Anda di halaman 1dari 3

Blood Doping VO2 Max berkait rapat dengan keluaran kardiak.

Kenyataan ini dibuktikan dengan tekanan darah dikawal oleh vaso kontriksi kumpulan otot-otot. Oleh itu pengangkutan O2 maksima adalah selari dengan pengeluaran kardiak dan kandungan darah dalam arteri. Secara umumnya, blood doping adalah merujuk kepada suntikan/tambahan sel darah merah (RBC) kedalam tubuh seseorang untuk meningkatkan tahap kepekatan hemoglobin (Hb). Ini juga selaras dengan tujuannya untuk meningkatkan tahap keberkesanan pengangkutan O2 (CaO2=[Hb] x 1.34 ml O2/gm Hb). Ia juga sebagai pemangkin kepada erythrocythemia iaitu peningkatan erythrocyte dalam tubuh. Sebab dilakukan oleh sesetengah atlit adalah untuk meningkatkan tahap prestasi mereka. Selain daripada blood doping ia juga dikenali sebagai blood boosting dan blood packing. Bagaimana ia dilakukan dan masalahnya? Blood doping berlaku dengan dua cara yang utama iaitu secara suntikan darah dan secara semulajadi. Melalui suntikan, seseorang atlit menerima suntikan tambahan darah. Darah yang disuntik mungkin terdiri dari darahnya sendiri (autologous transfusion) ataupun darah penderma lain (homologous transfusion). Cara homologous transfusion tidak digalakkan dalam blood doping sementelahan pula ia selalunya digunakan sewaktu kecemasan dalam bidang perubatan. Sebagai tambahan cara ini juga berisiko kepada jangkitan penyakit dan juga kesukaran mendapatkan jenis darah yang sesuai. Cara semulajadi pula ialah berkaitan dengan latihan yang dilakukan di altitud tinggi. Atlit yang berlatih di altitud akan menikmati peningkatan RBC secara normal akibat daripada adaptasi tubuh terhadap persekitaran. Tubuh akan merangsang hormon erythropoietin (EPO) yang bertanggungjawab untuk merangsang pengeluaran RBC. Ini adalah sebagai langkah untuk mengelakkan

hipoksia dan anaemia. Semua ini adalah kerana kawasan altitud tinggi kurang tekanan O2nya. Suntikan darah sendiri dalam blood doping juga ada menimbulkan masalah. Ia berlaku sewaktu perkara ini mula dikaji diperingkat awal. Masalah yang paling utama ialah berkaitan masa yang sesuai untuk mengeluarkan darah dan masa untuk memasukkannya semula ke tubuh subjek. Ia berkaitan dengan masa untuk membekukan darah yang dikeluarkan dan masa yang diambil oleh subjek untuk memulihkan tahap RBCnya kepada normal. Masa maksima bagi penyimpanan RBC ialah 3 minggu dengan kadar kehilangan RBCnya sebanyak 1%/hari. Tambahan pula, ada RBC yang melekat pada kontainer dan ia juga mudah rosak. Akibatnya, hanya kira-kira 60% RBC yang dapat disuntik semula dengan baik dan sempurna. Masa yang sesuai untuk mengeluarkan 400ml RBC dari badan ialah 3-4 minggu, manakala 2 unit 900ml 5-6 minggu atau lebih. Jika suntikan semula RBC dilakukan dalam masa tiga minggu (tempoh maksima simpanan RBC) maka peningkatan Hb tidak akan terjadi. Ini kerana kehilangan RBC berlaku ( 40%) dan juga subjek belum dapat memperbaiki tahap Hbnya kepada paras normal. Satu lagi masalah utama ialah subjek tidak dapat menerima suntikan darah baru kerana tahap darah dalam pembuluh telah tepu. Walaupun begitu, kini telah tercipta satu kaedah baru dengan terciptanya alat untuk membekukan darah. Alat ini mampu membekukan darah dalam masa yang lama. Walaupun darah telah disimpan lama tetapi ia akan hanya kehilangan Hb / RBC sebanyak 15% sahaja. Masa yang lama ini akan membolehkan subjek menormalkan aras Hb dan RBCnya (normocythemic). Kesan blood doping Blood doping secara umumnya memberi kesan kepada paras RBC dan seterusnya Hb dalam darah walaupun ia bersifat sementara. Peningkatan paras RBC dan Hb darah akan menyebabkan pengangkutan O2 ke otot-otot akan menjadi lebih efisien. Ini seterusnya akan menjadikan atlit itu lebih tinggi

10

prestasinya kerana otot-ototnya menerima O2 yang mencukupi untuk mengecut dengan tahap hutangan O2 yang lebih rendah. Banyak kajian mendapati, suntikan 450ml darah akan menyebabkan sedikit peningkatan dalam Hb, VO2Max dan prestasi. Manakala suntikan sebanyak 2 unit (900ml) darah akan menyebabkan peningkatan Hb (8-9%), VO2Max (4-5%) dan prestasi (3-34%). Suntikan sebanyak 3 unit (1,350ml) adalah jumlah yang terbaik malah sebagai tahap maksima terhadap blood doping. Ia mencatatkan peningkatan Hb (10.8%) dan VO2Max (6.6%). Walaupun begitu kesan blood doping tidak bertahan lama iaitu selama 10-11 minggu sahaja. Adalah penting bagi atlit untuk menentukan masa terbaik untuknya menyertai pertandingan kerana masalah ini. Daripada hasilan di atas, dapat dilihat peningkatan prestasi atlit mempunyai julat yang lebih tinggi berbanding dengan peningkatan VO2Max atau Hb. Sebabnya ialah kerana ujian yang dijalankan prestasi adalah pelbagai. Perubahan terbesar dapat dilihat dalam ujian ketahanan larian dimana subjek dapat meningkatkan sehingga sepuluh minit lebih lama. Perubahan terkecil pula ialah dalam ujian larian 5 batu dengan catatan 51 saat lebih baik. Ini menimbulkan tanda tanya adakah blood doping sesuai untuk acara jarak dekat

11