Anda di halaman 1dari 18

TAJUK-TAJUK PENTING UNTUK BAHASA MELAYU SPM

1
KERTAS 1 (1103/1)

1. Warga tua wajar dijaga dan dihargai oleh semua masyarakat. Walaupun
bilangan mereka semakin bertambah ekoran tahap kesihatan negara yang semakin
baik, pihak kerajaan harus mengambil langkah-langkah tertentu agar kehidupan
mereka terus terjamin.

Bincangkan langkah-langkah tersebut.

Tema: Warga tua

Isu: Langkah-langkah untuk memastikan kehidupan warga tua terjamin.

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:

-Bilangan warga emas semakin bertambah – Harus menjaga, menghormati mereka -

2. Isi-isi :

1. Kerajaan harus memberi lebih banyak insentif kepda mereka – tambang separuh
harga untuk semua jenis pengangkutan awam dan potongan harga atau percuma
bagi golongan ini yang mendapat rawatan di hospital.

2. Membina lebih banyak rumah khas untuk warga tua.


- rumah kediaman berhampiran taman atau laut dan dilengkapi kemudahan
kesihatan

3. Mengadakan program bercorak ekonomi yang mamp menjana pendapatan - mesti


sesuai dengan keadaan fizikal mereka – warga emas tidak akan bosan

4. Mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga ini. Pelbagai program perlu
diatur- beramah mesra dengan generasi muda – untuk memberi kesedaran betapa
mereka saling memerlukan – dapat berkongsi pengalaman yang dialami oleh
warga tua.

Kesimpulan:

Warga emas wajar dihormati , dihargai dan disayangi oleh semua lapisan masyarakat.
Pandangan dan nasihat mereka wajar diikuti dan dihormati kerana mereka terlebih
dahulu ‘makan garam” - mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh generasi
muda.

2
2. Semangat cinta akan negara perlu dipupuk sejak kecil. Hal ini bagi
mengekalkan keamanan, kehamonian dan kesejahteraan di negara kita.

Sebagai pelajar, berikan komen anda berhubung pernyataan tersebut.

Tema : Semangat cinta akan tanah air.

Isu : Langkah-langkah memupuk semangat cinta akan tanah air dan


kepentingannya.

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:

Mulakan dengan peribahasa: ‘Kalau melentur buluh, biar dari rebungnya” atau
peribahasa Arab yang bermaksud ,“ mendidik anak kecil umpama menglir atas
batu, sebaliknya mendidik anak setelah dewasa umpama mengukir di atas air”.

Kajian yang dijalankan oleh pakar dalam bidang pendidikan mengakui bahawa
didikan ibu bapa terhadap anak-anak kecil mempunyai kesan terhadap perwatakan
anak setelah dewasa. Ketika usia masih mud, jiwa dan emosi anak-anak lebih
mudah dibentuk dan dididik kea rah menghayati semangat cinta akan negara.
Anak-anak akan menjadikan ibu bapa dan ahli keluarga sebagai rujukan untuk
mempelajari tingkah laku terpuji termasuk menyemai semangat cinta akan
negara.

2. Isi:

1 Peranan ibu bapa dalam menyatakan kepentingannya.

- ibu bapa menjadi contoh terbaik untuk diikuti


- contoh : menggunakan barangan buatan tempatan.

2 Kempen melalui media massa.

- drama dan filem bertema semangat cinta akan negara


- contoh : filem “Bukit Kepong”.
- Filem dokumentari yang memaparkan semangat cinta akan negara.
- Iklan pendek

3 Peranan pihak sekolah”

3
- melalui aktiviti P&P dalam bilik darjah. – Mata pelajaran Sivik dan Sejarah
(memperkenalkan tokoh-tokoh sejarah )

- Melalui aktiviti kokurikulum : Lawatan ke tempat bersejarah, sambutan Bulan


Kemerdekaan( sajak, teater, lagu-lagu patriotik)

- Kempen beli barangan buatan tempatan

2.4 Kesimpulan;

3. Gaya hidup masyarakat Malaysia kian berubah ekoran penggunaan


telefon bimbit masa kini.

Berikan pendapat anda berhubung fenomena ini.

Tema: Penggunaan telefon

Isu: Gaya hidup masyarakat berubah.

.Menulis karangan:

1.Pendahuluan:
-Telefon bimbit bukan lagi barangan mewah- barang keperluan- mampu dimiliki
oleh semua golongan – ada baik dan buruk.

2.Isi-isi:

Kebaikan:

1. Alat perhubungan yang penting – dapat menghubungi keluarga atau rakan


dengan mudah pada waktu gembira atau kecemasan –
-Dapat menghilangkan rasa rindu dengan melihat paparan wajah walaupun berada
pada jarak jauh.

2. Membolehkan sebarang maklumat disampai dan diterima dengan mudah dan


cepat- maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah, hal-hal pelajaran dan saling
bertukar maklumat.

Keburukan:

1. Hubungan masyarakat semakin renggang – tidak mempeduli masyarakat


sekeliling dan rakan-rakan – aktiviti terhad

4
2. Menggunakan untuk menyebar maklumat palsu, berunsur hasutan , fitnah ,
khabar-khabar angin serta gambar-gambar lucah.

3. Pelajar hilang tumpuan untuk belajar – leka dengan SMS, tidak minat belajar
dan berkeinginan tinggi untuk memiliki telefon yang lebih canggih –

Kesimpulan:

Penggunaan telefon bimbit harus dikawal – Ibu bapa harus mengawasi


penggunaan telefon dalam kalangan anak-anak – Semua pihak perlu bekerjasama.

4. Kegiatan lumba haram sering menjadi ikutan remaja masa kini. Ibu bapa
sering dipersalahkan apabila anak-anak terlibat dalam gejala tersebut.
Pada pendapat anda, wajarkah ibu bapa dipersalahkan dalam hal ini?

Beri komen anda berhubung isu tersebut.

Tema: lumba haram

Isu: Ibu bapa wajar dipersalahkan dalam penglibatan anak-anak.

Menulis karangan:

1.Pendahuluan:

-Definisi lumba haram.


-Golongan yang terlibat, biasanya secara berkumpulan.
-Penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya

2. Isi:

1 Ibu bapa wajar dipersalahkan dalam mengawal kegiatan anak-anak(punca).

- ibu bapa sibuk mencari rezeki/bekerja sehingga ketiadaan masa untuk


mengawal pergerakan anak-anak – letih selepas pulang dari bekerja.

2 Ibu bapa terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak – tiada/kurang kawalan.


- menurut segala kemahuan/keinginan anak-anak – membeli motor
menyebabkan nereka menjadi liar.
Ungkapan menarik yang sesuai: “melentur buluh biarlah dari rebungnya”,
“sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.”

5
3. Faktor lain/punca lain:

1.Sikap remaja itu sendiri – ingin mencuba, menunjukkan kehebatan apabila


berada di jalan raya., tidak mahu dikongkong dan pantang dicabar.

2.Pengaruh persekitaran dan rakan sebaya yang suka berlumba.


-Pengaruh melalui media elektronik (filem/ televisyen) yang memaparkan
aksi-aksi hebat Mat Rempit di jalan raya dan remaja cuba meniru.

-Masyarakat tidak ambil peduli /kurang teguran ( Ungkapan menarik : “jaga


tepi kain orang,” “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing” )

4. Langkah-langkah:

- Ibu bapa perlu lebih prihatin – bertindak tegas terhadap anak-anak.


- Penguatkuasaan undang-undang, rondaan lebih kerap, pasang kamera litar
tertutup.
- Kempen, ceramah.

5. Kesimpulan :

Semua pihak perlu bekerjasama


Ungkapan menarik : “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”.

5. Semangat kejiranan kini semakin luntur dalam kalangan masyarakat


Malaysia.

Bincangkan punca-punca mengapa semangat ini semakin luntur dan


sarankan pelbagai langkah bagi menangani permasalahan tersebut.

Tema : Semangat kejiranan

Isu ; Punca-punca dan langkah-langkah

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:
Maksud jiran dan semangat kejiranan.
-Bandingkan semangat kejiranan dahulu dan sekarang
-Dahulu – rapat. Ungkapan menarik – “ hidup sandar menyandar seperti
aur dengan tebing”.

6
-Sekarang – renggang - Ungkapan menarik – “ bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing”.

2. Isi – Punca-punca

1 Perubahan hidup masyarakat sekarang- terlalu sibuk mencari rezeki,


mengejar kebendaan, kemewahan dan gaya hidup (keluar awal pagi, pulang
pada waktu malam). Kesannya, tidak sempat bertegur sapa/ mengenali jiran
tetangga.

- Pekerjaan masyarakat dahulu lebih bercorakkan pertanian di kawasan luar


bandar.Konsep gotong royong menjadi amalan bersandar kepada peribahasa,
“berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah”.

2 Kemajuan dalam bidang teknologi mempengaruhi kelunturan semangat


kejiranan yang mengurangkan amala kunjung –mengunjungi’
- Sajian pelbagai program menarik melalui media elektronik menyebabkan
masyarakat leka dan tidak menghiraukan jiran tetangga.
- Masa dihabiskan di hadapan skrin televisyen.

3. Langkah-langkah:

1 Menghidupkan kembali amalan bergotong –royong – masyarakat akan saling


bekerjasama seperti membersih kawasan kediaman, memperbaiki alat-alat
permainan dan menebas semak-samun.
- elakkan daripada “nasi menjadi bubur”.

2 Kempen amalan rumah terbuka –


-pada musim perayaan – dapat mengenali jiran tetangga
-kenduri-kendara
-majlis keramaian
-kempen melalui media elektronik/media cetak tentang pentingnya
hubungam kejiranan.

4 .Kesimpulan:

-Semangat kejiranan penting untuk negara(pelbagai bangsa, agama dan budaya


dalam usaha pemupukan semangat perpaduan.
- Ungkapan menarik- “Jiran sepakat membawa berkat”.

7
6. Baru-baru ini satu pertandingan syarahan anjuran Badan Pencegah Rasuah
telah diadakan di daerah anda. Anda merupakan salah seorang daripada
peserta tersebut. Tajuk syarahan ialah “Rasuah – Punca dan Langkah”.

Tuliskan teks ucapan itu selengkapnya.

Format: Syarahan

Tema: Rasuah

Isu: Punca dan langkah

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:

Fenomena rasuah – tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa
maksud yang negative kepada imej negara.
-Banyak melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi.

2. Isi-isi:

1.Punca rasuah:

1 Keinginan untuk cepat kaya dan hidup mewah – terlalu mengejar kebendaan
-Kurang penghayatan nilai-nilai murni – menganggap rasuah sebagai satu
kebiasaan.

2 Penguatkuasaan undang-undang yang lemah dalam sistem perundangan-


- Mahkamah mengenakan hukuman yang ringan kepada peslah rasuah berbanding
jumlah rasuah yang diambil oleh mereka.
-Memberi satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman dalam
menangani isu ini.
-Mereka yang telah dijatuhkan hukuman akan terus melakukan kegiatan tersebut
kerana selepas keluar dari penjara , mereka masih mampu menikmati hasil rasuah
yang mereka ambil setelah keluar dari penjara.

2 Langkah-langkah menangani:

- .1 Peranan pihak kerajaan – menahan, mendakwa dan menghukum pesalah


rasuah tanpa mengira kedudukan – tidak “memilih bulu”.

8
2 Mengadakan kempen sama ada melalui media cetak atau media elektronik yang
dibuat secara holistik agar khalayak masyarakat dapat menerimanya.
-Kempen haruslah yang benar-benar boleh memberi kesan kepada yang
menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum melakukan perbuatan tersebut.

3 Penerapan konsep keagamaan dan moral sama ada di peringkat sekolah


atau universiti mampu menyekat penularan wabak sosial ini.

Kesimpulan:

Anjakan paradigma masyarakat terhadap gejala rasuah perlu berlaku terlebih


dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbi.
- Konsep “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”.

7.. Tugas menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.

Bincangkan langkah-langkah yang mampu diambil oleh semua pihak dalam


usaha melesterikan alam sekitar di negara kita.

Tema: Alam sekitar

Isu ; Langkah-langkah melesterikan alam sekitar.

Menulis karangan :

1.Pendahuluan:

-Alam sekitar semakin tercemar.Hutan semakin mengalami kemusnahan.


Masyarakat masih belum menyedari dan mengambil pengajaran daripada kejadian
yang menimpa alam sekitar.
-Alam sekitar – perlu dijaga – khazanah yang tiada nilainya.
-Kemusnahan alam sekitar dapat menggugat kestabilan ekosistem – menjadikan
bumi kian gersang-
-Kerakusan manusia mengejar pembangunan- memusnahkah segala keindahan.

2.Isi :

1. Langkah-langkah menjaga alam sekitar :

9
1. Kerajaan mewartakan kawasan hutan sebagai Taman Negara dan Hutan
Simpan Kekal. – Hutan akan terus terpelihara tanpa ada usaha untuk
menebangnya dan mengaut sedikit keuntungan dalam jangka masa
pendek.

2. Menguatkuasakan undang-undang – Hukuman lebih keras kepada


pesalah yang bertindak menjejaskan alam sekitar.
- Untuk tujuan pembangunan seperti projek pembalakan dan pembangunan
perumahan yang melibatkan kemusnahan alam sekitar harus dikaji.
- Kerajaan boleh meletakkan syarat bahawa setiap pohon yang ditebang, harus
diganti dengan dua atau tiga batang pokok. – berfikir dua kali untuk
menebang pokok.

3. Memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar di sekolah –


menerapkan rasa cinta dan menghargai akan alam sekitar- “melentur
buluh, biarlah dari rebungnya”.

4. Kempen kesedaran – mencintai alam sekitar – pertandingan menulis


esei, iklan melalui media cetak dan media elektronik.

Kesimpulan:
Tugas menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.

8.. Tulis sebuah rencana berhubung kebaikan dan keburukan penggunaan


telefon bimbit kepada pelajar.

Format :Rencana

Tema: Penggunaan telefon bimbit

Isu ; Kebaikan dan keburukan

Menulis karangan :

1. Pendahuluan:

-Salah satu alat teknologi canggih masa kini –


-Membantu manusia melaksanakan pelbagai urusan – menjadi barangan keperluan ,
dimiliki oleh semua golongan.
-Penggunaannya sebagai satu trend atau gaya hidup masa kini.

2. Isi-isi:

10
2. Kebaikan:

-1 Kemudahan untuk berkomunikasi

- Dapat menghubungi sesiapa sahaja walaupun berada di tempat yang jauh,


tersebut.
- Merapatkan hubungan antara ibu bapa, adik, kakak, abang, kawan dan guru .
- Boleh menghubungi sesiapa sahaja secara cepat, tepat dan menjimatkan masa
pada bila-bila sahaja baik waktu kecemasan atau waktu gembira.

.2 Sebagai satu bentuk penyamaian informasi yang pelbagai dan menarik’


-Pertukaran maklumat dan pengetahuan dengan sesiapa sahaja yang berada jarak
dekat atau jauh tanpa mengira waktu.
-Pelajar boleh mendapat apa-apa saja maklumat jika ketinggalan menjadikan
remaja kita berinformasi.

3 –Boleh merakam sebarang bukti kejadian untuk membantu dalam penyiasatan


sesuatu kes.

2. Keburukan:

1 Menggunakan untuk tujuan yang mendatangkan kesan negatif/gejala tidak sihat


- Penyebaran fitnah melalui SMS
-Menghantar gambar-gambar lucah dank lip video yang tidak senonoh, lalu
berkongsi pula dengan rakan yang lain.

.2 Pelajar hilang tumpuan untuk belajar –


- Tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk pelajaran –
-Pelajar menggunakan telefon ketika guru mengajar tanpa segan silu.
-menjejaskan proses p&p, pelajaran merosot
.

Kesimpulan:

-Penggunaan telefon bimbit wajar dikawal terutama dalam kalangan pelajar .


Kajian menunjukkan telefon bimbit mampu menjejaskan kesihatan pelajar melalui
gelombang bunyi yang dikeluarkan sewaktu bertelefon-
Konsep “cegah sebelum parah”.

11
9. Peningkatan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya begitu ketara
setiap tahun.

Ulaskan.

Format :Tiada
Tema: Kemalangan jalan raya
Isu: Punca dan langkah

Menulis karangan :

Pendahuluan:
Kemalangan jalan raya semakin meningkat – Bilangan kenderaan semakin
bertambah. Jalan raya semakin sesak- Manusia hilang kesabaran-
Perlu langkah-langkah awal untuk pencegahan –“Cegah sebelum parah”.

Isi:
Punca:

1. Tidak mematuhi peraturan jalan raya, tidak mempedulikan kenderaan lain.


-memandu laju (ingin cepat sampai ke destinasi), dalam keadaan mabuk
,berlumba di jalan raya, tidak mempunyai lessen memandu.

2. Kenderaaan tidak diselia dengan baik sewaktu menggunakannya terutama


untuk perjalanan jarak jauh (musim perayaan)

3. Keadaan jalan raya yang tidak sempurna- mengalami kerosakan (berlubang),


-tidak mempunyai sebarang tanda amaran di kawasan yang mengalami kerosakan
jalan raya.

Langkah-langkah:

1. Mengadakan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKIR)-


-dapat membantu memberi kesedaran dan perlu usaha untuk menjadi pemandu
yang berhemah sejak awal - peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara yang
mengsasarkan semua komuniti masyarakat sama ada pelajar, ahli politik , ketua
negara, pendidik mahupun badan-badan profesional.

2. Membina lorong khas motosikal di jalan-jalan yang dikenalpasti sebagai


kawasan risiko kemalangan yang melibatkan penunggan dan pembonceng
motosikal.

Kesimpulan:

12
- Pengguna jalan raya harus berubah sikap. Slogan ‘anda mampu mengubahnya”
memang tepat sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan raya.

10. Pelancongan Desa merupakan salah satu aktiviti yang dapat menghasilkan
pendapatan kepada penduduk kampung dan seterusnya memberi manfaat
kepada negara.
Pelancongan ini diperkenalkan sebagai usaha menggalakkan aktiviti
ekonomi dalam kalangan penduduk.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri


ini agar terus berkembang maju.

Tema: Pelancongan Desa


Isu: Langkah-langkah memajukan Pelancongan Desa

Menulis karangan:

1.Pendahuluan:

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang maju.


-Tahun 2000, 10.2 juta pelancong berkunjung ke Malaysia.
-Malaysia negara ketiga paling ramai menerima pelancong Asia Timur selepas
China dan Hong Kong.

Pelancongan Desa – satu kosep yang unik, sangat sesuai bagi mereka yang ingin
merasai pengalaman menjalani cara hidup masyarakat Melayu.

-Pelancongan Desa yang berasaskan pertanian misalnya dapat memberi


pengalaman kepada pelancong menghargai hidup kampung dan merasai nikmat
alam semulajadi dengan melawat ladang buah-buahan, sayur-sayuran dan
ternakan.

2.Isi-isi:

Langkah-langkah:

13
1.Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti
mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur. seperti
infrastruktur kawasan antaranya rumah penginapan, kantin, bekalan air bersih, elektrik
dan kemudahan asas yang lain.

2.Menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki bukit dan gunung, memancing,


berkhemah, melawat gua, merentas hutan , memerhati burung, melawat lading, kebun
buah-buahan, berbasikal dan sebagainya.

3.Mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelawat daripada dalam negeri


dan luar negeri melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta.

4.Membangunkan kawasan desa yang sesuai untuk tujuan pelancongan dengan


menyediakan penginapan dan kawasan menjamu selera.

Kesimpulan:

Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan
industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam
pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Selain dari sudut
komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan
sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan
berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna.

11.. Permainan tradisional perlu dikekalkan untuk generasi turun temurun.

Bincangkan.

Tema: Permainan tradisional

Isi : Langkah-langkah meningkatkan permainan tradisional.

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:

Permainan tradisional semakin dilupakan oleh masyarakat.


-lebih meminati permainan moden seperti video.
-akan lupus sekiranya tidak ditangani dengan segera.
-mendatangkan kerugian kepada negara.

2. Isi-isi:

Langkah-langkah meningkatkan permainan tradisional.

14
1. Penganjuran permainan tradisional oleh pihak kerajaan.
- mengadakan pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
- Penyertaan daripada pelbagai kaum amat digalakkan.
- Menawarkan hadiah yang lumayan.

2. Menubuhkan kelab permainan tradisional di sekolah.


- guru-guru dihantar berkursus untuk memahirkan permainan ini.
- Generasi muda akan meminati permainan ini jika diketengahkan – wau,
gasing, congkak dan pelbagai lagi.

3. Kerajaan mengadakan kempen permainan tradisional.


-promosi melaui jabatan kerajaan dan media massa.
-melibatkan semua jabatan kerajaan.
-mengadakan bulan permainan tradisional.

4. Mewajibkan semua hotel menganjurkan sukan tradisional.


–mengadakan pertandingan antara kakitangan hotel dan para pengunjung.
-dapat menarik pelancong terutama dari luar negeri.
Pelancong akan menceritakan pengalaman mereka kepada rakan-rakannya.

5. Para pemenang dinobatkan sebagai tokoh sukan tradisional.


- diberikan pelbagai ganjaran berupa wang, sijil dan pelbagai lagi.
- -diwawancara di kaca-kaca televisyen dan surat khabar.
- -berasa dihargai dan setaraf dengan kejayaan dalam permainan moden.

6. Memberi dana kepada kelab-kelab permainan tradisional.


- dapat mengadakan program dan aktiviti sepanajng tahun.
- Dapat menarik minat orang ramai untuk menyertainya.
- Diperluas hingga ke kawasan pedalaman.

Kesimpulan:
Permainan tradisional- wajar diwarisi oleh genenrasi baru – “tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas”.
-dapat mengekalkan budaya dan identiti bangsa.

12. Salah satu kecanggihan dan kemajuan dalam teknologi komunikasi pada
hari ini ialah penggunaan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).

Nyatakan kebaikan dan keburukan yang diperoleh daripada penggunaan


teknologi ini kepada manusia.

15
Tema: Sistem Maklumat Ringkas (SMS)

Isu: Kebaikan dan keburukan penggunaan SMS kepada pengguna.

Menulis karangan:

1.Pendahuluan:

Kecanggihan dan kemajuan dalam teknologi komunikasi mengubah gaya hidup


manusia.
-Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan
terbaik kepada pelanggan mereka (khidmat pesana ringkas –SMS, khidmat
pesanan multimedia – MMS, teknologi tanpa wayar –Bluetooth dan lain-lain).
SMS – fungsi perkhidmatan semakin meluas – program realiti (televisyen) –
hiburan, mencari menantu dan pelbagai lagi.

2.Isi-isi:

Kebaikan dan keburukan:

Kebaikan:

1. Sebagai alat komunikasi yang paling cepat dan cekap untuk


menyampaikan maklumat.
- bukan sekadar untuk berhubung dengan rakan-rakan, tetapi untuk melaporkan
sebarang masalah sosial seperti kes rogol dan jenayah .
- Laporan melalui SMS yang dikenal sebaga “DAPAT” – konsep yang
diamalkan menerusi Rakan Cop – sebagai bukti, index kadar jenayah
mengalami penurunan – 24,571 (2003), 21241 (2004) dan 19695(2005).

2. Memudahkan komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

- Kesibukan ibu bapa bekerja, tidak mempunyai masa yang banyak untuk
mengikuti perkembangan anak-anak – ibu bapa hanya perlu mengakses
melalui telefon bimbit.
- Menyalurkan maklimat berkaitan kehadiran, disiplin, latihan pelajar,
keputusan peperiksaan dan takwim aktiviti.

2.Keburukan:

1. Alat penyebar maklumat yang berbaur fitnah, perkauman, isu agama,


perhimpunan haram, berita palsu dan sebagainya- semakin berleluasa dan
membimbangkan.

16
-Mesej yang menyentuh sensitiviti agama boleh mencetuskan perbalahan kaum –
menggugat keamanan negara.

2. Timbulkan kes penipuan- ramai tertipu dengan tawaran hadiah bernilai berpuluh-
puluh ribu ringgit – mengalami kerugian.
-Modus operandi penjenayah ialah menghantar SMS mendakwapenerima memenangi
hadiah bernilai ribuan ringgit.
-Mengarahkan mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam nombor akaun sebelum
menunggu panggilan daripada penjenayah bagi menuntut wang yang dimenangi.

Kesimpulan:

-Budaya SMS merupakan cara berkomunikasi yang paling mudah, ringkas dan efektif
serta lebih menjimatkan untuk berhunung antara satu sama lain.
-Harus lebih bertanggungjawab dan memanfaatkan sebaik mungkin segala
kemudahan tersebut.

17
18