Anda di halaman 1dari 15

MASAKAN

Bab 4

Etika Makan
Merupakan peraturan atau tatacara yang baik dan perlu diamalkan semasa makan di meja makan.

Adab dan sopan yang perlu diamalkan semasa makan:


1. 2. 3. 4. 5.

Duduk dengan postur yang betul. Rapatkan kaki dan jangan membongkok. Letakkan napkin atau servit di atas riba. Tunggu sehingga semua orang berada dimeja makan sebelum mula makan. Jemputlah orang yang lebih dewasa makan terlebih dahulu. Jangan makan dengan gelojoh atau menghirup minuman atau sup dengan bunyi yang kuat. Minum dengan perlahan-lahan dan senyap.

6.

7. 8.

9. 10.

Gunakan kutleri seperti sudu, garpu atau pisau dengan cara yang betul dan tanpa bunyi. Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan. Ambil makanan dengan cermat. Jangan berdiri sewaktu mengambil makanan yang jauh. Minta bantuan orang yang duduk berdekatan untuk menghulurkan makanan itu kepada anda. Suap makanan secara sedikit-sedikit ke dalam mulut. Kunyah makanan dengan perlahan dan senyap tanpa membuka mulut.

11.

12. 13.

14.

15.

16.

17.

Jangan tiup makanan yang panas. Biarkan makanan sejuk dahulu. Bercakap dengan sopan dan lemah lembut. Ambil makanan secukup sahaja supaya tetamu lain juga dapat merasainya. Jangan balik-balikkan lauk untuk mencari bahagian atau potongan yang anda gemari. Jangan merokok dan mencungkil gigi di hadapan tetamu. Rapatkan kutleri setelah selesai makan. Jangan tinggalkan meja makan sebelum semua orang selesai makan. Sekiranya perlu meninggalkan meja hidangan lebih awal, minta izin daripada tetamu lain.

A) ETIKA MAKAN CARA MELAYU


1. Duduk bersila atau bersimpuh atas tikar. 2. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dengan menggunakan kendi air. 3. Sebelum mula makan, baca doa. 4. Makan dengan menggunakan hujung jari. 5. Ambil lauk-pauk dengan menggunakan tangan kiri. 6. Elakkan daripada meminum air yang banyak semasa makan. 7. Gunakan sabun yang disediakan untuk mencuci tangan selepas makan.

PERANGGU MEJA CARA MELAYU

B) ETIKA MAKAN CARA CINA


1. Pegang penyepit dengan tegap. 2. Makan sedikit demi sedikit sayur yang panjang. 3. Apabila makan mi, angkat mangkuk sampai dapat makan dengan lebih baik. 4. Angkat mangkuk sup dengan tangan kiri dan ceduk sup dengan tangan kanan. 5. Sekiranya sup terlalu panas, letakkan mangkuk sup di atas meja, ceduk sup dan suap ke mulut. 6. Pegang mangkuk dengan sebelah tangan dan suapkan nasi ke dalam mulut dengan penyepit atau letakkan mangkuk di atas meja dan gunakan sudu untuk menyuap nasi. Jangan gunakan penyepit untuk mengambil nasi kerana nasi akan bertaburan di atas meja. 7. Letakkan sisa makanan di tepi piring layan atau mangkuk yang telah digunakan dan bukan di atas meja.

PERANGGU MEJA CARA CINA

C) ETIKA MAKAN CARA INDIA


1. Daun pisang boleh digunakan untuk makan bagi menggantikan pinggan makan. 2. Gunakan kendi air untuk mencuci tangan sebelum dan selepas makan. 3. Gunakan hujung jari sahaja untuk makan.

PERANGGU MEJA CARA INDIA

C) ETIKA MAKAN CARA BARAT


1. Apabila makan menggunakan pisau dan garpu, pegang garpu dengan tangan kiri dan pisau di tangan kanan. 2. Setelah selesai makan, rapatkan garpu dan pisau serta letakkan di tepi pinggan. 3. Jika anda menggunakan sudu dan garpu, tangkupkan keduaduanya ke bawah.

PERANGGU MEJA CARA BARAT

AKTIVITI BERKUMPULAN Setiap ahli kumpulan dikehendaki mengambil peralatan mengikut kategori masing-masing dan lakonkan mengikut cara budaya masing-masing

Sekian

Selamat Mengulangkaji

Anda mungkin juga menyukai