Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, 96509 BINTANGOR, SARAWAK.

KERTAS KERJA
PROGRAM SUKAN REKREASI PENDIDIKAN JASMANI 1 PPISMP PJ & BM

TEMPAT: KEM BELIA MUKAH

TARIKH:

ANJURAN: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

1.0 PENDAHULUAN

Sukan Rekreasi ialah salah satu sukatan yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani 1. Program Sukan Rekreasi ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani serta diwajibkan kepada semua pelajar PPISMP Semester 3 yang mengambil major ataupun minor mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Program ini akan diadakan di Kem Belia Mukah, Bahagian Mukah pada---------------. Hal yang demikian adalah selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pengambilan Guru melalui Pusat Perkembangan Kurikulum yang menetapkan kokurikulum agar bakal guru perlu diberi pendedahan Pendidikan Luar. Hal ini penting untuk mengaplikasikan ilmu dan pengalaman serta tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak.

2.0 MATLAMAT Pelbagai tujuan program ini diadakan, antaranya untuk memberikan pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan aktiviti pendidikan luar. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Sukan Rekreasi untuk membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam aktiviti pendidikan luar ini. Pendidikan Luar merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan dengan mewujudkan iklim luar bilik darjah yang menggalakkan bakal guru secara aktif pada tahap yang kompleks di samping menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui program seperti ini juga dapat memupuk semangat toleransi, kerjasama, dan setiakawan di samping mampu membentuk kepimpinan serta kekentalan jiwa sebagai seorang bakal guru.

3.0 OBJEKTIF Mampu membentuk seorang bakal guru yang fleksibel atau mampu menyesuaikan diri (adaptability) dalam apa jua keadaan. Melatih bakal guru menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif . Memberi pendedahan dan pengalaman bekerja dalam kumpulan (Teamworking) seterusnya memupuk semangat saling bantumembantu dan toleransi dalam kalangan peserta.

Memupuk keyakinan diri dalam setiap diri pelajar (Self-Esteem). Memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam menghadapi sebarang perubahan yang berlaku di persekitaran luar dengan membolehkan seseorang pemimpin membuat perancangan dan strategi.

Membentuk dan melatih bakal guru menjadi seorang insan pendidik yang tabah, sabar, kuat semangat dan kental jiwanya. Memberi kesedaran kepada bakal guru mengenai konsep pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning) yang mana pengalaman yang diperolehi dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai seorang bakal guru.

4.0 CADANGAN 4.1 Tarikh yang dirancang ialah 4.2 Tempat perlaksanaan ialah di sekitar Kem Belia Mukah 4.3 Dilaksanakan selama 4 hari 3 malam 4.4 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam. (rujuk jadual aktiviti dalam lampiran).

5.0 TEMPAT (RASIONAL PEMILIHAN TEMPAT) Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Kem Belia Mukah adalah:5.1 Kawasan perkhemahan dengan bentuk muka bumi persisiran pantai yang terdekat dari sekolah. 5.2 Keadaan pantai yang landai dan ombak yang sederhana. 5.3 Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas untuk pelbagai aktiviti. 5.4 Kedudukan berdekatan dengan perkampungan nelayan tetapi sedikit jauh dari kawasan tumpuan pelancong seperti air papan. 5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan

sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

6.0 IMPLIKASI 6.1 Program ini melibatkan semua pelajar kelas PPISMP PJ dan PPISMP BM. 6.2 Melibatkan beberapa pensyarah yang menjadi pensyarah pengiring. 6.3 Kewangan adalah seperti yang tercatat dalam perbelanjaan.

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

JAWATANKUASA INDUK Penasihat : En. Nicolas Ugul ( Pengarah IPG Kampus Rajang) : Tuan Hj Mat Akhir (Penolong Pengarah) Pengerusi :

Penyelaras Program

Ketua fasilitator Fasilitator

: : (i) (ii) (iii) (iv)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Naib pengerusi Setiausaha Bendahari Kem Komandan

: Mohd Hafiz Bin Mat Leh : Desmond Daniel a/k Copta : Nur Syuhada Binti Azhari : Mohd Zamir Haris Bin Rosli : Anas Amirul Bin Ahmad Annuar

AHLI JAWATANKUASA AJK Peralatan AJK Makanan AJK Buku Program AJK Hadiah & Cendera hati AJK Disiplin & Kebersihan AJK Kebajikan & Keselamatan AJK Pengangkutan AJK Aktiviti
: Abby Shyam Bin Sulaiman : Vallerie a/k Jirum : Nur Amalina Binti Omar : Tuan Nur Fatin Nadia Binti Tuan Izham Ros : Muhammad Akmal Bin Abdul Kadir : Yie Kie Bing

: Aziz Faizully Bin Rabat : Mohd Ridhzwan Bin Rashid

8.O PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAP AJK

8.1 AJK PERALATAN

Bertanggungjawab dan berusaha mendapatkan peralatan yang diminta oleh setiap jawatankuasa. Memastikan kelengkapan peralatan yang diperlukan. Membantu AJK lain menyediakan bahan atau peralatan yang diperlukan. Memantau penggunaan peralatan yang digunakan oleh AJK lain supaya sentiasa dalam keadaan yang baik serta memuaskan. Memastikan peralatan bersih, dan selamat sebelum dan selepas digunakan.

8.2 AJK MAKANAN

Menyediakan senarai menu dalam jadual memasak untuk dimasak oleh kumpulan aktiviti yang bertugas sepanjang perjalanan program. Memastikan penyediaan makanan untuk peserta dan pensyarah. Memastikan kelancaran urusan yang melibatkan makanan. Memastikan makanan disediakan mengikut masa yang dijadualkan. Membuat jadual tugasan memasak mengikut giliran. Memastikan tahap kebersihan pengurusan makanan dan dapur. Sajian yang disediakan selaras dengan aktiviti yang ingin dijalankan. Peka terhadap masalah yang dihadapi oleh peserta seperti sesetengah individu yang mempunyai alahan terhadap sesuatu makanan.

8.3 BUKU PROGRAM

Menyediakan buku program. Menyediakan tentatif sepanjang perlaksanaan program.

8.4 AJK HADIAH DAN CENDERA HATI

Mengurus hal berkaitan dan kos perbelanjaan yang diperlukan dalam program ini bagi tujuan hadiah. Menyediakan hadiah bagi aktiviti yang ingin dipertandingkan. Menyediakan cenderahati untuk pensyarah dan peserta sebagai kenangkenangan.

8.5 AJK DISIPLIN & KEBERSIHAN

Memastikan peserta mematuhi peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan. Memastikan peserta menepati masa sebagaimana yang dijadualkan. Memastikan peserta patuh dan mengikuti setiap arahan yang diberikan. Mengawal pergerakan dan tingkah laku peserta sepanjang program di sana. Mengadakan perhimpunan (Roll Call) pada setiap pagi ataupun waktu tertentu mengikut keperluan aktiviti. Bertanggungjawab memastikan tapak perkhemahan sentiasa berada dalam dalam keadaan bersih, selesa dan selamat. Memastikan peserta tidak membawa barangan yang berbahaya ataupun barangan terlarang. Memastikan peserta tidak melakukan perkara terlarang. Memastikan tidak berlaku perselisihan faham yang kritikal atau pergaduhan dalam kalangan peserta. Memastikan bilangan peserta sentiasa mencukupi.

8.6 AJK KEBAJIKAN & KESELAMATAN

Memastikan keselamatan peserta dan kawasan sekitar perkhemahan. Membuat jadual tugasan malam mengikut giliran kumpulan aktiviti. Memastikan jadual tugasan malam dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh setiap kumpulan yang ditugaskan. Bertindak pantas apabila berlaku sebarang kecemasan..

Memastikan peti pertolongan cemas dibawa dan peralatannya adalah lengkap. Sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, serta membuat pemantauan dan kawalan keselamatan. Peka terhadap masalah kesihatan peserta.

8.7 AJK PENGANGKUTAN

Merancang, mengatur dan menguruskan jadual perjalanan serta hal berkaitan urusan pengangkutan ke sana. Mengisi borang dan membuat surat tempahan bas IPR. Meminta pendapat dan gambaran tentang perjalanan daripada individu yang berpengalaman ke sana. Memastikan kelancaran perjalanan ke kem tersebut termasuklah semasa pertukaran pengangkutan. Menguruskan pengangkutan peserta sekiranya diperlukan sepanjang berada di Kem Belia Mukah. Memastikan masa dan jadual bertolak dari IPR berjalan dengan lancar. Menetapkan waktu untuk pulang ke IPR.

8.8 AJK AKTIVITI

Merangka, merancang dan mengurus aktiviti yang hendak dijalankan. Menyediakan keperluan atau peralatan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang hendak dilakukan. Memastikan semua peserta menyertai aktiviti yang dijalankan. Memastikan kerjasama dengan pelbagai pihak yang bertanggungjawab. Bertanggungjawab memastikan aktiviti dijalankan mengikut masa dan jadual yang ditetapkan. Memastikan kelancaran aktiviti.

9.0 ETIKA PROGRAM SUKAN & REKREASI Sekiranya berlaku sebarang kecemasan perlu dilaporkan kepada pensyarah dengan keadaan segera. Peserta perlulah mematuhi setiap arahan yang diberikan. Peserta dikehendaki membawa kelengkapan dan peralatan yang diperlukan. Urusetia menyediakan perkhidmatan perubatan sekiranya memerlukan serta pertolongan cemas. Urusetia bagi program ini terdiri daripada para pensyarah dan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.

10.0

PERATURAN PERKHEMAHAN Setiap peserta mestilah patuh terhadap semua arahan keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa. Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan. Menjaga keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Orang luar ataupun pelawat tidak dibenarkan memasuki kawasan

perkhemahan. Mengutamakan faktor kesihatan, aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan. Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang. Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti. Memaklumkan kepada ketua kumpulan, pensyarah, kem komandan atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa berhenti sehingga mendapat bantuan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Peserta tidak dibenarkan berenang di laut sebelum mendapat keizinan urusetia. Dilarang memiliki apa-apa senjata yang berbahaya seperti senjata api, dadah dan alat-alat yang menyalahi undang-undang. Peserta dikehendaki memakai pakaian yang sopan, selesa dan sesuai dengan aktiviti yang hendak dijalankan.

Kebersihan tapak perkhemahan, dapur, tandas dan alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak. Pergerakan peserta perlulah dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan serta setiap ketua kumpulan bertanggungjawab terhadap disiplin ahli kumpulannya.

11.0

KEPERLUAN PESERTA

Antara keperluan asas yang perlu dibawa oleh setiap peserta ialah :T-Shirt Baju sejuk ( sweater) Track bottom Kasut sukan Selimut Stokin yang bersesuaian Botol air Lampu suluh Kelengkapan peribadi Ubat (jika perlu)

12.0

PERBELANJAAN

BIL 1 2 3 4 5

PERKARA Baju perkhemahan Cenderamata Hadiah BBQ Aktiviti Orientering Telur Kentang Tepung

KUANTITI 40 orang X RM20 45 orang X RM3 5 buah X RM15 45 orang X RM5

JUMLAH (RM) 800.00 135.00 75.00 225.00

50.00

Rencam (belanja tak terduga) Jumlah

45 orang X RM3

135.00 1,420.00

Jadual 1: Perbelanjaan yang dianggarkan

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program ini ialah sebanyak RM50.00.

13.0

PENUTUP

Semoga apa yang kami rancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta dapat diaplikasikan ilmu dan manfaat secara bersama. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak puan amatlah kami harapkan dan didahului dengan ribuan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

. (NUR SYUHADA BT AZHARI) Setiausaha, JK Program Sukan & Rekriasi, IPG Kampus Rajang, 56509 Bintangor, Sarawak.

.................................................. (ENCIK LING CHUNG YEO) Pensyarah Penasihat, Program Sukan & Rekriasi, IPG Kampus Rajang, 56509 Bintangor, Sarawak.

LAMPIRAN 1 SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM PERKHEMAHAN.

Anda mungkin juga menyukai