Anda di halaman 1dari 17

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SUKAN & REKREASI


Tujuan dan Matlamat
Di sediakan oleh: Abdul rahim bin Agus

MENU
TUJUAN

MATLAMA T

TUJUAN
Perkembangan individu

Pembangunan sosial
Kesihatan dan kecergasan fizikal Aktiviti masa lapang yang positif Kepimpinan dan motivasi

Menghargai nilai estetika alam

MATLAMAT
Ketuhanan

Kemanusiaan

Kenegaraan

Ketuhanan

Memahami dan menyaksikan kebesaran pencipta. Meningkatkan kepercayaan kepada agama. Menyakinkan kebesaran pencipta. Mensyukuri kurniaan pencipta kepada kita.

Kemanusiaan
Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dengan menjadikan alam sekitar sebagai pengantara. Untuk membangunkan watak(character building) pelajar melalui pelbagai aktiviti berasaskan darat dan air. Menguji ketahanan diri terhadap dunia luar yang bakal dihadapi. Menjadikan diri mereka kenal kepada jati diri.

Sambungan
Untuk memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam perancangan dan pengelolaan Program Pendidikan Luar dan seterusnya mengaplikasikannyadi sekolah apabila tamat pengajian mereka. Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi, berkerjasama dan mengeratkan perhubungan melalui pengalaman hidup bersama. Untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal,emosi dan sosial yang sihat.

Kenegaraan

Melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu. Untuk membantu usaha membina generasi muda yang cekal menghadapi cabaran masa kini. Menguji kefahaman tentang semangat patriotisme. Menjadikan mereka mempunyai semangat serta menghayati perpaduan.

Perkembangan individu
Setiap individu mempunyai minat dan target peribadi dalam hidupnya. Biasanya dia ingin dihargai dan memiliki personaliti lengkap. Rekreasi luar mengajar dan membina sifat sabar, kestabilan emosi dan mengisi ruang masa dengan sebaik-baiknya. Pengalaman pahit manis akan menjadi sempadan dan tauladan kepada peserta.

Pembangunan sosial
Kualiti individu yang baik dapat menyumbang kepada pembangunan sosial masyarakatnya. Masyarakat menjadi teguh jika individu dapat mengikut peraturan kumpulan, bekerjasama dan mempunyai semangat setiakawan. Program rekreasi luar mengambil kira objektif hidup berkumpulan dan rasa kekeluargaan untuk membentuk hubungan sosial yang sihat.

Kesihatan dan kecergasan fizikal


Rekreasi luar dipenuhi dengan aktiviti seharian yang aktif dan intensif seperti berkhemah, menyediakan makanan, menghadiri sesi taklimat dan mengikuti kerja kumpulan. Kemampuan menjalani aktiviti ini bergantung kepada kesediaan tubuh badan yang sihat dan cergas.

Aktiviti masa lapang yang positif


Konsep penyertaan dalam rekreasi luar adalah secara sukarela dan bertujuan mengisi masa lapang dan berminat mengembangkan kemahiran yang berkaitan dengan rekreasi luar, termasuk aktiviti fizikal, sosial dan artistik. Kadangkala aktiviti ini memberi faedah ekonomi seperti fotografi dan memberi sumbangan ilmu seperti kajian tumbuhan.

Kepimpinan dan motivasi


Individu berkesempatan mempraktiskan kreativiti kepimpinannya dan belajar bagaimana memberi dan menerima motivasi daripada kumpulan. Pengalaman rekreasi luar paling tidakpun memupuk nilai kepimpinan dalam diri peserta seperti tepat masa, utamakan keselamatan dan kebolehan menyelesaikan masalah. Nilai ini memberi motivasi kepada pembangunan diri.

Menghargai nilai estetika alam

Sumber alam seperti gunung, gua, laut, dan hutan hendaklah dipelihara dari segi keaslian dan kebersihannya. Semua sumber ini memiliki nilai estika dan nilai keseimbangan alam. Mencintai alam sekitar merupakan salah satu nilai murni rekreasi luar.

Sumber rujukan

Buku

Mohd Salleh Aman(2006). Pengurusan Sukan Aplikasinya Di Malaysia. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Wee Eng Hoe(1998). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(pengkhususan). Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD.Shah Alam.

Laman Web

http://www.scribd.com/doc/2314848/PEND IDIKAN-LUAR http://taufiqadidas.blogspot.com/2010/10/ pj3311-sukan-rekreasi.html http://www.docstoc.com/docs/10716432/s ukan-rekreasi

Sekian Terima Kasih

Di sediakan oleh: Abdul Rahim Agus