Anda di halaman 1dari 11

Cara-cara format komputer dan install Windows 7

1) Hidupkan komputer dan masukkan CD Windows 7. 2) Tekan kekunci Esc, F9, atau F12 (bergantung pada jenis komputer) untuk masuk ke Boot Manager. 3) Pilih DVD pada Boot manager. 4) Jika keluar skrin hitam dengan mesej Press any key to boot from CD or DVD, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci.

Kemudian tunggu sehingga skrin-skrin lain habis dipaparkan.

5) Tetingkap Install Windows keluar, klik Next

6)

Tekan butang Install now

7)

Pilih edisi Windows 7, dan tekan Next.

8) Tandakan pada kotak I accept the license terms dan tekan Next.

9)

Tekan pada pilihan Custom (advanced).

10) Pilih partition anda dan tekan Next.

11) Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai, dan komputer akan restart dengan sendiri.

12) Jika skrin hitam dengan mesej Press any key to boot from CD or DVD keluar lagi, jangan tekan apa-apa dan biarkan sahaja.

Windows akan restart lagi dengan sendirinya, anda hanya perlu menunggu sehingga semua proses pemasangan selesai.

13) Tetingkap Set Up Windows keluar. Taipkan nama pada ruangan user name dan tekanNext.

14) Isi pada ruangan kata laluan, dan tekan Next.

15) Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD Windows 7. Nota: Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan kotak Automatically activate Windows when Im online dikosongkan jika ingin menangguhkan langkah ini.

16) Tetingkap Set Up Windows keluar. Tekan pada mana-mana pilihan.

17) Pada bahagian Time zone, pilih (UTC +08:00) Kuala Lumpur, Singapore dan tekan Next.

18) Kini, Windows 7 anda sudah dipasang dan siap sedia digunakan.

Anda mungkin juga menyukai