Anda di halaman 1dari 3

Lantunan Mahabbah Rasulullah S.A.

W IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Bismillah-ir Rahman -ir Rahim Alhamdulillah hirobbil a'lamin Wassola tu wassalam waa'la Asyrafil anmbiya I'wal mursalin, Waa'la alihi wasohbihi ajma'in Assalamualaikum w.b.t dan selam sejahtera.

Yang Berbahagia, Tuan Haji Mustaffa bin Abdul Hamid, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Shobri bin Saad, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Penceramah jemputan, Tuan Sheikh Alauddin bin Haji Abu Bakar, Tuan Sheikh Mohd Nasim, Pensyarah-pensyarah, Seterusnya rakan-rakan guru pelaih yang dikasihi sekalian.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi S.A.W, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Warga dewan sekalian, Marilah kita sama-sama merafaq kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan Lantunan Mahabbah Rasulullah S.A.W pada pagi yang mulia ini.

Bacaan Doa: Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan ini mempersilakan Saudara Abdul Wafi bin Abdullah untuk memimpin bacaan doa. Amin.. amin ya rabbal 'alamin.. terima kasih diucapkan kepada Saudara Abdul Wafi bin Abdullah atas bacaan doa sebentar tadi.

Lantunan Mahabbah Rasulullah S.A.W IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Ucapan: Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Haji Ismail bin Abdul Rahman, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral untuk menyampaikan ucapan. dipersilakan. Terima kasih diucapkan atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang akan disampaikan oleh Pengarah/Timabalan Pengarah ........................................................................................................ Terima kasih diucapkan atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin hadirat, Sekarang marilah kita berhibur dengan persembahan daripada kumpulan Qasidah Dipersilakan. Jazakumullahu khairan kasiran diucapkan kepada kumpulan Qasidah atas persembahan yang cukup bertenaga itu tadi.

Majlis diteruskan lagi forum dengan tajuk 'Menangani Gejala Syiah dalam Masyarakat Islam di Malaysia'. Dengan itu, dipersilakan Dr. Ridzuan bin Ahmad selaku moderator bagi forum kita pada pagi ini. Berakhirnya ... Sementara menunggu forum kita bagi sesi yang kedua, marilah kita berhibur dengan persembahan daripada kumpulan nasyid 'Ilhan Nur'. dipersilakan. Syukran jazilan buat kumpulan nasyid 'Ilhan Nur' atas persembahan yang mantap tadi.

Lantunan Mahabbah Rasulullah S.A.W IPG Kampus Sultan Abdul Halim


Sajak: Hadirin sekalian, Marilah kita sama-sama pula mendengar dan menghayati sajak yang akan dideklamasikan oleh .... a) b) Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada ... atas pendeklamasian sajak itu sebentar tadi..

Warga dewan sekalian, Seterusnya kita kembali semula ke agenda forum bagi sesi 2 dengan tajuknya iaitu 'Menangani Gejala Syiah dalam Masyarakat Islam di Malaysia'. Dijemput ahli-ahli panel jemputan dan moderator untuk mengambil tempat. dengan segala hormatnya dipersilakan. Jazakumullahu khairan kathiran kepada ahli-ahli panel Tuan Sheikh Alauddin bin Haji Abu Bakar, Tuan Sheikh Mohd Nasim, dan Dr. Ridzuan bin Ahmad selaku moderator forum kita pada hari in.

Inilah saat yang dinanti-nantikan. Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput ............................................................................................... .............................................................................................................. Bagi pelancaran Harmonic Circle

Anda mungkin juga menyukai