI-AGENSI SUKAN KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

PERLEMBAGAAN ORGANISASI BADANBADAN SUKAN KEBANGSAAN

Di dalam Akta Pembangunan Sukan 1997, (Akta 576) JADUAL KEDUA (Seksyen 19), iaitu Perlembagaan Dan Kaedah-Kaedah Badan Sukan Yang Bertindak Sebagai Badan Pengelola Atau Perwakilan Bagi Sukannya Di Peringkat Kebangsaan.

Perkara-perkara yang berikut hendaklah diperuntukkan dalam perlembagaan atau kaedah-kaedah: Badan sukan hendaklah mempunyai tujuan dan matlamat yang berikut: i. ii. untuk menggalakkan dan membangunkan sukannya; untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan badan pengelola dan pengawal seliaan antarabangsa. iii. untuk memastikan bahawa perlembagaan dan kaedah- kaedahnya dipatuhi dan diikuti oleh semua anggotanya.

iv.

untuk mengawal dan menjalankan bidang kuasa ke atas semua aktiviti


berhubungan dengan sukannya di Malaysia dan oleh wakil Malaysia di luar negara.

Aktivitinya dijalankan tanpa ada diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggotanya.

Prosedur pemilihan adalah terbuka dan adil.

Akaun teraudit sepenuhnya ,laporan segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan wang yang sebelumnya dikemukakan kepada Pesuruhjaya berserta dengan apa-apa yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.

PROSES PENTADBIRAN ORGANISASI SUKAN


1. PENGENALAN Seseorang pentadbir perlu menjalankan tugas mengikut proses-proses asas. 2. PERANCANGAN Perancangan adalah penentuan terdahulu. Perancangan melibatkan tiga perkara; i. Menentukan apa yang patut ii. Menentukan bagaimana ia patut dilakukan iii. Menentukan siapa yang akan melakukannya.

Proses perancangan berkesan melibatkan lima perkara yang berterusan; i. ii. iii. iv. Menentukan objektif-objektif keseluruhan. Menentukan objektif khusus. Mengenalpasti strategi atau tindakan khusus untuk mencapai objektif. Menentukan piawai prestasi khusus untuk pencapaian objektif.

v.

Menilai kemampuan.

3. PENGELOLAAN Satu proses yang melibatkan dua atau lebih manusia mengembleng tenaga dan sumber untuk mencapai tujuan yang tertentu. Empat prinsip pengelolaan yang dinyatakan oleh Leith (1990); i. ii. iii. iv. pembahagian tugas dan delegasi tanggungjawab. mengekalkan hierarki autoriti. menetapkan panduan tingkah laku. membuat keputusan berdasarkan keupayaan dan bukan personaliti.

4. PENGARAHAN mengikut Frost & Marshall (1997), pengarahan merupakan suatu proses yang menyebabkan sesuatu tindakan itu berlaku. Proses itu melibatkan pemberian tunjuk ajar atau bimbingan, mempengaruhi orang lain atau membuat keputusan dan memberi arahan.

5. HAL KAKITANGAN
Tugas ini biasanya meliputi pemilihan kakitangan untuk tugas yang sesuai bagi menjayakan sesuatu aktiviti organisasi. Tugas pentadbir adalah meliputi; i. menentukan bilangan staf yang diperlukan. ii. mengetahui keupayaan dan kebolehan staf. iii. memastikan cara interaksi di antara staf. Pentadbiran kakitangan melibatkan dua aspek utama iaitu kemanusiaan dan teknikal ( Voltmeter, Esslimger, McCue & Tillman, 1979).

6. MENYELARAS ATAU KOORDINASI Tugas pentadbir ialah untuk menyelaraskan program atau unit pentadbiran serta memastikan operasi berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. menggalakkan komunikasi yang baik antara individu dalam setiap jabatan. Untuk memastikan koordinasi yang baik, pentadbir perlu mengikut prosedur yang betul; 1) 2) 3) 4) 5) 6) Menggalakkan komunikasi secara formal. Mewujudkan peraturan-peraturan yang diterima umum. Mengadakan sistem komunikasi formal. Menanam matlamat dominan dalam sanubari kakitangan. Buat pemerhatian rapat. Mengumumkan garis autoriti, tanggungjawab, tugas dan pertalian unit.

7)

Aktiviti yang sama ditugaskan kepada unit pentadbiran yang sama.

8)
9)

Mempiawai perlakuan.
Mengharmonikan program dan polisi.

10) Arahan patut lengkap dan jelas. 11) Memupuk semangat berpasukan. 12) Berkomunikasi terus dengan kakitangan. 13) Pentadbir mesti merupakan seorang yang sudi mendengar pandangan kakitangan. 14) Pertemuan sosial tidak formal patut digalakkan.

7. LAPORAN Adalah kaedah yang sistematik untuk menilai kemampuan kakitangan. Boleh dilakukan setiap minggu atau setiap bulan mengikut projek tertentu. 8. BELANJAWAN Belanjawan adalah aspek penting dalam pentadbiran yang tidak boleh diabaikan. Mengikut Frost (1977), pentadbiran kewangan melibatkan empat langkah ; 1) mengumpul data atau maklumat. 2) menyediakan belanjawan. 3) mempersembahkan belanjawan. 4) membelanjakan peruntukan. 9. PENILAIAN ATAU KAWALAN Dijalankan untuk mengetahui sama ada organisasi itu berjaya atau sebaliknya. Tugas pentadbir menilai perancangan secara keseluruhan utk menentukan pencapaian objektif. menilai sejauh manakah sumber-sumber digunakan secara maksimum

PENGENDALIAN MESYUARAT Mesyuarat ialah satu aktiviti yang berdasarkan komunikasi dua hala antara individu dalam situasi formal.

Tujuan mesyuarat: i. untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat. ii. menyelesaikan masalah berbangkit. iii. membuat keputusan. iv. memberikan maklumat dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak.

MESYUARAT

SEBELUM (PRA)

SEMASA

SELEPAS (PASCA)

SEBELUM MESYUARAT

1. Menentukan agenda, tarikh, masa

dan tempat mesyuarat bersama Pengerusi jawatankuasa 2. Membuat tempahan bilik mesyuarat Tempahan secara bertulis Nyatakan nama jawatankuasa, pengerusi, setiausaha, tarikh, masa, bilangan pegawai, peralatan dan minuman ringan

3. Menyediakan kertas kerja untuk perbincangan Kertas kerja diterima 15 hari sebelum mesyuarat Tentukan bilangan salinan kertas kerja Keperluan menyediakan ringkasan eksekutif sekiranya melebihi 15 muka surat

4. Menghantar surat jemputan mesyuarat

Edarkan 10 hari sebelum mesyuarat Nyatakan nama jawatankuasa, tarikh, tempat, masa, agenda, nama Pengerusi dan jenis pakaian

5. Memastikan

persediaan kemudahan bilik

mesyuarat Bilik bersih dan kemas Tempat duduk mencukupi Kelengkapan peralatan seperti alat tulis, OHP dan pembesar suara 6. Menentukan kehadiran Urusetia perlu menentukan senarai ahli yang akan hadir Senarai ini disediakan 2 hari sebelum mesyuarat

7. Perbincangan pra mesyuarat Berbincang dengan pengerusi tentang tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah 8. Memberitahu ahli-ahli mesyuarat tentang etika mesyuarat

Cara-cara beri penghormatan kepada Pengerusi Tepati masa Minta izin untuk tinggalkan mesyuarat

SEMASA MESYUARAT

TINDAKAN SEMASA MESYUARAT


Catatan minit mesyuarat Senarai kehadiran mesyuarat Perkara penting yang dibincang dalam mesyuarat Keputusan yang dibuat Tindakan susulan yang perlu diambil

Perutusan pengerusi

Pengesahan minit mesyuarat yang lepas

Perkara-perkara berbangkit

Agenda mesyuarat

Laporan setiausaha

Laporan bendahari

Hal-hal lain

Menetapkan tarikh mesyuarat yang akan datang

Penangguhan mesyuarat

Agenda dan minit mesyuarat lepas diedarkan kepada ahli yang tidak bawa. Selepas dipastikan korum mencukupi, pengerusi mengisytiharkan mesyuarat dibuka dengan rasmi.

Mesyuarat meneliti perkara-perkara yg tercetak dalam minit mesyuarat satu persatu.

Ahli boleh membangkitkan soalan dan dijawab setiausaha/orang berkenaan.


Hanya dibenarkan meminta maklumat.

Seterusnya, barulah presiden beralih kepada perkara lain yang disusun untuk dibincangkan.

Bagi setiap pembetulan, presiden mesti menurunkan tangdatangan ringkasnya. Presiden mempelawa cadangan dan sokongan minit itu disahkan sebagai betul. seterusnya

Setelah disahkan, presiden menandatangani minit mesyuarat dengan menulis tarikh di tempat yang disediakan.

Masa yang sesuai mesyuarat ditutup terpulang kepada presiden.

Sebelum menutup mesyuarat, presiden


mengucapkan terima kasih kepada ahli. Apabila segala telah selesai, presiden menjemput seorang pencadang dan penyokong untuk mesyuarat ditamatkan.

Tarikh mesyuarat yang akan datang ditetapkan terlebih dahulu sebelum mesyuarat ditangguhkan.

SELEPAS MESYUARAT

TINDAKAN-TINDAKAN SELEPAS MESYUARAT


Penyediaan Minit Format Minit Mesyuarat Susunan Nama Ahli-ahli Mesyuarat Catatan Perbincangan Pengesanan Maklum balas Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat Laporan Maklumbalas Oleh Urusetia Menentukan Format Maklumbalas dari Kementerian / Jabatan Penyediaan Laporan Maklumbalas Oleh Kementerian atau Jabatan

1) PENYEDIAAN MINIT

Minit yang telah diluluskan oleh pengerusi diedarkan kepada ahli mesyuarat Tidak melebihi 2 minggu selepas tarikh mesyuarat
2) FORMAT MINIT MESYUARAT

Format disusun mengikut susunan agenda mesyuarat

3) SUSUNAN NAMA AHLI-AHLI MESYUARAT

Disusun mengikut kekananan ahli-ahli yang hadir

4) CATATAN PERBINCANGAN

Direkodkan secara padat, tepat dan jelas Catatan yang dibincangkan diikuti dengan nota yang menunjukkan samada tindakan lanjut diperlukan atau untuk makluman sahaja

5) PENGESANAN MAKLUM BALAS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT Bilangan Rujukan minit Perkara Tarikh hantar Kementerian atau jabatan Tarikh maklumbalas patut diterima oleh urusetia Tarikh maklumbalas diterima oleh urusetia Tarikh maklumbalas dibentangkan Status

6) LAPORAN MAKLUM BALAS OLEH URUSETIA

Cabutan keputusan Ringkasan dan ulasan urusetia Maklum balas dari kementeriankementerian atau jabatan-jabatan Senarai kementerian atau jabatan yang belum memberi maklum balas

7) MENENTUKAN FORMAT MAKLUMBALAS DARI KEMENTERIAN / JABATAN

Cabutan keputusan Kedudukan masakini Peringkat pelaksanaan / pencapaian Masalah pelaksanaan Cadangan penyelesaian masalah

8) PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS


OLEH KEMENTERIAN / JABATAN BERTANGGUNGJAWAB Keputusan mesyuarat memerlukan maklumbalas mengenai pelaksanaan programprogram yang melibatkan seluruh agensi-agensi perkhidmatan awam Tanggungjawab penyediaan laporan maklumbalas hendaklah diberi kepada agensi yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan program

PENGURUSAN KEWANGAN
Melibatkan 3 langkah :
1) Pelan strategik belanjawan : pihak pengurusan atas menentukan tujuan dan objektif organisasi dan memperuntukkan wang yang dirancang. 2) Tanggungjawab belanjawan :mengesahkan peruntukan digunakan dengan sah dan cekap. 3) Rancangan teknikal dan mekanikal: mengadakan sistem perakaunan dan keselamatan, struktur kewangan dan proses belanjawan.

Terbahagi kepada 2 :

1. Perakaunan statik : meliputi rekod angka kedatangan kakitangan, inventori alat dan barang-barang.
2. Perakaunan kewangan : melibatkan rekod penggunaan peruntukan dalam organisasi.

Objektif:
i. Memberi maklumat bagi membuat keputusan berkenaan pengurusan sumber yang terhad. ii. Mengarah dan mengawal secara berkesan sumber kemanusiaan dan barangan. iii. Mengurus dan melaporkan tentang penjagaan sumber.

Dikenali sebagai keberkesanan kos/ analisa keuntungan kos.


Tujuan : menilai keuntungan perkhidmatan yang diterima dalam unit yang boleh ukur. Menolong pentadbir organisasi menumpu perhatian ke atas penggunaan peruntukkan dengan cara yang paling cekap. Dilakukan dengan membandingkan kos-kos program

merupakan pelan kewangan yang digunakan sebagai alat kawalan untuk operasi. Ia menganggarkan kos masa depan dan merupakan pelan sistematik untuk penggunaan sumber manusia, bahan mentah ataupun sumber lain. (Kohler, 1961 ; Steddry, 1960).

dibentuk untuk memberi maklumat kepada pembuat keputusan dan menunjukkan keputusankeputusan yang telah dibuat (Freeman, Shoulder & Lynn, 1988).

Meliputi perancangan untuk memenuhi keperluan program pendidikan jasmani dan sukan, mengemaskinikan rekod dan mengawal sistem kira-kira Menurut Frost(1977): Mengumpul data ataupun maklumat Menyediakan belanjawan Mempersembahkan belanjawan Membelanjakan peruntukan

KELEBIHAN MENYEDIAKAN BELANJAWAN


1. Merupakan cara untuk menganalisis program pendidikan jasmani dan sukan. 2. Untuk mempersembahkan keperluan kewangan dan untuk meminta sokongan dari pihak atasan. 3. Pentadbir dapat menghapuskan aktiviti yang tidak boleh dibiayai lagi dan mengembang pelan jangka panjang. 4. Membenarkan pengukuran dan pengesahan kemajuan program dan membuat analisa. 5. Membenarkan pemindahan sumber-sumber mengikut keutamaan.

Bersikap konservatif kerana menggunakan wang orang ramai. Berdasarkan perbelanjaan dan pendapatan dari belanjawan sekurang-kurang 3 tahun yang lepas. Tumpukan perhatian kepada faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi perbelanjaan dan pendapatan.

Rancangan seharusnya mengambil kira 10% peristiwa yang berlaku di luar jangkaan. Melibatkan semua individu secara langsung dalam proses perancangan. Dipersetujui pihak atasan. Mengumumkan belanjawan kepada pihak pengguna yang terlibat.

JENIS BELANJAWAN
1. BELANJAWAN LIPUTAN MASA

6. BELANJAWAN PRESTASI DAN PROGRAM

2. BELANJAWAN SEMASA (OPERASIONAL)

5. BELANJAWAN ITEM-BARIS

3. BELANJAWAN HARTA

4. PENDAPATAN (REVENUE)

Menyenaraikan barang-barang untuk dibeli, perkhidmatan dan gaji yang perlu dibayar. Kelemahan: Menerima keputusan lepas tanpa memeriksa dengan teliti dan menggunakan kriteria politik untuk mendapat sokongan kewangan bagi program baru. Tidak menjalankan analisa kos-faedah.

RINGKASAN BELANJAWAN ITEM-BARIS


No. akaun 13-100 01 02 03 04 05 06 07 08 Tajuk akaun Jabatan Pendidikan Jasmani Gaji Telefon Pos Percetakan Alat tulis Pengangkutan Tuntutan elaun (makan/harian/penginapan) Latihan kemajuan staf 145 000 700 1000 900 800 5800 2000 2000 148 000 155 000 750 1100 1000 850 6000 2200 23 000 800 1200 1100 900 6200 2400 26 000 1992 1993 1994 Sebenar Sebenar Unjuran

Sistem yang baru dan lebih diperlukan untuk organisasi yang besar. 2 contoh ialah: 1) Sistem PPBES(Planning, Programming, Budgeting and Evaluation System) 2) Sistem BZB(Zero-base)

SISTEM PPBES
o Sistem ini meliputi 3 proses iaitu: 1) proses perancangan 2) memprogram 3) membuat belanjawan

o Boleh dirancang lebih dari 1 tahun dan belanjawan boleh dibandingkan dengan yang lama untuk menentukan cara yang paling cekap menggunakan peruntukan.

5 LANGKAH SISTEM PPBES

1. Membentuk pelan jangka panjang. Menentukan objektif dan kriteria pengukuran.

2. Menentukan program spesifik. Menentukan bentuk program dan mempertimbangkan alternatif.

3. Anggaran belanjawan untuk program dan peruntukan sumber.

4. Pelaksanaan program.

5. Penilaian pencapaian.

KELEBIHAN
1) Menggabungkan perancangan dan anggaran belanjawan. 2) Proses perancangan adalah berterusan. 3) Maklumat berkenaan jumlah kos sistem adalah berorientasikan output atau program. 4) Analisa kos-faedah secara formal dijalankan.

KELEMAHAN
1) Sukar dalam keadaan tertentu untuk mengasingkan matlamat eksplisit yang boleh diukur dan kemudian menilai alternatif yang mungkin untuk matlamat tersebut. 2) Ahli politik tidak memisahkan program dengan matlamat. 3) Masalah bayaran kemudahan untuk penggunaan dalaman sukar ditetapkan.

5) Memberi penekanan terhadap menganalisa program alternatif dan kaedah alternatif bagi pencapaian objektif organisasi.
6) Ia tidak menggunakan kriteria politik untuk mendapat peruntukan belanjawan.

4) Fungsi lama yang telah lama wujud di dalam jabatan sukar untuk diubah.

Belanjawan ini diasaskan pada tahun 1969 dan dicetak pada tahun 1973. BZB ialah program jangka panjang. Ia memerlukan kakitangan yang bersedia untuk menukar tabiat dan pemikiran Merupakan satu pendekatan revolusi untuk menentukan prioriti program dan untuk mengurang ketidakcekapan. BZB mula tanpa sebarang peruntukan. Ia memenuhi permintaan anggaran belanjawan, mengenal pasti dan menilai semua aktiviti dan menempatkannya mengikut kepentingan.

KELEBIHAN

KELEMAHAN

1) Memaksa penentuan objektif, matlamat dan prioriti program.

2) Tidak membenarkan ketidakberkesanan dikekalkan.


3) Perkara yang tidak menghasilkan keputusan yang diingini akan dibatalkan dan perkara baru dipilih untuk menggantikannya. 4) Proses in berulang.

1) Pembentukan anggaran belanjawan ini memakan masa yang lebih panjang terutamanya dalam organisasi besar.

4 PROSES PEMBENTUKAN BZB


1. Mengenal pasti unit pembuat keputusan.

2. Menyediakan permintaan anggaran belanjawan unit.

3. Menilai dan menyusun semua alternatif dalam pakej membuat keputusan. 4. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan.

AGENSI-AGENSI SUKAN DI MALAYSIA

Majlis Olimpik Malaysia (MOM)


Ditubuhkan pada tahun 1953. Tanggungjawab MOM: Menghantar atlit ke luar negara. Menentukan kriteria-kriteria kelayakan bagi sukan individu dan sukan berpasukan untuk menyertai pertandingan antarabangsa. Objektif MOM: Menggalakkan dan memajukan sukan amatur di Malaysia. Mengelola Sukan Olimpik, Sukan Daerah atau Sukan antara Daerah di samping menaja pasukan-pasukan yang mewakili Malaysia untuk mengambil bahagian dalam sukan.

Struktur Pentadbiran MOM: 1) Presiden seorang 2) Timbalan Presiden seorng 3) Naib Presiden 4 orang 4) Setiausaha Kehormat seorang 5) Penolong Setiausaha Kehormat seorang 6) Bendahari seorang 7) Penolong Bendahari Kehormat seorang

Tugas Pegawai Bertugas: 1. Presiden bertanggungjawab menghadiri semua mesyuarat MOM termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan mengawal disiplin, mengesah pengundian, minit mesyuarat dan menandatangani.

2. Timbalan / Naib Presiden ambil alih tugas Presiden semasa ketiadaannya.


3. Setiausaha Kehormat pengurusan perniagaan MOM ikut undang- undang dan mengemukakan arahan dalam Mesyuarat Jawatankuasa. membuat surat-menyurat dan kertas kerja.

4. Penolong Setiusaha Kehormat membantu menjalankan tugas Setiausaha Kehormat. 5. Bendahari kehormat pengurusan kewangan dan kemasukan akaun dan pembetulannya. menyediakan Penyata Terima Bayaran dan Kunci Kira-kira untuk diauditkan pd setiap akhir tahun. 6. Penolong BendahariKehormat menjalankan tugas sperti di atas dan ambil alih tugas Bendahari Kehormat jika beliau tidak hadir.

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)


Wujud pada tahun 1964 sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Peranan KBS: Menguruskan kegiatan sukan berprestij tinggi dengan sukan rekreasi.

Cawangan Penggalakan

Pusat Sukan

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN SUKAN

Cawangan Perkhidmatan

Cawangan Penyelidikan

Bidang tugas: 1. Cawangan Penggalakan mengadakan program latihan kepimpinan penggerak sukan, rekreasi dan kecergasan. memperkenalkan konsep idea Malaysia Cergas sebagai amalan hidup yang aktif dan sihat. mengorientasikan nilai dan sikap kesukanan bagi membantu menyelesaikan masalah sosial. 2. Cawangan Perkhidmatan merancang pembangunan kemudahan dan membekal peralatan sukan untuk penyertaan yang lebih luas. mewujudkan perhubungan berkesan dengan pertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan di dalam dan di luar negara.

3. Cawangan Penyelidikan menguruskan latihan dan kerjaya pegawai atau kakitangan. membuat kajian dan dokumentasi dalam aspek kemajuan sukan, rekreasi dan kecergasan. Pusat Sukan

4.

menyediakan khidmat kepakaran dalam pembelajaran dan latihan sukan, rekreasi dan kecergasan.
menggalakkan penyertaan ramai daripada berbilang kaum melalui penyediaan kemudahan sukan, rekreasi dan kecergasan.

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN)


Ditubuhkan pada 27 Februari 1972 di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971. Tugas MSN: Memberi nasihat kepada menteri tentang perkara-perkara berhubung dengan sukan. Menyelaras kegiatan sukan yang diselaraskan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan. Membuat syor kepada kerajaan mengenai cara dan dasar untuk memajukan sukan dan melaksanakannya jika diluluskan. Menggalakkan penyertaan dalam sukan di dalam dan luar negara.

Carta Organisasi MSN


PENGERUSI

KETUA PENGARAH

PENTADBIR AN DAN KEWANGAN

PERSEDIAAN ANTARABANGSA (LATIHAN)

PEMBANGUNAN

INSTITUT SUKAN NEGARA

UNIT PERSEDIAAN ATLIT KOMANWEL (UPAK)

Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Ditubuhkan pada bulan Februari 1958 . Diberi nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Perseketuan Malaya. Tahun 1968 telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran dan bertukar kepada MSSM.

Tujuan MSSM: Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti sukan dalam semua Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri di Malaysia.

Mengelola dan menjalankan semua aktiviti permainan dan sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah antara negeri dan diperingkat antarabangsa.
Mengelola dan menjalankan kursus-kursus bagi jurulatih sekolah dan latihan pusat bagi para atlit sekolah di peringkat kebangsaan. Menyelaraskan segala peraturan dan undang-undang pertandingan permainan dan sukan di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.

SUMBER RUJUKAN:
Wee Eng Hoe, Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani, Siri Pengajaran Sukan, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1994 http://kokurikulum.wikispaces.com/file/view/PANDUAN_P ENGENDALIAN_MESYUARAT.pdf