Anda di halaman 1dari 13

Terdapat tiga jenis perancangan yang perlu dibuat oleh guru :

Rancangan kerja tahunan

Rancangan kerja mingguan


Rancangan pengajaran harian.

Perancangan pengajaran untuk tempoh setahun (12 bulan). Perlu disediakan oleh guru pada awal sesi persekolahan. Mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru besar dan guruguru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaranpembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara. membantu memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan Interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dan murid. membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.

memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran. berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.

memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

Berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak dicetak berulangulang). Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja dibenarkan.

Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur (seperti jadual di atas) yang mengandungi perkaraperkara seperti berikut:

Tajuk/bidang pembelajaran Objektif/kemahiran Hasil pembelajaran yang dihasratkan Bilangan minggu Catatan

Diperincikan untuk pengajaran satu minggu. Semasa membuat perancangan kerja mingguan, guru perlu menyatakan segala peralatan untuk setiap pengajaran. Rancangan kerja mingguan hendaklah ditulis sebelum bermulanya sesuatu minggu pengajaran.

Berdasarkan rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakan rancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai Persediaan Mengajar. Merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru, dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran.

Rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap.

Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan Pelajaran, dengan cara mengubahsuaikannya kepada unit pengajaran. Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru pelatih perlu memikirkan perkara berikut:
Apakah perkara yang perlu dipelajari murid?

(Kemahiran, fakta, konsep, sikap, nilai, dan sebagainya; di mana melibatkan aspek kognitif, psikomotor dan afektif). Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid? (Merangkumi objektif pengajaran).

Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan

Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama:

supaya objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan? Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru) dan pembelajaran (murid)? Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama:
Objektif pengajaran (yang perlu dicapai murid); Isi pelajaran (termasuk konsep, prinsip, fakta dan sebagainya); Aktiviti guru-murid.

Perkaitan antara: Objektif - Isi Pelajaran - Aktiviti, perlu dinyatakan dengan jelas.

Mata pelajaran Tunjang Tajuk Kemahiran Tarikh Masa Tahun Bilangan murid Hasil pembelajaran

Psikomotor Kognitif Afektif Pengalaman sedia ada Penerapan nilai KBKK Penggabungjalinan Kesepaduan Kajian Masa Depan Alatan

Anda mungkin juga menyukai