Anda di halaman 1dari 6

JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI KURSUS : PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR KOD

KURSUS : KPP 3014

DISEDIAKAN UNTUK: DR.SUPPIAH NACHIAPPAN

DISEDIAKAN OLEH: AHMAD ZULHAFIZ BIN MAT YAZIH D20121057860

1.0

Pendahuluan

Fenomena mengantuk dan tidur di dalam kelas memang menjadi lumrah dalam kalangan pelajar hari ini. Rata-rata sekolah menghadapi masalah ini tidak kira pelajar sekolah harian biasa, sekolah berasrama atau sekolah berasrama penuh. Yang menjadi persoalannya ialah mengapakah keadaan ini berlaku? Apakah yang menyebabkan pelajar-pelajar rasa mengantuk di dalam kelas? Adakah pengajaran guru membosankan? Adakah pelajar tidak berminat terhadap sesuatu subjek itu? Adakah suasana kelas yang kurang kondusif menyebabkan timbulnya rasa mengantuk? Sebenarnya bilangan pelajar yang ngantuk dan tidur semasa di dalam kelas ini mungkin tidaklah seramai mana.Namun semakin hari semakin ramai pelajar yang mengantuk dan tertidur semasa berada di dalam kelas sama ada sewaktu tiada guru mahupun ketika guru sedang mengajar. Isu ini perlu ditangani kerana pelajar yang tidur sewaktu di dalam kelas sudah tentu tidak memperoleh apa-apa ilmu dan sudah pasti tidak akan dapat membantunya untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Kita harus melihat faktor atau punca keadaan ini terjadi.

2.0 Teori yang dapat dikaitkan: Teori Trait Personaliti Dalam masalah ini, menurut buku Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar edisi kedua, Teori Trait Personaliti yang dipelopori oleh Allport (1961) menyatakan, mengikut teori trait personaliti, minda dianggap sebagai pengawal trait maka trait yang dipunyai akan mengawal darjah personaliti seseorang. Terdapat dua tahap iaitu trait cardinal dan trait utama. Menurut buku Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar edisi kedua ini juga trait utama melihat kawalan minda yang kuat terhadap trait. Keadaan ini berlaku kerana minda sentiasa mengawasi personaliti seseorang. Kemahiran berfikir yang diperoleh seseorang akan menjadikan dia tidak mengikut kemahuan trait. Sifat membabi buta kepada sesuatu keadaan dapat dielakan.

3.0 Faktot-faktor pelajar mengantuk dalam kelas 3.1 Punca mengantuk Punca mengatuk disebabkan oleh sistem makan di sekolah berasrama mengikut jadual menjadikan para pelajar hanya boleh makan pada waktu yang ditetapkan. Berbanding kalau kita berada di rumah kita boleh makan pada bila-bila masa sahaja. Di asrama kalau terlepas waktu makan disebabkan sibuk atau

tertidur maka pelajar tersebut tidak dapat makan. Hal ini amat menyumbang kepada faktor mengantuk dalam kelas terutama kepada para pelajar yang kurang berada. Selain itu punca lain mengantuk dalam kelas adalah waktu rehat dan tidur yang tidak menentu. Malam ini tidur pukul 11 malam esok pukul 1 pagi malam semalam pukul 9.00 malam. Jadi tidur yang tidak konsisten waktunya boleh menjadikan pelajar jadi mengantuk dalam kelas. Ini disebabkan otak kita seolah-olah tidak boleh hendak menentukan waktu tidur kita yang sebenarnya. Justeru, otak akan jadi letih dan mulalah kita tidur sewaktu kita dalam kelas. Makanan yang kita makan juga boleh menyebabkan kita mengantuk. Makanan yang berlemak seperti nasi lemak, makan makanan dalam kuantiti yang banyak semasa sarapan serta makan makanan yang tidak berkhasiat seperti 'junk food" yang berlebihan boleh juga menyebabkan mengantuk. Makanan berlemak yang dimakan akan menyebabkan proses pembakaran makanan tersebut dalam badan berlaku secara intensif. Proses pembakaran ini menyebabkan banyak oksigen dalam badan diperlukan untuk membantu proses pembakaran ini. Maka hal ini menjadikan oksigen kurang dihantar ke otak. Apabila kurang oksigen dihantar ke otak maka kita akan jadi mengantuk.

Perkembangan Remaja Masalah ini juga berkait dengan perkembangan remaja. Oleh kerana isu-isu yang dinyatakan tadi melibatkan awal remaja, maka perkembangan awal remaja diambil kira. Terdapat beberapa perkembangan awal remaja seperti perkembangan fizikal, perkembangan emosi dan perkembangan sosial.

Perkembangan Fizikal Dalam masalah ini, pelajar-pelajar terbabit boleh dikatakan mengalami perubahan fizikal, oleh kerana mereka boleh dikategorikan sebagai awal remaja. Menurut buku Pembelajaran dan Perkemangan Pelajar edisi kedua, remaja lelaki dan perempuan akan mengalami perubahan bentuk badan. Perubahan ini juga akan menambahkan tenaga jika berbanding sewaktu masa kanak-kanak. Dalam masalah pelajar tidur. Ia berkait kerana, dengan perubahan fizikal dan penambahan tenaga ini, ia akan memudahkan kepada pejalar tersebut untuk tidur didalam kelas.

Perkembangan Emosi Dalam perkembangan emosi ini pula, menurut buku Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar edisi kedua, pada peringkat ini, emosi remaja sukar untuk ditelah. Mereka mengalami pelbagai konflik dalam diri mere sendiri. Dalam masalah ini, pelajar-pelajar tersebut ingin belajar, namun begitu sikap ingin tidur pelajar tersebut menjadikan pelajar mudah berasa mengantuk.

Perkembangan Sosial Dalam perkembangan sosial, menurut buku Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar edisi kedua, pada tahap ini (awal remaja), rakan sebaya merupakan orang yang paling dipercayai dan menjadi ikutan mereka. Bagi yang kurang Berjaya dari segi pergaulan, mereka mungkin akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Dalam masalah ini, pengaruh rakan sebaya menyebabkan pelajar tersebut untuk tidur. Hal ini disebabkan oleh pelajar tersebut terikut-ikut dengan rakan menyebabkan beliau turut serta untuk tidur.

4.0 Cara mengatasi Cara untuk menghilangkan rasa mengantuk sewaktu dalam kelas ialah pelajar senantiasa membawa bersama air masak. Mengikut kajian saintifik, otak kita ini memerlukan 80% air. Kita rasa mengantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti bernafas. Apabila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Tetapi tidak ramai pelajar yang mahu membawa air kosong ini kecuali pelajar Cina. Selain itu apabila rasa mengantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka bolehlah keluar dari bilik darjah dengan serta merta untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah rasa ngantuk akan hilang. Lebih baik lagi kalau ambil wudhu. Pelajar juga boleh pergi ke kawasan yang bercahaya, kawasan yang bercahaya dapat menyegarkan mata kita yang berat.. Boleh duduk bawah lampu, kalau kelas tuh gelap. Untuk menghilangkan rasa mengantuk juga bolehlah melakukan senaman ringan. Ia dilihat berkesan, sebab apabila buat senaman badan kita ataupun otot kita ini bergerak. Jadinya segala abdomen badan kita

yang malas akan terjaga dan akan mengaktifkan hormon. Pelajar juga boleh memandang ke sekeliling. Jangan la asyik fokus satu tempat , Jadi disarankan agar pelajar juga memandang sekeliling dalam kelas. Pelajar juga boleh banyakkan bertanya. Selain dapat elakkan mengantuk, dapat menjadikan kita lebih faham.

5.0 Masalah Tidur Yang Berlaku Di Luar Negara Perkiraan para Ahli mengenai masalah tidur di berbagai kelompok umur agak berbeza tetapi semua menyetujui bahawa tidur adalah masalah yang besar dan semakin berkembang. Salah satu peneliti menyatakan pada tahun 2008 , "lebih dari lebih dari 2 / 3 dari semua anak memiliki beberapa jenis masalah tidur," dan seorang peneliti Australia mengatakan hampir 25% kategori usia enam dan tujuh tahun mengalami kesukaran tidur. Pendapat Pakar lain yang mempunyai pengalaman yang luas dalam sistem sekolah Amerika Syarikat menyatakan bahawa, "Doktor dan psikologi memperkirakan bahawa sebanyak 30% dari anak-anak mungkin memiliki gangguan tidur pada beberapa masa selama masa kanakkanak." Dengan semua gangguan itu, segala tuntutan dan ketegangan dalam kehidupan anak muda, dengan gelombang "suara elektronik" dari Face Book, Twitter, internet, video game, komputer untuk belajar dan hiburan serta television telah memlalaikan anak-anak kita, era teknologi komunikasi menyebabkan beberapa orang muda takut untuk tidur kerana mereka takut ada sesuatu yang terlepas. Ditambahkan lagi gangguan dari produk elektronik menurunkan aktiviti fisik yang sering kali menjadi produk sampingan atau lebih dikenal dengan "e-aktif", seperti diet gula dan kafein, serta semua tekanan sosial yang menyertai perkembangan tahun, hal ini sangat dilihat mengapa tidur yang sihat yang memadai memang masih sukar bagi orang-orang muda untuk dicapai.

Kesimpulan Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan masalah tidur didalam kelas ialah, para pelajar perlu tahu bahawa terdapat banyak kesan yang negative apabila seseorang itu tertidur didalam kelas.Tetapi pada masa yang sama, setiap pelajar juga perlu menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Oleh itu, adalah penting untuk guru dan pihak sekolah untuk membantu mereka agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Rujukan http://id.kingkoil-indonesia.com/tips-and-articles/related-articles/sleep-and-your-child-s-performance-inschool/ http://www.scribd.com/doc/22633010/menyelesaikan-masalah-kaki-tidur-dalam-kelas http://zikrihusaini.com/tips-elakkan-mengantuk-didalam-kelas/ Suppiah Nachiappan. (2012), Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar, Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.