Anda di halaman 1dari 6

10.01.

2013

Kuliah 2 Fungsi budaya Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup. 1. Memenuhi dan menyediakan keperluan Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Contoh, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya (sumber alam) Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu pelayaran, maka akan membina kapal. 2. Sebagai kepercayaan & panduan dalam bertingkah laku Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan panduan. Ruang lingkup bertingkah laku: i. ii. iii. Perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan Perlakuan yang patut dan tidak patut. Perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

3. Mengatur hubungan sesame manusia Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam.

10.01.2013

Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan semasa manusia.

4. Penggalak kepada manusia untuk mencipta Alam fizikal yang membeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza Orang Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan. Igloo, sampan tulang paus Contoh : whitening (asian) vs dark (Europe)

5. Alat penyatuan dan pengenalan identiti Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Jepun dikenali bukan sahaja dari fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian. Manusia bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja sama bagi mencapai sesuatu. Pluraliti Budaya Pendekatan dalam menyelesaikan masalah hubungan ras : Pluraliti Budaya Di Malaysia, setelah wujudnya perjanjian di antara kaum Melayu dengan wakil-wakil kaum bukan Melayu di dalam Kontrak Sosial, pendekatan konsep plurality budaya digunakan sebagai satu penyelesaian masalah hubungan ras. Pluraliti budaya menerapkan pencapaian keseragaman dalam halhal yang penting krepada Negara seluruhnya tetapi dalam masa yang Konsep plurality budaya Teori asimilasi Teori amalgamasi

10.01.2013

sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri. Konsep ini diwakili oleh formula. A+B+C=A+B+C. (A,B dan C merujuk kepada budaya)

Konsep Etnik Perkataan Yunani=ethnos(orang) Satu kumpulan etnik ditafsir secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri b udaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orentasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan ganjil, berada di tahap rendah atau tidak bermoral. Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. Etnik= keturunan Ras= Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

10.01.2013

Teori-teori hubungan etnik Segregasi (British-pecah dan perintah) Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah Negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan. Akomodasi Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. Negara Switzerland adalah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka. Akulturasi Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayan asing itu akhirnya diterima dan dioleh ke dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identitii asal masyarakat yang menerima. Kejayaan akulturasi bergantung kepada: i. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.

10.01.2013

ii.

Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideology, pemikiran dan sebagainya

Asimilasi - Ia merupakan satu proses pencantuman dan penyataan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama. - Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. - Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identity. - Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelatan, Baba dan Nyonya. - Proses asimilasi berlaku: i. Etnik yang berbeza budaya ii. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi iii. Interaksi berlaku dalam tempoh yang sama kejayaan asimilasi bergantung i. kesanggupan etnik minority menghilangkan identity mereka dan menerima identity etnik lain ii. kesanggupan etnik majority menerima etnik lain iii. perbezaan saiz kelompok majority dan minority tidak besar atau kelompok minority adalah kecil. iv. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik v. Penguasaan dalam sesuatu bidang khusunya oleh etnik minority akan menyukarkan proses asimilasi - Faktor penghalang asimilasi: i. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain ii. iii. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.

10.01.2013

Amalgamasi Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik. Proses pencantuman dari segi biologi. A+B+C=D Strategi : i. ii. iii. iv. Majlis Penasihat Perpaduan Dasar Ekonomi Baru Dasar Pelajaran Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Kesimpulan - Hubungan etnik tidak boleh ditangani secara emosi dan sentiment - Perlu kepada aras pemikiran dan tindakan yang didasarkan oleh ilmu (baik sudut konseptual/ teori dan juga sejarah) - Konsep 1M

Rujukan : 1. Idea-Idea Utama Dalam Sosiologi 2. Pengantar Sosiologi 3. Sosiologi Suatu Pengenalan 4. Konsep Asas Sosiologi

Anda mungkin juga menyukai