Anda di halaman 1dari 4

Majlis penutup Kata-Kata aluan Majlis penyampaian hadiah Rujuk teks perasmian Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana

kita hampir ke penghujung acara. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan

kepada yang tidak berjaya, usah berduka. Jangan biarkan hidup anda diselubungi lara. Sesungguhnya kejayaan pasti tiba.

Kini tibalah kita ke acara penyampaian hadiah, diikuti dengan pengumuman Olahragawati Kejohanan diikuti hiasan rumah sukan tercantik seterusnya ke acara kemuncak iaitu pengumuman Johan, Naib Johan, dan tempat ketiga Kejohanan Balapan dan padang Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Hadiah acara padang dan balapan

Bagi

menyempurnakan

penyampaian

hadiah,

majlis

dengan

ini

memepersilakan___________________ untuk menyampaikan hadiah.

(Rujuk Senarai) Okahragawati dan rumah sukan tercantik 1) Acara-acara (tn hj Hassan) 2) Perbarisan. 3, 2.1 3)Rumah sukan tercantik. 3,2,1 4) olahragawati

Terima kasih diucapkan kapada _____________________ atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebentar tadi Johan keseluruhan KOT Debaran kian terasa adakah Sri Mawar, Sri Telang, Sri Dahlia , Sri

Anggerik, Sri Kenanga atau Sri Tanjung yang bakal memegang takhta

juara. Hanya suatu tempat menjadi pertaruhan. Milik kumpulan manakah menjadi pertanyaan.

Sebelum itu, majlis mempersilakan _____________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Diumumkan terlebih dahulu tempat ketiga. Kontigen ini telah mengumpul mata sebanyak......., tempat ketiga disandang oleh kontigen ...................

Tinggal dua tempat lagi menjadi rebutan. Jumlah mata yang dikumpul sebanyak...... naib johan disandang oleh kontigen............

Kini tibalah masa untuk kita mengetahui kontigen manakah yang bakal merangkul gelaran juara. Mengumpul mata sebanyak..... juara Kejohanan Balapan dan padang IPG Kampus Perempuan melayu Melaka kali ke 42 ,disandang oleh.. kontigen..........!!!!!!!!!!!!!!

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________ atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Ucapan Perasmian penutupan

Hadirin yang dikasihi. Puas sudah kita berlari, puas sudah kita melompat, puas sudah kita meluahkan rasa. Dan Kompleks Sukan Puteri gunung Ledang ini telah menjadi saksi segala suka dan duka sepanjang berlangsungnya Kejohanan balapan dan padang kali ke 42 ini. Segala yang bermula, molek kiranya ditutup dengan adatnya. Dengan itu, majlis

mempersilakan ______________________________________ Untuk menyampaikan ucapan, seterusnya menutup rasmi kejohanan balapan dan padang kali ke 42 peringkat IPGK PM. segala hormatnya mempersilakan. Majlis dengan

Istiadat menurunkan bendera Penyerahan bendera kejohanan

Kini tibalah kita ke acara kemuncak majlis iaitu Istiadat Penurunan Bendera Kejohanan. Acara yang sedang berlangsung ialah penyerahan bendera

kejohanan oleh ketua pembawa bendera kejohanan, Leftenan Muda Najwa binti Zainuddin kepada Ketua Unit Kokurikulum Encik Mohamad Rosli bin Badron untuk diserahkan kepada Puan Tumerah binti Rosmin sebagai simbolik berakhirnya Kejohanan Balapan dan Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka kali ke 42. mempersilakan. Dengan penuh takzimnya, majlis

Nyanyian lagu

Demikianlah tadi istiadat penurunan dan penyerahan bendera kejohanan tanda berakhirnya kejonanan kita pada kali ini.

Hadirin budiman, Bagi mengakhiri kejohanan balapan dan padang kali ke 42, marilah sama-sama kita meyemarakkan semangat kesukanan yang tidak pernah padam dengan menyanyikan lagu tema kejohana Balapan dan padang peringkat IPGK PM kali ke 42. Sama-samalah kita menyanyikan lagu Gemuruh.
Tamatkan majlis

Terima kasih atas nyanyian yang begitu bersemangat.

Dengan

berakhirnya nyanyian lagu tema sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Sekadar renungan bersama: Tiap bicara ialah cerminan hati, Jangan disemai dengan duri benci, Kita bajai dengan kasih suci Agar tumbuhnya keunggulan peribadi Selamat Maju Jaya buat atlit-atlit serta sekalian guru pelatih dan sekian assalammualaikum w.b.t dan salam integriti. Majulah Sukan untuk Negara.

Anda mungkin juga menyukai