Anda di halaman 1dari 74

PENDIDIKAN JASMANI 1

(ENCIK SYHIBIN BIN JAAPAR)


AHLI KUMPULAN: MOHD FAIZOL BIN AMAT NOR AIZATI BINTI DAWI

Sebelum mengadakan aktiviti pendidikan luar, penganjur perlu membentuk jawatankuasa dan memanggil ahli untuk mesyuarat perancangan.

Berikut adalah ahli-ahli jawatankuasa dalam merancang aktiviti pendidikan luar: i. Pengarah projek ii. Timbalan pengarah iii. Kem komandan iv. Setiausaha v. Timbalan setiausaha vi. Bendahari vii.Jawatankuasa teknikal viii.Jawatankuasa pendidikan ix. Jawatankuasa kejurulatihan x. Jawatankuasa kerohanian

xi. Jawatankuasa atur cara dan buku program xii. Jawatankuasa protokol xiii.Jawatankuasa promosi / publisiti xiv.Jawatankuasa persiapan / keceriaan xv. Jaawatankuasa pendaftaran dan peserta xvi.Jawatankuasa disiplin / keselamatan xvii.Jawatankuasa hadiah / cenderahati xviii.Jawatankuasa jamuan / makanan xix.Jawatankuasa pengangkutan xx. Jawatankuasa fotografi xxi.Jawatankuasa logistik xxii.Jawatankuasa pertandingan dan persembahan xxiii.Jawatankuasa tugas-tugas khas

BIDANG-BIDANG TUGAS SETIAP AHLI JAWATANKUASA

PENGARAH PROJEK

Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan aktiviti Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak berkenaan Bertanggungjawab menentukan hala tuju program pendidikan luar

TIMBALAN PENGARAH

Membantu pengarah dalam melicinkan pelaksanaan aktiviti.

Memangku tugas semasa ketiadaannya.

pengarah

KEM KOMANDAN

Menyelaras dan menguruskan semua aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan pendidikan luar
Mengadakan taklimat kepada peserta Orang yang membuat keputusan yang penting ketika melaksanakan aktiviti pendidikan luar

SETIAUSAHA

Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam pelaksanaan program Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak yang berkenaan Memanggil ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat

Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan Bersama pengerusi menentukan tempat, masa tarikh dan agenda mesyuarat Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok dalam kalangan AJK Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat

TIMBALAN SETIAUSAHA

Membantu setiausaha dalam melicinkan pelaksanaan aktiviti Memangku tugas setiausaha semasa ketiadaannya

BENDAHARI

Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk program Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik program Menyimpan semua resit-resit, baucer-baucer, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan Menjaga dan menguruskan harta benda bagi program dengan baik

Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi pelaksanaan program Menandatangani cek-cek bersama pengarah atau setiausaha atau kedua-duanya sekali

JAWATANKUASA TEKNIKAL

Membentuk satu jawatankuasa kecil Menyimpan rekod alatan kumpulan seperti khemah, periuk, parang, pisau dan sebagainya Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi melicinkan pelaksanaan program Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan alatan kumpulan Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu aktiviti atau projek dilaksanakan

JAWATANKUASA PENDIDIKAN

Membentuk satu jawatankuasa kecil Merancang modul integrasi mata pelajaran dalam pendidikan luar berdasarkan objektif Merancang jenis, bentuk atau konsep penggabungjalinan, penyebatian atau penerapan unsur pendidikan dalam pendidikan luar Merancang atau menetapkan masa bagi program pendidikan Bertanggungjawab dengan jawatankuasa merancang atau menetapkan masa bagi program pendidikan luar

JAWATANKUASA KEJURULATIHAN

Membentuk satu jawatankuasa kecil Merancang program latihan fizikal dalam pendidikan luar berdasarkan objektif Merancang dan memikirkan langkah-langkah keselamatan dalam pendidikan luar Bertanggungjawab dengan jawatankuasa lain dalam merancang atau menetapkan masa bagi program pendidikan luar

JAWATANKUASA KEROHANIAN

Membentuk satu jawatankuasa kecil Merancang dan melaksana aktiviti kerohanian termasuk solat, kuliah subuh dan kuliah maghrib Membuat giliran imam dan bilal bagi setiap solat Memastikan peserta bukan Islam mengamalkan ajaran agama masing-masing dan diberi kuliah moral

JAWATANKUASA ATUR CARA DAN BUKU PROGRAM

Membentuk satu jawatankuasa kecil Bekerjasama dengan jawatankuasa pendidikan, kejurulatihan dan protokol menyusun jadual pertandingan atau atur cara majlis mengikut kesesuaian sepanjang sesuatu aktiviti atau projek berlangsung Menyediakan atur cara bagi penyampaian hadiah Menjemput dan mendapatkan senarai VIP dan jemputan khas yang sepatutnya hadir pada hari penyampaian hadiah

Menyediakan acara sambutan kedatangan VIP, penyambut tetamu dan segala persiapan untuk keperluan sambutan
Bertanggungjawab mendapatkan Pengacara Majlis (MC) bagi setiap kategori atau keseluruhan kategori dan menyediakan draf teks MC Mendapatkan senarai pemenang dan penyampai hadiah dari jawatankuasa peserta untuk kemudahan MC mengumumkan pemenang

Menguruskan keseluruhan pelaksanaan atur cara dan program kepada semua yang hadir sepanjang program berjalan Membantu semua jawatankuasa mengemaskan persiapan, peralatan dan sebagainya Membantu jawatankuasa hadiah dan cenderahati dalam menyediakan keperluankeperluan berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan, muzik yang bersesuaian dan lain-lain

JAWATANKUASA PROTOKOL

Membentuk satu jawatankuasa kecil Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal ketika acara perasmian atau penutup Menyenaraikan atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang akan hadir Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat duduk yang sepatutnya Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau VIP di dalam dewan Menjaga kawalan peserta Menyediakan roset untuk jemputan yang bersesuaian

JAWATANKUASA PROMOSI / PUBLISITI

Membentuk satu jawatankuasa kecil Merancang bentuk dan konsep hebahan yang boleh menarik minat peserta tentang sesuatu projek atau aktiviti Membuat poster-poster dan menyediakan kain rentang untuk mempromosikan sesuatu projek atau aktiviti Mendapatkan penaja bagi keperluan promosi, pengiklanan dan hebahan mengenai sesuatu projek atau aktiviti Menjemput wartawan untuk membuat liputan

JAWATANKUASA PERSIAPAN / KECERIAAN

Membentuk satu jawatankuasa kecil

Memastikan perjalanan program lancar dan tapak program sentiasa bersih serta selesa
Membuat back-drop untuk pentas bersesuaian dengan sesuatu projek atau aktiviti

JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN PESERTA

Membentuk satu jawatankuasa kecil Menguruskan pendaftaran peserta sebelum bertolak dan memastikan jumlah peserta mencukupi Mengurus, menerima atau menyenaraikan nama peserta dalam sesuatu projek atau aktiviti Memastikan giliran peserta atau kehadiran peserta untuk sesuatu projek atau aktiviti serta hadir pada masanya Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap para peserta sepanjang sesuatu projek atau aktiviti itu berlangsung

JAWATANKUASA DISIPLIN / KESELAMATAN

Membentuk satu jawatankuasa kecil Memastikan keselamatan di dalam kawasan aktiviti terjamin Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan selamat dan berjalan lancar Sentiasa bersedia jika terdapat kemalangan atau sesuatu yang tidak diingini Merancang aktiviti kawalan malam Membawa beberapa unit kelengkapan perubatan seperti first aid

JAWATANKUASA HADIAH / CENDERAHATI

Membentuk satu jawatankuasa kecil Sentiasa berurusan dengan ahli jawatankuasa lain bagi melicinkan perjalanan sesuatu projek atau aktiviti Merancang jenis hadiah atau cenderahati yang akan diberi dalam sesuatu projek atau aktiviti serta bersesuaian dengan sesuatu majlis atau acara Menguruskan penempahan hadiah kepada para peserta, cenderahati kepada petugas luar atau jemputan

Menetapkan atau merancang bajet hadiah mengikut pengklasifikasian sesuatu projek atau aktiviti Memastikan semua hadiah telah tersedia sebelum dibawa ke tapak perkhemahan. Hadiah dan cenderahati hendaklah disiapkan selewatlewatnya dua minggu sebelum tarikh sesuatu projek atau aktiviti bermula Menyenaraikan senarai peralatan dan keperluan bagi acara penyampaian hadiah dan memaklumkan kepada jawatankuasa yang terlibat

Menyusun hadiah dan cenderahati bagi memudahkan acara penyampaian hadiah Menguruskan dan mendapatkan senarai pemenang dari jawatankuasa peserta Menyusun nama penyampai hadiah beserta pengiring yang berkaitan dengan atur cara penyampaian hadiah mengikut acara Menyediakan keperluan-keperluan yang berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan, muzik yang bersesuaian dan lain-lain

JAWATANKUASA JAMUAN / MAKANAN

Membentuk jawatankuasa kecil Menyediakan bajet dan jenis makanan atau hidangan ringan yang perlu disediakan bagi jawatankuasa sepanjang program berlangsung Mendapatkan katerer jika perlu yang boleh menawarkan harga yang berpatutan untuk keperluan makanan dan minuman Menyediakan bajet bagi setiap kumpulan peserta Membahagikan bahan mentah untuk dimasak oleh peserta Memberi nasihat kepada kumpulan peserta terhadap hidangan makanan

Membuat tempahan dan memaklumkan jenis makanan serta jumlahnya Bertugas menyediakan hidangan jamuan makanan kepada pihak-pihak yang berkaitan dan memastikan tiada petugas dan AJK yang ketinggalan Melayan tetamu yang makan dan membahagikan makanan dengan sebaik mungkin Memastikan kebersihan tempat makan Mengemaskan dan membersihkan tempat makan, makanan yang berlebihan dan sebagainya Menyediakan bekas makanan dan minuman serta plastik sampah

JAWATANKUASA PENGANGKUTAN

Membentuk satu jawatankuasa kecil Memastikan keperluan pengangkutan sepanjang sesuatu program yang berlangsung telah mencukupi bagi keperluan persiapan, urus setia, peserta dan sebagainya Membuat tempahan kenderaan sama ada bas atu van untuk kegunaan sebelum, semasa dan selepas aktiviti atau projek dijalankan Membuat penjadualan perjalanan bas untuk kegunaan serta rujukan pegawai yang terlibat bagi kegunaan pemandu, urus setia dan peserta

Sentiasa mengingatkan pemandu tentang jadual dan keperluan pengangkutan dengan mengambil kira rasional logik perjalanan dan kebajikan pemandu seperti kemampuan, masa rehat dan kebajikan mereka

JAWATANKUASA FOTOGRAFI

Membentuk satu jawatankuasa kecil Bekerjasama dengan pihak jabatan penyiaran menerusi saluran media cetak mahupun elektronik Menggunakan kamera atau video-cam bagi merakamkan sesuatu aktiviti atau projek Menjadi jurukamera sepanjang sesuatu program berlangsung Memaklumkan kepada wartawan(press) tentang sesuatu program yang dilangsungkan

JAWATANKUASA LOGISTIK

Membentuk satu jawatankuasa kecil


Membuat persediaan dan menyiapkan tempat dan segala keperluan seminggu sebelum sesuatu acara diadakan Memastikan peralatan dan persiapan yang telah dibuat dapat digunakan Sekiranya berlaku sebarang keadaan di luar jangkaan, jawatankuasa ini perlu mengambil tindakan serta-merta untuk mengatasi masalah tersebut

Bertanggungjawab terhadap peralatan yang telah digunakan Memastikan segala peralatan dibawa dan dipulangkan dalam keadaan dan kuantiti yang sama Mengagihkan peralatan mengikut sesuatu acara yang terjadual

JAWATANKUASA PERTANDINGAN / PERSEMBAHAN

Membentuk satu jawatankuasa kecil Mendapatkan juri atau peserta bagi sesuatu aktiviti atau projek yang dijalankan Merancang persembahan, tujuan program atau memastikan objektif sesuatu aktiviti atau projek berjaya disempurnakan Merancang atau menetapkan masa bagi setiap persembahan atau matlamat sesuatu projek atau aktiviti Merancang jenis, bentuk atau konsep persembahan

Merekodkan atau mencatat setiap keputusan yang telah dibuat oleh para juri Memastikan setiap persembahan dilaksanakan dalam suasana yang ceria dan gembira Menyenaraikan atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang akan hadir Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat duduk yang sepatutnya Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau VIP di dalam dewan Menjaga kawalan peserta Menyediakan roset untuk jemputan yang bersesuaian

JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS

Membentuk satu jawatankuasa kecil Mengenal pasti tugas-tugas atau kerja-kerja yang di luar perancangan Membantu jawatankuasa lain membuat persediaan sekiranya diperlukan Sentiasa berada di kawasan aktiviti sepanjang sesuatu aktiviti atau projek berlangsung Membuat laporan berkenaan tugas-tugas yang telah dilaksanakan

PERALATAN KUMPULAN

PERALATAN PERIBADI

SENARAI ALATAN

PERALATAN MEMASAK

BAHAN MENTAH

PERALATAN KUMPULAN
a. Khemah k. Fly sheet b. Cangkul l. Lampu gasolin c. Parang m. Lampu berakin d. Pengetuk n. Mancis e. Kotak pertolongan cemas o. Generator f. Tali karmental p. Dinghy g. Helment

q. Enjin(15 kuasa kuda)


h. Tali (rami, rafia, manila) r. Bot laju i. Bola sepak pantai

j. Khemah agung (20 x 40)

PERALATAN PERIBADI
k. Alat mengemaskan diri a. Topi l. Tuala b. Baju lengan panjang m. Baldi c. Seluar panjang n. Life jacket d. Kemeja T o. Snorkling set

e. Pakaian trek
p. Pancing f. Stokin q. Pakaian g. Baju hujan

r. Alat-alat sembahyang
h. But atau kasut s. Ubat-ubat peribadi i. Cermin mata j. Pakaian dalam

PERALATAN MEMASAK
a. Alat memasak b. Kain pencuci c. Berus dan serbuk pencuci d. Plastik membasuh j. Cerek k. Kuali l. Pisau

e. Pencedok air
f. Baldi dua saiz (simpan air dan membasuh)

g. Kole
h. Penapis i. Periuk nasi

BAHAN MENTAH
a. Beras b. Gula c. Kopi d. The i. Acar sayur j. Cili boh k. Bawang l. Kacang tanah

e. Mi segera
f. Biskut g. Sardin h. Ikan masin/ kering

m. Asam moi

1. http://zaireey myeasyhits4u.blogspot.com/2010/07/pengelol aan-dan-pengurusan-pendidikan.html 2. http://www.scribd.com/doc/49395621/PENGE LOLAAN-DAN-PENGURUSAN-PENDIDIKANLUAR 3. www.scribd.com/doc/55078527/50676579-anM8-Pengelolaan-Aktiviti-Dan 4. Wee Eng Hoe. 2011. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Selangor: Karisma Publications SDN BHD.

5. Wee Eng Hoe, Ong Tah Fatt, Nadiah Diyana Tan Abdullah.2007. Pengurusan Strategik Sukan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 6. Omardin Ashaari.1998. Pengurusan Sukan.
Kuala Lumpur: Utusan Publicarions & Distributors Sdn Bhd.