Anda di halaman 1dari 7

KATA NAMA KHAS 1.

Kata Nama Khas digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia, haiwan, benda , tumbuh-tumbuhan dan tempat secara khusus. 2. Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar. 3. Contoh kata Nama khas adalah seperti yang berikut :-

A) Manusia

Doktor Ali, Puan Zainab, Cikgu Puspa, Awie, Encik Lim.

B) Haiwan

Sang Buaya, Comot, Tomok, Sang Siput, Si Putih, Sang Gagak , Pak Belalang.

C) Benda

Adidas, Bata, Rolex, Hitachi, Wira, Persona, Sharp, National, Inspira, Naza Ria .

D) Tempat

Lenggong, Lumut, Seri Manjung, Tanjong Malim , Sitiawan ,Kuala Kangsar, Ipoh, Muzium Taiping, Zoo Taiping,Menara Berkembar Petronas, Perak, Johor.

Contoh Soalan

Garisi kata Nama Khas dalam ayat- ayat dibawah .

1. Ibu berasal dari Lenggong.

2. Ayah orang Johor.

3. Ibu membeli baju jenama Adidas dan menghadiahkan kepada ayah.

4. Ibu bekerja sebagai guru di Sek. Keb. Kpg Dato' Seri Kamaruddin Seri Manjung Perak. 5. Ibu suka berkelah di Teluk Batik dan Pulau Pangkor.

6. Ayah bekerja di Lumut.

7. Ibu suka pakai jam jenama Rolex.

8. Saya pakai kasut jenama Bata ke sekolah.

Kata nama

Kata nama am ialah perkataan yang merujuki manusia , haiwan , tumbuh -tumbuhan , tempat , kenderaan , benkda ,serta makanan dan minuman secara umum. contoh : datuk , cikgu , itik , angsa , pokok, pisang , bunga mawar .

Kata nama khas pula ialah perkataan yang merujuki manusia , haiwan ,tumbuh tumbuhan , tempat , kenderaan , benda , makanan dan minuman , agama , perayaan , hari , dan bulan secara khusus. contoh : Puan Suzy , Cikgu Ali , Si Rusa , Hari Wesak , Litar Sepang , Rabu *Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali kata nama am yang menjadi permulaan ayat , manakala huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.

Latihan : Tulis kata nama am dan kata nama khas pada ruangan yang disediakan

kucing Taman Negara Cikgu Liew

Selangor Proton Persona buku cerita

kerusi padang pembaris

Si Tikus pensel Datuk Chong

Kata Nama Am

Kata Nama Khas

1.______________

1._________________

2.______________

2._________________

3.______________

3._________________

4.______________

4._________________

5.______________

5._________________

6.______________

6._________________

Kata Hubung

Kata hubung digunakan untuk menghubungkan atau menggabungkan kata, fasa, atau ayat supaya menjadi ayat yang bermakna.

Contoh dan penggunaannya:

* Dan - untuk menghubungkan subjek atau predikat * Atau - untuk menunjukkan sesuatu pilihan * Tetapi - untuk menunjukkan makna yang berlainan * Lalu - untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut * Sambil - untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan pada * Kerana - untuk menjelaskan sesuatu sebab * Walaupun - untuk menunjukkan sesuatu yang tidak ketara * Apabila - untuk menunjukkan masa * Agar/Supaya - untuk menyatakan maksud atau tujuan * Manakala - untuk menunjukkan perkara yang berlawanan * Padahal - untuk menyatakan keadaan yang sebenar * Jika/Kalau - untuk menyatakan syarat Ayat contoh:

a) Zamzuri rajin tetapi nakal. b) Suzy dan Salmi adik-beradik. c) Mariam mandi sambil menyanyi.

Latihan Tatabahasa KSSR Tahun 1


Pilih kata hubung yang betul.

1. Saya _______________ Danial akan ke perpustakaan. A. sambil B. dan

2. Awak hendak ke kedai buku _____________ ke pasar raya ? A. dan B. atau

3. Adik menangis ______________ wang sakunya hilang. A. kerana B. sambil

4. Kaki adik luka ________________ dia tidak menangis. A. tetapi B. sejak

5. Amira belajar ______________ mendengar muzik. A. tetapi B. sambil

6. Shafik memasukkan pensel_______________ pen ke dalam kotak pensel. A. dan B. tetapi

7. Puan Aminah turun dari kereta ____________________ berjalan ke pejabatnya. A. lalu B. tetapi

8. Lutut Zaidi luka __________________ terjatuh dari basikal. A. atau B. kerana

9. Badan Zainal gemuk ________________ badan adiknya kurus. A. sambil B. tetapi

10. Azim membaca buku _____________________ menunggu ayah menjemputnya. A. sambil B. tetapi

Anda mungkin juga menyukai