Anda di halaman 1dari 7

KOLEKSI SOALAN KARANGAN SPM

MENGIKUT TAHUN
TAHUN SOALAN
2004 Masyarakat Malaysia masih kurang memberikan
(N) pengiktirafan kepada golongan yang terlibat dalam
bidang sastera berbanding dengan masyarakat negara
maju.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang
perlu dilakukan untuk memartabatkan golongan ini.
2005 Sastera tradisional seperti pantun, syair, gurindam,
(J) seloka dan cerita rakyat semakin kurang diminati.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk
mempopularkan sastera tradisional ini.
2005 ”Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
(N) muafakat” bermaksud perpaduan dapat diwujudkan
melalui kerjasama anggota masyarakat.
Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen
yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan
masyarakat majmuk.
2006 Remaja kini kurang berminat untuk membaca karya
(J) yang bertemakan semangat patriotik.
Berikan saranan anda bagaimana untuk menggalakkan
remaja supaya membaca karya-karya yang bertemakan
semangat patriotik.
2006 Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera
(N) dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan
pembaca.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2007 Pembacaan karya-karya sastera dapat meningkatkan
(J) penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya
kreatif dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri
murid.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2007 Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir
(N) dengan dialog di bawah.
Adam : Aku menyesal; segala-gala yang aku lakukan
selama ini
memang salah !
Haris : Syukurlah, engkau telah sedar! Masih belum
terlambat
untuk engkau kembali ke pangkal jalan
2008 Peribahasa ’ Belakang parang pun jikalau diasah
(J) nescaya tajam’ membawa maksud bahawa orang yang
kurang pandai kalau rajin belajar akan berjaya juga
akhirnya.
Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di
atas.

5. Yang kurik itu kundi


Yang merah itu saga
2008 Yang baik itu budi
(N) Yang indah itu bahasa.

Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa


penting dalam kehidupan manusia. Bincangkan
kepentingan amalan berbudi bahasa dalam
masyarakat.

DIMENSI SERANTAU/ GLOBAL/ ANTARABANGSA


TAHU SOALAN
N
2004 Dunia hari ini penuh dengan persaingan. Untuk
(N) mendapatkan pekerjaan, kelulusan akademik semata-
mata tidak cukup. Banyak faktor lain yang perlu
dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya
dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan
perkembangan dunia tanpa sempadan.

Tulis sebuah rencana tentang persediaan yang perlu


dilakukan oleh seseorang pelajar untuk menghadapi
persaingan kerja pada masa akan datang.
2005 Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara
(J) jiran wajar dipelihara.

Bincangkan.
2005 Pada masa ini, persengketaan dan peperangan masih
(N) berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah menjejaskan
keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.


2006 Malaysia mementingkan kesejahteraan dan keamanan
(J) dunia sejagat. Oleh sebab itu, kita tidak menyokong
sebarang bentuk keganasan dan peperangan sebagai
jalan penyelesaian sesuatu masalah.

Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh negara


kita untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan
keamanan dunia.

2006 Masalah jerebu yang berlaku dirantau ini dapat


(N) ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan
negara-negara jiran.

Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh


Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani
masalah tersebut.
2007 Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas
(J) di peringkat daerah. Tajuk perbahasan itu ialah ’
Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada
Negara’.

Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang dalam


pertandingan itu.

2007 Kemiskinan masih menjadi masalah utama di


(N) kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak negara
kaya di dunia.

Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan


oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-
negara miskin.
2008 Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat
(J) memainkan peranan untuk mempromosikan negara
kita dalam pelbagai aspek pada peringkat
antarabangsa.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.


2008 Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan
(N) pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan
hubungan masyarakat dunia.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

DIMENSI MASYARAKAT/ KERAJAAN/ NEGARA

TAHU SOALAN
N
2004 Anda mempunyai tokoh sanjungan kerana pencapaian
(N) cemerlang tokoh tersebut dalam bidang yang
diceburinya. Tokoh sanjungan ini menjadi pendorong
untuk anda mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Nyatakan tokoh sanjungan anda itu dan jelaskan


sebab-sebab kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada
anda untuk mencapai kecemerlangan.
2005 Anda akan menyertai pertandingan syarahan sempena
(J) Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Tajuk
syarahan yang anda pilih ialah ” Budi Bahasa Amalan
Mulia”

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.


2005 Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu
(N) ditingkatkan. Sehubungan itu, Kementerian Belia dan
Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi
bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan
negara.

Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu


dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan
mutu sukan negara.
2006 Masyarakat berperanan penting bagi mengukuhkan
(J) perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita.

Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh


masyarakat untuk menjayakan hasrat tersebut.
2006 Industri pertanian memberikan sumbangan yang
(N) semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan
ekonomi Malaysia.

Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak


dalam memajukan industri pertanian di negara kita

2007 Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan


(J) kempen antimerokok yang telah dilancarkan oleh
kerajaan. Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin
menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan.
Tajuk rencana itu ialah ’ Kesan Buruk Tabiat Merokok
Terhadap Kesihatan ’.
Tulis rencana itu selengkapnya.
2007 Kerajaan telah menubuhkan banyak institusi
(N) pendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej
Komuniti, institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat
Mara. Antara tujuannya termasuklah untuk melatih
golongan belia supaya lebih bersedia dalam
menghadapi alam pekerjaan.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2008 Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidato
(J) peringkat negeri. Tajuk pidato ialah ’Dadah Membawa
Padah’.
Tulis teks pidato itu selengkapnya.
2008 Penyakit demam denggi yang berpunca daripada
(N) nyamuk aedes merupakan ancaman yang
membimbangkan negara.
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya
penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.
DIMENSI KELUARGA
TAHU SOALAN
N
2004 Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu
(N) pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah ”
Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni ”

Tulis syarahan itu selengkapnya.


2005 Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah
(J) keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca
daripada kegagalan institusi keluarga.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.


2005 Keluarga memainkan peranan penting dalam
(N) mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu
pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga


dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
2006 Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha
(J) diri sendiri banyak mempengaruhi kejayaan seseorang
pada masa depan.
Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup
setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai
2006 harganya. Sempena sambutan Hari Keluarga, anda
(N) diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk
”Menghargai Jasa Ibu Bapa”

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.


2007 Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka
(J) bersempena dengan sambutan hari perayaan. Ramai
saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut.

Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah


terbuka.
2007 Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak
(N) membawa kebaikan kepada keluarga dan negara.

Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja


lima hari seminggu
2008 Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin
(J) kebahagiaan sesebuah keluarga.

Bincangkan.
2008 Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang
(N) terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga
tersayang.

Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi


idaman anda sekeluarga.

DIMENSI DIRI/ INDIVIDU/ REMAJA

TAHUN SOALAN
2004 Golongan remaja merupakan aset penting kepada
(N) negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui
pemerintahan negara, menjadi tenaga yang
memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara
daripada pelbagai ancaman.

Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan


peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat
tersebut
2005 (J) Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum sesuatu
cita-cita itu dicapai.
Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-
langkah yang perlu anda ambil untuk mengatasinya.
2005 Remaja memang suka mengikut trend semasa dari
(N) segi gaya hidup dan berpakaian. Trend ini akan
mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia
pada masa akan datang.
Ulas pernyataan di atas

2006 (J) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan


syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan
Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya
Hidup Sihat”.

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya


2006 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(N) penting dalam kehidupan pada masa ini.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan
menguasai kemahiran ICT
2007 (J) Setiap individu perlu mengamalkan sifat berjimat-
cermat.
Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan ini.
2007 Anda mengambil bahagian dalam pertandingan
(N) syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda
ialah ’Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti ’

Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.


2008 (J) Kitar semula merupakan satu daripada kaedah
pengurusan bahan terbuang.

Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula

2008 Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah,


(N) anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan
tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di
sekolah anda.

Sediakan laporan itu selengkapnya