Anda di halaman 1dari 74

SUKAN DAN REKREASI

PERKHEMAHAN JENIS-JENIS KHEMAH CARA MENDIRIKAN KHEMAH PERATURAN KHEMAH

OLEH : JOHN HILL PRINCETON

JOHN

1. OBJEKTIF ASAS PERKHEMAHAN

2. PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN 3. PERALATAN PERKHEMAHAN

PERKHEMAHAN

I. Pendekatan Pendidikan Mampu memberikan pelbagai bentuk pendidikan yang boleh diperoleh secara langsung dan tidak langsung. Sebagai contoh, berdikari, bekerjasama, dan sebagainya. II. Interaksi sosial Peserta berpeluang berinteraksi di antara satu sama lain ketika menjalankan aktiviti.

III. Berekreasi Aktiviti perkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam bidang rekreasi. IV. Mempertingkat keupayaan fizikal dan mental. Program yang dirancang mencabar tahap fizikal melalui pelbagai aktiviti sepanjang perkhemahan seperti melalui aktiviti mendaki, trekking, dan sebagainya.

VI. Memperoleh pengalaman dan kemahiran. Antara kemahiran yang boleh ditimba seperti ilmu hutan, ikhtiar hidup, pandu arah dan sebagainya.

PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN

Perlu memastikan permukaan tanah yang hendak didirikan khemah berada dalam keadaan rata dan tidak dipenuhi sebarang batu tajam, akar kayu yang boleh merosakkanpermukaan bawah atau ground sheet khemah. Tidak berada di atas tanah yang berlubanglubang kerana ini boleh mengundang pengumpulan angin sejuk di waktu malam

Tapak tersebut juga perlu dipastikan bukan kawasan aliran air yang telah kering kerana dikhuatiri banjir mungkin akan berlaku ketika hujan. Memastikan tapak perkhemahan yang dipilih telah mendapat kebenaran pihak berwajib seperti Jabatan Hutan, Polis, Pihak Berkuasa Tempatan atau dari orang perseorangan. Perlu memastikan tiada dahan atau pokok yang telah mati berhampiran khemah atau di atas khemah.

Jangan berkhemah terlalu hampir dengan sumber air seperti sungai atau laut. Anda perlu sentiasa memantau keadaan pasang surut air dan mengetahui bahaya yang bakal mengundang. Pastikan anda tahu tiada serangga atau binatang berbisa dan sarangnya berada dalam kawasan tapak perkhemahan yang dipilih kerana ia boleh mengundang bahaya. Kawasan khemah yang redup boleh menjadikan kawasan perkhemahan dari terdedah kepada sinaran matahari yang melampau.

Pastikan kawasan perkhemahan tidak terlalu hampir dengan kawasan habitat atau tempat tinggal binatang liar kerana boleh dikhuatiri ia menjadi tempat binatang berkumpul. Sentiasa mengambil tahu sama ada kawasan yang dipilih untuk tapak perkhemahan bukan laluan binatang dan habitat semula jadinya ataupun ianya adalah bekas tinggalan habitat binatang.

PERALATAN PERKHEMAHAN

Beberapa peringatan penting yang perlu diambil kira mengenai kepentingan menyediakan senarai semak peralatan: I. Sebelum anda keluar mengikuti aktiviti luar seperti perkhemahan, pendakian gunung, berkayak atau sebarang jenis aktiviti luar, anda haruslah sentiasa membuat persediaan senarai peralatan perjalanan anda.

II. Senarai peralatan akan membantu anda untuk mengenali apakah jenis peralatan yang diperlukan dan sesuai untuk aktiviti anda.

III. Senarai peralatan akan bertindak sebagai petunjuk kepada anda untuk membuat persiapan untuk keluar. Pada dasarnya, lebih banyak barang yang telah disenarai akan memberikan anda idea untuk beberapa peralatan lain.

Dua perkara utama diambil kira berdasarkan bilangan kumpulan pengguna dan sebagai perancang aktiviti bagi menyediakan satu senarai semak semua peralatan perkhemahan:

I. Peralatan bagi setiap individu yang menyertai perkhemahan sebagai cth: beg galas, pakaian, makanan tambahan, botol air dan sebagainya. II. Peralatan guna sama yang digunakan untuk semua peserta perkhemahan sebagai cth: khemah pusat, alatan memasak, generator, lampu bekalan makanan mentah dalam jumlah besar dan sebagainya.

CONTOH SENARAI SEMAK PERALATAN

JENIS-JENIS KHEMAH CARA MENDIRIKAN KHEMAH PERALATAN PERIBADI PERALATAN DAPUR PEMBAHAGIAN TUGAS DALAM AKTIVITI PERKHEMAHAN

JENIS-JENIS KHEMAH
1.Khemah berbentuk A 2.Khemah berbentuk kubah atau iglu 3.Khemah berbentuk terowong(tunnel tent) 4.Khemah ringkas atau bivouac 5.Khemah berbumbung(ridge tent)

Khemah berbentuk A

Khemah ini diperbuat dengan menggunakan kanvas atau poncho. Boleh didirikan dengan kayu sebagai tiang atau palang Menggunakan dahan pokok yang melintang sebagai palang.

Khemah berbentuk kubah atau iglu

Mempunyai pelbagai saiz dan boleh memuatkan 2 hingga 8 penghuni

Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel. Ringan, mudah dibawadan sesuai digunakanuntuk perkhemahan

Khemah berbentuk terowong

Berbentuk seperti terowong dan panjang Sesuai untuk jenis perkhemahan seisi keluarga dan ruang yang besar serta pelbagai guna.

Khemah ringkas atau bivouac

Bivouac berasal daripada perkataan perancis yang bermaksud khemah yang didirikan semasa darurat. Khemah ini terbuka dan ringkas.ia cukup sekadar untuk berlindung dari hujan dan panas. Boleh diperbuat daripada daun-daun,rantingranting,atau kayu yang dipacak ke tanah.

Khemah berbumbung (ridge tent)

Merupakan jenis khemah yang besar dan boleh memuatkan sehingga 20 penghuni. Khemah ini didirikan di tanah yang luas serta lapang. Khemah yang mempunyai struktur yang kuat sarta tahan daripada tiupan angin yang kencang. Tiang yang diperbuat daripada besi.

Bahagian-bahagian khemah

Tiang boleh diperbuat daripada aluminium,aloi,besi,gentian kaca atau kayu. Palang diggunakan di bahagian tengah khemah untuk menyokong bumbung.boleh diperbuat daripada tali,kayu,buluh atau logam.

Pancang menegangkan khemah di atas tanah . mengelakkan khemah teralih disebabkan angin kuat diperbuat besi atau kayu.dipacak mengikut sudut 45<.

Helaian terbang bahagian yang dipasang di atas khemah bertujuan untuk mengelakkan daripada khemah dimasuki air dan mghadang tiupan angin.

Pintu Biasanya dibuat dengan dua lapisan .lapisan sebelah dalam diperbuat kain jarang dan luar mempunyai bahan kalis air.

Tali pancang digunakan sebagai pengikat antara badan khemah dan helaian terbang ke pancang

Badan khemah atau dinding diperbuat daripada bahan tidak kalis air untuk memberikan peredaran udara di dalam khemah.
Hamparan tanah atau( groundsheet) sebagai alas dalam khemah dan biasanya kalis air.

Cara mendirikan khemah


Terdapat dua cara mendirikan khemah i. Cara mendirikan khemah bentuk A dan dinding ii. Cara mendirikan khemah Bentuk Ridge

Cara mendirikan khemah Bentuk A dan dinding

Kedua-dua jenis khemah ini boleh didirikan dengan menggunakan dua batang kayu bumbung. Potong kayu atau buluh yang tingginya antara 1.2 1.5 meter untuk tiang khemah. Kemudian tanamkan kedua-dua tieng khemah.

Selepas itu, ikat bumbung dengan menggunakan ikat seraya. Seterusnya pasang helaian khemah. Kadangkala semasa kecemasan, anda boleh mendirikan kedua-dua jenis khemah ini dengan menggunakan seutas tali. Anda boleh mencari dua batang pokok yang jaraknya sesuai untuk membantang khemah.

Ikat batang pokok tersebut dengan menggunakan lilit dua simpul. Kemudian, pasangkan helaian khemah tersebut. Anda seharusnya membalut pokok tersebut untuk mengelakkan berlakunya kerosakan disebabkan oleh tali pada pokok yang digunakan.

Cara mendirikan khemah Bentuk Ridge


Khemah jenis ini dapat didirikan dengan membentangkan ground sheet di tempat yang akan didirikan khemah. I. Pancangkan keempat-empat penjuru dengan tegang. II. Pasang semua tiang dan besi bumbung khemah.

iii. Sambungkan tiang dan batang bumbung dengan sambungan yang betul. iv. Ketuk pancang dan ikat tali dipancang. v. Dirikan tiang khemah perlahan-lahan. vi. Ikat dengan tegang tali khemah.

Parit-parit kecil di sekeliling khemah seharusnya dibina supaya air hujan yang turun dapat mengalir jauh dari khemah. Tali khemah seharusnya diikat dengan tegang dan betul ke pancangnya supaya khemah tidak menggelendong. Jarak antara khemah tidak terlalu hampir. Keadaan ini boleh menyebabkan pergerakan dalam perkhemahan merbahaya.

Apabila berkhemah di hutan, anda seharusnya membawa ubat nyamuk dan serbuk sulfur (belerang). Serbuk surfur ditabur di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang berbisa daripada memasuki khemah pada waktu malam.

Peralatan peribadi
Peralatan peribadi adalah alatan sokongan yang terdiri daripada peralatan yang digunakan ketika aktiviti perkhemahan . Antara peralatan yang penting ialah beg galas,kerana membawa kesemua alatan yang telah disenaraikan untuk aktiviti perkhemahan

Secara ringksa beg galas sebenarnya diperbuat dari nilon tahan lasak dan kalis air. Terdapat tiga jenis dan reka bentuk bag yang mudah didapati di pasaran ialah: 1.Beg balik hari(day pack) 2.Beg bermalam(overnight pack) 3.Beg berangka(expedition pack)

Berukuran 20-30liter dan kebiasaanya berkapasiti 11kilogram dan hanya sesuai digunakkan jika tidak bermalam.

35-55liter,sesuai untuk tempoh 23hari,berkapasiti 27kilogram.

Beg berangka(expedition pack)


55-120liter,ciri-ciri tahan lasak dan memiliki kekuatan yang tinggi,rangka diperbuat daripada aloi,kapasiti muatan 100kg dan muat untuk 10hari atau lebih.

Peralatan dapur
Ada dua perkara yang perlu diambil kira ketika ingin membawa peralatan memasak iaitu berdasarkan jenis perkhemahan. Ada dua jenis perkhemahan yang biasa dilaksanakan iaitu: 1.Perkhemahan jenis(lightweight) 2.Perkhemahan jenis(base camp)

Perkhemahan jenis (lightweight)


Tidak terlalu membawa banyak peralatan. Perkhemahan ini biasanya membawa perserta bergerak ke satu tempat ke satu tempat yang lain. Dilaksanakan hanya seketika dan bermalam sahaja Menunya ringkas dan cepat dimasak seperti makanan dalam tin.

Perkhemahan jenis(base camp)


Perkhemahan jenis ini bersifat menetap dalam jangka waktu yang agak lama dan tidak memerlukan anda banyak bergerak keluar melainkan ketika melakukan aktiviti. Banyak ruang untuk memasak pelbagai makanan bermaksak yang agak rumit

Peralatan memasak yang digunakan lebih besar dan hanya dipilih berdasarkan jumlah perserta yang mengambil bahagian serta terlibat dalam perkhemahan tersebut.

Contoh peralatan memasak yang sesuai dibawa:


Mess tin

Dapur gas

Tong gas

Solid fuel

Kit kecemasan peribadi(survival kit)


Kit kecemasan peribadi merupakan peralatan wajib yang perlu dibawa bersama ketika melakukan aktiviti perkhemahan.

Merupakan peralatan yang terdiri daripada peralatan boleh digunakan untuk ikhtiar hidup ketika berlaku kecemasan seperti:sesat di dalam hutan.

Kepentingannya?
Hanya boleh membantu anda untuk terus hidup bagi tempoh 24 jam hingga 72 jam jika anda tersesat atau tercedera.

Antara peralatan yang dicadangkan untuk diletakan di dalam kit ini adalah: -Mata pancing -wisel -Tali pancing -lampu -Kompas -lampu suluh saiz mini -Pisau lipat -garam -Mancis kalis air -Pin -Lilin

Kit kecemasan peribadi(survival kit)

Pembahagian tugas dalam aktiviti perkhemahan


Sebarang aktiviti pendidikan luar dan pembahagian tugas perlu dirancang dari peringkat awal. Perlantikan jawatankuasa utama program perkhemahan,tujuan untuk memastikan program ini dijalankan dengan lancar.

Mengambil kira kesemua aspek kewangan,penyediaan peralatan,penetapan aktiviti dan sebagainya. Tanggungjawab jawatankuasanya berjalan lancar merangkumi tugasan sebelum,semasa dan selepas program.

Tugasan sebelum program perkhemahan


Kertas kerja dan kelulusan program Mengumpul dana atau peruntukan khas program Menyedia dan membeli alatan am perkhemahan Menyediakan semua aktiviti seperti berkayak,senorkeling,orienteering dan sebagainya

Kelulusan tempahan pengangkutan seperti bas dan kenderaan sokongan seperti kenderaan pacuan empat roda,bot,feri,lori dan sebagainya.
Mengenal pasti tempat yang hendak dituju dan tempahan tempat mesti melalui kelulusan jabatan tertentu atau perseorangan.

Tugasan semasa program perkhemahan


Menumpukan perlaksanaan program yang telah dirancang. Memastikan agenda dan matlamat yang dirancang berjalan dengan lancar dan baik.

Perkara yang penting semasa perkhemahan ialah keselamatan.

Merancang aktiviti dengan baik dan mencari jalan alternatif yang lain untuk mengantikan dan berhadapan dengan masalah yang tidak diduga contoh seperti: 1.Keadaan hujan lebat 2.Keadaan kabus tebal 3.Keadaan ombak yang kuat 4.Keadaan persekitaran Dan lain-lain bagi situasi ini keselamatan harus diutamakan.

Tugasan selepas program perkhemahan


Menumpukan kepada kebersihan kawasan perkhemahan.Mengemas dan membersih. Peralatan disimpan dalam stor ataupun dipulangkan barang yang dipinjam Menilai semula keberkesanan progarm dan kesan pada peserta dan kesan input melalui aktiviti pendidikan luar.

BIBLIOGRAFI
RUJUKAN BUKU
I. Arfah Binti Kassim, Muhammad Fauzi Bin Mokhtar dan Safiza BintiYusof(2007). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah T4 Dan T5. Pelancongan Dan Rekreasi: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2. Abdul Halim Abdul Rahim(1992). Panduan Perkhemahan Simpulan Dan Pioneering: Oxford Fajar Sdn. Bhd

RUJUKAN INTERNET
1. Jenis-jenis Khemah: dilayari pada 22 Jun 2011 di URL. http://www.google.com.my/search?q=Jenisjenis+khemah 2. Cara Mendirikan Khemah: dilayari pada 25 Jun 2011 di URL. http://sks7.activeboard.com/t19772433/caracara-mendirikan-khemah-jenis-dome/ 3. Peraturan Khemah: dilayari pada 2 Jun 2011 di URL. http://personajohor.blogspot.com/2009/12/contohperaturan-peraturan-keselamatan.html

SEKIAN, TERIMA KASIH MERI TABI BASA NGAGAI KITAK SEMUA LABAN SEPUTING PENEMU ENGGAU KAMI DUAI MENYADI

Anda mungkin juga menyukai