Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan. (a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulumpendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan. Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum. (b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah: (i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor (ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri (iii) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian (iv) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal (v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan (vi) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999) Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan jasmani iaitu: Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999) Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai dengan memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru PJK (1988).
(c) Organisasi Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik Pengetua/Guru Besar ---->Penolong Kanan (Akademik ) ----> Ketua Panitia ----> Setiausaha ---->Ahli-ahli (Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani) (d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani (i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah (ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani (iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakan (iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani (v) Menyediakan perancangan tahunan panitia (vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani (vii) Memeriksa buku latihan pelajar (viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia (ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia (x) Merancang latihan dalaman (e) Perancangan Belanjawan Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani.
Bil Murid ------------------> Peruntukan Kurang daripada 100 Orang RM 300.00 101-250 Orang RM 300.00(minimum) Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang) 251-500 Orang RM 720.00(minimum) Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang) 501-750 Orang RM 1370.00(minimum) Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang) 751-1000 Orang RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang) 1001 Orang atau lebih RM 2420.00(minimum) Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)
(f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid. Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani (i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani. (ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini. (iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru (iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.
(v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun. (vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.
Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita. Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar. Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput. Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa. Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara pukal. (viii) Pintu Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan. Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah. (g) Penjagaan Peralatan Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guruguru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani. Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah: (i) Duduk di atas bola (ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain (iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain (iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.
sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas. (a) Dasar Sukan Negara Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Dasar sukan digubal hasil kerjasama dan perbincangan yang melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhanpertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan. (b) Rasional Dasar Sukan Negara Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani. Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara. (c) Peringkat Individu (i) Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan yang sihat. (ii) Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri. (iii) Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat (iv) Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup. (v) Interaksi sosial yang baik. (vi) Mengasah kemahiran-kemahiran asas. (d) Peringkat Masyarakat (i) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional. (ii) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara. (iii) Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang peningkatan produktiviti negara. (iv) Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna. (e) Peringkat Antarabangsa (i) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. (ii) Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa. (iii) Memupuk persahabatan. (iv) Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial yang tinggi.
Objektif Dasar Sukan Negara Antara objektif dasar sukan negara ialah: (a) Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. (b) Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan. (c) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam. (d) Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan. Strategi dan Pelaksanaan Dasar Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut :
(a) Perancangan Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program jangka panjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan: - Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada. - Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia. (b) Organisasi Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan membuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini. Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi sukan, swasta dengan kerajaan. Majlis Sukan Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi. Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini untuk menyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini perlu menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia. MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang aktif melalui penyertaan dalam aktivitiaktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik. Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Di institusi pengajian tinggi,aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan. Tanggungjawab utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan Olimpik. MOM bekerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlet untuk pertandingan peringkat antarabangsa. (c) Personel Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Keperluan mempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skim persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan. (d) Kewangan Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Dalam usaha menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan individu, kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai. Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaran aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan. (e) Insentif Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara dan mengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif boleh diberi dalam berbagai berbentuk contohnya peluang memasuki IPTA, biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insurans, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan. (f) Kemudahan Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan bagi sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa. Persatuan sukan bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela
juga di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan. (g) Am Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah membentuk budaya sukan kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan ialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah. Galakkan ini secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk menghasilkan peralatanperalatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah khas sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini. Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan. Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988 merupakan satu dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dasar ini merangkumi dua komponen iaitu: sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi.